May 08, 2017

SHELL OUT DELIVERY - MAKAN SAMPAI LICIN


Fuh! Menyelerakan tak? :D

  
Hari ini, ITT team ada buat makan-makan Shell Out. Pada mulanya, kami nak buat potluck sebelum Ramadhan. Kak Sha pula bagi cadangan untuk tempah Shell Out. Aku memang sangat setuju dengan idea ni. Sebab tak payah masak! Haha. 

Kami tempah shell out daripada Instagram @comot2 . IG ini dicadangkan oleh Miera, memandangkan dia pernah tempah dulu. Semua pengurusan mengenai tempahan shell out dikendalikan oleh Masyi.

Malas nak taip panjang. Jom terus terjah kepada makanan ye ^_^ 

Menaip sambil masih merasakan kesedapan shell out tadi πŸ˜‹

Dah siap setup :D 


Jangan risau ye. Mereka yang setup kan semuanya. Korang tinggal datang makan je =D

Semua makanan. Kuah ikan siakap tak tuang lagi masa snap gambar ni :)


Ketam goreng telur masin. Sedap sangat! 


Ada dua jenis kuah.
Ini yang pertama; kuah sambal pedas kot namanya. Hihi.


Aku suka yang ni!
Kuah ala butter chicken tu. Sedap gilaaaaaaa!


SEMUA SEDAP!!! SERIUS SEDAP! 

Tak puas makan! Rasa macam nak order sekali lagi. Hihi. 


IG @comot2


Sekarang rasanya ramai buat bisnes shell out delivery. Aku rekomen IG @comot2 ni. Servis cepat, sekejap je dorang setup, harga berpatutan dan paling penting, sedap!

Ohh cakap pasal harga. Kami order menu di atas untuk 36 orang dengan jumlah harga RM1150. Maknanya, RM31 / pax. Bagi aku harganya standard saja, tambah lagi apabila mereka hantar dan setup di tempat kita. Dan paling best jugak, tak payah basuh pinggan selepas makan. Hihi. 

Muka kami yang teruja sebelum makan :D

Meja 1


Meja 2


Meja 3


Tak ambil gambar pula selepas semua makanan dah licin! Hihi. 

Pertama kali aku makan shell out dan pilihan yang tepat! Bercadang juga untuk tempah shell out delivery di rumah pula. Mungkin satu hari nanti =)

Korang pernah makan shell out? Kedai mana yang korang paling suka? Boleh bagi cadangan :D


25 comments:

  1. Ya Allahhhhh... Dugaan apakah iniiiiii... Nak nangis tengok shell out dia.. Kenapa seksi sangat ketam tu..? Kenapa menggoda sangat semuanya...?!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi. Alaa sorry Anis. Terpaksa bagi dugaan kat Anis. Hihi. Ketam memang sedap gila! Anis for sure pengemar tegar ketam ye. Hii

      Delete
  2. sedapnyaaa kak. busyra suka shellout! kalau yg pandai buat kuah dia, maka sedaplah shellout nya.. hehehe.. setakat ni busyra suka makan dkt deco dafe. sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Busyra. Shell out sedap kalau kuah dia sedap. hihi. Deco dafe kat mana? Kalau dekat, bolehlah nak terjah. Hihi.

      Delete
  3. Perghh sedap nyee.. bila leh makan camni ni.. huk..!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat Kuantan pun dah ada shell out kan Lea. Boleh ada masa nanti Lea pergi tau dan jangan lupa share story :)

      Delete
  4. Adoi nampak sedap semuanya! terliur betul. hihi. lama dah tak buat potluck camni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siqah sambil menaip entri ini pun terbayang makanan sedap ni lagi. Bolehlah juga kalau Nadhie nak buat potluck di ofis tapi tempah je senang. Hihi

      Delete
  5. 1st baca shell out delivery, sebelum ni biasanya org makan kat kedai je
    terliau tengok yg kuah butter tu, ada ketam, kupang sedapnyaaaa

    saya tak pernah lagi merasa makan shell out ni. sedih kann T__T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siqah pun baru tahu ada shell out delivery Mazni. Ingatkan semua hanya di kedai je sebelum ni. Sedap kuah butter tu.. serius sedap. Sehingga menjilat jari tau :D

      Ala dear, nanti ada masa pergi makan shell out eh. Siqah pun baru first time makan ni haa. Tak mau sedih tau..



      Delete
  6. Yeay!!! Siqah up smlm . Nadia baru sempat tekan publish pagi nie even teruja nak share cerita kita smlm , draft je dlu. Ngantuk benar smlm . πŸ˜… . Dejavu lah lagi sapa2 baca blog siqah then blog Nadia .

    Tahu tak peeee ... mmg sedap gila !!! Nadia paling suka yg salted egg tue . Mmg berbaloi !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dejavu perkara biasa dah :D

      Kannn sedap gila!! Serius rasa nak order lagi...

      Delete
  7. akak tak penah try lg shell out, entah bila lah nk try

    menyelerakan tgk shellout tu dik oi...segala seafood ada
    tgk harga pun berpatutan sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh juga akak cuba first time shell out delivery to your doorsteps. Senang tak payah g kedai. Hihi.

      Delete
  8. Sedapnya tengok udang besar besar ^^

    Saya datang nak jemput join giveaway http://akhalilah.blogspot.my/2017/05/giveaway-by-butik-julita-anje-saya-nak.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap.. Hihi ^_^

      Terima kasih Anis atas jemputan GA. Ada masa nanti Siqah join ye :D

      Delete
  9. sedappp siqahh tak payah nk masak. memang puas makan lauk2 tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu paling best sekali. Tak payah masak. hihi.

      Delete
  10. ketam goreng telur masin nampak sedap jeee!!

    ReplyDelete
  11. I really love seafood, tapi sedihnya I am allergic to crabs πŸ˜“πŸ˜“πŸ˜“

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lahh yeke Hanis. Sedihnyaaaaaaaa T_T Siqah tak minat crab jugak nanye sebab malas perisi. Isi sikit je lak tu. Kalau dengan Hanis, Siqah tak makan crabs okay.

      Delete
  12. wow. terbaik ni siqah.
    pakai daun pisang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berjalan ke arah pantri, dah start bau daun pisang. Hii

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。