June 03, 2017

MAY 2017 WRAP UP



Hello semua ~ Alhamdullilah. Hari ni masuk hari ke-8 kita berpuasa. Sekejap je masa berlalu, kini dah tiba bulan Jun 2017 dan tiba masa untuk menaip entri mengenai May 2017 Wrap Up. 

Aku ada buat entri mengenai A Little Life Update pada minggu lepas. Jadinya, tak banyak nak diceritakan dalam entri wrap up ini. 

Still, here's my story in May 2017 😊


PERSONAL


1. Boleh tak aku nak gelak dulu sebelum cerita kisah pertama? πŸ˜†Weiii!! Perkara yang sangat memalukan telah berlaku pada 4 May 2017 iaitu.. Jeng.. Jeng.. Jeng..

Aku pakai baju terbalik!!! Serius!! Kalau tudung terbalik tu perkara biasa, pernah juga aku pakai tudung terbalik sebenarnya, tapi kalau pakai baju terbalik, aduhai, pertama kali terjadi dan sangat memalukan. 

Aku siap bertegur sapa dengan kawan sementara menanti lif. Berdiri di hadapan sekali dalam lif. Lif penuh pulak tu. Mesti ada yang perasan aku pakai baju terbalik kan? 

Aku sedar akan perkara ini selepas ditegur oleh Hanis. Fuhh! Malu gila πŸ™ˆ Aku terus pakai sweater selepas ditegur. Sebab masa tu tengah ada urgent payments, tak boleh nak pergi ladies room untuk alihkan baju. 

Sehingga sekarang, aku pasti akan cek keadaan baju untuk pastikan ianya tidak terbalik sebelum pakai. Pengajaran sungguh. Hihi. 

See. Nampak ketara weii! Malu sihhhh πŸ™ˆ

2. Phone masuk air di Sunway Lagoon. Sedih rasanya bila bercerita mengenai phone 😭 Pendek kata, phone aku tidak boleh dibaiki lagi. Aku beriya rendam dalam bekas beras selama dua minggu dan masih tak boleh on. Baru je jumpa Latif dari @digitalsupplyco untuk baiki phone dan hmm ternyata aku terpaksa mengucapkan selamat tinggal pada phone aku. Tak boleh baiki dah 😭


Peringatan. Terus repair phone masuk air dengan segera. Tak payah percaya pada bekas beras.
Tak semua berkesan T_T

Bye ~ T_T


3. Aku beli iPhone 7 Plus sebagai penganti untuk iPhone 6 Plus. Nangis terpaksa beli phone baru. Alang-alang beli, baik aku terus beli phone yang aku nak. Ingatkan nak beli phone baru masa iPhone 10 keluar nanti. Hehe.

Aku dah serik nak guna beg kalis air. Jadi, selepas ni, aku tak nak percaya lagi pada beg kalis air. Bukan semua beg kalis air tak bagus. Yang seal je kurang bagus rasanya. Huhu. Nak beli SJCAM!!

4. Larian 10 KM pertama dan mungkin yang terakhir dalam tahun ini. Hihi. Boleh baca kisah selanjutnya dalam entri 10 KM Finisher - Standard Chartered KL Marathon 2017 Story.


READING


Mood membaca berterusan kekal dalam bulan May. Hihi.

5. Aku telah baca 8 buku (5 E-Books dan 3 physical book). Dalam 8 buku yang dibaca, aku hanya mampu siapkan satu review buku saja. Gila malas! =D

Review untuk buku bertajuk Words From A Wanderer by Alexandra Elle. Review buku yang lain masih berada dalam draft. Tak tahu bila nak siap tu haa. Jangan tahun depan sudah =p

Ada dua buah buku yang aku memilih untuk tidak buat review iaitu Terukir Cinta by Anna Lee dan Derita Cinta by Aisya Sofea. Dah terukir cinta jadi derita cinta pulak dah. Adoi. Sebab apa tak nak buat review? Jawapannya... MALAS dan hmm tak berminat πŸ˜…

1. The Chaos of Longing by K.Y. Robinson (1★)
2. Words from A Wanderer by Alexandra Elle (5★)
3. Thirteen Resons Why by Jay Asher (4★)
4. Everything Everything by Nicola Yoon (5★)
5. By Your Side by Kasie West (4★)

6. Terukir Cinta by Anna Lee (3★)
7. Ti Amo, Sweetheart 100 Hari by Suri Ryana (4★)
8. Derita Cinta by Aisya Sofea (3★)

BLOGGING


6. Aku pulun siapkan entri mengenai Pulau Redang Holiday Trip dalam awal bulan May. Bersungguh siapkan entri Pulau Redang sehingga aku mengabaikan entri Month Wrap Up yang sentiasa menjadi entri pertama bagi setiap bulan.

Nasib baik juga aku siapkan entri Pulau Redang awal. Tidak disangka phone masuk air pulak. Selepas kejadian itu, aku mengalami blogging slump yang agak lama. Huhu.

7. Sindrom blogging slump juga menyebabkan aku jarang blogwalking di blog rakan blogger semua. Aku akan lawat blog korang nanti ye. Terima kasih sebab sudi singgah blog blogger picisan aku ni. Terima kasih sebab tidak melupakan aku ^_^


WATCHING


8. Malay Drama. Setelah sekian lama, akhirnya kini aku mula mengikuti satu drama Melayu bertajuk Hero Seorang Cinderella (review novel DI SINI). Tiba-tiba aku jadi peminat Fattah Amin pulak. Haha. Sebenarnya aku suka watak Tengku Ian Uzzam yang dibawa oleh Fattah Amin. Seorang lelaki yang sentiasa mempercayai orang yang dia sayang. Tak mudah terpengaruh dengan kata-kata nista orang lain.

Dan apa yang aku bayangkan ketika membaca novel ini, semuanya ada pada Fattah Amin. Itu yang boleh terminat Fattah Amin pulak. Mungkin dalam drama ini jela πŸ˜›



9. Korean Drama. Sekarang, aku sedang menonton empat drama Korea. Banyak kan? Drama Korea ni dah makin berlumba-lumba pulak, semua best! Terpikat nak tengok mestilah sebab pelakon. Hehe.

The Emperor: Owner of the Mask


Main reason tengok drama ni adalah pelakon yang memegang watak hero dan heroin. Yoo Seung Ho dan Kim So Hyun. Suka sangat dorang. Handsome dan comel. Pelakon lain pun best jugak.

Empat pelakon yang handsome dan comel <3

Suspicious Partner

Asalkan ada Ji Chang Wook, mesti aku tengok!! <3
JCW comel. Suka heroin tapi tak nak mengaku :p

Fight for My Way

Suka mereka berdua!
Drama ni kelakar! Hihi. Nak tahu bagaimana terjadinya hubungan mereka daripada kawan kepada kekasih <3

My Secret Romance


Okay. Drama ni cliche. Cliche tahap yang sangat cliche. Apa aku cakap ni? Haha. 

Hero anak orang kaya bertemu dengan heroin (semestinya dalam kejadian yang tidak disangka). One night stand. Selepas tiga tahun bertemu kembali, hero buli heroin sehingga akhirnya jatuh cinta. Okay, fine. Memang hero jatuh cinta dengan heroin sejak tiga tahun lepas. 

Sambung cerita. Mereka menjalinkan hubungan cinta tapi tidak berpanjangan. Diibaratkan seperti panas tidak hingga ke petang, hujan turun di tengahari. Berpisah atas sebab yang cliche. Hero tak nak heroin terluka sebab mungkin heroin tak boleh adapt dengan kehidupan dia (teringat apa yang jadi kat mak dia, diabaikan oleh ayahnya). Heroin bawa diri ke mana-mana daerah di Korea (bukan ke London okay :p). 

Rasa rindu sangat pada heroin membuatkan hero mencari heroin kembali. Bertemu secara tidak sengaja dan cinta berpaut kembali. 

Haa cliche kan?? Haha. Aku tahu drama ni sangat cliche tapi entah kenapa aku suka tengok. Hihi. 

Antara empat drama Korea di atas, ada tak yang korang sedang tonton? :D


FOOD

Tak banyak cerita mengenai makanan dalam bulan lepas. Bukan sebab aku kurang makan ye. Kuantiti makanan masih sama. Hihi. 


10. Shell Out Delivery! Sedap teramat sedap! Tak cukup weii bila makan. Rasa nak ratah lauk je. Hihi. Boleh baca kisah terperinci mengenai Shell Out Delivery dalam ENTRI INI. Bulan puasa begini, sila tabah tengok gambar makanan ye. Aku pesan ni :D



11. Durian!! Yeayyyy!! Aku, Hanis, Tasha dan Sheima pergi makan durian di kedai berdekatan pejabat (http://www.durianss2.com) , SS2 Petaling Jaya selepas kerja pada 25 May 2017. Sedapppppp!! Puas rasa dapat makan durian. Terasa boleh berpuasa dengan tenang. Haha. 



12. Mangga Harum Manis. Alhamdullilah merasa juga makan mangga harum manis yang viral ni. Ada kawan sepejabat jual. Sheima dan Kak Ain yang beli. Kami yang lain jadi tukang rasa je. Hihi. Serius sedap dan manis! Bersesuaian dengan namanya. 

13. Ohh hampir terlupa. Makanan lain ada aku cerita dalam entri Pulau Redang Holiday Trip >> Foods Hunting in Terengganu

Tiada random pictures sebagai penutup entri May 2017 Wrap Up. Salahkan kemalasan aku πŸ˜…

That's all from me =)


How's your May? Exciting? Anything to share with me? ^_^


67 comments:

  1. Hahaha baju terbalik ni orang kata dah kene kawin senang ade yang check dulu sebelum keluar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Dah kahwin tapi kalau suami keluar keje lagi awal drpd Siqah, tak boleh nak check. Hehe

      Delete
  2. Kesian siqah pakai baju terbalik..bulan may akak prepare balek kg beraya setahun tak balek kg kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setahun kak tak balik kg? Sure meriah raya ni akak balik kg kan. Semoga semuanya dipermudahkan kat akak nak balik kg nanti raya =)

      Delete
  3. ada shell out delivery????

    #sayangselangor #foodparadise

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Ada Rasya. Boleh terjah link yang Siqah bagi di atas. Orderlah untuk berbuka. Sedap =)

      Delete
  4. Oo tak btul la apa yg org ckp ea. Letak fon dlm beras tu. Huu.

    Reen lps abis tgok do bong soon tu tak mula lagi tgok drama lain. Rasa mcm nk tgok fight my way tu jer.

    Duriannnnn tuh. Menggoda sungguh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul jugak nanye. Ada yang phone boleh on lepas letak dalam beras. Phone siqah yang tak selamat letak dalam beras. Orang yang baiki phone tu nasihat terus hantar repair je lepas masuk air T_T

      Tengoklah fight my way. Best dan kelakar! Comel je dorang tue..

      Hee. Siapa yang tak makan durian adalah orang yang rugi =D

      Delete
  5. Ya Allah, te amo sweetheart 100 hari tu macam best je!! T.T dah lama tak baca novel suri ryana tau hehe

    Lenne Zulkiflly Blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lenne peminat Suri Ryana jugak ke? Hee. Novel Ti Amo ni best jugak! Membawa kita ke Venice. Hee. Baca lah nanti =)

      Delete
  6. Orang kata kan kalau pakai baju terbalik nak dapat "ong" kak hehe. Btw, durian dan mangga tu menggoda iman saya puasa2 ni aduhai huaaaa 😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke Ira? Amin... hehe. Bulan puasa ni agak nafsu jugak tengok makanan nanye. Tak kiralah apa pun kan =D

      Delete
  7. Fight for my way tu mcm best!! Airah xtgk lagi tp tgk org duk tweet mcm sweet je.hbskn cite skrg dlu haha.

    Dh plan dh nk berbuka shell out nnti.craving!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Airah tengok cerita apa sekarang? Hee. Haah best drama Fight for my way!! Nanti tengok k. Baru episod 4 je pun =D

      Yes!! Bestnyaaaa! Nak tumpang makan shell out plsssssssss

      Delete
  8. Durian is so yummy! Alaa bulan lalu eka rasa mcm tak tgk apa2 crita sgt. Tgk drama seharum mawar je itupun terpaksa sbb mak yg on tv. Hahaha.

    Buku pun sikit2 jak baca. Now I wonder where all my time had been gone? Oh no.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Terpaksa eh sebab mak on tv. Kalau tidak, tak tengoklah drama tu kan. Hehe. Mak punya pengaruh besar dalam pemilihan chanel tv tau =

      Macam tak percaya Eka baca buku sikit2 je. Hee. Takpelah Eka. Nanti ada mood baca lagi eh. Banyak buat benda lain tu =D

      Delete
  9. Anis baru tengok suspicious partner je.. Fight for my way dgn my secret romance dah download tapi belum start tengok.. Soon I guess.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Selamat menonton Anis! Best best =D

      Delete
  10. nasib baik ada baju lain utk cover baju terbalik tu. :D
    pasal phone kalau kena air, letak dalam beras tu pernah baca jugak. walaupun hp lama rosak, happy la sikit bila dapat phone baru kan. hehee

    jelesnya tengok sesiapa yg dapat baca banyak buku dalam sebulan nie. hahahha
    makanan2 tu, umphh rasa nak jilat skrin T^T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baju sama BV cuma terbalikkan je bajunya =D Tak dinafikan happy dapat phone baru. Hehe. Cuma sayang kat phone lama tu. tak lama guna dah rosak. Atas kecuaian sendiri jugak. Sedih T_T

      Hehe. Bila mood membaca ada memang baca je kerjanya BV. Hee.

      Hahaha. BV lawaklah!! Jilat skrin 🀣🀣

      Delete
  11. Kenapa larian terakhir tahun ini. Adakah...

    Ana pun jatuh cinta sgn HSC kot. Tak pernah2suka dgn si mamat FA tu. Tp tetiba boleh suka sebab 1st single dia tu. Then bila tahu dia berlakon dgn fazura, terus jatuh suka lagi. Haha

    First 2 korean movie tu ana tgh rekod. Nak marathon bila habis nanti. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin larian terakhir sebab malas je Ana. Hehe.

      Ya Allah Ana!! Samalah kita!! Siqah pun dah suka pula dengan lagu FA. Pastu bila dia berlakon drama dengan Fazura, memang nak tengok sebab minat Fazura jugak dan Siqah baca dah novel HSC. Nak pulak tengok versi drama kan. Siqah suka watak Ian dalam novel, bila FA berlakon, jadi suka pulak kan dia. Haha.

      Yeayyyhh!! Selamat menonton Ana =D

      Delete
  12. baju tu mmng mengelirukan sangatt. tak pasal2 boleh pakai terbalik
    saya pun suka kat kim so hyun tu jugak, comelkan dia? xD best tak cite tu? sbb saya kurang minat sikit dgn cite yg mcm zaman2 joseon ni haha

    suspicious partner tu pun saya tk tengok lagi, samalah minat ji chang wook gak! xD cite tu lawak kann

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kim So Hyun comel <3 Dalam drama ni, 2nd heroin pun cantik jugak. Hee. Best ceritanyaaaa. Cubalah tengok, mana tahu berkenan dan terus berminat dengan cerita zaman joseon. Hehe.

      Suspicious partner comel2 gak. JCW lah comel. 2nd hero pun comel. Hehe.

      Delete
  13. Hahaha loqlaq akak baju terbalik,saya pula pernah pakai towel (bawah baju) pegi kelas.ahahahaha. Rasa gemuk semacam + panas lak tu, balik baru sedar.hahaha.

    Cantiklah cover Derita Cinta tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perghhhhh Mai lagi rare. Pakai towel bawah baju pergi kelas. Sorry Mai. Akak tergelak gak ni membayangkan Mai ke hulu ke hilir dengan tuala. Takde orang tegur ke? Hehe.

      Cover novel cantik. Cerita kureng sikit. Bagi akaklah =)

      Delete
  14. Part phone tu sayangnyaa kan.. :'(
    Takpee dah sampai ajalnya 3 tahun je Siqah pakai..

    Beg kalis air kena beli yang mahal sikit Siqah, yang tebal.. Husniey ada beli satu, tapi tak selam pun phone dalam air yang dalam..
    Tapi banyak kali jugakla guna setakat nak ambil gambar kat permukaan air memang selamat lagi.. Dah dekat setahun guna. Selalu celup air masin πŸ˜‚

    Kena tengok jenis beg tu kot. Nanti beli lah action camera.. Sjcam ke gopro ke Eken pun lawo.. πŸ‘πŸ˜Š

    Hero Seorang Cinderella tu pun best. Husniey pun tak berapa nak minat FA, tapi best pulakk layan cerita tu.. Haha mungkin sebab suka dgn watak Fazura bawa.. dan jalan cerita kot..Comell dia pakai tudung.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu. Tue lah sampai dah ajal dia. Redhakan jela. Huhu.

      Beg kalis air kalau mahal berapa maksudhnya Husniey? Siqah beli yang beg masuk air tu harganya RM25. Dah cukup mahal dah bagi siqah tue πŸ˜…

      Haah. Memang niat nak beli SJCAM. GoPro tak mampu ler. Hehe.

      Kannn! Semua sebab HSC. Fazura serius cantik dalam HSC. Nampak kena je semua tudung dengan dia <3

      Delete
  15. Iphone akak ritu pun tetiba hang lepas tu terus jual suami top up sket beli lain...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay jugak akak sempat jual kan. Huhu. Phone siqah dalam kotak dah =(

      Delete
  16. ada orang kata kalau pakai baju terbalik, nak dapat duit. yang ni bukan dapat duit, tapi dapat fon baru. haha

    ReplyDelete
  17. Hanis mmg seorang observant . Benda sekecik2 pun pasti dia notice hihi . Nasib awak ada tggl sweater dkt office .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Mujur ada Hanis yang perasan je semuanya..

      Delete
  18. minat gak citer suspicious partner tu, tapi paling meleleh durian la

    ReplyDelete
    Replies
    1. He. Durian sure paling win. Sape tak makan durian, rugi!

      Delete
  19. Tudung terbalik ok lagi, baju terbalik ni memang tebal muka tahan malu. Hahah! Nak cepat sangat ke tu sampai tak perasan? Heheh. Sedih gila kan kalau telefon tiba tiba rosak tambah pulak kalau banyak gambar dalam tu. Nani hari tu pun phone jatuh terus tak boleh nak baiki terpaksa jugak beli baru.

    Nani mood membaca pending lagi ni. Hahah! Bulan puasa ni, cuaca panas walaupun duduk dalam rumah rasa nak tengok tv aje memanjang. Eh HSC tu layan jugak. Mula hari tu tak nak tengok, lepas tu rasa macam best pulak. Hahah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sungguh memalukan! πŸ™ˆ Siqah dah lambat hari tu, cepat2 je siap nak g kerja. Langsung tak sedar baju terbalik. Bila ingat balik memang gelak sendiri lah jadinya. Hehe.

      Sedih tau phone tetiba rosak. Banyak gambar dalam phone Siqah dan mujur ada backup di iCloud. Kalau tak, nangis jugak tu. Tapi ada gak gambar yang takde. Huhu.

      Cuaca memang panas sekarang kan Nani! Siqah duk dalam rumah pun tak tahan. Asyik duduk bawah kipas je. Tak boleh lari dari kipas skrg. Hehe. Jomlah layan HSC sesama. Ada geng! Yeayyy! =D

      Delete
  20. Akak pun penah jugak pakai baju terbalik masa pegi shopping complex, masa tue memang heran sebab ramai yang pandang-pandang pada akak.. mulanya tak ambik port sangat tapi bila lalu depan cermin baru perasan baju yang dipakai terbalik... Malu seyhhh... hihihi anyway, tahniah diucapkan pada sis kerana menjadi top commentor bulan Mei-Jun 2017 dalam jurnal saya...

    http://starlavenderluna.blogspot.my/2017/06/top-commentor-mei-jun-2017.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perghhh lagi haru kisah akak! Pergi shopping complex tu. aduh malu kan kak. Tapi kenangan gak nanye. Hehe.

      Oo thank you much kak for top commentator blog akak. Keep blogging kak =)

      Delete
  21. Akak suka citer my secret romance dan fight for my way, citer The Emperor: Owner of the Mask tu tengok sikit aje.
    Durian tu nampak sedap :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kan both drama tu! Lawak. Hee.
      Durian sedap =D

      Delete
  22. Pakai baju terbalik ada ong katanyalah..HAHhha :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Masih tertanya apa ong nya. Haha =D

      Delete
  23. Iphone mummy pun kena air gak.. rendam dalam beras.. seminggu settle boleh start balik. Salah teknik kot..heheh :D Takpe rezeki beli iphone 7 tu..Tahniah.. Nanti rendam lagi ip10pulak..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestnyaaaa! Tak tahulah teknik apa lagi nak guna mummy. Bertuah mummy dapat on balik phone. Huhu. Haha. Tunggu iphone 10 lah ni. Kena guna lama phone skrg ..

      Delete
  24. Handbag pink tu lawooo..pinjam..haha

    ReplyDelete
  25. Durian itu sungguh menggoda...bak mai sikit..ahhaa

    ReplyDelete
  26. 1. Jom GoPro! Haha. Dah lama tak buat aktiviti adventure, rasa bersalah nak guna GoPro utk selfie
    2. Fuh, mesti sedih part gambar2 banyak hilang ni. Iphone takde memory card kan? Maybe boleh try guna cloud storage utk makesure gmbr2 tak hilang kalau emergency anything happen kat phone T__T
    3. Haaaa, awat ramai sangat orang review best pasal hero seorang cinderella.. terus rasa nak tengokkkk
    4. Tgh tengok Suspicious Partner jugakkk :D Ingatkan dah habis rupanya still on going alahaiiii.
    5. Hehe heroin DOTS tuu kann yg Fight For My Way. Haa, yg ni nak tunggu habis baru nak tengok.
    6. Harap2 balik ni banyak mangga. Nak buat mango lassi :D

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Hanis pakai GoPro. Siqah guna Sjcam jela. Hehe. Kannn! Kalau guna GoPro untuk selfie macam tak kena je. Hehe.
      2. Alhamdullilah. Gambar Siqah semua ada backup di iCloud. Mujur sangat. Kalau tidak, memang nangis lah gambar hilang tetiba T_T
      3. Tengoklah Hanis, HSC. Best!! Haha. Siqah dah jadi team Fattah dan Fazura ni haa. Hehe.
      4. Hii. Haah drama tu baru je lagi on. Sekarang cerita korea satu episod 30 mins je kan. Tu yang Hanis ingatkan dah complete kot. Drama tu mula2 ingatkan macam biasa je, lama2 dah makin menarik pulak. Mamat pembunuh tu psyho weii!
      5. Haah. Heroin DOTS. Takpe. Tengok satu2 drama dulu. Hehe.
      6. Mango lassi tu apa?

      Delete
    2. Mango lassi tu mango yg diblend dgn ais & yogurt hehe. Kite kenal pun masa belajar sini. Try la tawww, sedappp :D

      http://www.hanisamanina.com/2015/07/resepi-mango-lassi.html

      Delete
    3. Hanis, dah baca entri resepi hanis. menarik tu. Hihi. nanti siqah cuba =D

      Delete
  27. siannya iphone tu takleh recover. yang tang part fone masuk air tu, if sekali kita tergoncang fone atau terterbalikkannya & air sudah masuk ke keseluruhan part2 penting, hmm memang susah nak recover guna cara beras tu. apapun , mintak fone baru lah namanya tu. hihi. Durian, shellout tu nampak sedap sangat Siqa. terliur je tgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah rasanya phone siqah memang dah ditonggang terbalikkan pun. Huhu. Takpelah takde rezeki. Sayang lagi T_T Shellout dan durian both memang sedap Nadhie =D

      Delete
  28. part mangga tu.. meleleh..

    ReplyDelete
  29. plzzz pakai baju dgn betul.. hahaha.. paling win yg baju terbalik tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Sekarang dah pakai baju sure betul. belajar daripada pengalaman ;D

      Delete
  30. durian !!! harumanis dpt. durian x dpt :(
    teringin nyerrrr.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada lagi musim durian sekarang Aida..

      Delete
  31. hehe.. lawak akak ni . akak fikir apa tuuu. fikir busyra ke.. hahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Mungkin Busyra dalam ingatan akak kot =D

      Delete
  32. Alamak.. Bab hp tu memang tak semua petua sesuai digunakan.. Dah pernah cuba gak yg beras tu tapi tk menjadi.. So memang tamatlah riwayat hp tu.. hehehe..
    Drama korea tu macam menariklah.. Nak try tengoklah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sha pun sama jugak rupanya. Kann! Tak semua phone boleh okay dengan letak dalam beras. Nasib lah phone kita tak on jugak =(

      Tengoklah Sha drama Korea tu. semua bestt!! <3

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。