February 28, 2017

PASTEL MARBLE PHONE CASE | WHERE TO BUY

Aku sangat suka akan phone case. Ke mana saja aku pergi, kalau ada nampak kedai phone case, kaki senang sungguh berjalan ke arah kedai tersebut. Biasanya ditahan oleh encik suami. Bila selalu sangat beli. Hihi. 

Terbaru, aku suka akan design pastel marble phone case. Cantik je nampak. Aku cuba tengok di kedai Ustaz di Kota Damansara tapi tiada. Kedai Ustaz tak berapa up-to-date sangat phone case mereka. Jadi, aku tengok di laman web EZBUY (selepas baca entri Fatina) dan akhirnya aku beli di SHOPEE MY (selepas Nadiah beli). 

Aku terus buka aplikasi SHOPEE MY yang telah sekian lama aku download. Tujuan utama download SHOPEE MY adalah untuk jual barang terpakai yang aku ada. Preloved baju, tudung, dan beg. Tapi sayangnya, sampai sekarang, tujuan itu masih tidak dilaksanakan. Aku malas nak ambil gambar untuk setiap barang yang aku nak jual. 

Dalam masa yang sama, terfikir juga ada ke orang nak beli? Atau aku boleh jual preloved di blog saja?

Okay. Cukup dengan persoalan itu. Mari aku teruskan dengan tujuan post ini ditulis. Hihi. 

Aku nak share pastel marble phone case aku dengan korang!! Ahhh semua cantik!!! Dan semua satu tone color. Haha. 



Aku beli empat phone case. Please jangan cakap aku membazir. Pleaseeeeee. Aku janji tak beli phone case selama setahun. Sebab tahun depan nak tukar phone. Eh? Hahaha :p

Aku beli semua phone case di atas daripada penjual SHOPEE MY iaitu KOEMI_21.

Koemi_21 adalah seorang penjual yang cepat respon pada pertanyaan aku. Sebagai pelanggan, semestinya aku suka bila penjual cepat bagi respon pada soalan aku. Dia pun baik je melayan semuanya walaupun aku tanya soalan yang sudah jelas tertulis di detail produk. 

Contohnya, material phone case. Hahaha.




Ada beberapa kategori untuk phone case dalam Koemi_21. Aku beli empat phone case yang berada dalam kategori di bawah:

1. PASTEL / WATER COLORS PHONE CASE



2. MARBLE PHONE CASE



Disebabkan aku mencari pastel marble phone case. Jadi aku cari yang dalam kategori di atas saja. Banyak lagi pilihan phone case yang cantik. Serius ahh, untuk orang yang gila phone case macam aku, boleh jadi rambang mata beb tengok semua pilihan phone case yang Koemi_21 ada. 

Aku screenshot beberapa design phone case yang lain. Mana tahu ada yang korang berkenan ke nanti. Hihi. 







Cantik dan comel tak semuanya? Hii. Kalau korang suka, bolehlah cuba terjah di SHOPEE MY.

Kalau tak nak beli online, aku ada jumpa satu kedai yang jual phone case cantik dan comel di AEON Shah Alam. Kedai diberi nama GADGET HUB. Di level sama dengan Popular. Kalau korang berdiri menghadap Popular, kedai ini di sebelah kiri korang. Haa level berapa, sumpah aku tak tahu. Level 1 kot. Hihi. 




Korang selalu beli phone case di mana? Suka design yang bagaimana? 

22 comments:

  1. Lawa-lawa color pastel th Siqah. Kelabu mata tengok semua tu. 😘😘

    Ana kalau nak suruh en suami pergi supplier terus. Sebab dia ada account dekat kedai tu. Senang cerita. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn Ana. Siqah lagi kelabu mata tengok semua. Hihi.

      Wahh lagi best Ana. Ada account kat supplier kedai terus. Senang tak payah nak beli online kan. Hii

      Delete
  2. comelnyaaa.kena beli semua yg ada wrna pink tu

    ReplyDelete
  3. Patutlah Siqah cair ya..semuanya cute la dik oiii...alahaiiii..janji ok setahun ok tak beli phone case..huhuhu...ni last untuk tahun ni la..tahun depan kisah lain kan..kan..kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Tahun depan kisah lain lah kak. Tahun ni, janji tak beli phone case dah. Gunalah apa yang ada ni haa :)

      Delete
  4. Saya pakai Nexus 5X susah betul nak cari casing dia haha. cantik juga casing-casing ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Jarang dengar nama phone awak ni. Patutlah susah cari casing ;p

      Delete
  5. cantikkan warna marble casing tu! elsa masih carik tempat yang sesuai untuk beli hehe. boleh lah try sini :)

    singgah isi tabung :) http://elsaalicious.blogspot.my/2017/02/berhutang-punca-sahabat-menjadi-musuh.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantikkkkkk warna marble casing ;) Haa bolehlah elsa tengok Shopee. Jangan rambang mata sudah ye :p

      Thank you isi tabung elsa <3

      Delete
  6. 4 sekali gus. Haha. Wow! Kita suka yg jenis pastel jugak, takpun yg ala2 vintage sikit. Tapi kalau dekat kedai2 memang susah sikit nak jumpa. Kena carik online.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Gila kan siqah. adoii! Pastel color sentiasa cantik di mata <3 Betul tu Ana, biasa cari online ada je banyak pilihan pastel. Kat kedai memang susah nak jumpa..

      Delete
  7. lama tak tukar phone case..selama ni pakai casing clear.Tempted nak download Sophee. Banyak jugak barang terpakai mahupun tak penah pakai nak dijual

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa sila sila download Sophee. Boleh shopping sambil menjual. Nanti boleh follow2 kat sana gak :)

      Delete
  8. erin perasan gadgethub tu! comel kot casings dia jual :D

    http://www.erinazmir.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Haah comel casing kat kedai tu. Mata nampak je kalau kedai jual casing comel kan :D

      Delete
  9. Selalu rasa helpless nak beli barang online kalau kat Malaysia. Dah biasa beli anything kat ebay or amazon je, so tak tahu sangat pasal online shops macam kat shopee camtu :D Tapi kat Instagram dah banyak kann online sellers ni hehe.

    Cakap pasal casing phone ni, kita sendiri beli kat kiosk2 kat mall camtu. Dapat la dalam bawah RM20. Pernah sekali jumpa the exact pattern orang jugak as sponsored post kat FB, harganya sampai RM50. Terus wonder apa je yang bezakan sampai harganya jauh macam tu sekali. haha

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak dah Online sellers kat Instagram. Semua di hujung jari sekarang Hanis. duk kat rumah / ofis pun boleh habis banyak duit untuk shopping. Hahaha.

      Siqah pulak tak pernah beli di ebay or amazon. Hii.

      Haha. Itulah. Biasanya supplier dorang sama je, cuma dorang jual harga berbeza kan. Kena pandai memilih. Tapi kadang2 terkena jugak beli yang mahal. Huhu

      Delete
  10. Hoisss cntik² belaka.. rs cm nk beli jugak je.. hahhaa.. sabo jerk laa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Boleh je kalau rasa nak ganti yang baru. Hii

      Delete
  11. Cantik gila pastel colour Allahuuu

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。