May 10, 2017

PULAU REDANG HOLIDAY TRIP : PART 4 - GOODBYE PULAU REDANG, FOODS HUNTING AND BUAIAN ALA LOMBOK IN TERENGGANU


Akhirnya aku tiba juga di entri terakhir dalam Pulau Redang Holiday Trip. Aku mesti terus up entri terakhir sebab kalau ditangguhkan aku akan lupa. Seperti aku lupa akan entri terakhir dalam Geng Makan ke Pulau Perhentian tahun lepas.

Baru perasan yang aku tak up entri tersebut minggu lepas, sebelum ke Pulau Redang. Aduhai. Mungkin aku akan up juga entri terakhir untuk Pulau Perhentian walaupun kejadian itu berlaku pada tahun lepas. Tak kisahlah kan. Asalkan berkongsi juga cerita di blog buat kenangan abadi =)


GOODBYE PULAU REDANG 


Hari terakhir kami di Pulau Redang. Sedih sebab terpaksa tinggalkan pulau cantik ini. Rasa tak nak balik rumah tapi haha, jangan cari pasal. Kau tinggalkan suami kau kat rumah, Siqah oii. Ingat suami okay πŸ‘«

Dengan hati yang berat, mulalah aku berkemas untuk pulang di pagi hari ketiga. Sambil mata melirik-lirik ke arah luar tingkap melihat pantai. Boleh nyanyi satu lagu, "matanya lirik lirik selalu..rupanya manis-manis ayu". Okay, mengarut. Haha.


Morning view on last day here 

Sementara tunggu yang lain siap. Sempat selfie. Hihi.
Biadap sungguh jerawat itu T_T
Kulit gelap T_T

Kami bergerak ke arah jeti dan Hanis minta tolong seorang staf di sini untuk ambilkan gambar kami sebagai kenangan. Walaupun dia macam malas melayan, tapi dia ambilkan juga gambar kami. Dari 10 gambar, mujur ada satu yang cantik haa. Terima kasih ye.

Lakar Kenangan Indah di sini.
TQ Redang ^_^

Hihi. Kami memang plan untuk pakai baju putih semasa pulang. Hanya Nadia pakai baju pink sebab dia tak selesa nak pakai baju putih yang dia bawak. Kalau tak selesa, tak boleh nak buat apa lah kan. Layan ~ 


Menuju ke arah jeti.
Really goodbye Redang T_T

Selain baju putih, aku, Nadia, dan Tasha bercadang untuk pakai our new KL City Duckscarves. Aku dan Tasha pakai KL City Duckscarves in Cream color dan Nadia pakai KL City Duckscarves in Rose Pink color. Kami berdua nak juga KL City in Rose Pink tapi kalah battle 😐 Nak order kat PS tapi mahalnya!

Kami plan nak ambil gambar bersama tapi entah kenapa tiada gambar kami bertiga. Bila balik duk tengok phone baru perasan tiada gambar kami bertiga. Plan sebenarnya nak ambil gambar di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu tapi tak ambil juga.   

Jadi, gambar kami bersama KL City Duckscarves jadi berasingan. Gigih tau nak juga bawa KL City dUCk ke Pulau Redang. Aku siap letak dUCk dalam plastic tudung lagi. Konon nak menjaga dengan baik. Hihi. 

Tasha with her first dUCk <3

That KLCC <3

Love the color <3


Menunggu bot hampir 30 minit dan lebih kurang jam 12 pm, kami tiba di Jeti Merang. Sedih!! Nak balik dah!! GOODBYE REDANG! Sehingga kita berjumpa lagi (nak stay di resort lain pula =D).



FOODS HUNTING IN TERENGGANU


Dalam perjalanan pulang, kalau boleh kami nak singgah di setiap kedai makan di tepi jalan. Haha. Kami ada singgah di kedai menjual akok, kuih bakar, dan bahulu.

Kemudian, singgah pula di kedai jual satar. Kat kedai menjual satar, bukan setakat beli satar, beli teh ais sekali. Hii. Teringin sebab tak dapat teh ais di Pulau Redang =D Aku hanya minum teh ais saja sebab aku tak suka satar.

Tiada gambar untuk dikongsi di sini πŸ˜€


Celup Tepung 


Kami bergerak lagi mencari makanan tengahari. Wei lapar! Hanis dan Syira bawa kami ke Warung Pok Nong, warung popular di Terengganu untuk makanan celup tepung tapi sayangnya Warung Pok Nong dibuka pada jam 3 petang.

Jadi, kami makan di kedai yang terletak di seberang jalan Warung Pok Nong.


Warung Adik Beradik
Celup Tepung Pantai Kolam


Celup tepung
Ikan, Udang, Sotong, Sosej.

Kegemaran aku semestinya SOTONG!! Hihi. Okaylah makanannya. Celup tepung je. Hanis kata rasanya lebih kurang je dengan Warung Pok Nong. Layankan jela. Haa dorang cakap, sosej tak sedap. Aku terus tak makan. Hihi.


Keropok Lekor B.T.B 2209


Selepas itu, kami meneruskan perjalanan untuk mencari keropok lekor pula. Makanan wajib dimakan dan dibawa pulang jika ke Terengganu. Tak pergi Terengganu lah kalau tak bawa pulang keropok lekor beb πŸ˜†

Kami bukan sebarang singgah kedai mana-mana untuk beli kerepok lekor. Kena pergi kedai terbaik punya! Dan pilihan kami adalah based on Hanis's recommendation iaitu Kerepok Lekor Bukit Tok Beng 2209 di Kuala Terengganu.

Kedai ni terbaik beb! Sebab apa? Siap kena ambil nombor giliran kalau nak bungkus keropok lekor. Nombor giliran wei! Masa kami sampai, tak silap aku, nombor giliran Hanis 1185 dan masa tu nombor sekarang adalah 1145. Lebih kurang camtu lah range nombornya.

Keropok lekor di sini special sebab mereka rebus guna kayu api. Agaknya itulah rahsia mereka ditambah pula dengan ramuan keropok lekor.

Gila lama tunggu. Usah bosan. Di sini juga turut disediakan sebuah kafe yang menjual keropok goreng tanpa rebus. Kedai sebelah je. Jadi sementara menunggu nombor giliran, bolehlah lepak makan kepok dulu.


Keropok Goreng Tanpa Rebus.
Perisa: Black Pepper, Cheese, dan Biasa.
Aku suka cheese πŸ˜‹

Maaf ye. Tiada gambar kedai. Kerana semasa berada di sini, aku sedang mengarang entri Panggilan Pulau Redang 2017. πŸ˜‚ Punyalah lama tunggu nombor giliran dipanggil, sampai siap jugaklah entri aku tu. Hihi. 


Professor Cendol


Ini adalah kedai makan yang tiba-tiba je kami singgah. Haha. Tertarik dengan signboard besar kedai berwarna merah dengan slogan Makan Sampai Kenyang. Nampak RM2 pun menarik perhatian jugak dan satu lagi banyak kereta depan kedai makan ni.

Kami percaya kalau banyak kereta means ramai orang dan kedai tu mesti sedap. Hihi.

Jadi, Hanis terus melencong ke kiri dan parking.

Menarik kan signboard kedai ni?
Seperti memanggil-manggil untuk singgah 

Antara menu yang ada

Kedai makan ini menggunakan konsep layan diri. Kita beratur dan bayar dulu kemudian beratur pula untuk ambil makanan. Makanan semuanya murah di sini.




Apa yang menarik di Professor Cendol ini adalah setiap kali kita menambah minuman atau cendol, kita tidak akan dikenakan bayaran. Percuma saja. Bertepatan dengan slogan kedai, "Makan Sampai Kenyang". Menarik kan?

Pilihan makanan kami.
Cendol pulut, cendol biasa, laksa dan rojak.

Bagi aku, rasa makanan kedai ni biasa je. Tidaklah wow! Malah, aku order cendol pulut tapi aku tak nampak pulut pun. Takpelah. Okaylah sebab murah juga. Layan ~ 



BUAIAN ALA LOMBOK DI PANTAI BATU BURUK, KUALA TERENGGANU


Ini adalah tempat persinggahan kami sebelum ke Professor Cendol. Dah ramai orang ke sini. Viral dah pun tempat ni. Tengok gambar di Instagram dan bolehlah singgah sekali dah alang-alang ke Terengganu. Nak pergi Terengganu lagi entah bila.

Sampai je sini, kami terus mencari tandas awam. Dan di sinilah yang aku bebel pasal tandas awam nanye. Merujuk kepada entri aku mengenai review buku Mat Cleaner UK. Dahlah tandas berbayar, tapi tak bersih. Hmm.

Okay. Lupakan tandas. Kaki terus melangkah ke arah pantai. Ohh pantai lagi 😍


Antara aktiviti di sini adalah main layang-layang dan naik kereta kuda.
Tak ambil gambar kereta kuda comel ala Cinderella itu. 

Inilah buaian ala lombok yang viral tu :D

Ramai orang. Dah kata tempat ni viral, confirm ramai orang. Kami sampai sana lebih kurang jam 4.20 pm. Rasanya belah petang, ramai orang kat sini. Kalau pergi masa matahari tegak atas kepala, mungkin tak ramai orang. Kalau aku, pilih yang matahari tegak atas kepala. Hihi.

Apabila orang ramai, ambil giliran lah ye nak bergambar di buaian ala lombok ni. Jangan potong barisan pula. Ambil gambar pun kena beratur tau. Mujur takde angka giliran je. Haha.


Ambil giliran ambil gambar berdua

Minta tolong seseorang ambilkan gambar kami berlima di sini.
Ini adalah gambar terbaik yang ada. Walaupun tak ready lagi.
Bolehlah dari tiada =)


Dah habis tempat persinggahan, kami meneruskan perjalanan pulang ke Subang. Kami lalu jalan Lebuh Raya Pantai Timur.

Agak-agak jam pukul 8 malam, aku dah start lapar. Dah start pedih perut sebab aku tak makan nasi langsung seharian. Aku ni orangnya jenis yang kena makan nasi sekurang-kurangnya sekali sehari. Kalau tidak, memang perut aku buat hal. Huhu.

Kami baru sampai di area Cherating pada masa itu dan Hanis kata di R&R Temerloh nanti baru ada kedai makan. Makanya, kami terus melencong mengikut susur keluar ke Cherating. Boleh pengsan aku kalau nak tunggu sampai di Temerloh. Jauh lagi oii!

Ingatkan bila ikut susur keluar Cherating, teruslah sampai Cherating. Tapi rupanya tidak. Katanya Cherating lagi 750 meter tapi rasanya dah beribu meter kami bergerak tapi masih tak jumpa signboard Cherating.

Kami singgah je di kedai makan tepi jalan. Kedai makan kami singgah tu siap ada karaoke okay. Bayar tau, satu lagu RM1 atau RM2. Tak ingat pula.

Makan besar =D
Makan sambil ditemani nyanyian karaoke yang "merdu".
Menghiburkan hati kami, sungguh =D

Alhamdullilah. Kenyang. Terima kasih korang sebab singgah makan dulu 😊 Selepas makan, baru aku rasa bertenaga semula dan boleh meneruskan perjalanan duduk dalam kereta dengan selesa. Hihi.

Lebih kurang jam 1 pagi, kami tiba di Subang dan encik suami datang ambil aku. Alhamdullilah selamat sampai 😎



Berakhirlah kisah percutian kami Geng Makan di Pulau Redang selama 3 hari 2 malam. Pengalaman yang dibawa balik sangat indah. Bercuti bersama geng satu kepala dan pergi pula bercuti di tempat yang sangat cantik menjadikan percutian kami sangat bermakna dan seronok sekali 😍

Kalau ada pemandangan sunrise dan sunset, it would be marvelous. Hihi. Sebab aku suka tengok golden hour di tepi pantai =D

Terima kasih Geng Makan untuk percutian ini. Insyallah. Ada masa kita bercuti bersama lagi lima orang ye πŸ˜˜πŸ‘­

Terima kasih juga readers sebab stay here sehingga entri terakhir ini 😊

Lengkap Pulau Redang Holiday Trip entries! Yeayy!

Link kepada entri Pulau Redang: 

Pulau Redang Holiday Trip : Part 1 - Package, Itinerary, Accommodation and Budget

Pulau Redang Holiday Trip : Part 2 - Snorkelling Points in Pulau Redang

Pulau Redang Holiday Trip : Part 3 - Leisure Hour - Relaxing and Photography Session


Thank you for reading ^_^

49 comments:

  1. bab tandas tu memang!walaupon hometown!bila outing anak nak membuang, mesti cari stesen minyak(selected) instead of public toilet...sedih!

    cendol tu belom try!malu je!haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu. Betul Zeera. Better pergi tandas di stesen minyak daripada public toilet. Haru betul tengok public toilet sekrang. Ada yang okay, okay lah jugak kan..

      Haha. Trylah nanti. Usah malu :D

      Delete
  2. Teringin pulak nak naik buaian tu Siqah...petang-petang..redup..angin sepoi-sepoi bahasa gitu...sambil makan ais krim..seronoknyalah...hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Wahhhh kak PC. Seronok kan begitu. Kena buat buaian sendiri kalau nak lama-lama duduk kat buaian tu kak. Hihi :D

      Delete
  3. lela org tranggnu pun, banyak lagi tempat yang akak pergi ni lela tak pergi. bukan nya sellau jalan2 kata terenggnu. lama sngt kat perlis ni. dah lama tak jln2 trnggnu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lela balik cuti sem nanti boleh pergi jalan-jalan eh. Perlis jauh sangat tu tapi best jgak, Lela pergi Thai dah haa. Hihi.

      Delete
  4. Suka nya ana tgk gambar Siqah and the geng di Redang. Cantik sangat2. Bila pakai duck Scarve bertambah cantik 😍😍.

    Byk juga kedai yg Siqah terjah ye. Ana pun tak sempat nak terjah setiap kali blk KT. Tapi pok nong tu selalu penuh. Ana ke kedai lain je hari tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awww ~ Thank you Ana. Sweet sangat Ana ni tau <3

      Dah nama geng makan suka pulak lah singgah kedai makan kan. Hihi. Ana pernah pergi kepok lekor BTB tak? Keropok sana sedap sangat. Bestnya balik KT boleh p selalu. Hihi.

      Haah Pak Nong orang kata selalu penuh kan.. Pastu sekejap je dah habis katanya..

      Delete
  5. Fuyoooo terrbaik ah akak. Jelly pulak ira yang baca ni hehe. Gambar semua cun cun macam tuannya jugak πŸ˜„

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Ramai photoG ni haa, tu yang gambar cun. Haha. Bab tuannya tak pun, dah gemuk nie. Hahahaha.

      Delete
  6. Siqah pun dah up entri . Yeay!!! Saya pun baru jugak up. Baru siap tadi hahaha. Gigih habiskan jugak kita nie kan . Sebab byk lagi entri nak kena update adoi.

    Rindu lah Redang . Hihi cakap lagi kan =p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siqah update cepat sebab nanti takut terlupa macam kes Perhentian. Hihi. At least satu part dah settle :D Hahah rindu Redang jugak!

      Delete
  7. anis pergi jugak warung adik beradik tu..!!! Hahaha.. Sosej dia ada pulut la.. Sedap.. :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya ke? Ada pulut dalam sosej eh? hihi. Siqah tak makan sebab dorang cakap tak sedap. Anis suka rupanya :D

      Delete
  8. Wahhh terbaik laaa. Camni la travelog kena buat, sejurus habis je trip terus publish. Sekali tertangguh, terus bertahun lepas tu baru nak share balik. Hahaha, macam my Istanbul road trip tu.

    Ohh Siqah tak suka satar rupanya. My fav! :D

    Kalaulah ada restoran Malaysia kat sini.... sedap2 lauk kedai makan kita, sayur campur kedai pun nampak sedap T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Gigih jugak lah siapkan entri Redang ni Hanis. Ikutkan malas tapi nanti kang lupa pulak cerita. Hihi. Takpe Hanis, makan tahun pun takpe baru nak share travelog. Asalkan share kan. Hihi.

      Haah tak suka lah satar. Entah kenapa tak boleh terima. Hii. So Siqah janji tak rebut dengan Hanis kalau bab satar :D

      Alorrrr kasihannya dia yang jauh di mata ni. Huhu. Tak lama lagi je Hanis. Sabar ye. Makanan kat kedai kita memang pelbagaikan. Campur semua.. hehe

      Delete
  9. So sweet la entry ni.airah pulak rasa sedih dah habis cerita 😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siqah pun sedih jugak. Huhu. Dah habis cerita Redang. Rindu Redang dah T_T

      Delete
  10. Kalau pergi tganu lagi boleh jadikan entri ni sbgai rjukan masa nk cari port best makan. Hee.

    Ala.siqah tak suka satar ea. Tu favourite reen. πŸ˜€πŸ˜Š

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Boleh nanti datang lagi post ni eh :D Makan kat Terengganu sedap dan murah :)

      Haah tak gemar sangat satar. Rasa macam Siqah sorang je yang tak minat satar kan. Hii.

      Delete
  11. tak pernah ke pulau redang lagi. kena ajak husband nii. tengok gambar gambar awak pon dah gerammm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh honeymoon nanti di Pulau Redang. Mesti indah dengan pemandangan yang indah. Hihi.

      Delete
  12. wow best aida baca foos hunting siqah.
    t'ganu antara tempat yg aida rasa makanan masih murah.
    love it!
    aida reverse baca entri yg da terlepas ekk :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Makanan masih murah kat Terengganu. Jauh benar beza dengan kat kl ni haa.
      Hihi. Sila sila baca entri yang terlepas. Thank you Aida :)

      Delete
  13. Biadap nya pimple tu πŸ˜‚ Siqah, semua gambar cantik sgt teringin la nak pergi, Haha but you know gambar apa yang paling cantik? Makanan of course haha. Nampak sedap sgt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Biadap kan pimple tu T_T Haha. Pasti gambar makanan paling cantik. Hihi. Mesti Erni suka makan jugak cam Siqah kan :D

      Delete
  14. cantiknya view, pasir memutih

    ReplyDelete
  15. 1. comel walauun jerawat menyinggah ..hihi
    2. sedapnya celup-celup
    3. cantinya view laut tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Jerawat masih menyinggah muka Siqah T_T
      2. Sedap sedap! :D
      3. Cantik sangat. Tak nak balik rasa <3

      Delete
  16. Aghhhh kenapa lawa lawa akak amik gambarrr 😭 tak puass tengokkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti kalau Shaf rindu, datanglah lagi blog akak tengok gambar <3 Shaf pun pandai ambil gambar jugak <3 Akak ikut dan je ambil gambar tu :D

      Delete
  17. Subhanallah... cantiknya Pulau Redang...! Kalau ke Terengganu memang tak sah kalau tak makan ikan celup tepung dan kepok lekor.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pulau Redang cantik <3 Tak puas tengok. Terengganu memang terkenal dengan ikan celup tepung dan kepok lekor. Wajib makan kalau ke sana :D

      Delete
  18. Lawa sangatt duck scarves tuu, sesuai dengan Siqah, husniey kalau pakai mesti tak lawo haha πŸ˜‚ πŸ˜‚

    Terengganu memang banyak tempat kena viral, pastu asyik sibuk jalan / tempat menarik tu.. Hehee kami orang local pun elakkan diri keluar ke tempat tu time peak season. Hihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa pulak cakap camtu Husniey. Husniey pakai dUCk pun mesti lawa punya 😍😍

      Kannn! Orang local bolehlah pergi tempat viral bila2. Orang jauh cam Siqah nie hadap jugaklah pergi walaupun ramai orang. Hihi.

      Delete
    2. Haha gurau je tu Siqah πŸ˜‚

      Takpe, janji sampai ke destinasi yang diingini.. Cuma kena sedia mental fizikal utk hadap jalan jeng dan lain lain hal.. Tapi of coz baik atau buruk ia tetap jadi kenangan 😘😍

      Delete
    3. Hehe. Tahu Husniey gurau πŸ˜˜πŸ˜‚

      Bab kena hadap jalan jem dan ramai orang yang buat tak best nanye. Tapi terpaksa layankan je. Hihi 😍

      Delete
  19. Cantiknyaaaa view! Haih, ni yang buatrasa tak sabar sabar nak jalan jalan Terengganu. Hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti Nani pergi jalan Terengganu eh. Best best! :)

      Delete
  20. Lepas baca entry ni, rasa rindu sangat nak repeat pegi pulau redang n pulau perhentian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa lagi DP. Book sekarang. Hihi.

      Delete
  21. soalan pertama. kenapa kak siqah comel sngt? soalan kedua.. camera apa akak guna snap pic tuuu? sbb cntik gilaa. msti iphone kan? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Takde comel lah Busyra. Kesan kamera je tu πŸ™ˆπŸ˜ƒ

      Haah akak guna iphone. Tak ada dslr ke apa. Memang harapkan phone jela. Hehe.

      Delete
  22. Saya dari sabah. Pernah juga tinggal kat semenanjung masa zaman student. Tapi pernah sampai pulau redang. Harap harap akan sampai sana satu hari nanti.

    ReplyDelete
  23. assalammualaikum.. masyaallah cantik sangat2 pic dlm ni.. kagumm skjap hihii
    sy dr ga elsa.. salam kenal ye..tq
    https://irismyra.blogspot.my/2017/05/giveaway-duit-raya-rm100-by.html

    ReplyDelete
  24. wahhhhh... bestnya gi holiday kat sini......

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。