December 30, 2016
(55) Comments


Dua hari terakhir sebelum berakhir tahun 2016 dan datangnya tahun 2017. Aku berkeinginan nak buat 2016 wrap up  tapi sayangnya tidak berkesempatan. Tiada masa nak belek phone (untuk pilih gambar) dan diari untuk tengok kembali apa yang telah dilakukan dalam tahun ini. Sesungguhnya, kemalasan mengupdate blog juga sedang melanda diri :(

Namun begitu, aku akan teruskan dengan entri Month Wrap Up. Another series on my blog 😊


KERJA

Kehidupan kerja seperti biasa. Cuma cuma cuma, hehe, yang buat aku gembira sangat adalah Sheima akan kembali bekerja semula pada 9 Januari 2017. Minggu terakhir tanpa Sheima akhirnya tiba. Yeayy! Kepada rakan blogger yang baru follow, Sheima adalah manager aku yang on maternity leave selama tiga bulan sejak Oktober 2016. Ada aku cerita dalam entri >> October Wrap Up. Tanpa Sheima, kami sesak nafas. Kami serabut dan segalanya. Sheima is a good manager and understand us very well. We are happy you're coming back to us. Miss you! 😊


NOVEL

Aku baca tiga buah buku dalam bulan ini. Bulan lepas hanya mampu baca satu buku saja. Ada peningkatan nampaknya. Bulan ini semangat membaca buku kembali dalam diri. Hihi. 



1. Update Iman Laju-Laju by Ahmad Damha
2. Tombiruo by Ramlee Awang Murshid
3. Anna and the French Kiss by Stephanie Perkins

Aku akan review setiap buku pada tahun depan. Plan nak buat review sebelum 2017 tapi tidak sempat. Nak buat review buku pun mengambil masa yang lama tau. Hihi. 


KOREAN DRAMA

Currently watching adalah Goblin, Legend of the Blue Sea (LOTBS), Hwarang, dan 7 First Kisses. 




GOBLIN. Love love love this drama! Love the lead actors, Gong Yoo dan Lee Dong Wook. Bromance! Kelakar jugak! Hihi. Aku suka juga pada pelakon wanita dalam drama ni. Semua watak sesuai dengan karakter masing-masing. OST Goblin pun best! Aku beli semua lagu OST Goblin. Setakat sekarang, ada 6 lagu ❤️


LOTBS. Lee Min Ho oppa dan Jun Ji Hyun sebagai pelakon utama sangatlah serasi dan comel! Sejuk hati tengok Lee Min Ho. Haha. Dan kelakar dan eee comelnya kau ni bila tengok aksi comel Jun Ji Hyun. Walaupun jalan cerita mengisahkan percintaan antara mermaid dan manusia yang tak pernah terjadi, aku layankan je sebab pelakon best! OST paling aku suka dalam drama ni bertajuk Shy Boy by Ha Hyeon Woo dan Hidden Story by 2nd Moon. 


HWARANG. Setakat hari ni, baru ada 4 episod. Jalan cerita untuk tiga episod pertama agak slow sebab baru nak perkenalkan apa dan siapakah Hwarang. Episod 4 dah nampak agak menarik jalan cerita dan aku harap berterusan menarik sehingga ke akhirnya. Dalam drama ni, penuh juga dengan pelakon lelaki yang agak comel cuma karakter dan penampilan mereka tidaklah tampan seperti dalam Scarlet Heart Ryeo. 


7 FIRST KISSES. Agak menyampah tengok web drama ni tapi aku teruskan juga sebab pelakon lelaki yang handsome! Sekarang dah habis 7 episod dan wanita itu tiada kiss dengan mana-mana lelaki pun. Adakah Lee Min Ho lelaki bertuah itu? Nantikan episod seterusnya, episod akhir mungkin. Masalahnya, Lee Min Ho sebagai lelaki bertuah atau pelakon wanita itu yang bertuah? Selepas 7 lelaki handsome tak berjaya, akhirnya dapat Lee Min Ho oppa yang sentiasa menjadi no 1 dalam hati aku. How dare you? Haha. ❤


FOOD

Ohh I love food! Susah betul nak buang tabiat suka makan. Camne nak diet camni? Konon nak kuruskan badan next year? Hmm 😜

Salah satu makanan yang aku suka adalah pencuci mulut. Dan untuk bulan ni, aku ada makan dua jenis pencuci mulut iaitu:

KUIH KERIA GULA MELAKA ABANG GEMOK 


Sekarang sedang viral kuih keria gula melaka. Ramai pula yang bagi resepi kuih keria. Yang jual pun apa kurangnya. Aku pernah makan Kuih Keria Haji Jalil Limbongan di Melaka dan aku tak berapa suka kuih keria itu. Lain orang lain citarasa kan.


Jumpa pula Kuih Keria Gula Melaka Abang Gemok Sentul yang diperkenalkan oleh Halimi, rakan sekerja aku. Aku suka kuih keria ni! Serius sedap! Memenuhi citarasa aku. Disebabkan itu, aku repeat order. Hihi. 

Kalau korang teringin nak order, boleh direct whatsapp no 0108167756. Boleh tanya secara detail dengan mereka. Aku tak tahu jarak untuk delivery. Rasanya sekitar Selangor dan KL saja. 


HOKKAIDO BAKED CHEESE TART


Sedap!!!!! Tengok tanda seru, sikit punya panjang kan? Maknanya serius sedap lah tu. Hihi. Ada dua flavor iaitu cheese tart dan chocolate tart. Aku lebih suka chocolate tart. Mungkin cheese tart dah terlalu biasa. Suka akan kelainan dalam chocolate tart.

Hokkaido Baked Cheese Tart ⇉ aku beli di Subang Parade. 

Itu saja cerita dalam December Wrap Up. Tak banyak yang berlaku pun. Perkara biasa saja. Hii. 

Aku akhiri entri ini dengan gambar random snap seperti biasa 😊


KLIA 2. Agaknya tahun depan aku ada peluang naik flight ke ek? 



SUNSET. Snap masa di kedai dobi :D


Belanja SELFIE satu. Hihi. Sempena entri blog terakhir untuk tahun 2016 :)


Dear followers and readers,

Terima kasih atas ukhuwah dan persahabatan yang terjalin antara kita semua. Terima kasih kerana sudi singgah, follow, dan komen di blog ini. Aku sangat menghargainya. Semoga kita bertemu lagi dalam tahun 2017 pula. 

Teruskan blogging. Hidup blogger untuk semua! (-‿◦)

Take care, stay safe, and happy holiday, all ☺️

SELAMAT TAHUN BARU 2017!! 
December Wrap Up
Dua hari terakhir sebelum berakhir tahun 2016 dan datangnya tahun 2017. Aku berkeinginan nak buat 2016 wrap up  tapi sayangnya tida...
December 27, 2016
(52) Comments



Kembali kepada siri Latest Korean Drama I Have Watched =) 

Kali ni aku nak berkongsi empat drama Korea yang aku sudah tonton. Untuk membuatkan entri ini ringkas, aku hanya sertakan apa yang aku suka dan tidak suka dalam setiap drama Korea ini ☺

The K2 


Inilah drama yang paling lama aku ambil masa untuk habis tengok. Berhenti di episod 12 dan berterusan tengok sikit-sikit sampai habis. 

LIKE



Ji Chang Wook. Haha. Sebab utama aku menonton drama ni. Dari sini aku mengenali Ji Chang Wook dan terus tengok drama Healer yang dia lakonkan sebelum ini. Dan serius, aku lagi suka JCW dalam Healer. 

Cloud 9. Dalam drama ni ada satu tempat khas bernama Cloud 9. Aku suka akan konsep Cloud 9. Hebat sungguh dengan teknologi yang ada walaupun tak tahu teknologi itu sungguh ada ataupun rekaan dalam drama ni saja. 

Episod akhir yang superb! Akhirnya semua persoalan terjawab. Orang yang disangka jahat rupanya terpaksa jadi begitu kerana ayahnya.

Aku menangis dalam adegan Choi dan ayah Anna yang mati bersama disebabkan bom dalam Cloud 9. Tak sangka ayah Anna menyayangi Choi. Haih, asyik gaduh je. Bila nak mati, baru nak confess perasaan, show your love. 

Hargai orang yang sentiasa menyayangi dan tidak pernah tinggalkan kita walau apa yang terjadi. 

Ending yang comel. JCW handsome sangat dalam babak akhir. Hehe. 


DISLIKE
Majoriti drama ini adalah kisah politik dan perebutan kuasa. Kenakan satu sama lain. Mana yang bijak akan berjaya. Bosan dengan kisah politik sebenarnya. Tapi masih tengok kan? Hehe. 


Chemistry JCW dan Yoona. Aku tak dapat rasa chemistry antara mereka berdua. Pertama kali tengok Yoona berlakon dan aku rasa dia okay je berlakon, cuma entahlah, tak suka sangat apabila mereka digandingkan bersama. 

Tak banyak adegan romantik dan sweet. Haha! Apalah drama Korea tanpa aksi sebegitu ye tak? Hehe. Seperti aku cakap drama ni penuh dengan kisah politik, jadi mungkin itu punca utama kenapa tiada adegan sweet romantik sangat. Adalah beberapa tapi sikit sangat. Tak puas! Haha. 


Woman With A Suitcase 




LIKE
Kisah peguam dan penyiasatan. Aku suka genre drama / filem begitu. Aku berterusan tengok drama ni sebab nak tahu jalan penyelesaian untuk kes yang diberi. Watak utama akan memastikan pengadilan setimpal dikenakan tanpa mengira status.

Aku minat Choi Ji Woo sejak Winter Sonata. Rasanya dia nampak muda sentiasa. Lakonan masih sama dan bagi aku, dia sangat padan membawa watak sebagai seorang peguam. 

Choi Ji Woo akhirnya berjaya menjadi seorang peguam yang berjaya dan dikenali. Dia sangat mementingkan keadilan dan akan berusaha untuk bagi keadilan tersebut kepada client dia. Sangat bermotivasi. 


DISLIKE
Hero utama tak kacak! Haha. Pada mulanya, aku malas juga nak tengok drama ni. Tapi disebabkan Choi Ji Woo dan jalan cerita kegemaran, aku teruskan juga tonton walaupun hero tak kacak. Hihi. Tapi sebenarnya, memang hero tak kacak pun. Lama-lama rasanya okay je dia. Padan dia dan Choi Ji Woo. Both dalam umur 30an-40an gitu. 

Ending biasa je. Tiada tunjuk kisah antara Choi Ji Woo dan hero lelaki. Mungkin mereka bersama tapi kenapa tak tunjuk babak mereka berdua?


On The Way To The Airport 


Aku ada cerita mengenai drama ini >> DI SINI. Keterujaan menonton drama ni sebab ada sedikit babak di Malaysia. Dan serius, babak di Malaysia menunjukkan yang Malaysia (Putrajaya) cantik sangat ❤


LIKE
Buat pertama kali, aku setuju kalau Choi Soo Ah dan Seo Do Woo bercerai dengan pasangan masing-masing dan bersama. Aku tak suka tengok cerita kisah kecurangan pasangan tapi drama ini exceptional bagi aku. Aku suka walaupun tema cerita sebegitu. 

Aku sangat kasihan pada Choi Soo Ah. Ada suami yang sangat mementingkan diri sendiri. Mujur ada Seo Do Woo di sisi. Seo Do Woo juga ada isteri yang suka ikut kepala dia je. Agak kasar bahasa aku rasanya? Haha. 

Disebabkan pasangan mereka yang annoying itu, aku sangat mahukan Choi Soo Ah dan Seo Do Woo bersama. 


Suka dengan ending drama ni. Akhirnya mereka berpisah dengan pasangan masing-masing tapi mereka tidak terus bersama. Masing-masing membawa diri dan buat apa yang dorang nak buat. Muhasabah diri lah tu agaknya :p Seo Do Woo setia menanti sehingga Choi Soo Ah kembali dan ingin teruskan hidup bersamanya.


Bercucuran air mata aku tengok babak terakhir drama ni. Simple je babak di airport. Aku gembira sangat sebab Choi Soo Ah akhirnya bertemu kebahagiaan dengan seorang lelaki yang sangat mencintai dan menghargai dirinya. 

Pertama kali aku menangis menonton drama Korea bukan kerana sedih, tapi sebab aku gembira =D


DISLIKE
Aku tak suka dengan watak suami kepada Choi Soo Ah dan isteri kepada Seo Do Woo. Annoying sangat dorang tu! Sangat! Rasa nak hempuk kepala dorang kat dinding biar sedar cepat sikit. Melampau lagi nampaknya ayat aku. Haha. 

Drama ini sangat slow. Dah kata melodrama kan. Serius slowwwwww ~ Untuk mereka yang tak suka akan cerita yang slow, mungkin tidak akan berterusan menonton drama ini.


Moon Lovers : Scarlet Heart Ryeo


Aku jatuh cinta dengan OST Moon Lovers : Scarlet Heart Ryeo lebih daripada aku suka dramanya. Aku baru tengok drama ini di ONE HD minggu lepas. Disiarkan 20 episod pada hari Sabtu dan Ahad. Jenuhlah marathon tengok. 

Aku nak tengok drama ni hanya kerana aku dah suka OSTnya dan dalam masa yang sama, aku nak tengok drama yang hangat diperkatakan. Ramai aku dengar suka drama ni daripada yang tak suka. 

Aku? Bagi aku drama ni biasa je. Aku tidak terlalu suka. Tengok hingga episod akhir sebab nak tahu ending dan nak tahu bagaimana Hae Soo kembali ke zaman sekarang. 


LIKE


Semua pelakon comel dan cantik termasuk manusia jahat dalam drama ni. Termasuk juga maharani. Eh semualah =D

Pakaian cantik. Aku suka tengok drama zaman dahulukala sebab suka tengok pakaian mereka. Semua cantik!!! Nak juga cuba sarung pakaian sebegitu di badan sendiri. Nak kena pergi Korea ke? Hihi. 

Tempat pengambaran cantik. Aku suka istana lama mereka. Aku suka akan peninggalan sejarah dan rasa kagum dengan orang Korea yang masih menjaga asal usul mereka dengan baik. Semua tempat dalam istana cantik =)


Paling suka pasangan Hae Soo dan Wang So. Mereka sangat padan bersama. Bagai pinang dibelah dua. Hihi. Adegan romantik yang comel je =)


Kelakar dan comel. Aku paling suka watak Wang Eun. Selalu dikenakan dan pasti terkena. Hihi.


OST drama Korea yang best!! Semua lagu best termasuk lagu apabila orang mati dalam drama. Haha. Aku beli 11 lagu OST drama ni. Lagu paling aku suka adalah Say Yes, For You, dan I Love You, I Remember You ❤

Suka dengan semua babak antara Hae Soo dan Wang So. Aku sukakan lelaki seperti Wang So. Jatuh cinta dan go for it! Yeayyy! 






DISLIKE
Pada mulanya drama ini menarik dengan kisah persaudaraan semua putera dan Hae Soo. Lama kelamaan drama ni dipenuhi dengan kisah tragik dan perebutan takhta sehingga sanggup bunuh saudara sendiri, dan perebutan cinta antara Hae Soo, Wang So, dan Wang Wook. 

Ending. Punyalah tak best ending gitu. Haih. Rasa penat tengok 20 episod dengan ending sebegitu :( Sedih tapi kenapa aku tak nangis?

Dah habis review drama Korea. Empat sekaligus. Dan pendek je entri kali ni tanpa sinopsis dan cerita lebih mendalam. Malas nanye. Haha. 

Ada yang tengok drama Korea di atas? Apa pendapat korang, suka atau tidak?

Latest Korean Drama I Have Watched - 2.0
Kembali kepada siri Latest Korean Drama I Have Watched =)  Kali ni aku nak berkongsi empat drama Korea yang aku sudah ton...
December 23, 2016
(36) Comments
Salam Jumaat yang indah. Alhamdullilah masih dipanjangkan umur pada hari ini. 

Hari ini semestinya hari yang paling seronok sebab esok kita akan bercuti panjang. Yeayy! Pasti masing-masing sudah ada aktiviti hendak dilakukan bersama mereka yang tersayang. Apa pun, pastikan diri dijaga dengan baik ye =)



Just a short sharing today. Perkongsian kata-kata hikmah atau mutiara kata yang dipetik daripada Kak Long. Aku copy dan paste di sini =)

Bila masalah itu BESAR, maka KECILkanlah. 
Bila masalah itu KECIL, maka anggaplah tidak ada masalah. 
Jika TIDAK ADA MASALAH, maka jangan CARI MASALAH. 
Tapi, jangan pernah lari dari masalah. 
Hadapi dengan tenang. 

Mustahil dalam hidup ini tidak ada masalah. Apa yang membezakan kita adalah cara kita menghadapi masalah. Jangan pernah putus asa dan kecewa sehingga memudaratkan diri. 

Jangan kerana satu masalah mampu membuatkan kita membuat tindakan yang akan menyebabkan kita sesal di kemudian hari. Beringat sebelum terkena. 

Semua masalah ada jalan penyelesaiannya. Insyallah. Sentiasa yakin dan percaya akan ketentuan Allah. 

Semoga hari ini lebih baik daripada hari semalam. 

Have a nice day dan jumpa lagi ☺❤


Salam Jumaat
Salam Jumaat yang indah. Alhamdullilah masih dipanjangkan umur pada hari ini.  Hari ini semestinya hari yang paling seronok sebab ...
December 20, 2016
(37) Comments

9 books I want to read in 2017. Sebenarnya semua ini adalah buku yang aku beli pada tahun ini dan masih tidak baca hingga sekarang. Aku berazam untuk habiskan baca semuanya pada tahun 2017. Azam tinggi ni. Haha.

Reclaim Your Heart by Yasmin Mogahed. Buku paling utama untuk aku baca tahun depan. I really want to read this book but I just need a good time to read it. This is a truly good motivation book based on the good reviews and I want to read this book in a calm state of mind and body. Aku rasa aku akan mengambil masa yang lama untuk habiskan pembacaan buku ini. 


Like That Also CAN, ah?. Berkenan untuk beli buku ini sebab ilustrasi dalam buku yang comel dan topik yang dibawa juga kelakar. Just read a few pages at Popular bookstores dan terus beli. 


Girl in Pieces by Kathleen Glasgow. To be honest, I bought this novel just because of the cover page. Haha. Pastel color yang membuatkan aku rasa buku ini menarik. Gila kan? Sebab cover page je pun. Tapi itulah realitinya. There are good and bad review in Goodreads about this book. I still want to read it and ignore the reviews. People can read the same books and have different view right? 


Derita Cinta by Aisya Sofea dan Klik! Pengantin Musim Salju by Suri Ryana. Aku suka dua penulis novel ini. Disebabkan itu, aku beli novel terbaru mereka tanpa berfikir panjang apatah lagi baca review. 


After You by Jojo Moyes. A simple reason. Aku hanya nak tahu bagaimana Louisa meneruskan kehidupan selepas kematian Will Traynor. 


The Year I Met You by Cecelia Ahern. Bought this novel just because I love the author. I've read most of Cecelia Ahern's novels and I will read this novel too. My most favourite Cecelia Ahern's novel always be P.S. I Love You and Love Rosie. Ada dua lagi novel terbaru Cecelia Ahern iaitu Flawed dan Lyrebird. Aku tak beli lagi dua novel tu.


Sunan Cinta Nan Sakti by Ramlee Awang Murshid. Buku ke-8 dalam Trilogi Laksamana Sunan. Ini adalah novel terakhir dalam trilogi ini dan aku masih tak baca. Adakah aku layak digelar peminat setia Ramlee Awang Murshid? Beli sejak novel ini diterbitkan dan masih dalam status "Want to Read" in Goodreads 😐


Dance In The Rain by Rabiatul Faazra. Ini adalah buku islamik dan motivasi dan disebabkan itu, aku keep pending to read. Nak baca dalam suasana tenang jugak kononnya. Haha.


Aku harap aku sentiasa ada mood untuk membaca dalam tahun depan. Kadang-kadang ada juga mengalami sindrom reading slump πŸ˜…  Aku harap aku boleh habiskan semua buku di atas dalam tahun 2017. Nak cabar diri ini dalam Reading Challenge Goodreads untuk baca 25 buku tahun depan. Hihi. 

What are the books you are going to read in 2017? 

Books I Want To Read in 2017
9 books I want to read in 2017. Sebenarnya semua ini adalah buku yang aku beli pada tahun ini dan masih tidak baca hingga sekarang. Aku...
December 19, 2016
(45) Comments
I have challenged myself to read 15 books in 2016 and I have read 21 books instead of 15 books. Yeayy! I have successfully completed my reading challenge in Goodreads 😊



Dalam gambar di atas hanya mengandungi 16 buku saja. Ada buku yang aku pinjam daripada kawan dan ada yang telah aku bagi kepada Along (semasa proses mengurangkan jumlah buku dalam rumah). 

Aku suka setiap buku yang aku baca atas alasan tersendiri. Masing-masing ada cerita dan mesej yang hendak disampaikan kepada pembaca. Baca, faham, dan simpan dalam otak. 

Tahun ni adalah tahun pertama aku mengenali aplikasi Goodreads. Sesungguhnya aku suka sangat aplikasi ni. Sangat berguna untuk pengemar buku. Senang untuk track all books you have read, want to read, and currently reading. Aku ada buat entri mengenali aplikasi Goodreads ➨ HERE.

Below is My Year 2016 in Books as per Goodreads 😎





Congrats Anna Lee =)

Aku tumpang gembira apabila Mesej by Anna Lee dapat Highest Rated in Goodreads. Lagi ramai pengemar novel suka akan novel ini. Looking forward to the next novel by Anna Lee. 

Kalau korang dah lama follow aku, sesungguhnya korang akan tahu yang aku suka buat review mengenai semua buku yang aku telah baca. I love to write my personal review about anything ☺

Aku masih berhutang book review Aku, Dia, & Pinky Promise, Update Iman Laju-Laju dan Tombiruo. Nanti aku update ye. Mungkin sebelum 2017 menjelma. Mungkinlah :D

My most favourite books by genre in 2016 as below:

Fiction : Mesej by Anna Lee and The Spinster Club Series ( Am I Normal Yet, How Hard Can Love Be, And A Happy New Year) by Holly Bourne.

Islamic / Motivation : Kanvas by Muharikah dan Coklat Tarbiah by Aiman Banna.

General / Travel : Pelukis Jalanan by Teme Abdullah.

Korang boleh klik pada Books in Categories at the top of my blog to read other books review 😊


So, what are your favourite books in 2016? Let's share =)


My Year 2016 in Books
I have challenged myself to read 15 books in 2016 and I have read 21 books instead of 15 books. Yeayy! I have successfully completed my re...
December 17, 2016
(25) Comments

Sejak tahu akan kemunculan Big Bang MADE : The Movie yang hanya disiarkan di pawagam pilihan selama 4 hari saja ( kalau tak salah ), aku menanti dan terus menanti akan adanya filem ini di online. 

Dan akhinya yessss! DramaCool telah keluarkan Big Bang MADE The Movie in English Sub and it really made me happy. Thank you Ain for telling me 😊

Aku terus tengok filem ini semalam. Filem yang berdurasi selama 1 jam 50 minit ini wajib ditonton oleh semua peminat Big Bang. Serius!

Filem ini berkisar mengenai perjalanan Big Bang MADE 2015-16 World Tour selama 340 hari dalam bentuk dokumentari. Ini adalah filem pertama BIG BANG yang dikeluarkan to mark the 10th anniversary of their debut. 

Apa yang aku suka sangat dalam filem ini adalah kita sebagai peminat dapat melihat Big Bang in their most natural state. Mereka masing-masing sentiasa mengusik each other dan kita dapat lihat BIG BANG not only as artist but also just as normal guys next door. Their charming personality really made me fall in love with them. 

Suka juga akan mereka yang bersungguh untuk memastikan setiap konsert mereka berjaya. Mereka sangat mementingkan peminat dan sangat mahukan persembahan terbaik agar peminat balik dengan hati gembira with the unforgettable memories. 

Kisah di sebalik konsert di mana G Dragon mengalami heat stroke dan tak tahu langsung akan kisah itu jika tidak disiarkan dalam filem ini. Nampak persembahan GD terbaik je. Sangat profesional πŸ‘

T.O.P yang suka mengusik dan kenakan Seung Ri dan akhirnya dibalas balik. Haha. Lawak gila tengok T.O.P minta dikasihani πŸ˜†


Aku paling suka kisah mereka semasa pengambaran muzik video We Like 2 Party. Kelakar sangat dan mereka tunjuk kegilaan diri mereka yang sebenar dalam muzik video itu. Bukan sekadar hanya lakonan. 

Kelakar sangat masa ni! Comel je. Hihi



The full-length studio album, MADE just release on 13 Dec 2016 and consists of all the songs from their four single albums in the MADE series (8 songs) and 3 new songs (FXXK IT, Last Dance, and Girlfriend). 

MADE series consists of four series and two songs was released in each series. 

M - Bae Bae and Loser

A - Bang Bang Bang and We Like 2 Party

D - If You and Sober

E - Let's Not Fall in Love and Zutter (GD & T.O.P)

G Dragon and T.O.P are reaching the age limit of mandatory military service. Hence, this album is their last album before that 😒



You are the biggest boy bands in the world and I'm going to miss you Big Bang. Will keep listening to your MADE album and other songs until you come back. Please come back. Please do not separate. 

Finish up this entry while listening to Big Bang MADE album. At the end, I'm sad and happy at the same time. Sad because I must accept the fact about Big Bang and happy because they made their one more comeback before conscription. 

Big Bang is the most favourite boy bands in my heart. Always. 

Link for the full movie of Big Bang MADE The Movie:


BIG BANG MADE THE MOVIE | WATCH ONLINE ENGLISH SUB

Happy watching dear Big Bang fans 😍

BIG BANG MADE THE MOVIE | I WILL MISS YOU
Sejak tahu akan kemunculan Big Bang MADE : The Movie yang hanya disiarkan di pawagam pilihan selama 4 hari saja ( kalau tak salah )...
December 15, 2016
(25) Comments
This tag is from Liyana :D Thank you dear for the tag. Aku dah copy soalan sekian lama dan baru hari ni berjaya siapkan entri. Lama sungguh berada dalam draft. Total ada 50 soalan! I hope all of you would know me better after reading all my answers below 😊




#1 — What are you wearing?

Di rumah makanya hanya pakai t-shirt dan seluar tidur polkadot.

#2 — Ever been in love?

Yes.

#3 — Ever had a terrible breakup?

Aku pernah breakup but I don't consider it as a terrible breakup. Bercinta zaman sekolah dan hanya selama tiga bulan. Kami berpisah cara baik. Aku okay je sebab sebenarnya aku semak juga couple masa sekolah. Dengan nak belajar lepas tu konon nak menjaga hati pasangan lagi. KONON! Tambah lagi aku pengawas sekolah masa tu. Jadi lagi tak sesuai bercinta. 

Kalau lah ayah aku baca entri ni πŸ˜…

#4 — How tall are you?

157 cm. Tidaklah tinggi mana. Sebenarnya impian aku nak jadi model. Sebab tu suka tengok rancangan model tapi sayangnya tak tinggi dan tak pandai pose juga. Terkubur cita-cita. Hahaha.

#5 — How much do you weigh?

Sekarang, 60 KG. I'm a fat lady πŸ˜‘

#6 — Any tattoos?

NO.

#7 — Any piercings?

Ada tindik telinga. Tapi dah bertahun aku tak pakai subang. Rasanya dah terkambus kot lubang kat telinga tu. Aku tak kisah dan tak akan pergi tindik telinga lagi. Macam seram je.

#8 — OTP?

One Time Password? Itu yang keluar masa aku google OTP. Apakah maksud OTP? Anyone mind to tell me?

EDIT: selepas diterangkan maksud OTP adalah One True Pairing → Thank you Erin ☺


My OTP always be Ji Sung and Hwang Jung Eum in Secret Korean Drama. I love that drama so much walaupun drama itu mampu membengkakkan mata kerana terlalu banyak menangis. 

#9 — Favourite show?

Korean Drama! Sekarang aku follow drama Legend of the Blue Sea dan Goblin. Latest TV Show yang aku follow adalah Gegar Vaganza 3 dan Lawak Solo. Aku sudah lama sangat tak tengok Running Man yang sebenarnya turut menjadi kegemaran satu ketika dulu. Dan dengar berita Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook pula bakal meninggalkan Running Man 😒

#10 — Favourite bands?

Big Bang dan Sakura Band. All time favourite band would be Backstreet Boys, N'sync, Westlife, Simple Plan and many more. Hii.

#11 — Something you miss?

Berat badan aku yang dulu πŸ˜”

#12 — Favourite song?

My forever favourite song would be I'll Never Break Your Heart by Backstreet Boys. I love the lyrics so much! 

"Ill never break your heart, I'll never make you cry, I rather die than live without you, I give you all of me, Honey that's no lie" - Romantic sangat πŸ’“

Selain itu, aku suka lagu tradisional Melayu. Lagu zapin, joget, inang, etnik kreatif. Mostly lagu yang membuatkan aku nak menari walaupun bunga tarian entah ke mana. Haha. 

Kalau lagu sekarang, aku suka lagu Polaroid from Sakura Band. Masih tak jemu dengar lagu tu. Masih nak menari each time dengar. Hihi.

#13 — How old are you?

30 tahun. Age is just a number right? :D

#14 — Zodiac sign?

Scorpio.

#15 — Quality you look for in a partner?

My top quality is height. MUST taller than me. Hii. Yang lain tu, biasalah. Tak kisah pun. Cuma aku bersyukur sebab suami aku seorang lelaki yang kelakar. Walaupun kadang-kadang annoying dengan sikapnya yang tak puas mengusik aku 😊 .

Sebenarnya, aku tidak pernah meletakkan syarat untuk seorang lelaki kerana bagi aku bila dah jatuh cinta, semua kualiti yang aku nak sangat tu akan terkubur dengan sendirinya. Lebih kepada terima pasangan kita seadanya ☺ Okay, bab ketinggian saja yang aku pasti wajib ikut. Hihi.

#16 — Favourite quote?

"Life DOES NOT have to be perfect to be wonderful. You are WHO you are," 


#17 — Favourite actor?

Lee Min Ho. Lee Dong Wook. Ji Chang Wook. Ji Sung. Lee Jong Suk. Semua hero Korea. Maafkan saya pelakon tempatan :D

#18 — Favourite colour?

All pastel colors. Pink and Red.

#19 — Loud music or soft?

I like soft music more than I like loud music. But both music okay for me.

#20 — Where do you go when you’re sad?



Aku nak pergi pantai setiap kali aku sedih sebab aku suka sangat pantai. Tapi disebabkan pantai jauh, makanya kalau sedih, aku hanya duduk diam-diam muhasabah diri dalam bilik atas katil. Settle. Haha.

#21 — How long does it take you to shower?

10 - 15 minit. Bergantung kepada apa yang aku hendak buat pada hari tertentu. Kalau nak cepat, makanya sekejap je aku mandi. Tapi bukan mandi gaya cerita P Ramlee okay :D

#22 — How long does it take you to get ready in the morning?

10 - 15 minit. Sebenarnya ini bergantung kepada tudung. Kalau shawl, lama sikit ambil masa untuk bersiap tambah lagi kalau nak jadi hijabista. Haha. Aku akan jadi paling cepat kalau pakai tudung bawal 😏 Aku tak mekap kalau ke tempat kerja, jadi lebih cepat aku siap.

#23 — Ever been in a physical fight?

Never.

#24 — Turn ons?

Is this question for people or everything? Haha. Tak berapa faham. So, here is my answer.

Beautiful and nice things. Books. Casing Phone. Foods. Coffee. Korean Drama. Movie. Kind Heart. Helpful. Respectful. Clean. Smart. Caring.

#25 — Turn offs?

Dirty. Spit. Fart. Smoke. Two faced people.

#26 — The reason I joined Blogger?

My blog is my personal diary. I love to share my thoughts and also to make friends. Aku juga adalah seorang yang pelupa makanya dengan menulis blog, I can remember every moment of my life very well. I also love to do review and hope that it will help others to find the answers for their questions. I really hope so πŸ™

#27 — Fears?

Losing someone I love especially my husband, family, and friends.

#28 — Last thing that made you cry?

Last scene of On the Way to the Airport Korean Drama. I cried not because of sadness. I cried because I was happy to see Sua's happiness. Siapa tengok drama ni akan faham apa yang aku katakan :)

#29 — Last time you said you loved someone?

Just now. To my husband.

#30 — Meaning behind your blog url?

SIQAHIQA.COM. SIQAH diambil daripada nama sebenar aku iaitu Nurulsiqah Hussin. Manakala IQA pula adalah nama panggilan aku oleh encik suami. Maka terjadilah nama SIQAH-IQA. Aku ada cerita mengenai my blog url name here.

#31 — Last book you read?

And A Happy New Year by Holly Bourne. My review here.

#32 — The book you’re currently reading?

Dua novel iaitu Anna and the French Kiss and Tombiruo. Selang-selang aku baca. Hihi. 

#33 — Last show you watched?

MeleTOP di RIA. Neelofa pakailah apa saja style tudung, sentiasa cantik di mata aku ❤

#34 — Last person you talked to?

My husband. Talk over the phone.

#35 — The relationship between you and the person you last texted?

Tasha. Ahli #gengmakan dan rakan sekerja aku yang 'rare'. Hihi. Tasha comel menjadi diri sendiri walaupun dia tak sedar akan hal itu dan aku malas dah nak cakap dia comel sebab dia tak akan percaya. Haha.

#36 — Favourite food?

Banyakkkkkk!! Masak lemak cili api. Masak merah. Hati masak kicap. Telur goreng / dadar. Eh banyaklah. Tak cukup nak senarai kat sini :p

#37 — Place you want to visit?

All around the world. Most favourite place to visit would be Makkah, Korea (again but in autumn), Japan (in spring), Holland. Switzerland. Sabah.

#38 — Last place you were?

Times Bookstore at Citta Mall. Tiada apa beli pun. Saja suka masuk kedai buku walaupun Times is not my favourite bookstores. 

#39 — Do you have a crush?

Currently, my crush is on Lee Min Ho. Haha. Bolehlah crush on actor. Zaman crush on a guy dah lama berlalu 😏

#40 — Last time you kissed someone?

Yesterday. To my husband.

#41 — Last time you were insulted?

Hmm. Ada ke? Tak ingat atau tak nak ingat?

#42 — Favourite flavour of sweet?



Baskin Robbins Mint Chocolate Chip Ice Cream. Love this one so much! Rasa nak makan pulak dah.

#43 — What instruments do you play?

Can Piano Tiles consider as instruments? Haha. No. I never play any instruments in my life.

#44 — Favourite piece of jewellery?

Ring. I don't wear much jewellery. In fact, I don't really like them. Cincin wajib pakai sebab itu adalah cincin perkahwinan ☺

#45 — Last sport you played?

Tak boleh ingat apakah sukan terakhir yang aku main. Haha. Nampak sangat dah lama tak main sukan. Hmm might be bowling kot? But several years ago?

#46 — Last song you sang?

I Will Be by Avril Lavigne. "I will be all that you want and get myself together. Cause you keep me from falling apart."

#47 — Favourite chat up line?

Haa? Takde lah.

#48 — Have you ever used it?

No.

#49 — Last time you hung out with anyone?

My husband, again. Hihi.

#50 — Who should answer these questions next?

You. You. You. Kerana sesungguhnya, aku rasa aku adalah blogger yang paling lembap siapkan tag ini. Hihi. Sesiapa yang nak buat tag ni, silakan dan please leave your blog link below. I love to know you better :)

Done answered all 50 questions! Fuh! Hampir dua jam nak siapkan entri ini. And now I believe you know me better ☺

I hope you enjoy your reading. Much love and thank you! ❤

Too Much Information Tag
This tag is from Liyana :D Thank you dear for the tag. Aku dah copy soalan sekian lama dan baru hari ni berjaya siapkan entri. Lama sung...
December 14, 2016
(33) Comments

In my previous post, aku ada cerita mengenai our short weekend getaway in Cyberjaya. Pada malam hari, kami tak tahu nak makan di mana walaupun Shaftbury Square ada banyak kedai makan.

Kami ke DPulze Shopping Centre yang terletak berdekatan dengan Shaftsbury Square. Pertama kali masuk DPulze dan aku rasa seronok sebab banyak gila weii kedai makan. Kenapa Cyberjaya jauh dari Subang? πŸ˜€

Jadi dalam entri ini, aku nak review mengenai satu restoran makan sedap pilihan kami di DPulze Shopping Centre Cyberjaya iaitu Campur Campur Kitchen. Banyak restoran yang menarik cuma aku lebih tertarik dengan restoran ini. Pilihan dinner terletak sepenuhnya di tangan aku. Suami hanya mengikut. Hihi. 


Hiasan restoran yang ringkas dan hanya bermain dengan warna putih, merah dan kuning menjadi sebab utama pemilihan aku untuk makan di restoran ini. Aku suka akan konsep restoran yang ada.  

Restoran ini menghidangkan hidangan ala Indonesia, Chinese, dan Thai. Entah kenapa tiada Malaysia di situ? Takpelah. Nama pun nak cuba kan. Layankan. 



Selain daripada hiasan dalaman, restoran ini sangat mementingkan pelanggan di mana staf cepat dalam melayan kami. Menu yang kami order juga sampai kurang daripada 15 minit. Ada diberikan salad percuma setiap hari. Sesuai untuk mereka yang diet, makan salad je tau. Hihi.  


Kami order minuman yang sama iaitu Tea Hong Kong Style (RM 3.68). Rasanya seperti teh ais dan sedap! Susah tau nak penuhi kehendak aku untuk Teh Ais. Kira minuman ni menepati juga citarasa teh ais bagi aku walaupun tidak 100 peratus. Jenuh nak habiskan bila minuman ini didatangkan dalam kole air. 

Restoran ini unik dan bertepatan dengan namanya Campur Campur Kitchen. Sebab makanan yang kita order datang dalam saiz yang besar dan bersama side dish yang banyak. Kami berdua memilih untuk order menu dalam bentuk set dan makanan kami seperti di bawah. 

Ayam Penyet Rice Set RM 14.06

Chicken with Salted Egg Yolk Rice Set RM14.06

Besar kan portion makanan kami? Jenuh nak habiskan dan seperti biasa, aku makan tak habis. Huhu. Rasa bersalah tapi apakan daya. Nasi banyak dan side dish pun banyak juga iaitu Ayam 3 Rasa, Egg Salad Thai Style dan Sambal. Semuanya sedap dan semua sumber daripada ayam! Hihi. Aku mencari menu berkaitan ikan tapi tak jumpa. Atau aku yang tak perasan? 

Disebabkan kami makan hanya berdua, jadi menu untuk review pun dua jela. Hihi. Pendek kata, makanan yang kami order semuanya sedap! Tak mahal sangat jika nak dibandingkan makanan di kafe atau restoran lain. Dan paling penting, sedap dan portion besar! Baru puas hati berbelanja. Ye tak? 

Korang boleh waze DPulze Shopping Centre Cyberjaya. Kalau jumpa DPulze maknanya jumpalah restoran ini 😊 Dan satu lagi, ada cawangan restoran ini di Wangsa Walk Mall juga. Bolehlah pergi antara dua cawangan ini. 

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera semua πŸ˜‹

Where to Eat in Cyberjaya : Campur Campur Kitchen
I n my   previous post , aku ada cerita mengenai our short weekend getaway in Cyberjaya. Pada malam hari, kami tak tahu nak makan di man...