March 01, 2017

FEBRUARY 2017 WRAP UP



Bulan Februari terasa cepat berlalu. Mungkin kerana bulan Februari hanya mempunyai 28 hari saja. Dah makin dekat nak Aidilfitri maknanya. Haha. Awalnya fikir wei. Dah habis puasa ganti ke semua? ☺

Macam biasa, ini adalah post wajib setiap bulan. Hihi. Meh dengar, eh bukan dengar, baca kisah dalam hidup aku sepanjang bulan Februari 2017. 


Personal

1. Switched to Celcom. Akhirnya aku berubah telco. Dari Maxis ke Celcom. Ambil tindakan drastik untuk tukar ke Celcom kerana harga bil yang lebih murah daripada Maxis. Aku ambil plan First Gold yang berharga RM80 tanpa GST. Ada 20GB internet (10GB weekday + 10GB weekend). Cukuplah plan internet yang ada. Aku jarang online di tempat kerja. Di rumah dah ada WiFi. Jadi 20GB internet mencukupi bagi aku. 

2. Kulit muka aku semakin pulih. Hihi. Tiada jerawat baru tumbuh tapi ada kesan jerawat yang lepas. Dalam proses menghilangkan kesan jerawat. Rajin cuci muka dan pakai krim malam juga. Ada sesiapa tahu produk untuk hilangkan kesan jerawat? Please share with me πŸ˜ƒ

3. Just Do It Sunday. Aku buat aktiviti ini selama tiga minggu berturut-turut. Punyalah rajin dan semangat. OK, full disclosure: Sebenarnya, encik suami yang semangat sangat nak lari. Aku ikut saja. Buat semua aktiviti bersama akan lebih mengeratkan hubungan suami isteri πŸ’“πŸ‘«

Minggu keempat tak complete 5KM sebab aku berhenti separuh jalan. Pergi join zumba pulak. Lagi seronok zumba daripada lari :D

4. Tujuh hari bekerja (6 Feb - 12 Feb). Terpaksa kerja on weekend untuk cover rakan sekerja yang MC. Satu team MC beb. Fuhhh! Penat sangat minggu tu. Tak boleh weii kerja 7 hari seminggu. Cukuplah sekali saja jadi perkara begini. Harap rakan sekerja aku cepat sembuh. Amin. 

Random snap gambar sunset ketika di pejabat :) 

5. What happens when I do laundry alone? Haha. Aku pergi laundry seorang diri selepas hampir tiga tahun kahwin. Ketawa pada diri sendiri kerana tidak tahu membezakan antara tempat letak detergent dan softener πŸ˜† Keliru. Aku luahkan perasaan di Twitter. Haha. 


Ohh yes, I'm back on Twitter. Kepada rakan blogger yang ada Twitter, jom kita jadi kawan di sana nak? :D

6. On 19 Feb, aku pergi ke Pusat Darah Negara Malaysia. Tapi sayangnya aku tidak layak untuk derma darah kerana iron tidak cukup. First time jadi camni. 


Books



7. Aku baca tiga buah buku dalam bulan Februari dan ini menjadikan my 2017 Reading Challenge Goodreads sudah ke angka 7/25 books πŸ˜ƒ
  • My Not So Perfect Life by Sophie Kinsella. 
  • All The Bright Places by Jennifer Niven
  • Pena & Picagari by Dr. Khairul Hafidz
Semua review masih dalam draft. Aku cuba siapkan dalam bulan Mac. Lambat macam kura-kura aku sekarang. Atau lambat seperti siput? Antara kura-kura dan siput, siapa paling lambat? Soalan untuk readers. Hihi.



Food

8. Ohh makanan! Haha. Nak juga letak gambar makanan di blog. Macam dah jadi point wajib dalam setiap Month Wrap Up post πŸ˜‰

SegamatRel di AEON Shah Alam. My rating: 3.5/5. 


Caffe Pascucci di Sunway Pyramid. Makan bersama #gengmakan ketika kami keluar bersama minggu lepas. #MisiMencariIphone7Tasha My rating: 4/5


Ohh favourite! The Street Cafe. Kali ni aku makan di The Street Cafe, Sunway Pyramid. Makanan di The Street Cafe cawangan Subang Jaya lagi sedap daripada di Sunway Pyramid. Tapi masih aku bagi rating : 5/5. Hihi. 


Korean Drama and TV Show

9. Satu drama Korea habis ditonton iaitu Hwarang: The Poet Warrior Youth. Semua comel dan handsome dalam drama ni. Aku suka ending drama ni walaupun tunggu selama 18 episod, baru King bersemangat nak jadi King. Akhirnya!! Lambat weii kau sedar. Aigoo. Kenapa yang tengok drama Korea ni, pasti faham apa yang aku cakap.

10. Currently watching Korean Drama adalah Innocent Defendant (uishh geram, marah, semua cukup bila tengok drama ni), Romantic Doctor Teacher Kim, dan Tomorrow With You. 

11. TV Show - Weekly Idol Big Bang Ep 284 & 285. Kelakar gila!! Best sungguh tengok mereka semua santai. Bye TOP! See you again in two years okay! Please come back!


Entri ini diakhiri dengan gambar yang aku ambil untuk bulan ini. Selalu pegang phone untuk ambil gambar. Dari sepuluh gambar yang diambil, mostly hanya satu atau dua yang cantik di mata aku. Hihi. 


 On 4 Feb, random snap gambar langit berwarna ungu. Cepat-cepat snap gambar sebab masa ni kereta sedang bergerak. Mujur encik suami yang drive masa ni. Dia melayan aku dengan memperlahankan kereta. Hihi. 


Langit berwarna merah pula. Subhanallah. Cantik 😍


 Awan =) 

Gambar yang diambil semasa jogging di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Love. Love. Love. 


KLCC. KL Tower. Istana Budaya.

Ini adalah gambar curi. Muahaha. Aku sedang berjalan mendaki bukit yang tak berapa tinggi di Taman Tasik Titiwangsa dan ternampak encik suami di sana. Terus snap gambar. Stalk suami sendiri :D

Haa. Gambar bunga pun aku snap jugak! Hahaha. Ini di Taman Tasik Kelana Jaya. 


Done my February 2017 Wrap Up. Thank you for reading 😊

How's your February?


48 comments:

  1. Menarik la gambar-gambar yang ditangkap dalam entry ni. Suka gambar buku tu, awan dengan makanan-makanan haha. yang tak boleh beza sabun dgn tempat softener tu kelakar. tapi biasanya memang dia automatik isi sabun and softener kan? ataupun dia ikut laundry juga la kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah ikut laundry rasanya tu. Sebab laundry tempat saya pergi tu takde pulak auto isi sabun dan softener. Kena letak sendiri. Hii. Pengajaran. Pasni confirm tak salah lagi..

      Delete
  2. Wah, menarik sinopsis hidup sepanjang Feb... Saya masa mula-mula pergi laundry, lambat sebab baca step yang ada kat laundry, satu-satu saya baca... hehe... Aktiviti larian tu satu permulaaan yang bagus... menyihatkan... twitter saya auto daripada post FB, jadi saya tak pernah update apa-apa pun, nak add boleh lah... :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagusnya baca satu-satu step. Saya konon dah pandai :D Semoga berterusan larian itu.. hii

      Delete
  3. ok suka bab gmbr menu tu..ehee
    alaa sygnya yui xde twitter..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasti Yui suka makan kan! Sep sikit! :D

      Delete
  4. Wahhh walaupun Februari 28 hari aktiviti akak padat betul? Hehee. Kak Siqah guna produk apa eh untuk hilang jerawat tu? Bad to me sebab bulan ni broke gila kulit Ira dek jerawat :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah ira. Bulan Februari agak sibuk jugak akak nanye. Hihi. Akak tak tahu produk untuk hilangkan jerawat. Akak guna pencuci muka dan krim akak guna sekarang je, Olay.
      Huhu. Alaaaaaaaa Ira, samalah kita ni. Muka naik jerawat tak best kan? :(

      Delete
  5. Ana setiap malam apply cosmoderm sejak nov lepas. So far ok dengan kulit ana dan parut pun beransur hilang.


    Ana pulak baru tukar dari U mobile ke Digi. Hehe😘😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cosmoderm? Produk muka lah eh Ana. Nak beli kat mana tu! Pantang betul dengar parut pun boleh hilang. Tak pernah siqah dengar produk tu.

      Ooo tukar telco jugak! Hehe. Sep! 😍😍

      Delete
  6. Subhanallah, cantiknya view gambar yang awak ambik tue.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subhanallah. Siqah suka ambil gambar view daripada gambar sendiri. Hehe. Random snap je kak :)

      Delete
  7. Meriah February Siqah ye..hehe.Zumba memang lagi best, maybe sebab ramai-ramai pastu ada muzik kan.As for me, bulan ni sibuk keje je.tapi takdleah sampai 7 hari direct.tapi sampai buat dari rumah tu ada jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn Sal! Zumba sure lagi best. Ada lagu dan menari gitu. Lari boring sebab sorang2 lagipun. Siqah lagi prefer work from home daripda kerja direct 7 hari. Penat oo. Harap bulan Mac ni baik2 je untuk kita semua ye :)

      Delete
  8. akak suke baca ntry wrap up nih....
    cantik2 semua gambar awak amik dik....

    pntnya lah kalu akak kene keje seminggu 7hari huhuhu

    heheheh akak pun tak penah bt laundry kt mesin, semua laki akak bt yelah sbb akak bsh ngn mesin kt umah je heheheh

    tang makanan... nsb la msh lg kenyang sbb baru lps lunch

    ko mmg rajin dik baca novel... akak salute

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you kak :)

      Lagi best kak bila husband buat semua kan. Bahagikan tugas gitu. Hehe. Masing2 kerja, bila kat rumah pun kerja divide dua lah. Hee.

      Siqah suka makan dan novel! Hehe. Akak akan nampak itu jela banyaknya dalam blog ni.

      Tapi baca novel, ikut mood jugak nanye kak. Hihi

      Delete
  9. Apeni banyak gambar makanan. Hahah! Sedapnyaaa semua. Btw, Titiwangsa tu boleh pergi lagi eh? Haritu ada viral mesej cakap nal tutup untuk orang ramai sebab nak upgrade apa entah. Hehehe. Okay nanti Nani follow dekat Twitter 😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Gambar makan wajib ada Nani! Hihi.
      Ooo ada viral kisah Titiwangsa tutup ke? Siqah tak tahu pulak. Bukak je taman tu. Ramai betul orang pagi2 kat situ. Maybe dah siap upgrade kot. Hii.

      Kita dah jadi kawan kat Twitter jugak 😘

      Delete
  10. csntiknyaaa gambo langit tu. memang no filter ke? <3

    hehe gambar makanan ni memang wajib. tapi ermm macam sodap je semuanya. tak buat review ke ? >,<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Mommy. Gambar langit no filter. Langit memang cantik sungguh hari tu. Berwarna-warni 😍

      Hii. Siqah bagi rating je kat gambar di atas. Nak buat full review kedai korea tu nanye, tapi masih dalam draft sampai sekarang. Pergi makan lebih 3 kali dah. Hihi.

      Delete
  11. Banyak gambar cantik kak siqah snap.. Mesti pencinta langit ni. Mai suka gambar hutan, hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Haah akak pencinta langit, awan, dan laut. Hehe. Suka sangat. Cantik 😍 wahhh Mai pencinta hutan. Mesti suka masuk hutan eh? Hehe.

      Delete
  12. seronok baca akak punya post ni. awal bebeno nak raya hihihihi! psttt, sy pun actually tak tahu kat mana letak sabun n mana nak letak softener hahahah. kita geng okayyyy. best tak cerita hwarang? plan nak tgk tu tp sampai skrg tak tgk2 lagi huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Raya semakin menghampiri. Semangat sikit raya tahun ni sebab dah habis ganti puasa. Kiki.
      Haha. Yeahhh! Ada geng!!!ingatkan akak sorang je yang tak tahu. Hihi. Sep eeca :D
      Hwarang tu bolehlah ceritanya. Best jugak nanye. Cuma sebab baru lepas tengok Goblin, so expectation untuk drama korea selepas Goblin dah meningkat naik pulak. Hee.

      Eeca tengok Goblin dah?

      Delete
  13. Murah jugak tu celcom rm80 sebulan utk 20gb. postpaid eh Siqah? Btw kagum dgn siqah yang suka buat cabaran membaca ni. nak contohi jugak sikap mcm ni ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah postpaid nadhie. Celcom boleh tahan murah jugak plan dorang. Hehe. Janganlah kagum dear. Siqah suka membaca dari kecik lagi. Hobi kata. Hehe. Jom nadhie start membaca jugak 😊

      Delete
  14. Tercatat sebagai memori sepanjang Februari...alhamdulillah 1 Mac...bila mama kak PC..mama cakap panjang umur tak lama lagi bersahurlah kita insyaAllah..*sebenarnya hin nak tanya dah selesai qada puasa..kikikiki..syukur selesai*..setiap pic yang Suqah snap..subhanAllah cantik sangat..suka kak PC tau..tau..tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Bab hint tue memang betul tu kak PC. Saja buat2 cakap pasal puasa Ramadhan kan. Hii. Alhamdullilah kak PC dah habis ganti puasa :) Thank you kak PC :) Siqah random snap gambar tu semua. Kelakar jugak bila ingat balik masa snap gambar langit ungu tu. Hehe. Siqah suka bila kak PC suka. Yeahh 😍

      Delete
  15. blend tomato tepek kat muka sampai kering lepas tu basuh, best kulit muka jadi lembut gebu gebas. makanan tuuuuu, terliur...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo tomato... thank you lela for the tips! Tak suka makan tomato tapi kalau untuk kecantikan boleh dicuba. Hehe.

      Delete
  16. Books and foods! Both are really attractive! Hehe

    Kalau saya pun prefer zumba dari lari. Tapi, selalu tertinggal atau tersalah step laa. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Kan!! Books and foods = perfect 😍

      Haha. Biasa dah tu kalau zumba tersalah atau tertinggal step. Siqah pun sama hari tu. Tengok mak cik semua bukan main boleh follow. Kita pulak yang terkial2 follow each step. Mujur kat belakang sekali. Hehe.

      Delete
  17. Glad that you had a fabulous February. More joy to come in March. In shaa ALLAH :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah :) Same goes to you Aqma :)

      Delete
  18. hi siqahhhh lama tak blogwalking! rindunya blog siqah! seperti biasa, sedap betul makanan tu hahahaha my weakness betul ni gambar makanan.

    http://www.erinazmir.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Erin!! Lama tak nampak Erin kat sini. Hii. Sibuk belajar sekarang kan. :) Haha. Erin suka betul makanan. memang lemah kan kalau bab makan. Rasa nampak sedap dan terus nak terjah kedai tu. Kiki

      Delete
  19. Entry siqah mesti bnyk gambar cantik-cantik.. suka sangat.. ! Hwarang tu anis just download tp takda masa lg nak tengok.. The only korean drama yang anis tgh tngok, Chief Kim... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you so much Anis. Glad you like it <3 Tengoklah Hwarang. nanti boleh cerita-cerita. Hihi. Chief Kim drama pasal apa ek? Siqah tak pernah dengar pulak?

      Delete
  20. Hahaha mesti kita dah baca post ni on the road tapi tak drop comment lagi.

    Sky is always a good part of nature that I love to watch. Kalau dapat baring dalam kenderaan yang bergerak, pastu renung ke langit... fuh.

    Kita dah 2nd week on Just Do It Sunday tuuuu. Menarik sangat ada event camni :D

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Kadang-kadang Siqah pun baca dulu post nanti datang balik dan komen. Hii

      Fuhhh!! Bestnya kalau dapat buat macam Hanis cakap tu. Jom Hanis kita buat. haha. tapi kat Malaysia ni panas. Habislah. Muahaha.

      Yeayy! Hanis join jugak Just DO IT Sunday!! BEstnya bila dengar ada kawan join jugak. Hihi. Keep it up! Menarik kan event camni. Seminggu sekali so okaylah kot :D

      Delete
  21. Bestnyaaa selalu entry chika ramai orang komen . Insyaallah one day, ramai jugak orang komen dlm blog nadia .

    Part langit tue semua cantik and rajin nyaaaa jogging . Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi Instagram nadia ramai orang komen gak. IG chika sendu je. Hihi. Sama je kita nadiah. Hii.

      haha. Rajinlah sangat jogging nie haa. Dah semakin malas nanye tapi gigihkan juga :p

      Delete
  22. aduhaiii lemah betul tngok makanan ni. hehe. btw smua gmbar akak snap smua cntik. tambah2 gambar langit tuuuu. Ya Allah indahnya ciptaanMU <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bab makanan sure lemah kan. Akak pun sama! Hehe. Tu yang keje nak makan je pulak :D
      Subhanallah. Cantik semua ciptaan Allah <3

      Delete
  23. hehehe byknye xtvt yg dilakukan ye.. seronok beronok ronok ni... Paling win, gambar semua cantik diambil.. Layan betul la blog siqah ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Lea layan blog Siqah. Hihi <3

      Delete
  24. alhamdulillah, jerawat dah segan silu nak parking d muka sy 😁 mslh sy skrg ni, nak hilangkan parut, nak kurangkan minyak & kecilkan liang pori 😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaa nour pakai produk apa untuk masalah yang ada sekarang? Siqah ada masalah parut bekas jerawat jugak ni. Huhu

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。