July 27, 2017

CARA BELI ONLINE BUKU FIXI DAN NOVEL MELAYU DALAM FORMAT E-BOOK




"Read e-book anytime, anywhere using your device".

Korang pun tahu agaknya yang sekarang aku gila download E-Books. E-Books yang aku download semuanya percuma saja. Semua buku English je yang aku jumpa dalam format free E-Books. 

Aku ingatkan buku Melayu takde dikeluarkan dalam format E-Books. Sehingga aku baca salah satu komen di Goodreads dan baru aku tahu yang buku Melayu pun ada dalam format E-Books. 

Cuma E-Books yang ada bukanlah percuma. Wajib beli ye =) 

Aku sangatlah rajin (masuk bakul angkat sendiri) untuk mengetahui lebih lanjut mengenai E-Books untuk buku Melayu. Terus DM gadis itu lalu bertanya dengan harapan, soalan aku berbalas.

Dan yes!! Gadis itu balas DM aku. Hihi. Terima kasih Husna 🌹

Meh aku nak berkongsi cara-cara untuk beli buku Melayu dalam bentuk E-Books. Ada yang dah tahu kan? Aku baru tahu akan perkara ini, semangat nak share haa. Hihi. 


Aplikasi: E-SENTRAL 

1. Senang je. Langkah pertama - Korang mesti download aplikasi E-Sentral di telefon masing-masing. 



2. (Sila rujuk gambar di bawah). Ada bahagian Home, My Library, dan Store. 



3. E-Books boleh dibeli menggunakan aplikasi ini. Hanya klik pada Store dan cari buku yang dikehendaki. 

Add to Cart → Go to Shopping Cart → Please login to make payment → Choose Payment Option → Pay and E-Books will automatic in My Library → Click Download. 

4. E-Books bersedia untuk dibaca. 

Mudah kan? πŸ˜‰


Fakta Penting Mengenai E-Sentral: 

  • Diingatkan bahawa tidak semua novel Melayu ada di sini. Sesetengah novel saja. Aku cuba cari novel Siti Rosmizah tapi tiada. Kalau ada, sure beli dah.
  • Boleh dikatakan semua buku fixi ada dijual di sini termasuk terbitan terbaru iaitu Gantung 2 dan Asrama 2.
  • Majalah, Buku English dan Buku Kanak-Kanak turut ada dijual.
  • E-Books yang dibeli melalui E-Sentral hanya boleh dibaca menggunakan aplikasi E-Sentral saja.
  • Harga E-Books adalah lebih murah daripada buku fizikal (separuh harga).


Semua E-Books yang aku beli
Total harga: RM102.60
Harga buku dari RM4.50 - RM12.90
Paling Mahal: Kelabu by Nadia Khan (RM12.90)
Paling Murah: Ked's Story by Hlovate (RM4.50)

Sekarang aku tengah giat membaca buku karya Nadia Khan. Ramai orang bagi review best dan akhirnya tergerak juga hati aku nak baca selepas dah ada E-Books. Kalau nak beli physical book, rasa tidaklah kot. Malas nak menambahkan buku yang ada. Lagipun buku fixi Nadia Khan diterbitkan dalam tahun 2011. Takde nampak dah di kedai buku. 

Aku dah baca berturut-turut tiga buku karya Nadia Khan bertajuk Kelabu, Gantung, dan Gantung 2. I loved all! <3 Currently reading adalah buku bertajuk Pakar. 

Buku Fixi yang lain aku beli berdasarkan review di Goodreads. Buku Mental dicadangkan oleh Shea =) 

Ada sesiapa tahu website / aplikasi untuk beli buku Melayu dalam format E-Books selain E-Sentral? Bolehlah berkongsi di ruangan komen ye ^_^

Thank you for reading. 

Have a nice day, all ~


53 comments:

  1. Tak juga mahal harga bukunya kan....

    ReplyDelete
  2. Menarik...memudahkan dan pantas...jimat ruang tapi luas pengetahuan..inilah kaedahnya E-Books kan Siqah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul tu Kak PC :) Bab jimat ruang tu sangatlah betul jugak :)

      Delete
  3. hihihi...saya pun pernah nmpk orang review ckp nadia Khan best . Okay lah boleh lah beli lepas nie.

    saya pernah baca buku Fixi tapi tak ingat apa tajuk bukunya. Tapi memang sebenanrnya buku Fixi menarik jugak . =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nadia Khan best! Sempoi cuma daring jugaklah. Hehe. Haah buku fixi menarik jugak. Bolehlah light reading :D

      Delete
  4. Rajinnya kak Siqah beli & baca. Serappppp sikit semangat tu.

    Mai tak boleh baca E-book lama-lama nanti berpinar rasa mata... Hehehehe, tapi selalu je layan Wattpad sebab FREE :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lama dah ni, tak serap lagi kat Mai ke? Mohon serap nanti okay semangat membaca kat Mai πŸ˜„

      Dulu ada jugak akak layan Wattpad. Tapi tak faham dan tak tahu nak baca yang mana best. Pastu terus uninstall je. Hee.

      Delete
  5. Zaman makin maju kan. Senang boleh baca dari ebook je. Hrga pun murah. Hehe

    Reen tak tahu web apa yg ada utk beli ebooks so xleh nk share kt Siqah. Hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga murah yang syok duk tekan 'add to cart' je πŸ˜…

      Hee. Takpe Reen. Kalau Reen tahu nanti, share lah ye :)

      Delete
  6. wah... skrg ni semua di hujung jari je yek

    buku2 fixi nih tak berapa msk kt jiwa akak nih, yelah maklum udah tua....
    kalau ada buku2 novel lama2 tingin jgk akak nk membeli ebook nya... cuma rasa tak puas takde buku dpn mata yg boleh di pegang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman berubah kak, semua hujung jari sekarang πŸ˜…

      Hee, kat E Sentral ada jugak novel Melayu tapi tak banyak lah. Betul kak, ada orang rasa tak puas kalau tak pegang buku nanye. Hehe.

      Delete
  7. Bestnya.. Bolehlah Sha cuba nanti..
    TQ for sharing Siqah..

    ReplyDelete
  8. bagus jugak apps nie ye.. selalu siqah beli buku fixi kat mane ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aik, siqah beli kat apps ni lah E'in πŸ˜…

      Delete
  9. makin senang nak beli novel makin senang la duit mengalir. sob sob sob

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Betul sangat tu Lela. Semua di hujung jari sekarang πŸ˜…

      Delete
  10. Eh. Nampak nama kita di atas sana. Hihihi.
    Buku fixi ni sempoi n kena dengan jiwa remaja kita (remaja,ke?)
    Keep on reading siqah. Banyak juga buku baru fixi tak baca lagi.
    Kalau siqah dah baca, boleh review best ke tak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh eh kita remaja lagi Shea 🀣
      Buku fixi ni penulisannya semua sempoi kan. Okaylah baca cuma konsep kadang2 advance sangat. Huhu.
      Siqah habis dah baca semua novel Nadia Khan. Nanti baca buku fixi yang lain pula. Dah baca, Siqah review nanti :)

      Delete
  11. Makin byk lah koleksi e-book siqah nampaknya.

    Ana sejenis tak reti nak baca melalui hp. Since belajar dulu. Semua mesti kena print atau beli. Kepuasan dia tak terkata kalau dpt pegang sendiri buku tu. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makin banyak sampai tak tahu nak baca mana dulu πŸ˜…

      Siqah setuju dengan kepuasan pegang sendiri buku tu. hehe. Siqah masih suka pegang buku cuma ebook lagi mudah lah. Tapi nanye sakit mata gak baca lama2 πŸ˜…

      Delete
  12. wow ada ebook..tapi saya tak boleh baca ebook lama sangat..macam cepat pening kepala..kalau sayalah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maybe sebab cahaya dari phone kan Radhia. Boleh jadi pening jugak nanye kalau hadap phone lama2.

      Delete
  13. wah mudahnya! yang ratu buku memang pakai apps nie jelah hikhik

    http://elsaalicious.blogspot.my/2017/07/perbezaan-ios-dan-android.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Betul sangat tu Elsa. Ratu buku haa 🀣

      Delete
  14. Replies
    1. Thank you Farhana! Siqah baca buku tu pasni. Hee

      Delete
  15. Sangat berguna kepada penggemar buku Siqah..
    Macam-macam service sekarang semuanya hanya di hujung jari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann kak LZ. Semua di hujung jari :D

      Delete
  16. Waahh rupanyaa E-books nie lgi murah... tp skrg mcm minat membaca tue dah makin kurg huhu.. Insya'Allah tgah kumpul semangat membaca kembali haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa Nurul minat membaca dah berkurang ye. Insyallah ada kembali semangat membaca nanti. Nurul boleh baca buku pendek2 dulu macam poem ke. Hehe

      Delete
  17. Berbaloi guna ebooks ni. Mudah and senang nak bawa mana mana pun. Harga pun okay. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan semua points Beeha! :D

      Delete
  18. terbaikk.. sib baik TB tak minat sangat novel2 tapi boleh lah layan sikti2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Layan sikit2 pun jadilah kan TB :)

      Delete
  19. Nani dulu selalu jugak beli dalam bentuk ebook macam ni tapi lama lama jadi pening pulak bila dah lama menghadap Ipad tu. Hahah! Sudahnya kena jugak beli yang buku. Kalau cerita pendek dekat Wattpad tu okay lah baca dekat Ipad.

    Yang bestnya ebook macam ni murah sikit daripada harga buku & nak baca dekat mana mana pun senang. Takdek lah sepajang masa nak bawa buku ke mana mana kann ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya memang pening pun bila lama2 baca kat phone ni. Hehe. Tapi disebabkan nak sangat tahu ending, berterusan jugak siqah baca πŸ˜…

      Haah siqah baru tahu jugak ebook lagi murah daripada buku. Yang bestnya tu lah, bila2 masa boleh baca buku via phone tambah lagi bila kat tempat takde line internet. Hehe.

      Nani ada recommendation buku kat Wattpad? Bolehlah share. Hihi.

      Delete
  20. rjinnyaaa kak siqah mmbacaaa. bagus sngt hobi ni.. btw tq for sharing kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Baca je yang akak tahu :D Pleasure to share, Busyra :)

      Delete
  21. rajinnya kak .. bagus tu..membaca tu bagus..dapat ilmu..tq for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rajin baca buku je. Jom baca sekali :)

      Delete
  22. Yessssssssss. Jimat duit yesssssssssssssssss. YESSSSSSS!

    Thanks kak!!

    // afifahaddnan : "Rate My Blogging Skill"

    ReplyDelete
  23. Waah siqah this is so nice. eyqa pernah skali ternampak di Google Books, tp tak jadi beli sbb prefer fizikal. haahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Yes, Eyqa lebih suka fizikal kan. Buku fizikal best, bukan setakat boleh baca, boleh ambil gambar jugak cantik2 macam biasa yang Eyqa buat <3

      Delete
  24. Lya kurang suka e-book sebenarnya. Hmm tapi physical book pon malas bukak haha.
    Anyway thanks for the tutorial, kalau terasa nak beli e-book, senang la boleh rujuk entri Siqah ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Physical book rasa puas sebab kita pegang buku tu kan. hhi. TApi kalau malas bukak, payah gak tu Lya :D

      Delete
  25. Wow. Nice sharing ^^ rajinnya membaca. bagus2. nanti boleh review buku yang dah baca tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rajin baca, review lembap sikit. Hihi :D

      Delete
  26. folo kat 317 =) seronok baca blog ni =)

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。