May 20, 2017

A LITTLE LIFE UPDATE IN NUMBERED LIST




Hello semua ^_^ Rasa macam dah lama tak update blog. Enam hari pun sudah terasa lama sebenarnya. Rindu blog 😎

Aku malas nak update blog namun gigihkan juga sebab aku masih nak berkongsi kisah hidup aku dan biar ia bersemadi di sini. 

Aku juga sudah lama tak menjenguk blog rakan blogger. Sejak phone aku masuk air minggu lepas. Bagi aku sedikit masa untuk melawat korang semua okay. Pasti akan diterjah =)

Untuk entri ini, aku akan ceritakan serba sedikit apa yang terjadi dalam hidup aku semenjak aku berjauhan daripada dunia blogging. Jauhlah sangat :p 

Meh baca cerita aku yang tak seberapa ni ye. Hihi.



1. Phone aku masuk air Sabtu lepas >> ENTRI INI dan masih tidak boleh ON sehingga sekarang. Makanya, aku masukkan semula phone ke dalam bekas beras. Rasanya kena hantar repair jugak tu. Harap sangat boleh repair. Huhu. 

2. Aku beli phone baru Ahad lepas. Nampak sangat tak boleh hidup tanpa phone kan? πŸ˜‚ Phone sangat penting bagi aku. Bukan setakat untuk melayari internet dan laman sosial saja, paling penting adalah untuk hubungan sesama insan. Suami aku susah hati bila aku tiada phone. Payah nak berhubung. Terima kasih ye encik suami kerana melayan kerenah isterimu ini =D


My new gadget =)
iPhone 7 Plus Rose Gold 


3. Aku beli phone di Celcom. Sebab nak dapatkan rebate RM700. Banyak tu rebate! 7 bulan tak payah bayar bil. Itu yang aku nak sebenarnya. Hii. 

4. Walaupun dah ada phone baru, aku masih sayangkan phone lama. Tiga tahun guna wei. Kalau tak rosak, memang tak lah aku beli phone baru ni. Keadaan memaksa sebenarnya. Phone lama tetap akan aku hantar repair dan harap sangat phone boleh on. Banyak data disimpan dalam tu dan tiada backup. Huhu. 

5. Semua E-Books hilang!!! Rasanya macam dah backup dalam iCloud tapi takde pulak. Aku tersalah cara backup atau iCloud tak boleh backup E-Books yang tidak dibeli? Aku pun tak tahu. Tanpa membuang masa, aku download kembali satu persatu E-Books. Sayangnya, ada satu E-Book yang aku tak boleh download sebab broken link T_T 

6. Kalau korang tak perasan, aku dah delete my post about "Here's A Quick Way to Download Free E-Books" atas sebab tertentu. If anyone wants to know the details, please email me personally =) 

7. Aku dah habis baca dua novel sepanjang lima hari ini. Novel bertajuk Everything Everything (E-Book) by Nicola Yoon dan Terukir Cinta (Physical Book) by Anna Lee. Plan nak tengok filem Everything Everything tapi tiada tayangan pula. Tak kan kena banned pulak kan? πŸ™

8. Aku dapat kembali my 8500+ photos. Thank you iCloud! Tapi ada juga gambar yang tiada. Aku tak tahu kenapa tiada atau mungkin aku yang tak perasan. Semua gambar dalam All Photos folder berterabur, sudah tidak mengikut masa dan tarikh gambar diambil. Pening. 

9. Nasib baik aku dah siapkan semua entri mengenai Pulau Redang Holiday Trip. Antara gambar yang tiada adalah gambar di Pulau Redang. 

10. Aku tidak sempat menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh Traveloka #MYTravelAdventure. Aku dah draft sedikit dan pending gambar tapi sayangnya phone aku pulak rosak Sabtu lepas. Semua gambar hanya ada dalam phone je. Boleh siapkan entri tersebut pada hari Isnin tapi sayangnya aku tiada mood. Apapun, TQ Traveloka for invitation. Maybe, next time =)

11. Aku tidak berpeluang pergi ke Pesta Buku Antarabangsa 2017. Jadi, aku beli online tiga buah buku yang aku bercadang untuk beli di pesta buku tersebut. Boleh je sebenarnya beli di kedai buku nanti tapi aku nak juga beli online. Tak nak pergi kedai buku sebab takut terbeli buku lain. Langkah berjaga-jaga. Hihi. 


Perang Melawan Mitos - beli di MedTweetMY
Hidup Yang Aku Pilih by Muharikah dan Arkitek Jalanan by Teme - beli di Iman Publication.
Note: Tak baca lagi :D


12. Akhirnya bakal tiba juga hari yang dinanti. Haha. Larian pertama aku pada tahun ini adalah di Standard Chartered KL Marathon 2017 yang akan berlangsung pada hari Ahad, 21 May 2017. Seram sejuk sebenarnya nak lari 10KM. Mampu ke aku buat? Dah sebulan lebih tak lari langsung! Malas! Dan bila dah tiba hari, alamak, takutnya! Harap mampu aku habiskan larian 10KM. Doakan aku ye korang =) 



Tahun ini, aku akan lari bersama red skirt tutu juga sempena support #PositiveLivingMY untuk HIV. Suka pakai skirt ni. Tak payah beli seluar sukan sekali dengan skirt tu. Tak jumpa nanye nak beli kat mana. Hihi. 

Tahun ini merupakan tahun kedua aku join Standard Chartered KL Marathon. Korang boleh terjah entri aku mengenai my first marathon a.k.a larian 10KM dalam ENTRI INI ^_^

13. Banyak entri tertunggak sebenarnya. April Wrap Up, review buku, Blue Sky Tag, Sunshine Blogger Award. Terima kasih kepada rakan blogger yang tag aku. Nanti aku buat ye. Aku akan cuba siapkan semua entri tertunggak dalam bulan ini. #siscuba 

Cuma kadang-kadang blogging slump melanda diri juga. Takpelah. Asalkan blog masih ber-update. Walaupun seminggu hanya sekali. Jangan lupakan aku ye korang. Hihi 😍

Taking good care of yourself, okay. 

Till then,


28 comments:

  1. arghhh jeelsss dekat akak sbb dpt phone baruuuu.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Janganlah jeles Busyra. Perabih duit je tu beli pun sebab phone rosak T_T

      Delete
  2. rose gold = terbaik. cantik. ari tu aida nak beli samsung ala2 pink gitu.
    out of stock :( sedih, siqah...

    yes. tanpa phone skang ni, memang agak lost skit pada aida.
    wajib. phone & internet. without it agak terganggu.
    moreover opis aida now communicate more secara wasap tau. hadoi. bos arah dlm wasap grup aje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alorr out of stock pulak.. Biasanya kalau color cantik, cepat out of stock kan. samalah macam iPhone Red. Memang out of stock kat semua Samsung ke Aida?

      Kan!! Sekarang semuanya phone. Bukan nak kata mengadap phone je selalu, tapi memang sekararang phone sangat penting. Samalah kita. Pasal kerja pun dalam WS group je sekarang..

      Delete
  3. larian marathon, so far aida xde join lg.
    member di putrajaya & lembah klang, tiap weekend update fesbuk diorang join byk marathon.
    milo lah... seronok.
    here melaka mcm x brape dgr.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat Melaka hari tu rasanya ada larian jugak. Siqah tak pasti apa namanya sebab Siqah just lari kat area sini je. Itu pun SCBKL je yang mesti join. Hihi.

      Aida cuba join larian nanti =)

      Delete
  4. Canteknya phone baru tu. sama warna dengan ana punya tp ana bukan IPhone lah. Hehe.

    Ana sempat baca entri e-book tu rasanya. Kenapa kena delete pula? Melanggar rules ke? Entri tu berguna utk peminat novel eng kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeayy! Phone kita sama warna. Hehe =)

      Boleh dikatakan langgar rules jugak lah sebenarnya Ana. Takut nanti kena kecam dengan peminat buku di luar sana. Ada yang anti free e-books sedangkan rasanya dorang pun download πŸ˜… untuk elakkan daripada terkena tempias, baik Siqah delete entri tu.

      Nanye tak delete pun, Siqah move back to draft je. Sayang nak delete. Penat taip.. huhu

      Delete
  5. wahhh dah ada fon baru. tapi syg kan dekat fon lama. sama la kita. selagi tak rosak fon nya memang takka beli fon baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih sayang phone lama. Sedih tengok phone dalam bekas beras dan masih tak boleh on. Huhu. Kann! Beli phone baru kalau rosak. Kalau tidak, memang taklah beli. Huhu. Sayang eh duit..

      Delete
  6. Tekejut akak tengok angka gambo tu 8500+, sy tak pernah simpan byk2 cmtu, jenuh tu nak susun balik kan kak, πŸ˜…, rezeki akak iphone7 tu hihi. Btw sy tercari2 jgk entri ebooks akak tu rupanya dah delete.πŸ˜…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Banyak gambar ulang je nanye. Malas nak pilih. Tu yang banyak. Hihi. Haah akak dah delete entri ebooks tu. Kalau Shaf nak, akak boleh bagi via email. Akak nanye move to draft. Tak delete pun. Hihi.

      Delete
  7. Kak PC tak lupa awak Siqah...tahu phone awak problem kan..alhamdulillah tahniah dah beli yang baru...yeyyy...jaga elok2...manfaatkan sebaiknya...betul..phone dah jadi keperluan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak PC tak lupakan Siqah 😚 Insyallah akan dijaga elok phone ni kak. Tak nak dah bawak phone guna beg kalis air. Serik. Huhu. Betul kak, phone sekarang keperluan kan :)

      Delete
  8. Banyaknya benda yg berlaku. Yg penting dh dpt ganti phone baru, gambar2 pun dpt backup semula :D

    Gudluck marathon nnti! Rindu pulak nk marathon cmni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullilah. Phone dan gambar dapat semula :D

      Nanti tahun depan jom Mazni join Siqah masuk SCB KL Marathon nak? Boleh kita lari sama-sama =)

      Delete
  9. Ok jeles part iphone tu... nak jugakkkk Q_Q

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa tak mahulah jeles. Sebab rosak je ni T_T

      Delete
  10. so, how's the run? perasan gak AKLEH tutup pagi tadi. Jeles dengan orang rajin join larian ni. Tapi orang kata addiction jugak. Ramai member macam tu. Peperhal pun, tahniah dapat hp baru. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Run is awesome! Haha! Bolehlah. Penatnya sama macam tahun lepas gak. Hehe. Haah ada juga orang camtu kan. Addiction nak join larian. Kagum betul tengok dorang. Sekali setahun je cukuplah untuk Siqah kot. Hehe.

      Delete
  11. Ahhhh bestnya fon rose gold.jealousss.suka baca entry siqah selalu updte tau hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak mahu jeles please. Perabih duit je tu T_T Hehe. Thank you Airah suka baca entri Siqah. Nak jugak update kat blog :D

      Delete
  12. kdg walaupun ada phone baru,, tetap yg lama tue yg d cari hahaha.. sy pun walaupun guna hp baru, tetap x boleh move on dgn hp lama hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnnn! Siqah pun masih tak boleh move on drpd phone lama. Rasa sayang banyak kat dia. Harap sangat boleh on. Huhu

      Delete
  13. Cantiknya warna phone. Limited edition ke kak? Kenapa ira tak pernah nampak iphone color tu hahahhaa. Camne cara nak tebus rebate tu kak? Bulan2 bayar berapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan limited edition color rose gold ni. Kalau color red baru limited edition for iPhone. Hehe. Rebate RM700 nanti akan ditolak bulan2 daripada bil phone kita. Maksudnya lebih kurang 7 bulan kita tak perlu bayar bil phone. Lepas 7 bulan, back to normal pembayaran.

      Delete
  14. Alahai!! kesian Siqah phone masuk air tapi takpelah dapat phone baru, rose gold is my favorite color too.

    Kena peram lama lagi kot tu dalam beras tu sampai betul-betul kering nanti In Sha Allah phone tu akan bernyawa semula walaupun tak sempurna seperti sebelumnya. [c&p experienced kawan Mrs. A]

    Walaupun Mrs. A suka bersukan tapi marathon belum pernah try lagiks! Teringin jugak tu hiks! Adalah Mrs. A terbaca IJM Land half-marathon kat Seremban ni tapi tulah takde gang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doakan phone lama Siqah boleh ON please Mrs A. Sayang phone lama. Banyak benda dalam tu T_T Yes, rose gold cantik, my fav too :)

      Hope so Mrs A. Kawan Siqah phone dia tak leh on sungguh. Pergi repair kena RM1200. Sedih betul. Orang nak baiki tu pun cakap baik beli phone baru je. Huhu.

      Jauh pulak Siqah nak ke Seremban. Kalau tidak, boleh join Mrs A kat sana. Cuba lah join nanti Mrs A. Syok kalau ada geng :)

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。