July 11, 2017

A TRUE STORY - I'VE BEEN LOCKED OUT OF HOUSE BY MY HUSBAND




Yes. You read it right. Aku telah dikunci di luar rumah oleh encik suami. Kami tak gaduh tau. Haha. 

Kisahnya begini.

Suami aku pergi kerja pada hari Jumaat pagi dan balik pada hari Sabtu malam tanpa tidur yang cukup. Pendek kata suami tak tidur selama dua hari itu. Jumaat malam ada majlis jamuan hari raya bersambung pula dengan jamuan hari raya pada hari Sabtu. 

Sabtu malam suami balik dengan muka yang sangat mengantuk dan masih mengigihkan diri untuk teman aku pergi basuh baju di kedai dobi 24 jam. Berdegil sangat nak suruh tunggu dia balik kerja. Sedangkan aku boleh je pergi basuh baju sorang-sorang Sabtu pagi.

Dah habis basuh baju, kami pulang ke rumah, dan aku suruh suami naik ke rumah dulu sementara aku parking kereta. 

Dan ketika itulah kejadian ini berlaku. Tak sampai 5 minit masanya. 

Aku sampai je depan rumah, pagar gril telah dikunci!!! Aduhh! Aku dahlah tak pernah bawa kunci kalau keluar bersama. Suami pun pasti dalam keadaan yang tidak dapat dikawal. Terus kunci pintu tanpa sedar. 

Masa kejadian, jam 1.30 pagi 😩

Aku call suami dan call rumah tapi tidak berangkat. Aku dah agak suami pasti terus masuk bilik tidur dan tidur lena dalam masa 5 minit itu. 

Nak marah masa tu tapi memikirkan suami yang tidak cukup tidur, penat kerja, aku jadi tak sampai hati nak marah. Tahu yang dia penat. 

Tapi geram jugaklah sebenarnya πŸ˜…

Makanya, dengan beg plastik mengandungi dua kotak besar susu HL dan bahan-bahan untuk buat kek batik, aku melangkah kembali ke kereta. 

Aku hanya ada RM20, tanpa lesen kereta dan kad pengenalan.

Ketika itu, aku sangat bersyukur sebab rumah Ayah aku hanya 5 minit dari rumah aku. Makanya aku boleh tidur di sana. Mujur juga aku ada kunci rumah Ayah. 

Dijadikan cerita, bila sampai je rumah Ayah, aku kena parking kereta di hujung lorong rumah. Ada pulak anjing kat situ. Aduhh! Aku duduk dalam kereta adalah lebih kurang 30 minit semata-mata nak tunggu anjing pergi dari tempat itu. 

Aku pernah dikejar anjing dan sangat takut dengan anjing. Huhu. Jangan cari pasal weii. Dahlah sekarang ada virus anjing gila pulak. 

Yakin anjing sudah tiada berkeliaran, aku keluar dari kereta dan jalan laju-laju ke rumah Ayah. 

Anjing dalam rumah jiran pula yang menyalak! Aku jadi takut kalau anjing yang berkeliaran di luar datang semula sebab dengar kawan baik dia menyalak.

Berjalan pantas aku ke rumah Ayah dan tangan mengigil buka kunci manga pagar. 

Nampak macam pencuri pun ada. Jam 2.30 pagi masuk rumah diam-diam. 

Sampai je dalam rumah, aku terus bentang toto dan tidur dalam bilik. Fuh lega. 

Sebelum tidur, aku sudah memaafkan suami aku yang telah kunci aku di luar rumah. Takpelah. Aku tahu dia tak sengaja.  

Jam 5 pagi, dapat mesej minta maaf daripada encik suami. Bila balik rumah dan jumpa dia pada hari Ahad pagi, aku saja buat marah dan merajuk. Nak suruh dia pujuk nanye. Padan muka dia dan padan muka aku jugak. Haha. 

Ayah dan Mama for sure gelak bila aku cerita. Dorang pun terkejut bila bangun pagi dan tengok barang aku ada di rumah. Hihi. 

Bila sekali dah jadi, mestilah aku kena fikir langkah berjaga-jaga. Betul tak? 

Mitigation plan:

► Buat satu kunci set rumah dan letak di rumah Ayah atau dalam kereta. Kalau jadi lagi perkara begini, boleh cool dan relax je. Dah ada jalan penyelesaiannya. Hihi.

► Sentiasa bawa bersama dompet yang ada kad pengenalan, lesen, duit, kad dan sebagainya.  

Sekian saja cerita aku. 

Thank you for reading.

Korang pernah kena kunci? 

65 comments:

  1. Fuhh dasyat husband kak Siqah punya tidur lena, macam Mai, bahaya ni. Hahaha. Pengalaman mahal sungguh ni. Mai tak pernah kena kunci lagi setakat ni :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahal sangat pengalaman ni Mai oii. Haah husband akak kalau penat memang lah, bom meletup pun dia tak sedar agaknya. Harap tak jadi kat Mai tau ;D

      Delete
  2. hahahahaha kesian siqah! tapi nak buat macam mana dah husband siqah penat sangat tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hii. Kan.. takpelah. DImaafkan sebab dia penat :D

      Delete
  3. Setakat ni, sy x pernah kena kunci 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maybe soon. haha. Sorry2, baik Nour jaga2 siap2 okay, sentiasa bawa kunci bersama. Jangan harap orang :D

      Delete
  4. Tak tahu nak gelak ke nak sedih ni siqahh hiii... dalam sedih pun ada lucu jugak. :D.. tak pernah lagi macam ni harap dijauhkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak gelak pun takpe Wani. Siqah pun gelak juga bila ingat. haha. Harap dijauhkan kejadian ini drpd hidup Wani.

      Delete
  5. Alahai, nak gelak ada, nak kesian pun ada..
    Lepas hi, kena buat mitigation plan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes. memang kena buat mitigation plan tu. Hii

      Delete
  6. Ala kesiannya Siqah kena kunci. Penat sgt suami siqah tu sampai dah tak boleh nak pikir selain tidur. Selamat rumah ayah dekat kan. Kalau x, ada yg tidur dalam kereta. Hehe.

    Cuma kunci pendua tu better letak dekat rumah ayah. Kalau letak dlm kereta bahaya. In case org pecah kereta dan ada kunci rumah kan, lps tu tahu pulak rumah siqah yg mana satu, sgt bahaya tu. That's just my 2 cents. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mujur sangat ANa, rumah Ayah Siqah dekat. kalau tidak, memang menapaklah tidur dalam kereta.

      Betul tu. Siqah pun rasa nak letak kunci kat rumah Ayah instead of dalam kereta. Bahaya kan letak dalam kereta. Boleh berganda kerugian kalau apa2 jadi. Huhu. Thank you Ana for advise =)

      Delete
  7. Mula2 baca tajuk rasa mcm Siqah nak review pasal buku. Tapi sbb dah tahu story mampu senyum je .

    Baca lagi ke bawah mcm baca ala-ala novel misteri pun ada . Hihihi .

    Part mitigation plan tue , rasa mcm baca email bila ada error dkt office pulak.
    Tapi, mmg btul psl mitigation plan tue mmg kena bawak kunci sorang satu set kemana-mana.

    Tapi, nadia pun mcm siqah . Nak g kedai dkt2 umah je pun confirm lahhhh tak bawak wallet bagai hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Mitigation plan tu memang macam email error kat ofis pun. haha.
      Kan.. lepas ni beringatlah bawa semuanya sendiri. Agar tidak menyesal di kemudian hari. hihi.

      Delete
  8. comelnya hahaha sha pernah juga kena kunci tapi sebaik time tu siang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuhh. mujur siang masa tu Sha. Orang pun ada lalu lalang kan.

      Delete
  9. hahaha okk.. ni lawak. nasib baik dekat dengan rumah ayah.. hari tu ada kawan cerita husband dia tinggalkan dia kat tepi jalan sebab ingatkan dia da naik kereta. >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, Mujur sangat dekat dengan rumah Ayah. ADuhhh lagi haru tu. Biasa mesti kawan Nurul duduk belakang kan. Tu yang husband dia tak sedar T_T

      Delete
  10. hahaha.. kelakar bile bace.. lain kalai spare kunci buat lebih taw siqah.. hihi.. nasib baik rumah parents dekat kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dah jadi camni, baru fikir nak buat spare kunci. Biasalah belajar dari pengalaman kan. Hihi

      Delete
  11. HAHAHAHA tak pernah lagi dan harap harapnya tak sebab Cici ni bangsa tak bawak kunci jugak. berat la poket hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah!! Kan!! Siqah yang kunci ringan pun malas nak bawak. hihi. Alasan tak muat beg. hahaha. Harap tak jadi kat Cici tau :D

      Delete
  12. hehehehe... aduhla kesian betul....
    tp awak mmg berani dik, klu 1.30 pagi boleh lg jln paking kete kalu akak mau akak tdo dlm kete... almaklum penakut

    nsbla umah family dkt, klu tak mmg tdo dlm kete lah kn/.... mmg pasni kene ada langkah berjaga2 kalu tak... naya kene kunci lg hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siqah lagi takut tidur dalam kereta kak. Kot orang pecahkan kereta, naye gak. Huhu. Siqah penakut tapi tu lah jadi terpaksa juga. Haah langkah berjaga2 perlu diambil. Kalaulah kan kena kunci lagi. Hehe.

      Delete
  13. busyra pernah kakkkk. huhu, btw gmbar akak tu style gila!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu. Nak sep sikit boleh ke Busyra? :D Thank you Busyra. gambar lama tu, saja letak jadi hiasan ;)

      Delete
  14. hahahhah...adess klu dah nak jadi...sian hubby siqah penat & ngantuk terlampau sgt dah tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab kesian kan dia, tak jadi nak marah. huhu. Itulah bila penat sangat, kita pun tak sedar apa yang kita buat kan..

      Delete
  15. Nampak tajuk bahasa inggeris ingatkan akak tulis in english tadii. Haha, lawak laaaaa. Siap kena tunggu dalam kereta sebab anjing lagi. adoiiiiiiiiiiii. tapi kan, bagus nya akak teringat nak maafkan suami before tido. So shuwit.

    Gambar memang on point

    // Sambil tu jemput join contest saya jugak - just click
    HERE

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. Tak bolehlah, Tak pandai english macam Nurul.. Hii maafkanlah orang yang tidak sengaja. Mana tahu nanti kita pulak berada kat tempat dia kan =)

      Gambar kena dengan situasi kot. Muahah

      Okay Nurul. TQ for your invitation. Siqah dah tengok nanye tapi tak berapa faham. Hih. Nanti come back =D

      Delete
  16. Alahai sadis sungguh baca cerita Siqah.. berlaku pukul 1.30 pagi.
    Kadang-kadang macam tak perlu kunci pendua tapi bila jadi kes macam ni memang kena terus buat duplicate keys.
    Cian, at last masing-masing tak cukup tidur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak. kadang2 tak fikir pun nak buat spare keys, bila dah jadi camni, memang kena buat jugaklah. Manalah tahu kan.
      Haah, lastly dua dua tak cukup tidur. Hii

      Delete
  17. Haha jenuh laaaa. Nasib baik rumah ayah dekat :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mujur sangat boleh tidur rumah Ayah =)

      Delete
  18. Alahai siannya mujurlah rumah ayah Siqa dekat je. huhue. tapi tang part anjing tu memang takutlah huii. lagi2 siap menyalak pukul 2pagi tu . syukur alhamdulillah okay je selamat semua :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullilah. Rumah ayah Siqah dekat dan selamat daripada anjing =) Takut part anjing tu. Haih,cari pasal betul anjing. huhu

      Delete
  19. LAwak lah. Nasib baik rumah ayah siqah dekat. Kalau tak naya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Tahu takpe. Nasib baik sangat.

      Delete
  20. Selamat Hari Raya Siqah,
    kelakarlah citer Siqah ni mesti pagi tu dia tercari-cari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya Amy =)
      Hii. Berani dia tak cari2 Siqah di pagi hari..

      Delete
  21. Hahahha...boleh x nak gelak? Walaupun sbnarnya ni kisah ngeri. Kul2.30 pagi kot baru nak buka kunci pagar umah ayah tu. Yela kan dengan zaman sekarang ni, orang jahat ramai. Yela, anjing tu pun kita risau juga..haha. Salam ziarah dari:
    https://thebeautyofsplendid.blogspot.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ninie dibenarkan gelak. Haha. Kannn. Takut dengan anjing, dgn orang pun takut jugak. Huhu. Thank you Ninie singgah sini =)

      Delete
  22. huhu rare kes camni. apa pun mujur tak perang dengan hubby

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hii. Tak isytihar kan perang pun ..

      Delete
  23. haha..lawak2..biasalah benda terjadi tanpa sedar kan...nasib baiklah tak jaug dari rumah ayah kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. Nasib baik sangat rumah ayah dekat je. Hihi

      Delete
  24. hahahahahaahah~ ragam hidup berpasangan.. sabar eh dik.. em.. kakak dan abang tak de pengalaman mengunci - dikunci - terkunci.. sebab masing2 ada kunci sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Betul tu kak. Ragam hidup pasangan. Kami pun masing2 ada kunci sendiri tapi bila keluar bersama, hanya sorang je yang bawa kunci. Dia terlupa pulak hari tu, mamai agaknya πŸ˜…πŸ˜…

      Delete
  25. Kena kunci tu tak pernah lagi, tapi lupa bawak kunci tu dah biasa dah. Kenalah tunggu sampai sesiapa balik. Since rumah lama dengan dengan mall, terus gerak pergi sana buat hilang bosan sementara tunggu. haha 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untung juga syaza boleh haa pergi mall. Hehe. Kalau kejadian berlaku di siang hari okaylah kan. Kalau awal pagi yang buntu jugak jadinya πŸ˜…

      Delete
  26. memang lawak la Siqah...pengalaman manis tu utk dicerita kata anak cucu tu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Letak sini boleh senang lagi nak refer. Hehe

      Delete
  27. Hahhahaha, alahai comel je. Tapi pernah jugak kena cmni ngan ayah. Nak panggil tu haihla punya susah. Skang dah ad kunci pendua. Hbis cite

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang ada kunci pendua kan. Dan sila lah bawa ke mana saja kunci itu 😊

      Delete
  28. Pengalaman yang tak boleh dilupakan la lepas ini. Azwar pun pernah kena kejar anjing sampai sekarang trauma.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu. Takut kan Azwar kena kejar anjing. Huhu. Mujur takde perkara buruk jadi kat kita. Lepas ni beringat sentiasa.

      Delete
  29. Utunglah rumah ayahnya dekat kalo gak bagaiman?
    salam kenal...

    ReplyDelete
  30. ahahaha ala lawak pula baca tapi kesian pun ada. lain kali kalau nak keluar mesti bawa sekali ic semua tu utk mengelakkan apa2 berlaku kan.

    ReplyDelete
  31. Nasib baik dekat je rumah ayah awak.

    Hi! Pertama kali berkunjung dekat sini :)

    ReplyDelete
  32. wahaha memang lawak. dah la kena kunci, ada anjing, dah macam pencuri plak. rasa nak gelak guling2 baca. lagi takut sebab perempuan kan. Alhamdulillah dipelihara. lepas ni kena beringatla. pengajaran untuk kami yg perempuan jgak. 😊

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。