March 17, 2017

Pengambilan Calon Bakal Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM)


Hanya berkongsi info yang diberi oleh abang aku di group whatsapp. Ditujukan khas buat adik-adik lepasan SPM ☺ Abang aku pesan suruh sebarkan maklumat ini dan aku pilih untuk berkongsi maklumat ini di blog ✌   

Credit photo here 


Untuk adik-adik lepasan SPM yang cemerlang, berhasrat untuk berbakti kepada Agama, Bangsa dan Negara, memenuhi syarat-syarat, dan tidak mahu pinjam PTPTN malah mendapat elaun dan lain-lain tanpa menyusahkan ibu bapa.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempelawa warganegara Malaysia berkelayakan SPM untuk dilantik sebagai Bakal Pegawai Kadet bagi menjalani pengajian dan latihan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di bawah tajaan Kementerian Pertahanan Malaysia.

Mereka akan berkhidmat dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) atau Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) setelah tamat pengajian.

Tarikh tutup permohonan adalah pada *31 Mac 2017*

TIGA PROGRAM ASASI ditawarkan iaitu:

1 - Asasi Perubatan
2 - Asasi Kejuruteraan dan Sains Teknologi
3 - Asasi Pengurusan dan Strategi


CARA MEMOHON:

Calon- calon hendaklah memohon melalui Unit Pusat Universiti dengan mendaftar melalui http://upu.mohe.gov.my/web/dan memilih UPNM sebagai pilihan pertama. Hanya calon-calon yang layak mengikut syarat-syarat tertera di atas akan disenarai pendek dan dipanggil untuk proses pemilihan di tempat yang akan ditetapkan kelak.

GAJI Pokok Pelajar Tajaan Kementerian Pertahanan:

Tahun Asas - RM1,103.96
Tahun 1 - RM1,228.96
Tahun 2 - RM1,353.96
Tahun 3 - RM1,478.96
Tahun 4 - RM1,603.96
Tahun 5 - RM1,620.00

Elaun Bulanan

Elaun Khidmat Bulanan - RM115.00
Sara Hidup - RM150.00
Insentif Khas - RM200.00

Bonus Tahunan tertakluk kepada sokongan.

Selain itu,

Kos Pengajian, Makan Minum, Penginapan, Buku, Pakaian, Latihan Ketenteraan adalah DITANGGUNG SEPENUHNYA OLEH KERAJAAN.


p/s: Keluarga aku adalah keluarga tentera. Ayah, Angah, Suami, Ayah Mentua, semuanya tentera. Hanya Ayah aku bekas Tentera Udara manakala yang lain adalah Tentera Darat. Itu yang aku bersemangat untuk sebarkan maklumat mengenai tentera. Hihi.


Kepada sesiapa yang berminat atau ada keluarga yang baru saja lepasan SPM, bolehlah cuba memohon. Mana tahu ada rezeki anda =)

32 comments:

  1. wahh best la semua kelurga tentra kak.. mesti hidup berdisplin ka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takdelah disiplin pun. Haha. Yang jadi tentera je berdisiplin, ahli keluarga lain hentam je :p

      Delete
  2. Wow, pelajar ada gaji pokok? :D Menarik2. Pernah nampak info ni my army friend share dalam Whatsapp group jugak.

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Haah dear, askar yang belajar ada gaji pokok. Best kan? Semua ditanggung, ada gaji pokok. Paling best tak payah pinjaman PTPTN :D

      Delete
  3. ni lah yg terbaik. dulu nyesal jugak tak masuk sini konon tak nak ada kaitan dengan uniform ni. alih2 masuk uni lain pun gatal p masuk wataniah jugak. tapi kalau adik2 laki atau saudara mara, masuklah upnm ni. bila lagi nak berbakti pada negara. kalau bukan melayu yg pertahankan tanah melayu, sapa lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Lela! Setuju sangat! Kalau bukan kita yang pertahankan Tanah Melayu, siapa lagi kan. Sangat advise sesiapa yang tahan lasak masuk askar ..

      Delete
  4. Bagus sebenarnya...sekarang berkhidmat dalam ATM menjadi salah satu pilihan masyarakat..alhamdulillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullilah. Kalau bukan kita yang berkhidmat untuk negara, siapa lagikan kak? :)

      Delete
  5. Wah family tentera.. Mine arwah atok, nenek, makcik2 jadi peneroka felda and mak, ayah, abang kerja Felda so family felda.. hehe/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi family Felda πŸ˜ŠπŸ™‹ Hehe.

      Delete
  6. tq atas perkongsian kak siqah.. wah bnyaknya tentera dalam family akak.. bagusnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saja share kat blog. Takde niche blog kan. Hentam jela �� bagus buat mereka. Seronok juga dengar kisah tentera. Patriotik terus rasa :D

      Delete
  7. wah semua ahli keluarga tentera. tabik spring sat :D
    teringin nak masuk jadi tentera, tapi badan kecik susah XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa yeke BV. Ada juga akak tengok badan kecik masuk tentera. Tapi tak tahulah camne gayanya. Macam payah je nampak nak pegang senapang. Hii. Takpelah, BV ada hasrat nak masuk tentera pun dah cukup baik :)

      Delete
  8. Wah keluarga tentera..mesti bila berkumpul ahli keluarga mesti mcm2 cerita boleh dikongsikan..dah sama bidang senang..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah. Begitulah. Hihi. Dorang masing2 bercerita. Kita yang tak kerja tentera ni, dengar jela. Hehe.

      Delete
  9. Wah, rupanya Siqah dilahirkan dalam keluarga yang penuh displin, hihi.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang disiplin mereka yang tentera je. Yang tak tentera ni, ke laut jugak kak. Hihi

      Delete
  10. Menarik juga ni! Tapi walau apa pun kena ada minat la, janganlah lari pulak bila dah masuk sana nanti. Menarik betul siap ada gaji pokok lagi kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa betul tu Syed. Minat paling utama lagi. Kalau takde minat, tak boleh tahan dengan latihan dan boleh lari. Hii. Kann! Bab gaji pokok masa belajar. Menarik!

      Delete
  11. Pluang yg bgus ni. Suami akk cik renex pun askar. Hee. Geng!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeayy! Sep sikit CR πŸ˜ŠπŸ™‹

      Delete
  12. BMI tak lepas ni nak masuk tentera-related uni. Haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Kurang or lebih ni? Hihi. Kalau siqah, sure lebih dah. Fitness langsung takde. Hehe

      Delete
  13. Wah keluarga tentera. hehehe. Saya tak ada keluarga tentera lagi, tapi bakal masuk seorang nanti, hehehehehehehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Siapa agaknya bakal tentera yang nak masuk family Mai tu? Hii. Best nanti dengar cerita tentera. Macam2 ada :D

      Delete
    2. Jeng jeng jeng :P

      Tapi dia pun bukan dari family tentera, dia yg first, heheh.

      Delete
  14. peluang buat mereka yg berminat & lepasan SPM ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yess. Jauh lagi perjalanan mereka lepasan SPM 😊

      Delete
    2. bak kata mat dan; perjalanan kita masih jauh ��

      Delete
  15. Sies ?? Tapi tu la kena tahan dengan tekann mental and fizikal. Ade sorang budak praktikal dekat ofis mek budak upnm ni. Perghhhh, disiplin, kemas memang tk yah ajar bab etika kerja. Kita yg dh krja ni pulak malu kat dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes. paling penting kena tahan mental dan fizikal. mental paling utama lah siqah rasa. Kann! Bab disiplin biasa dorang memang terbaik.

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。