February 08, 2017

NOVEL SHE : ANTARA REALITI DAN FANTASI


Novel yang aku beli kerana kulit muka depan yang menarik. Sekarang banyak kulit muka depan buku yang menarik. Janganlah aku mudah terpedaya dengan membeli semuanya. Hahaha. 

Aku mempercepatkan penulisan review untuk buku ini kerana ada rakan blogger yang bertanya. Disebabkan aku sayang korang, jadi aku cepat-cepat siapkan review buku SHE yang sekian lama dalam draft :D



Title: SHE : Antara Realiti Dan Fantasi
Author: Mesbo & Aishun Rafiq
Pages: 316
Publisher: SO Publishing
Publication Date: November 2015


SYNOPSIS

Shida atau lebih dikenali sebagai SHE. Dia adalah anak tunggal keluarga berada dan tinggal di bandar. SHE kemudian berpindah ke kampung di Perak apabila ayahnya dinaikkan pangkat. Dia tidak suka akan kampung kerana baginya suasana kampung itu pastinya mundur, jalan raya penuh lumpur, sekolah kecil, tiada internet, dan kemudahan serba serbi yang tidak lengkap.

Di tempat baru, SHE berkawan dengan Lyna dan Zay dan terus menjadi rakan akrabnya. Kisah bermula apabila SHE diganggu oleh makhluk halus dan dirasuk sehingga membawa SHE ke dunia bunian. Dunia bunian yang ada baik dan jahat. Siap ada peperangan dalam dunia bunian. SHE berkenalan dengan Putera Bageran. Putera yang keji dan zalim serta sangat mementingkan kekuasaan. 

SHE mempunyai hubungan tidak langsung dengan Putera Bageran. Ini berlaku kerana ayah dan ibunya telah mengambil tangkal daripada bomoh yang merupakan mangsa hasutan Putera Bageran. 

Tangkal itu bukan untuk dipakai. Ia disimpan di dalam sebuah kotak berwarna kuning. Tangkal itu adalah sebagai jaminan keselamatan terhadap SHE. Selain itu, ia juga untuk melariskan jualan dan menarik kekayaan. 


REVIEW


Bunian memang wujud. Mereka di kalangan jin dan membuat jelmaan seperti manusia. Kalau sesiapa yang nampak bunian, itu anugerah daripada Allah. SHE adalah salah seorang yang memperoleh anugerah itu.

Sebuah buku yang menarik sebenarnya dengan kisah penceritaan yang berkisar mengenai hubungan antara dunia manusia dan dunia bunian.

Aku adalah pengemar novel Melayu dan telah baca banyak novel Melayu. Oleh itu, aku dapat rasakan tentang kekurangan novel ini dari semua sudut terutama sudut bahasa dan penulisan.

Gaya pengolahan idea, cara penulisan dan penyusunan plot tidak begitu menarik bagi aku. Mungkin kerana penulis baru saja menceburi bidang penulisan dan masih perlu banyak belajar. Ada ketikanya aku bagaikan "hilang" dalam pembacaan novel ini.

Aku tahu diri aku tidak layak untuk memperkatakan mengenai gaya penulisan orang lain memandangkan diri aku juga tidak begitu pandai bermain dengan kata-kata. Tapi masih mahu menulis blog ^_^

Aku juga sedar bahawa menulis itu bukan mudah. Nak siapkan satu entri blog pun cukup payah bagi aku, apatah lagi untuk menulis novel.

Namun begitu, aku sebagai pembaca perlu memberi review jujur terhadap novel yang aku baca. Jadi, aku mengharapkan agar penulis SHE boleh mengambil kata-kata aku ini sebagai komen positif dan kembali dengan novel yang lebih menarik dengan idea, bahasa, dan penyusunan plot yang lebih kemas =)


Beberapa kata-kata inspirasi dan indah dalam novel ini adalah:

✽ Hidayah adalah petunjuk dari Allah. Petunjuk untuk kita berubah daripada perkara tidak baik kepada perkara yang baik.

✽ Aku suka akan istilah kompas dan buku panduan dalam novel ini. Umpamanya, kita diarahkan untuk masuk ke hutan dan dibekalkan kompas dan buku panduan. Tapi kita hanya menggunakan kompas dan melupakan buku panduan. Kebarangkalian untuk kita sesat adalah tinggi.

✽ Kompas diibaratkan sebagai hati kita manakala buku panduan adalah hidayah dan Al Quran. Ianya berkaitan antara satu sama lain. Kita tidak boleh hanya menggunakan hati semata-mata. Segalanya perlu dirujuk agar tidak menyimpang daripada agama.

✽ Diam pada lelaki merupakan racun yang paling berbisa buat wanita. Hati wanita cukup halus. Sebab itu setiap perbuatan perlu ada penjelasan walaupun menyakitkan. Itu lebih baik buat wanita. (sangat setuju).

✽ Hidup adalah untuk berjuang. Kalau hidup hanya untuk menikmati apa yang ada, tiada gunanya.

✽ Puisi daripada Fynn Jamal yang menarik perhatian aku dalam novel ini.

Kalaulah
Kalaulah ada perkataan yang lebih cantik dari indah
Mau aku pinjam dan tampalkan di wajah

Kalaulah
Dapat aku kisahkan dari hati yang bahagia
Rasa penuh, rasa sempurna dengan adanya mereka

Kalaulah 
Bisa difaham bahasa mata yang sedang berbual
Akan aku sekadar senyum, melambai selamat tinggal

Ini adalah review peribadi aku mengenai novel SHE : Antara Realiti dan Fantasi. Kemungkinan korang mempunyai pendapat yang berbeza. Boleh cuba baca novel ini dan aku bersedia membaca review dan pendapat korang pula ^_^

53 comments:

  1. Anis ada trust issue with publisher kalau pilih novel melayu.. Hee.. SO publisher nie penerbit baru ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siqah rasa penerbit baru ni. Sebab beli buku ni baru kenal penerbit yang ni.. Hee.

      Delete
  2. Wah pandai Siqah komen buku. Tapi betul lah kalau kita selalu baca novel kita boleh detect dekat mana kelemahan dia kan. πŸ˜€

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa bersalah pulak bagi not-so-good review pasal buku ni. Tapi dah itu yang dirasa kan. Huhu. Takdelah pandai komen buku ana. Ikut suka hati je nanye. Hee.

      Kannn~ bila dah lama baca novel, dah tahu gak kelemahan novel ni di mana. Hope penulis ambil komen positif siqah ☺

      Delete
  3. Hmmm, macam tu rupanya sinopsis sebenar, sebab kat kulit buku tu macam tak lengkap. Hehehe. Mai memang suka puisi Fynn Jamal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Haah kulit muku cam tak lengkap sinopsisnya kan.. tue yang siqah beli sebab nak baca. Hehe. Haah puisi Fynn Jamal best. Suka setiap lirik dia :)

      Delete
  4. airah dh lama tak baca novel :( novel berlambbak tapi baca malas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak. Hehe. Nanti datanglah mood rajin airah nak baca novel k :)

      Delete
  5. Cover dia memang menarik sangat. Sekali tengok mesti ingatkan novel English, tambah pulak dengan tajuk SHE. Memang kadang2 bila baca buku, kita akan perasan kalau ada kekurangan dari sudut penulisan. Ya, walaupun kita ni lagilaa kurang pengalaman dari mereka tapi tak salah untuk memberi review yang jujur. Terbaik review jujur dari akak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah akak pun ingatkan novel English. Kan ana, akak pun tak pandai jugak bab penulisan tapi dapat jugaklah detect sedikit kekurangan dalam novel ni. Yakinkan diri bagi review jujur :) Thank you ana <3

      Delete
  6. Teringat filem Magika masa baca review ni Siqah :D

    Suka sangat analogi kompas tuu, setiap kali kitorg ada nak buat perbincangan apa-apa mesti akan duduk sejenak dan betulkan niat masing2. contoh mcm nak buat study group, awal2, duk bertenang jap, letak balik matlamat berkumpul ni untuk apa. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siqah tak tengok filem Magika :D

      Suka kan analogi kompas :) Dan betul tu hanis, memang kena fikir sejenak matlamat berkumpul. Sebab kalau tak, biasanya akan ke lain matlamatnya. Hehehe :D

      Delete
  7. Dah lama sebenarnya Lya tak baca novel Melayu since most novel Melayu pon berkisar tentang cinta antara dua darjat which I think is cliche. Tapi since SHE ni merujuk cerita antara dua dunia dan lari daripada ke-cliche-an tu, rasanya macam menarik!
    Betul cakap Siqah tu, walaupun kita sendiri bukanlah pandai nak menulis dalam bahasa yang bombastik dan artistik tapi sebagai pembaca, kita pandai jugak menilai sesuatu karya tu sama ada bahasanya menarik atau tak. But everything has a room for improvement and I believe over time, penulis SHE ni will be better writer.
    Satu jela soalan, whether dalam novel ni memang ejaan 'SHE' tu huruf besar semuanya ke? Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes Lya! Idea dalam SHE memang menarik. Nampak kelainan di situ bila takde kisah cliche novel kan..
      Rasanya ini macam novel pertama mereka berdua kot. Hope lepas ni dorang akan improve. Willing to read other novel from them :)
      Hahaha. Soalan Lya lain daripada lain tau. Hee. Haah SHE begini ejaannya.. huruf besar belaka. Hehe.

      Delete
  8. Nice review siqah.. Lea tak punya masa dah nak membaca skrg.. Rugi sangat rasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Lea :) Lea ada morning sickness yang teruk jugak sekarang kan.. takpelah. Nanti bila Lea dah okay, Lea boleh baca okay. Nanti cuti 3 bulan lagi banyak boleh baca. Tak mahu rasa rugi tau :)

      Delete
  9. haha. kak siqahhh, kalau bab kulit buku tu mmg lawa. busyra pun kalau nak beli buku tngok kulit jgkk. haha. :P dan busyra bukanlah peminat buku. buku yg busyra beli tahun lepas pun ada tak baca lg. mungkin sebab otak ni lebih pada nombor. hehe. btw review pasal buku SHE ni best jugak. busyra kan selalu baca review buku dari blog akak dan blog kak sha. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Kannnn tertarik dengan kulit buku lah masalahnya. Muahaha.

      Hehe. Terima kasih Busyra suka baca review buku dari blog akak. Akak pun suka baca review buku kat blog kak sha. Banyak gilaaa buku kak sha baca. Cepat pulak tu dibaca. Tak terkejar rasa :D

      Delete
  10. cover dia lawa betul. and I noticed that all your books pictures are legit instagram worthy. so pretty

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn ~ Cover buku ni lawa :) Hee. Thank you Rasya for your kind words :) Siqah random snap je all book pictures. Guna apa yang ada sebagai prop konon. Hee. Thank you again <3

      Delete
  11. sebaiknya jujur itu lebih baik. kejujuran mmg pahit dtelan, tp kalau penulis amik positif dgn komen tu insyaAllah dia akan dpt mperbaiki kelemahan dlm menulis novel πŸ˜„ sy minat sngt baca novel. jd, bg sy kalau cover tu cntk x smstinya cerita novel tu pun menarik. prnh sy beli novel yg cover cntk, sinopsis menarik tp bila baca, hampeh. skrg, sy hanya beli novel penulis yg mmg sy rasa seorang novelist

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan nour. Moga penulis dapat ambil komen ini secara positif :)
      Betul tu. Sekarang kebanyakkan kulit muka novel semuanya cantik, kadang2 tertipu jugak kan.. siqah suka cuba baca pelbagai author. Tue yang try je beli. Hee.

      Delete
  12. beli buku sebab cover cantik tp isi belum tentu cantik. selalu juga terkena..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu. Kan tiara. Ini kali pertama siqah terkena. Huu. Hope takde lagilah pasni..

      Delete
  13. wah cerita dua alam ni ya,...

    agak kurang banyak novel...rasanya baru 3 buku...dua darinya masa sekolah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah cerita dua alam.. laaahhh lama dah tu tak baca novel..

      Delete
  14. Ahh ingat novel English :D but the cover is so pretty :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee. Siqah pun ingatkan novel English gak pada mulanya :D Yes cover cantik kan :)

      Delete
  15. adik !! pandai nya awak review buku.. hahaha~ kalau kakak, habis satu buku kakak re-type tau.. sedeh kan !! ntnai review buku travelog boleh ? Embara Kasang Di Bumi Oasis.. sedap buku tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takdelah pandai pun buat review buku kak. Saya pun bantai je buat review cara siqah. Hee.

      Ooo siqah first time dengar buku travelog ni. Nanti siqah cari dulu ye. Thank you kak atie rekomen buku :)

      Delete
  16. Assalamualaikum Siqah,

    Baca novel SHE ni mesti penuh penghayatan.. Al-maklum kisah misteri susah untuk digambarkan.. Pandai Siqah buat review buku yang dibaca..
    Teruskan usaha yer adik manis.. ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam kak LZ :)

      Penuh penghayatan sebab nak faham jalan cerita dan kisah misteri menarik untuk dibaca. Hee.

      Thank you kak :) siqah buat review buku ikut suka hati je. Hihi.

      Delete
  17. cover novel menarik sgt.
    macam buku mat salleh lah pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Kan kak. Tengok dari cover novel dan tajuk, ingatkan novel English :)

      Delete
  18. Dah lama tak baca buku baru. Asyik ulang yang sama je. Haha. Tak dapat dinafikan cover buku sekarang memang cantik-cantik, geram tengok. hehe 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestnya ada masa ulang buku yang sama. Mesti best sangat cerita sampai Syaza ulang kan :) Haah cover buku sekarang tak nak kalah tau. Geram tengok cover je pulak πŸ˜…πŸ€£

      Delete
  19. ok dh tau jalan cite...x yah beli..dah..ahhaha

    ReplyDelete
  20. maigaddd... rasa macam nak beli lepas baca review awak ni. sebelum ni tak pernah tau pun kewujudan novel ni. heeeee... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee. Buku ni lama dah. Cuma siqah pun baru je nampak kat kedai buku. Bolehlah beli dan baca nanti ye :)

      Delete
  21. tkpe

    review jujur itu lg bgs. skurngya boleh perbaiki kelemhan yg ada kan

    ReplyDelete
  22. Nani kalau tengah baca tetiba rasa macan dah lost track mesti terus tutup. Hahahah! Kadang kadang memang ada penulis baru & olahan tak berapa nak kena. Hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Terus tutup tu ek. Hihi. Siqah ada juga buku yang terus tutup dan ada juga yang terus baca walaupun rasa macam 'meh;. Hihi. Haah meraka masih baru lagi.Harap mereka terus berkarya dan dapat hasilkan buku yang lagi menarik kan :D

      Delete
  23. Menarik jalan ceritanya. Yup memang alam itu wujud, tetapi ushalah kita saje2 mencarinya kan. hehe. teringat kes budak kena sorok tu. huhue

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn alam bunian wujud cuma itulah tak payah cari eh. Hihi. Haah kes budak kena sorok tu. Mujur jumpa jalan keluar ke dunia kita ek. Hihi

      Delete
  24. sinopsis macam menarik, cuma mungkin gaya penulisan dan garapan cerita dalam novel tu yang tak berapa sampai kot..hehehe tetiba nak komen juga pada hal tak baca lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. takpe kak AA. Siqah suka semua komen. Hihi. Haah idea menarik cuma gaya penulisan tak sampai ke siqah. Maybe sampai ke orang lain tak tahulah kan. Hii

      Delete
  25. Menarik jugak, Akak suka citer2 yang macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jalan cerita lain daripada lain kan kak. Takdelah kahwin paksa je lebih :D

      Delete
  26. Mek jumpa jugk bku ni tp tk beli. Beli irine nadia - antara cerita dn cinta :) Target tahun ni nk hbiskn 12 novel (whaha - org lain 12 sebulan) Cabaran ntuk 2017

    ReplyDelete
  27. Tengok tajuk SHE tadi memula ingatkan ni novel English ahahah.

    ReplyDelete
  28. dari review ni macam best ja novel tu.. sy ni plan nak beli buku entah bilalah dapat beli huhu asyik lupa ja

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。