February 17, 2017

SALAM JUMAAT | REZEKI MILIK ALLAH

Smile. It's Friday ☺



Alhamdulillah diberi kesempatan untuk kita bernafas dan bertemu lagi hari Jumaat yang penuh keberkatan. Aku sangat menantikan hari Jumaat. Yes, sebab weekend menghampiri. Hihi. 

Alhamdulillah juga kerana aku dapat cuti minggu ini. Aku kerja tujuh hari seminggu pada minggu lepas dan ianya sangat memenatkan. Rasa tak terurus kehidupan. 

Walau begitu, aku tetap bersyukur atas rezeki Allah yang masih ditetapkan untuk aku. Rezeki daripada hasil titik peluh aku bekerja. Insyaallah, semoga berkat rezeki yang diperoleh.

Apabila bercakap mengenai rezeki, aku teringat akan kisah VIRAL baru-baru ini mengenai Buku 99 Kata-Kata Fattah Amin yang dikutuk keras oleh netizen. Aku salah seorang daripada mereka yang agak tidak puas hati dengan penerbitan buku itu. 

Tidak puas hati kerana buku itu dijual dengan harga mahal. Novel dan buku motivasi yang aku beli lagi murah daripada buku tersebut. Pengisian juga mantap dan menjadi sumber inspirasi dan motivasi hingga sekarang. 

Tapi mungkin benar apa yang dikatakan oleh pelakon Fattah Amin. Harga buku mahal kerana setimpal dengan kualiti buku tersebut dari segi penggunaan kertas berkualiti tinggi dan grafik. Entahlah. Siapa ada beli, boleh bagi aku pinjam? Hihi. 

Kenapa aku mengaitkan rezeki dengan kisah VIRAL buku Fattah Amin? 

Apabila aku fikirkan dengan lebih mendalam, penerbitan buku Fattah Amin adalah salah satu cara dia mencari rezeki. 

Ada orang mempertingkaikan juga. Sebab Fattah Amin artis, jadi bukan main laju pihak penerbitan nak terbitkan buku dia. Orang lain sudah menulis sekian lama dan masih tidak diberi pilihan itu. 

Jangan risau semua. Rezeki Allah itu luas. Rezeki itu milik Allah dan bukan ditentukan oleh manusia. 

Apa hak kita untuk mempertingkaikan cara dia mencari rezeki? Sekurang-kurangnya dia cuba. Kalau tak berjaya, dia pasti tidak akan buat buku baru lagi. Kalau permintaan tinggi, mungkin akan keluar pula buku versi kedua oleh Fattah Amin. Bersiap sedia untuk dikecam lagi wahai Fattah Amin. Haha. 

Cuba fikir. Tidak akan ada pengeluaran jika tiada permintaan. Betul tak? 

Oleh itu, tidak perlu kita mempertingkaikan cara orang lain mencari rezeki. Biarlah. Fikir positif. 

Rezeki milik Allah dan akan diberikan kepada sesiapa yang Dia mahu dan Dia juga berhak mengambilnya semula pada bila-bila masa. 


Back to basic. 

Usaha. Doa. Tawakal.

Salam Jumaat. May Allah Bless Your Day.
❤ 

24 comments:

  1. Haiiiii, I am hereeeee :D hehe lega dah habis satu exam. penat dah bertapa kat meja.

    Ada satu part lain macam merchandises artis2 tu, kalau takde orang nak beli, memang takde la jualan kan. Hehe. Dulu pernah jugak spend untuk beli album kim jong kook, ada yang siap ada signature dia lagi hahaha. Bila fikir balik, dah kenapa laa gigih beli.

    Bergantung kat diri sendiri jugak. Kadang2 bila orang lain dapat sesuatu yg kita dah lama idamkan, masa tu memang akan timbul rasa tak puas hati. Itulahh, kita susah nak bersyukur T_T

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Hanis. Alhamdullilah habis satu exam dah ek :)

      Haa betul tu hanis. Orang tak suka ramai, tapi peminat artis dan pembeli pun ramai jugak. Cuma kena tahan lah dengan tohmahan orang. Hee. Gigih betul Hanis sampai ada signature bagai. Zaman remaja baru nak up tu ek :D

      Manusia susah nak bersyukur. Sentiasa ada je yang tak puas hati kan. Betullah cakap hanis, sebab orang lain senang dapat apa yang dia nak dan yang kita sekian lama idamkan. Timbul rasa iri hati dan mulalah hentam je. Huhu.

      Harap kita dijauhkan daripada sikap begitu ye hanis :)

      Delete
  2. Orang nak buat buku, dia pun nak buat buku juga, tapi buku mahal. Kelakar kan? Hehehe... Sementara dia tengah popular bolehlah keluarkan buku, kumpul duit nak kahwin... Hehe...Back to basic. Usaha Doa Tawakal... Nice words..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Win sungguh ayat first tue :D
      Tak salah dia gunakan peluang dia tengah pop meletup sekarang untuk cuba semua cara cari rezeki. Kahwin banyak pakai duit sekarang. Hihi.

      Delete
  3. Salam Jumaat siqah. Selamat bercuti dan selamat berhujung minggu.
    Dah 2 minggu viral kes buku FA ni. Betul kata Siqah mungkin itu cara dia cari rezeki. Ada je fan dia nak beli kan. Sebelum Hafiz Hamidun pun buat buku camtu juga. Pun kena kecam. Netizen kan memang suka mengecam. Cuba kalau dorang yang buat buku camtu, ok kot dorang rasa. Hehe πŸ˜…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe πŸ˜… dorang nanye nak buat buku gak kot Ana kan. Itulah, artis kena tabah hadam semua yang netizen hentam. Hee. Biasalah banyak mulut kan πŸ˜…

      Selamat berhujung minggu jugak Ana :)

      Delete
  4. salam jumaat dik... setuju sgt, rezeki itu milik Allah, kita mampu usaha n berdoa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Usaha doa dan tawakal kan kak :) Selamat berhujung minggu kak :)

      Delete
  5. Hye Siqah assalammualaikum..salam Jumaat kembali Siqah...itu rezeki dia..dan rezeki kita lain..tidak mengapa..apa yang utama teruskan dengan usaha..doa dan redha masing-masing..insyaAllah ada jalannya..ameen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam kak PC :)
      Betul kak Pc. Masing2 ada rezeki masing2. Percaya dan usaha cari rezeki dengan pelbagai cara. Semoga dipermudahkan semua :)

      Delete
  6. Betul tu Siqah.. Dah rezeki dia tapi, anis salah sorang yang tak setuju dengan dia.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Siqah pun nanye! Cuma fikir positif jela pasal buku dia tu πŸ˜…πŸ˜…

      Delete
  7. Rezeki itu milik Allah. Setiap dari kita dah ada bahagian masing-masing. Tugas kita sebagai manusia, berusaha dan bersyukurlah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama kita beringat kan Ana :) Sentiasa bersyukur atas apa yang Allah kurniakan sekarang.
      Selamat berhujung minggu Ana :)

      Delete
  8. Siqah beli lah..pastu buat review. Hehe. Tapi betullah bab rezeki tu. Kalau rasa tak berbaloi, jangan beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Tak nak beli. Nak pinjam je. Hehe. Kannnn mana peminat dia yang suka sangat tu, belilah agaknya jadikan koleksi artis kegemaran. Gitu :D

      Delete
  9. Assalamualaikum Siqah,

    Hebat virsl buku FA.. Akak setuju dengan pendapat Siqah agak kurang adil kepada penulis lain yang struggle untuk terus berkarya.. Apa pun terpulang kepada individu, harap mereka pandai menilai.. ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam kak LZ :)

      Kan kak LZ. Itu yang penulis lain bengang agaknya. Dorang bertahun berusaha dan masih tak publish. FA pulak dah publish buku dia. 3 bulan je pulak tu buat kan. Apa pun betul cakap akak. Terpulang kepada individu untuk menilai. Peminat FA beli lah. Yang lain, diam sudah :D

      Delete
  10. Harga buku mahal hati akan lebih menghargai sebagai koleksi berharga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hope isi kandungan buku juga mahal setimpal dengan harganya :)

      Delete
  11. Betol tu siqah.. kecoh jugak fattah amin kena tempias netizen... tapi orang cakap kalau tak beli buku fattah amin lagi jangan harap nak komen bagai.. beli baru komen hiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kecoh sangat sampai dalam Maharaja Lawak Mega 2017 pun sempat lagi Joras buat lawak pasal buku FA ni. Hihi. Wani belilah. Boleh siqah pinjam. HIi.

      Delete
  12. Betul jugak tu siqah. Kadang kita ni gone too far. Lupa dh didikan awal cm mane. Padahal yg basic tu simple and tk memeningkan kepala. Cam yg fattah amin tu lerr. Ye la sng manusia yg ade otak and perasaaan memang trkata la jugak kat dia dgn logik akal yg ade ni. Cuma itulah. Back to basic. Ape la nk dipedulikan dengan rzeki dia. Dh cara dia usaha cm tu, dapatnya cam tu lah ;) whahah. Panjang pulak bebel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Mek. Yang basic itu simple cuma manusia sekarang, lebih banyak berfikir pulak. Jadi complicated semuanya. Haaa.. Kita back to basic lah senang cerita kan. Takde sakit hati ke dengan rezeki orang. Biarlah. Hihi

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。