November 30, 2016
(24) Comments


Manusia. Kita tidak pernah puas dengan apa yang kita ada. Kita sentiasa tidak nampak apa yang kita sudah miliki. Yang tak ada itulah, yang kita nampak sangat. Lepas tu, mula duk fikir kenapa masih tidak dikurniakan sesuatu yang kita impikan.  

Harta. Anak. Rupa paras. Body cantik. Bijak. Semualah.


A meaningful quote


Kadang-kadang, aku sebagai hamba Allah lupa untuk berterima kasih dan bersyukur padaNya untuk apa yang diberikan kepada aku. Terbuai dengan kehidupan duniawi.

Bila bersedih, sakit, baru nak mengadu padaNya. Bila gembira, lupa padaNya :(

Namun begitu, aku bersyukur dan berterima kasih kepada Allah atas apa yang telah dikurniakan kepada aku. Cara untuk menunjukkan kita bersyukur kepada Allah adalah dengan beribadat kepadaNya. 

Dan diri ini masih banyak perlu diperbaiki agar menjadi umat Islam yang mengamalkan apa yang diajari dengan baik. Insyallah. Ilmu tidak pernah cukup. 

Sentiasa ingatkan diri agar sentiasa bersyukur atas apa saja yang dikurniakan. 

Sentiasa bersangka baik dengan Allah. Always put your trust in Allah. Mungkin aku masih tidak dapat apa yang dihajati kerana sebab-sebab tertentu yang mungkin aku sendiri tidak pasti. 

Allah lebih mengetahui setiap satu perkara dalam dunia ini. 

Rezeki akan datang tanpa diduga dan tepat pada masa. Yang penting, Usaha dan Tawakal. 

Keep that in mind ☺

Thank Allah After Every Smile
Manusia. Kita tidak pernah puas dengan apa yang kita ada. Kita sentiasa tidak nampak apa yang kita sudah miliki. Yang tak ad...
November 28, 2016
(34) Comments



Aku menonton filem ini semalam bersama encik suami. Kami adalah pengemar animasi Upin Ipin dan Boboiboy. Excited nak tengok filem terbaru Upin Ipin selepas filem "Geng Pengembaraan Bermula" pada tahun 2009. 

Pergi menonton berdua saja dan dipenuhi dengan kanak-kanak dalam wayang. Hihi. Kelakar bila mereka asyik bertanya, "bila Upin Ipin nak keluar ni? ". Hehe. Pastinya mereka datang hanya untuk menonton Upin Ipin :D

Filem ini diarahkan oleh Erma Fatima dan barisan pelakon terdiri daripada Asyiela Putri (pelakon suara Upin Ipin), Puteri Balqish (Aqish), Awie (Awie), Sara Ali (Noreen), Remy Ishak (Bo), dan Gambit (Zaman). 


SINOPSIS 



Mengisahkan kehidupan seorang anak yatim, Aqish yang tinggal di Rumah Anak Yatim bersama rakan-rakan yang lain. Aqish sangat meminati watak animasi kembar Upin Ipin sehingga tanpa disangka, Upin Ipin muncul di depan mata Aqish. Hanya Aqish boleh melihat Upin Ipin. 

Setiap kali Upin Ipin muncul, mesti bersama perkataan, "Jeng, Jeng, Jeng".

Rumah Anak Yatim ini dikendalikan oleh Noreen yang mendapat amanat daripada arwah Ayahnya untuk meneruskan pengendalian rumah tersebut dan tidak sesekali memisahkan semua kanak-kanak dalam rumah itu. 

Tragedi berlaku apabila Zaman datang untuk mengambil alih hak tanah Rumah Anak Yatim kerana dia merupakan anak kepada pemilik tanah tersebut. Sebenarnya, Zaman dikejar oleh penuntut hutang along dan dengan cara menjual tanah itu saja mampu untuk membayar hutangnya kepada along. 

Aqish mula berbincang dengan rakan-rakannya untuk menyelamatkan Rumah Anak Yatim mereka. Dan ketika ini, muncul Awie dan Bo. Awie adalah penyanyi rock yang terkenal suatu masa dahulu dan kini turut mengalami masalah kewangan. Bo pula kawan merangkap PA Awie. 

Awie, Bo, dan Noreen bersama-sama berusaha untuk menyelamatkan Rumah Anak Yatim. Zaman menjadi abang yang baik kerana turut sama-sama untuk menyelamatkan rumah tersebut. Mereka berempat bekerjasama mencari sponsor untuk mengadakan satu konsert amal bagi mendapatkan dana untuk membayar hutang Zaman kepada along tersebut. 

Akhirnya, konsert rock Awie berjaya diadakan bersama penampilan istimewa Upin Ipin. 


REVIEW

Review peribadi ikhlas daripada aku. 

Filem ini agak mengecewakan. Aku tidak berpuas hati dengan filem ini. Serius. 

Bagi aku filem ini hanya menggunakan nama Upin Ipin untuk menarik perhatian kanak-kanak dan orang dewasa yang turut meminati Upin Ipin. 

Seperti yang kita tahu, Upin Ipin merupakan satu animasi 3D popular yang digemari oleh semua lapisan masyarakat. 

Aku membayangkan aku akan melihat Upin Ipin dalam kebanyakkan babak yang ada tapi rupanya tidak. Kemunculan Upin Ipin diibaratkan seperti "pelakon pembantu" saja. Hanya muncul ketika Aqish panggil. 

Pendek kata, filem ini lebih kepada lakonan hidup daripada animasi 3D Upin Ipin. 

Jalan cerita berkisar kepada cara untuk menyelamatkan Rumah Anak Yatim dan Upin Ipin hanya muncul sedikit saja. 

Kemunculan Upin Ipin yang mungkin hanya sebanyak 30% daripada keseluruhan filem ternyata berjaya membuatkan kanak-kanak bersuka ria dan teruja. Bukan setakat kanak-kanak, aku dan encik suami juga turut gembira melihat telatah Upin Ipin yang mencuit hati.

Telatah Aqish ada juga yang menarik perhatian dan kelakar tapi aku tidak berapa gemar akan Aqish dalam filem ini walaupun aku suka akan lakonan Puteri Balqish. 

Watak Awie, Sara Ali, Remy Ishak, dan Gambit berjaya dibawa dengan baik. Cuma entahlah, mungkin terlalu banyak kisah mereka sehingga aku bosan menonton filem ini. 

Aku sudah tahu pengakhiran cerita walaupun filem hanya separuh ditayangkan. Kemunculan Upin Ipin di konsert amal dan menyanyikan lagu tema Upin Ipin Jeng Jeng Jeng berjaya membuatkan aku kembali seronok dan teruja melihat gerak geri comel mereka berdua. 

Keseluruhan, aku hanya mampu memberi 2.5/5 bintang untuk filem ini. Bintang yang aku beri hanya kerana Upin Ipin saja. 

Lepas ni, bagi aku, tidak perlu buat filem gabungan antara lakonan hidup dan watak animasi 3D kerana ianya sesuatu yang tidak sesuai. 

Di hujung filem ini, ada ditayangkan preview Upin Ipin The Movie yang akan disiarkan pada tahun 2017. Filem itu menarik perhatian aku dan aku akan menyaksikannya kerana itulah filem Upin Ipin yang sebenar. 

Kisah Upin Ipin bersama kawan-kawan yang lain dan bukan hanya boleh dilihat dalam fantasi Aqish saja. 

Akhir sekali, filem ini tidak perlu meletakkan Upin Ipin sebagai tajuk filem. Bagi aku, Upin Ipin lebih kepada "Penampilan Istimewa" saja ✌
Review Filem : Upin Ipin Jeng Jeng Jeng
Aku menonton filem ini semalam bersama encik suami. Kami adalah pengemar animasi Upin Ipin dan Boboiboy. Excited nak tengok fil...
November 25, 2016
(30) Comments



Yeayy!! Another tag by Fatina. This tag is originally created by her and I love to do it ☺ Fatina adalah seorang yang suka membaca dan haruslah tag yang dibuat juga berkaitan dengan buku.

Jom terjah soalan yang ada =)


1. Your current reading.


Anna and the French Kiss. Fatina yang memperkenalkan novel ini kepada aku dengan review yang dia buat. Baru je start baca. Sekarang di page 12. Hihi.

2. Suggest one of your favourite book.
Only one ahhh? Alaaa... Okay, my most favourite book would be Am I Normal Yet by Holly Bourne. I love Evie so much! ❤

3. What genre do you like to read?
Fiction. Young Adult. Romance. Self Motivation. 

4. How many books do you read in a month?
Depends on my mood. Might be 2 to 5 books per month. 

5. Where do you usually purchase books?
MPH bookstores, Popular bookstores and MPH Online. Kalau buku yang dicari tiada, aku akan email MPH untuk bertanya. Sampai tahap gitu ler. Hihi.

6. Have you ever fall to sleep when reading because you find out, its tedious?
Never. Better to put aside the book and sleep. Kalau tertidur masa membaca, nanti buku tak cantik jadinya sebab kena hempap. Betul tak? And I don't like it. 

7. Which one do you prefer, standalone or trilogy/series?
I prefer standalone but I read trilogy/series too. Hanya dua series saja setakat ini iaitu The Twilight Saga dan The Spinster Club.

8. Which book(s) has cheer you up?
Currently, it would be Am I Normal Yet by Holly Bourne. I love Evie so much and her bad thoughts ❤ Dan Mesej by Anna Lee. I love Aria yang kelam kabut dan entah kenapa aku membayangkan Neelofa sebagai Aria. Haha.  

9. Do you read book's review before buying it?
Yes. Aku tak nak baca tapi terbaca jugak. Dari dulu aku memang jenis orang yang suka baca review sebelum beli. Kadang-kadang review mereka terkesan juga tapi kalau aku sangat minat dengan penulis buku tertentu, aku akan terus beli tanpa baca review. Contohnya semua novel Ramlee Awang Murshid. 

10. Will you stop reading, if the book isn't interesting or will you keep on reading them?
Stop reading. Kenapa perlu aku teruskan membaca buku yang bagi aku tidak menarik? Buang masa saja. Banyak lagi buku nak baca. Hihi. Aku tak akan buang buku tersebut. Akan simpan baik-baik sebab anytime I will continue to read the book when I feel like I want to. 

11. Have you ever re-reading the book again and again?
Sometimes. But only the best dialog / part only. Tapi biasanya, aku tak baca balik. 

12. Do you ever felt that once you finish reading a book, you find it hard to move on from it?
Never. I can move on from one book to another in a minute or maybe a second? πŸ˜‰

13. Have you ever cried during your reading?
Yes. Aku lebih memahami setiap watak dalam novel. Aku pasti akan terbawa-bawa dengan sikap dan perasaan watak yang ada terutama watak hero dan heroin.

14. Why do you think reading has make you happy?
I can learn about different cultures, people, and places without even travelling. Dalam sesetengah buku, ada diceritakan secara terperinci berkenaan tempat yang setiap watak pergi. Aku suka membayangkan suasana tempat tersebut tambah lagi kalau tempatnya di luar negara. Aku akan google untuk mengetahui keadaan sebenar tempat yang dinyatakan dalam novel. Itulah namanya mengembara tapi masih berada di atas sofa atau katil 😊

Membaca juga membuatkan aku berada dalam dunia aku sendiri. Aku lupa akan masalah dan sebab aku stress untuk hari-hari tertentu. Satu lagi yang buat aku happy adalah aku boleh membaca fikiran orang lain, macam Edward Twilight. Haha. Sebab aku lebih faham akan setiap karakter dalam novel. How each characters feel, think, and act ☺

Done menjawab semua soalan dalam tag ini. Yeayyy!

Kepada sesiapa yang nak buat tag ini, silakan. Spread the πŸ’–
Cheer Me Up Book Tag
Yeayy!! Another tag by Fatina . This tag is originally created by her and I love to do it ☺ Fatina adalah seorang yang suka memba...
November 24, 2016
(26) Comments
Picture Source : Pinterest



Busy sangat gayanya tu ek? Hahaha.

Sebenarnya aku baru add signature semalam. Jadi sekarang, setiap entri jadi messy sebab ada dua "LOVE, IQA" words.




Aku tempah signature baru pada Angga. Angga adalah pemilik template yang sangat baik seperti Kate. Dia akan bersungguh dalam memenuhi setiap permintaan customer dia. 

Kalau korang nak lebih mengenali Angga dan Kate, boleh terjah ke dua entri aku mengenai mereka berdua (link di bawah). Ada juga aku sertakan pilihan template. Mungkin ada yang rambang mata jadinya nanti, Hihi.
Sekarang, aku harus edit all my posts and remove the one in red box. Jenuhlah nak buat. Lebih 100 posts jugak rasanya 😒

Tapi disebabkan nak post cantik tersusun, maka kena gigihkan diri juga untuk edit semuanya. Mengambil masa yang lama juga kot memandangkan aku bekerja. Aku cuba siapkan edit dalam minggu ini. 

Jadi, for all readers and visitors, tolong ignore je eh my double "LOVE, IQA". 😊 . 

Have a nice day, all ~ 。^‿^。
I AM VERY BUSY
Picture Source : Pinterest Busy sangat gayanya tu ek? Hahaha. Sebenarnya aku baru add signature semalam. Jadi sekarang, seti...
November 23, 2016
(56) Comments


Aku suka tengok blog template yang kemas, ringkas, dan cantik. Website yang aku selalu lawat untuk tengok blog template adalah ETSY. Ada aku cerita dalam ENTRI INI. Suka sangat explore templates kat situ. Rambang mata weiii! 😊

Rasa macam dah tak nak tukar template sebab ada rakan blogger cakap yang kalau selalu tukar template, akan menyebabkan Google tak jumpa blog kita. 

Tapi..

Haha. Aku tetap nak tukar GRID STYLE. Nak grid style yang lagi kemas dan teratur. Dan akhirnya setelah lama melayari ETSY, aku jumpa apa yang aku nak. 

Disebabkan aku failed bab coding dan tak nak beli template baru, aku tanya owner template aku sekarang, Kate, sama ada dia boleh tukar kepada grid style yang aku suka.

And I'M GLAD THAT SHE SAID YES!

Hahaha. Tanpa menunggu masa, aku terus purchase listing for the changes. Yes, I have spent a lot of money on my blog and I don't regret it ☺


Previous Grid Style

Current Grid Style

Nampak tak perbezaannya? Dulu takde kotak, sekarang dah ada kotak. Suka grid style yang ni sebab nampak lagi kemas ☺

Pada mulanya aku hanya nak tukar grid style , tapi tiba-tiba aku rasa slider blog aku menyemak sebab besar sangat. Dan aku minta Kate tukarkan slider kepada hanya gambar thumbnails saja. 


Previous slider 

Current Thumbnails

Nampak lagi kemas tak? Hihi. Hanya dua perubahan dalam blog aku. Nak juga mengabadikan cerita perjalanan blog template aku πŸ˜„

What do you think about my new blog homepage? ☺

I'm Glad She Said Yes
Aku suka tengok blog template yang kemas, ringkas, dan cantik. Website yang aku selalu lawat untuk tengok blog template adalah ETSY . A...
November 22, 2016
(28) Comments


Sudah sampai hari terakhir untuk 7 DAYS : 1 WEEK BLOG CHALLENGE. Yeayy! Ini adalah cabaran blog pertama yang aku berjaya buat entri sampai habis tajuk. Walaupun bukan dalam masa seminggu. Hihi. 

Topik terakhir dalam Blog Challenge ini adalah A Blog Review.

Sebenarnya, ramai blogger yang aku suka. Masing-masing ada sifat tersendiri ❤ Blogger yang mempunyai domain sendiri lebih mudah untuk aku terjah sebab boleh buka blog mereka di pejabat. Aku selalu blogwalking menggunakan phone untuk semua blogger yang lain. Bukan tak terjah ye. Terjah cuma mungkin lambat. Kerja dan hal realiti perlu diutamakan ☺ 

Kalau di pejabat, sambil buat kerja, boleh juga menyelit terjah blog. Kalau tak sibuk lah kan πŸ˜€

So pakat semua tukar domain sendiri please. Senang nak blogwalking di pejabat. Hihihi. Kalau guna blogspot.my, access blocked la 😞

Okay. Sebelum aku melalut panjang, meh nak cerita sedikit mengenai blogger yang aku nak review dalam entri ini. 

Blogger yang diberi nama Fatina Mdzfr atau nama penuh beliau adalah Fatin Adawiyah. Kadang-kadang aku panggil Fatin, kadang-kadang aku panggil Fatina. Ikut dan jela mana nak panggil dan Fatin okay je :) 

Blog Fatin :)

Sebab apa aku suka blog Fatin? 


Clean and Responsive Blog Template
Sejuk mata memandang kalau masuk blog Fatin. Tidak perlu serabut nak tengok kiri kanan depan belakang. Hihi. Aku suka blog Fatin yang kemas dan paling penting mempunyai responsive template. Lagi mudah untuk aku jenguk selalu.


Book Lover
Aku suka baca review buku daripada Fatin.

Bukan setakat baca dan hadam, aku siap beli satu novel yang di-review bertajuk Anna and the French Kiss dan satu lagi novel yang aku baru je order di MPH online bertajuk Tell Me Again

Novel Tell Me Again tiada dalam MPH Online. Aku punyalah nak sangat novel ni, sampai sanggup contact MPH untuk dapatkan novel ni. Servis MPH Online cepat! Dalam masa tiga hari, aku dah boleh beli di MPH Online. Sampai je tak tahu bila sebab ambil masa 2 - 3 minggu daripada supplier. Bersungguh kan?

Semua kerana review buku daripada Fatin! ❤


Ideas to Update My Blog
Sebagai contohnya, my October Wrap Up dan Reading Habits Book Tag. Aku copy paste idea daripada Fatin. Hihi. Tak dinafikan kadang-kadang bila tengok topik blogger lain, boleh jugak kita nak cuba kan. Tapi yang penting minta kebenaran dulu ☺


Setakat ini saja review aku. Kepada rakan blogger yang masih tidak mengenali Fatin, silalah singgah ke blog Fatin. Tambah lagi kepada sesiapa yang suka baca buku seperti kami berdua πŸ’–

DAY 7 : A BLOG REVIEW
Sudah sampai hari terakhir untuk 7 DAYS : 1 WEEK BLOG CHALLENGE . Yeayy! Ini adalah cabaran blog pertama yang aku berjaya buat entri ...
November 21, 2016
(40) Comments

I'm a food lover. Hihi. Rasanya semua suka makanan kan? Ke ada orang yang tak suka? Hihi. 

Aku suka sangat makan. Asyik nak makan je. That's the main reason for my chubby body. And I just ignore it. Seriously? Haha. 

Plan to do meal plan like my friend, Hanis, but I just can't. Payahlah nak masak hari-hari. Penat! Nampak tak alasan dan ketidak sungguhan di situ :p

For random post's topic today, I want to share about my "Food Craving" and "Food I Recently Eat and Love It".


Food Craving

Korean Food





Seafood Sundubu Jigae di The Street Cafe SS15 Subang Jaya : The Best Korean Street Food. Aku sangat suka makanan ini dan sangat teringin nak makan tapi sayangnya sampai sekarang, aku masih belum berkesempatan untuk pergi ke kafe ini. Walaupun dekat je nanye.

Mungkin kedai makanan Korea yang lain turut ada menyediakan makanan ini, tapi aku hanya nak makan di The Street Cafe saja. Aku pernah makan disana dan sedap sehingga menjilat sudu :D

Sebenarnya, ikutkan hati terus nak ke Korea! Lagi sedap. Haha. Berangan tak sudah kau ye Siqah :p



Aku nak makan Seafood Sundubu Jigae bersama Saba Fish Set. Ohhhhh sedapnyaaaaaa ~ Taip entri ni sambil kelaparan membayangkan kedua-dua makanan ini. 

Gambar makanan di atas adalah daripada camera roll phone aku. Tengok hari-hari tau! Sedih betul rasa menunggu masa nak makan benda alah ni. Lama sangat dah teringin. Hope akan dapat sikit masa lagi. Pleaseeeee.


 Food I Recently Eat and Love It


1. Pisang Vaganza

Haa macam Gegar Vaganza dah dengarnya kan? Bersesuaian nama diberi kerana pengasasnya adalah Nabil Ahmad, pengacara GV dari dulu hingga kini. Dari dulu lagi budak ofis duk bercakap pasal pisang vaganza tapi tak beli makanya hanya telan air liur saja. 

Baru-baru ni, kami order kat budak ofis. Biasa yang ada motor lah yang kena pergi beli kan. Hehe. Order pisang vaganza sebagai menu minum petang kami. Menternak lemak betul team ITT. Memang suka lah kalau bab makan. Sampai budak-budak lain pun dah tempah jugak. Hihi.

Kami adalah pembawa rezeki kepada peniaga. Semua terpikat bila tengok kami makan. Bersungguh! Hahaha. 


Inilah rupa Pisang Vaganza

Flavors dari kiri atas:
Cheese, Chocolate, Strawberry dan Oreo 

Flavors dari kiri atas:
White Chocolate, Caramel Cheese, Oreo dan Chocolate 

Rasanya... Fuhhh! Sedap! Flavors kegemaran aku semestinya Chocolate dan Strawberry. Flavors white chocolate terlalu manis. Flavors Oreo just nice. Aku tak berapa gemar pisang digandingkan bersama cheese dan caramel sebab bagi aku, cheese hanya sesuai untuk kek manakala caramel hanya sesuai untuk minuman dan juga pudding caramel. 

Pisang Vaganza ini dijual di Kopi_K_Sendiri. Jadi kalau nak beli, kena terjah kedai Kopi_K_Sendiri. Jangan cari kedai Pisang Vaganza pulak. Confirm korang tak jumpa. Hihi. 

Details. Boleh follow di Instagram

2. Homemade Sandwich by Garsa Kitchen

Khamis lepas, manager aku, Kak Sha belanja sandwich ini untuk minum petang. Teruja aku tengok homemade sandwich yang cantik dan kemas susunannya. Pertama kali aku mengenali Garsa Kitchen. 


Inilah Homemade Sandwich yang dimaksudkan

Beef sandwich

Vegetarian Sandwich

Chicken Sandwich 

Semuanya sedap! Paling aku suka adalah chicken sandwich. Tak sangka ada orang boleh buat sandwich sebegini sedap dan cantik. Kalau aku yang buat, pasti tak sekemas ini buatannya. Aku pasti! Hahaha. 

Bagus juga bisnes makanan sebegini. Makanan yang lain daripada lain. Boleh dimakan dengan begitu mudah. Dan paling penting, makanan ini adalah salah satu daripada makanan sihat yang boleh dimakan hari-hari. 

Susah nak jumpa makanan sihat dijual. Kalau makanan tak sihat seperti pisang cheese, berlambak haa. Tak payah cari, makanan tak sihat datang sendiri. Tiba-tiba ada atas meja. Apalagi, makan jela. Hahaha. 

Details. Boleh jenguk IG mereka.


What's your current food craving or any food recommendation? 

Let's share Food Lovers

DAY 6 : RANDOM POST - FOOD LOVER
I'm a food lover. Hihi. Rasanya semua suka makanan kan? Ke ada orang yang tak suka? Hihi.  Aku suka sangat makan. Asyik nak mak...

(16) Comments

Again with tutorial ☺ Dalam post aku bertajuk "Day 4 : Tutorial - How to Add Random Posts Widget", aku ada letakkan code dalam scroll box. Tujuan letak scroll box adalah agar post tersebut tidak panjang berjela. Jenuh nak scroll post pulak nanti kan.

Dengan itu, aku bersungguh belajar di You Tube. Baca tutorial dalam beberapa blog tapi tak faham. Susah nak memahami ayat. Bila tengok video tutorial, barulah faham. Lambat hadam kalau bab code ni. Hihi. 

Dan gigih juga taip satu-satu code. Mujur tak panjang code-nya. 

Let's start the tutorial ☺

HOW TO ADD SCROLL BOX IN BLOG POST 

1. Open your new post.

2. Go to HTML column (see below image - red color).


3. Copy below code and paste it in HTML column. 
<div style="border-style: solid; border-width: 2px; height: 200px; overflow: auto; width: 426px;">
Your content is here
</div>
4. Go to Compose column and change "Your content is here" with your own words. 

5. Finish your writing and click Publish.

That's all. 

Simple right? 

Happy trying, all ❤

How to Add Scroll Box in Blog Post
Again with tutorial ☺ Dalam post aku bertajuk " Day 4 : Tutorial - How to Add Random Posts Widget ", aku ada letakkan code d...
November 20, 2016
(16) Comments

I have finished reading this novel on 31 October 2016 and only now I am likely to write a review of this novel. 

As I mentioned earlier, I'm in love with Anna Lee's novel since Mesej. I have read three novels from her and I love all of them. I will review about the third novel from her soon. 

As usual, let's start with a synopsis of the novel and continued with my personal review ✌


SINOPSIS


Tiya adalah seorang penulis novel yang lain daripada lain. Dia mempunyai idea tersendiri dan tidak mahu melibatkan diri dalam genre novel yang berlambak di pasaran sekarang. Genre novel yang semakin banyak menjadi drama TV. Disebabkan itu, hampir dua tahun, Tiya tidak menghasilkan novel baru. 

Duta adalah seorang perisik polis. Tiya dan Duta tertukar telefon semasa pertama kali mereka berjumpa dan berlanggar di kafe. Lebih tidak masuk akal apabila telefon mereka adalah dari jenis, warna, casing, wallpaper dan password yang sama. Mustahil!.

Sejak detik itu, hidup Tiya mula menjadi huru-hara. Tiya terperangkap dalam masalah cinta dan jodoh Duta kerana membalas mesej Mama yang disangka daripada Mama Tiya. Malah bukan setakat itu, Tiya juga secara tidak langsung terlibat dalam satu masalah lain yang lebih besar. Masalah yang melibatkan rahsia negara. 

Masalah tersebut menyebabkan hidup Tiya berubah 360 darjah. Dia terpaksa melawan diri sendiri. Melawan Agoraphobia (fobia berada di tempat terbuka dan terdapat ramai orang). 

Hello It's Me..

Ada rahsia yang disembunyikan.
Ada jiwa yang akan terseksa.
Ada hati yang akan terluka.

Masih wujudkah happily-ever-after dalam hidup Tiya?


REVIEW

Buku yang sangat ohsem! I fell in love for the second time with Anna Lee. Dan rasa tak puas bila novel ini hanya mempunyai 319 pages.

Membuka minda dengan isu mengenai penulis yang diketengahkan oleh Anna Lee. Bagaimana keadaan industri novel sekarang yang menyebabkan lambakan novel yang sama genre berada di pasaran. Aku sokong dengan idea Anna Lee dalam novel ini. 

Idea untuk mewujudkan anugerah berprestij untuk penulis bagi meraikan dan menghargai usaha keras semua penulis. Novel yang dipandang bukan hanya diadaptasi kepada drama TV tetapi novel yang diangkat martabatnya kerana pengisian novel yang hebat. Bukan hanya kisah cliche saja. 

Mungkin dengan cara itu, kualiti buku negara akan semakin baik dan setanding penulis luar negara. 

Seperti Mesej, aku clueless bila baca novel ni. Aku tertanya-tanya pada mulanya apa sebenarnya yang terjadi. Dan apabila tiba di pertengahan novel, barulah aku faham siapakah Duta dan apa hubungannya dengan Tiya and it totally surprised me!

Anna Lee berjaya buat aku hanyut dalam novelnya sekali lagi. Aku hanyut sehingga ke akhir cerita. Seriosly, I love the ending. I love when Duta said, "Hello, It's Me". Aku tersenyum sumbing seketika apabila membaca dialog itu.

Dialog yang membawa maksud tersendiri kepada Duta dan Tiya. 

Aku turut tersenyum dan rasa ❤ ketika babak Tiya membaca nota daripada Duta di telefon Tiya bertajuk "Why I Love You". Duta, you know how to be a romantic man. I love that romantic attitude ❤

Dalam novel ni ada ditulis tentang kenapa kena pakai jam? Ayah Tiya adalah perisik polis juga dan merupakan rakan sekerja Duta. Ayah Tiya pesan, "Pastikan jam tangan sentiasa ada di tangan sebab kemungkinan telefon boleh tercicir di mana-mana. Kalau jam tangan tentu akan terus melekat di tangan. Jika berlaku sesuatu, jam dapat membantu untuk memastikan kejadian tertentu berlaku pada waktu apa. Kerana waktu amat penting dalam menganalisi sesuatu kejadian".

Novel ini membawa aku terbang ke Holland. Hihi. Seperti biasa, aku suka google image untuk aku membayangkan keadaan di sana. Sini aku berkongsi gambar yang aku tengok ye =) Cantik semua tempat di Holland. Bestnya kalau boleh pergi sana!


Holland's Water Village





Zaanse Schans Windmills




Beautiful Holland Tulips 
(Duta dan Tiya honeymoon di sini)




As usual, quotes from this novel as below: 

◆"Being different isn't a bad thing. It means you're brave enough to be yourself". -Tiya

◆ "Fake is the latest trend. Be difference. Be real. Trend akan berlaku but being difference will be evergreen". -Tiya

◆ "Do you have a map? Because I keep getting lost in your folder photos". -Duta

◆ "Life is too short to spend it at war with yourself". - Duta

◆ "Ajal maut memang di tangan Tuhan, tapi kita yang hidup ni kena usaha agar tak dilanggar kereta dan dapat mengelak mati mengejut. Cuma, kalau kita dah elak tapi terkena juga, itu barulah takdir Tuhan yang kita tak boleh nak elak". - Tiya

◆ "Cinta sejati adalah cinta yang tak mampu kita miliki tetapi ianya tetap segar dalam hati". - Tiya

◆ "Anggap saja setiap kali you baca novel, I akan berada di belakang you, peluk dan kacau you membaca, sebab I cemburu you tenggelam dalam dunia novel dan bercinta dengan hero lain selain I". - Duta

◆ "All you need is love and more coffee. If you bring me coffee without having to ask, then I love you more than I love coffee". - Duta


The novel successfully made me happy! WOW! Totally recommended! Penulis yang tidak pernah mengecewakan aku ❤

Sesiapa yang mahukan kelainan penceritaan, boleh mula baca novel Anna Lee. Mungkin korang akan rasa seperti apa yang aku rasa. Mungkinlah. Hihi. 


I will be the first people to see the drama or film adaptation of the Anna Lee's novel ❤

p/s: credit to google for all Holland pictures.

DAY 5 : A BOOK REVIEW - HELLO IT'S ME BY ANNA LEE
I have finished reading this novel on 31 October 2016 and only now I am likely to write a review of this novel.  As I mentioned ea...
November 19, 2016
(20) Comments

I'm behind the schedule of 7 DAYS : 1 WEEK BLOG CHALLENGE. Rakan blogger lain semua dah update sehingga topik Day 6 dan aku baru nak update topik Day 4. Lambat weii ⌛

Untuk topik tutorial hari ni, aku nak ajar bagaimana nak letak "Random Posts Widget" on blog sidebar.

Korang perasan tak pada "Random Posts" widget di sidebar blog aku? Pada mulanya hanya ada Popular Posts saja dan beberapa bulan lepas, aku tambah Random Posts widget pulak.

Sebenarnya, aku telah kurangkan widget di sidebar agar blog aku tak berat dan cepat loading dan Random Posts Widget adalah salah satu widget yang aku sayang nak buang. Pendapat aku, random posts widget boleh juga menambah tarikan viewers dan readers to read other posts than what they're currently into. Sama juga seperti konsep "Picks For You" at the end of each post. 

Just a simple step. You will do it in less than 2 minutes. Or maybe a minute? Believe me ☺


My Random Posts

HOW TO ADD RANDOM POSTS WIDGET

1. Go to Layout.

2. Go to your sidebar and click "Add A Gadget".

3. Choose HTML/JavaScript.

4. Copy below code and paste it to your HTML/JavaScript box content.

5. Save.


<style type="text/css">
#random-posts img{padding:0!important;margin:0!important;height:auto;width:100%;}
ul#random-posts{list-style-type:none;padding:0}
#random-posts li{width:100%;position:relative;height:200px;overflow:hidden;margin-bottom:12px;}
.random-title{background: #fff;color:#222;text-align:center;font-family:'Playfair Display',serif;font-size:12px;font-weight:700;letter-spacing:2px;text-transform:uppercase;line-height:1.7;padding:5px;}
.random-title a{color:#222;}
.random-title1{display:block;position:absolute;width:100%;height:100%;margin:0;padding:0;top:0;left:0;}
.random-title2{display:table;width:80%;height:100%;margin:0 auto;}
.random-title3{display:table-cell;vertical-align:bottom;width:100%;height:100%;}
.random-summary{margin-top:5px;display:block}
</style>
<ul id='random-posts'>
<script type='text/javascript'>
var randomposts_number = 5;
var randomposts_chars = 50;
var randomposts_details = 'no';
randomposts_details2 = 'no';
var randomposts_comments = 'Comments';
var randomposts_commentsd = 'Comments Disabled';
var randomposts_current = [];
var total_randomposts = 0;
var randomposts_current = new Array(randomposts_number);

function randomposts(json) {
    total_randomposts = json.feed.openSearch$totalResults.$t
}
document.write('<script type=\"text/javascript\" src=\"/feeds/posts/default?alt=json-in-script&max-results=0&callback=randomposts\"><\/script>');function getvalue(){for(var a=0;a<randomposts_number;a++){for(var b=!1,c=get_random(),d=0;d<randomposts_current.length;d++)if(randomposts_current[d]==c){b=!0;break}b?a--:randomposts_current[a]=c}}function get_random(){var a=1+Math.round(Math.random()*(total_randomposts-1));return a}
</script>
<script type='text/javascript'>
function random_posts(a){for(var b=0;b<randomposts_number;b++){var c=a.feed.entry[b],d=c.title.$t;if("content"in c)var e=c.content.$t;else if("summary"in c)var e=c.summary.$t;else var e="";if(e=e.replace(/<[^>]*>/g,""),e.length<randomposts_chars)var f=e;else{e=e.substring(0,randomposts_chars);var g=e.lastIndexOf(" ");f=e.substring(0,g)+"&#133;"}for(var h=0;h<c.link.length;h++){if("thr$total"in c)var i=c.thr$total.$t+" "+randomposts_comments;else i=randomposts_commentsd;if("alternate"==c.link[h].rel){var j=c.link[h].href,k=c.published.$t;if("media$thumbnail"in c)var l=c.media$thumbnail.url;else l="http://3.bp.blogspot.com/-5SoVe1K6JSk/Utl0OOmucAI/AAAAAAAAF6E/hQghgD_EJdQ/s1600/no_thumb.png"}}document.write("<li>"),document.write('<a href="'+j+'" rel="nofollow"><img alt="'+d+'" src="'+l+'"/>'),document.write('<div class="random-title1"><div class="random-title2"><div class="random-title3"><div class="random-title">'+d+"</a></div></div></div></div>"),"yes"==randomposts_details&&document.write('<span class="random-details">'+k.substring(8,10)+"."+k.substring(5,7)+"."+k.substring(0,4)+" - "+i)+"</span>","yes"==randomposts_details2&&document.write('<span class="random-summary">'+f)+"</span>",document.write('<div style="clear:both"></div></li>')}}getvalue();
for (var i = 0; i < randomposts_number; i++) {
    document.write('<script type=\"text/javascript\" src=\"/feeds/posts/default?alt=json-in-script&start-index=' + randomposts_current[i] + '&max-results=1&callback=random_posts\"><\/script>')
};
</script>
</ul>
<div style="font-size: 10px; float: right;"><a href="http://helplogger.blogspot.com/2012/03/add-random-posts-widget-to-blogger.html" rel="nofollow">Random Posts Widget</a></div>

Senang kan?

Happy trying, all ❤


DAY 4 : TUTORIAL - HOW TO ADD RANDOM POSTS WIDGET
I'm behind the schedule of  7 DAYS : 1 WEEK BLOG CHALLENGE . Rakan blogger lain semua dah update sehingga topik Day 6 dan aku baru n...
November 18, 2016
(18) Comments


Masih ada 20 minit untuk aku update mengenai topik Day 3 : Appreciation Post. Harap aku sempat habiskan entri ini sebelum jam 12 am. Hihi. 

Post ini adalah untuk artis kegemaran. Makanya, artis kegemaran aku yang aku nak cerita dalam post ini adalah LEE MIN HO!! Siapa tak kenal Lee Min Ho? Biar betul korang tak kenal ni. Hihi.

Berkenan untuk buat post Lee Min Ho sebab semalam baru tengok drama terbaru dia bertajuk Legend of the Blue Sea :) 



Aku mengenali Lee Min Ho dalam drama Korea bertajuk Boys Over Flower (2009). Dia membawa watak Gu Jun Pyo. Si mamat poyo yang kaya raya, annoying, dan handsome. Dengan rambut gulung-gulungnya lagi. Haha. 

Sejak dari itu, aku suka sangat Lee Min Ho. Bersungguh meminati dia sampai walaupun drama dia selepas itu bertajuk Personal Taste (2010) tidaklah best. Slow gila cerita tu tapi disebabkan Lee Min Ho, aku gagahkan tengok juga. 

Selepas itu, perasaan tertarik kepada Lee Min Ho semakin mekar selepas menonton City Hunter (2011). Suka gila watak dia dalam drama tu. Best sangat! Lain daripada lain dan tidaklah lembik macam dalam Personal Taste. Love it! 

Dan pada tahun 2013, dia berlakon pula dalam drama percintaan terlarang budak sekolah bertajuk The Heirs. Masa drama ni disiarkan, hari-hari aku lepak di kafe untuk tengok drama ni secara online. Semuanya sebab masa tu rumah aku tiada WiFi. Jadi aku terpaksa menapak di kafe. Gigih kan aku? :p

Dan sekarang, Lee Min Ho dikatakan bercinta dengan Suzy Bae. Aku setuju kalau mereka berdua. Suzy cantik sangat dan bila digandingkan bersama Lee Min Ho yang handsome, makanya mereka sangat padan =) 

Bagi aku, 

Minat kepada Lee Min Ho tidak ada musim. Berterusan aku minat dia. Kalau Seo Joong Ki, aku suka masa drama DOTS je. Kalau Ji Chang Wook, aku suka masa drama Healer je. Tapi kalau Lee Min Ho, bila-bila masa saja aku suka. Dia ada aura yang pelakon lelaki Korea lain tidak ada. 

Lee Min Ho always be my number one Oppa =D 

Siapa minat Lee Min Ho? Sep sikit. Hihi. 

DAY 3 : APPRECIATION POST
Masih ada 20 minit untuk aku update mengenai topik Day 3 : Appreciation Post. Harap aku sempat habiskan entri ini sebelum jam 12 am....
November 17, 2016
(21) Comments

Latest movie yang aku tengok adalah Rock Bro dan aku dah review movie ni. Jadi untuk Day 2 Blog Challenge  aku nak berkongsi satu filem tempatan yang aku suka sangat tengok. Hehe. 

Setiap kali filem ni ditayangkan di Astro, setiap kali itulah aku tak jemu tengok.

Filem diberi tajuk MAT TUDUNG. Filem ini ditayangkan pada tahun 2014 dan sampai sekarang aku masih suka tengok filem ni. Sumpah lawak weiiii! Fizz Fairuz jadi wanita muslimah haa. Bukan senang nak tengok. Hehe. 

Korang mungkin dah pernah tengok filem ni kan? Atau ada yang tak layan filem Melayu? Ahhhh ada ke tu? :p

Meh aku nak bagi sinopsis dan review peribadi aku mengenai filem ni. Layankan jela eh :p


SINOPSIS

Filem ini mengisahkan seorang kasanova bernama Johari (bekas mat rempit) yang bekerja di sebuah hotel dan jatuh cinta pandang pertama pada Zizie. Zizie bercuti bersama keluarga di hotel tersebut dan dia adalah seorang gadis yang sukar didekati. 

Pelbagai cara dibuat oleh Johari untuk mendekati Zizie tapi tidak berjaya. Sehingga Johari mengambil keputusan untuk menyamar sebagai Johanna iaitu "adik perempuan" kepada Johari. 

Dengan cara ini, Johanna dapat mendekati Zizie dengan lebih dekat. 

Pelbagai kejadian berlaku yang melibatkan orang yang sama iaitu Johari. Ayah Zizie terpikat dengan perwatakan ayu manis Johanna. Ibu Zizie pula mengintai Johari kerana hidupnya kesepian apabila tidak diendahkan oleh Ayah Zizie. Johanna jugak diintai oleh abang Zizie yang keliru dengan jantinanya sendiri. 

Kejadian bertimpa sehingga rahsia Johari terbongkar. Walaupun begitu, akhirnya Zizie dapat menerima Johari di atas sebab tertentu. Yeayyy. 




REVIEW

Filem komedi yang cukup ohsem dan sangat menjadi! Aku suka watak Fizz Fairuz sebagai seorang minah tudung. Dia bawa watak perempuan dengan cukup bergaya dan ayu sekali. Sesuai pulak rasanya. Haha. 

Tak putus-putus gelak boleh dikatakan untuk setiap babak selepas Johanna muncul. Ada je benda yang kelakar di mata aku. Dengan gelagat Fizz Fairuz apabila menjadi perempuan yang penuh adab sopan santun kononnya. Hahaha. 

Filem ini agak berani bagi aku kerana menampilkan pelakon lelaki yang terpaksa berlakon dengan berperwatakan seorang perempuan hanya untuk memikat gadis yang dicintainya. Dan satu lagi adalah berkenaan lawak yang disampaikan. Ada juga lawak dewasa yang tidak sesuai untuk semua lapisan masyarakat. 

Lawak dewasa yang sumpah lawak gilaaaaa! Mengalir air mata weii! Hahaha. 

Filem ni pada mulanya agak slow jalan ceritanya. Tapi apabila Johari bertukar menjadi Johana, semuanya berubah. Makin kelakar! Makin kau tak akan kering gusi sebab asyik gelak je. Cerita yang tidak membuatkan aku rasa bosan di pertengahan. Berterusan bergelak ketawa hingga ke pengakhiran cerita. 


Lakonan Izzue Islam pun menjadi jugak. Dia berlakon filem ini di awal pembabitan dia dalam bidang lakonan. Pada mulanya macam tak yakin je dengan Izzue. Sekali tengok, dia pun best berlakon. Ada beberapa babak yang membuatkan dia terpaksa juga berlakon menjadi minah tudung. Minah tudung yang ganas. Hahaha. 

Walaupun komedi bersahaja yang ditampilkan dalam filem ni, tetap masih ada mesej yang cuba disampaikan. Dan ini membuatkan filem ini bukan hanya filem lawak semata. 

Isu mengenai kurang perhatian dalam sesama ahli keluarga yang berjaya dibetulkan oleh Johari dalam watak Johanna. 

Selepas apa yang Johanna buat, mak ayah Zizie sudah berbaik semula dan abang Zizie pula bertemu cinta yang juga dengan cara jatuh cinta pandang pertama. Cinta abang Zizie dilakonkan oleh Jihan. Lawak masa ni tengok Jihan. Tak secantik dia sekarang. Hehe. 

Pendek kata, aku suka sangat filem ni. Sampai aku pilih filem ini untuk diberi review dalam Day 2 Blog Challenge =) 

Filem lama yang masih diingati dengan lawak yang kelakar! 

Dah lama tak tengok filem ni nanye. Astro! Siarkan kembali Mat Tudung please!! (∩_∩)

DAY 2 : A MOVIE REVIEW
Latest movie yang aku tengok adalah  Rock Bro  dan aku dah review movie ni. Jadi untuk Day 2  Blog Challenge   aku nak berkongsi satu fi...
November 16, 2016
(46) Comments


Here we go!

Day 1 topic of 7 DAYS , 1 WEEK BLOG CHALLENGE - 5 Facts About Yourself 

Let's start! 

■ Coffee Lover 
Sesungguhnya aku adalah pengemar kopi yang tegar. Kopi ada pelbagai jenis dan jenama. Aku suka kopi yang light saja. Kegemaran aku adalah latte. Hazelnut Latte, Vanilla Latte, dan Caramel Latte. Apa saja yang ada nama latte. Hihi. Aku tak suka strong coffee like Mocha. Even Cappuccino pun aku tak gemar. 

Brand kopi dalam tin paling aku suka sekarang adalah KOPI TARIK. Sejak mengenali Kopi Tarik, aku dah tak pandang Nescafe Latte. Kadang-kadang aku beli juga Old Town White Coffee. Sedap jugak.


■ Korean Drama Fans
Semestinya!! Sentiasa ada drama Korea yang aku tengok. Baru je habis tengok On The Way to the Airport and I totally love that drama. Cried at the last scene of the final episode because I'm so happy! Sesiapa yang tengok drama ni, akan faham kenapa aku happy :D


I'm currently watching Woman With A Suitcase, Sweet Stranger and Me, and K2 (dah final episode tapi tak habis tengok lagi).

Can't wait to watch Lee Min Ho in his new drama Legend of the Blue Sea. Malam ni episod pertama di Korea dan akan disiarkan di ONE HD channel 393 Astro bermula 17 November 2016 jam 8.10 PM ^_^ 


■ Suka Gentel Bucu Bantal Busuk
Hahahaha. Malu nak mengaku tapi itulah aku. Dari kecil aku memiliki satu bantal busuk. Cuma bantal busuk sekarang, bukanlah bantal busuk yang aku ada sejak kecil tu. Pasti sudah berganti. Hihi.

Bantal busuk yang sentiasa dipeluk ketika tidur dan digentel bucunya. Kalau tak boleh tidur, gentel bucu bantal adalah satu cara untuk buat aku terlena dengan cepat. Apa punya tabiat lah kan :D 


■ Tangan Kiri Tak Boleh Bengkok 
Maksudnya, jari jemari tangan kiri tak boleh sampai di bahu jika tangan aku dibengkokkan. Hanya boleh bengkok 70 darjah saja. Huhu.

Punca kejadian ini berlaku masa aku darjah lima. Aku terjatuh ke dalam lubang di atas jalan tar selepas aku berlari kerana dibaling katak kering oleh seorang budak lelaki ni. Budak kecil daripada aku nanye. Sampai sekarang aku ingat budak tu. 

Hasil daripada itu, tangan kiri aku retak dan selepas dibuka balutan, terus tak boleh bengkok. Sedih. 

Disebabkan kekurangan aku yang satu ni, cikgu tarian aku dulu, akan buat bunga tarian yang tidak memerlukan kami bengkokkan tangan. Nanti nampak sangat cacat di situ. Tarian mesti kena sekata kan. Terima kasih cikgu kerana memahami :)

Aku redha.


■ Book Lover 
Korang pasti tahu akan fakta diri aku yang satu ni. A book lover. Yes, aku suka membaca dan suka mengumpul buku. Haha.

Aku jenis orang yang suka beli buku yang aku nak baca walaupun aku masih ada buku yang belum dibaca. Sebabnya, bila tiba masa aku nak baca sebuah buku, buku tu dah ada dalam simpanan. Tinggal nak ambil dan baca saja. Aku tak suka kalau masa nak baca tu lah aku baru nak beli. Tak suka menunggu. Hihi. Sekarang aku ada empat buah buku yang masih belum dibaca. Seingat aku lah :D


Itu saja fakta diri aku. Ada banyak lagi tapi dah kata topik ini hanya perlu berkongsi lima fakta saja. Jadi, lima fakta jela yang diberi ☺


Apa pula fakta diri korang? Jom share. Nak tahu jugak ^_^ 

DAY 1 : 5 FACTS ABOUT MYSELF
Here we go! Day 1 topic of  7 DAYS , 1 WEEK BLOG CHALLENGE  - 5 Facts About Yourself  Let's start!  ■ Coffee L...
November 15, 2016
(27) Comments

Aku berkenan dengan cabaran yang dibawa oleh Rii atau nama glamor Sviors. Hehe. Cabaran diberi nama 7 DAYS , 1 WEEK BLOG CHALLENGE. Setiap hari ada satu topik yang telah ditentukan oleh Rii. Seperti gambar di atas :)

Menarik cabaran ni tambah lagi untuk orang yang sentiasa mengalami simptom writer's block macam aku. Aku nak join cabaran ni cuma minggu ni aku ada daylight activity di pejabat yang membuatkan aku kena kerja sehingga jam 8 PM. Dan kehidupan akan bertambah sibuk untuk minggu ni sebab KL team must achieve 70% of workload. 

Dengan itu,

Aku dah minta kebenaran Rii untuk join cabaran ni tapi aku tak habiskan cabaran ni dalam masa seminggu. Cuma topik yang sama akan aku post mengikut cabaran Rii. Kira bolehlah kan. Sedikit kelonggaran :D

Done! ☺

Love,
  IQA
7 DAYS , 1 WEEK BLOG CHALLENGE
Aku berkenan dengan cabaran yang dibawa oleh Rii atau nama glamor Sviors. Hehe. Cabaran diberi nama 7 DAYS , 1 WEEK BLOG CHALLENGE . S...
November 13, 2016
(30) Comments

SaturDate bersama #gengmakan kembali lagi. Nampaknya dua minggu berturut ye :D

Sudah bertahun aku tidak menonton teater. Semalam, 12 November 2016, aku, Hanis, dan Nadiah pergi menonton pementasan Teater Mak Cun D'walei di Istana Budaya. Sebenarnya kami lupa akan kewujudan pementasan teater ini. Hanis yang suka melihat explore tab di Instagram terjumpa banyak video semasa pementasan teater ini dan membuatkan kami teruja untuk melihatnya. Terus pergi beli tiket selepas habis kerja. Hehe. Tasha dan Syira tak berpeluang ikut serta kerana ada hal lain. Makanya, kami bertiga saja. 

Aku dihantar oleh encik suami ke Istana Budaya dan sementara menunggu Hanis dan Nadiah sampai, apa lagi, mestilah ambik OOTD. Haha. OOTD is a must tambah lagi bila ada event seperti ini. Hihi. 

I'm not ready yet

Okay dah ready. Hee :)

Outfit Details:
Ash Blue KL City Duckscarf
 Premium Lace Insert Shift Dress Zalora
White Palazzo
Blue Handbag
Padini Shoes

Suka pokok ni

15 minit kemudian, Hanis dan Nadiah sampai dan kami terus bergegas masuk ke dalam Istana Budaya. Setahu aku, kita tak boleh masuk lambat ke dalam teater. Kalau persembahan dah bermula, kena tunggu di luar sehingga masa rehat selama 15 minit. Tapi semalam, ada je yang masuk walaupun persembahan sudah dimulakan. 

Habis cerita pasal OOTD, mari dengar kisah Mak Cun D'walei pulak :D


Kepada sesiapa yang mengikuti drama Mak Cun di TV3 pasti sudah tahu akan keseluruhan jalan cerita dalam drama tersebut. Teater muzikal ini adalah kesinambungan daripada drama itu saja.

SINOPSIS

Mak Cun (Eirma Fatima) dan usahawan kampung yang lain bersusah payah  dengan perniagaan di bazar untuk bersaing dengan golongan artis iaitu Fathia yang menjual tudung dan Amy Search yang menjual asam pedas phewitt. 

Ternyata peminat lebih suka membeli barangan yang dijual oleh artis berbanding barangan yang dijual oleh usahawan kampung. Ini membuatkan Mak Cun dan usahawan sedih dan berusaha untuk meningkatkan mutu produk mereka.

Mak Cun berusaha untuk mendapatkan ramuan rempah ratus terbaik sehingga sanggup terbang ke India bersama Manisah (Umie Aida) untuk memastikan bisnesnya semakin laris di masa akan datang. 

Di India, Mak Cun dan Manisah bertemu dengan Rahul (Saim Ali) dan Abam. Syarikat rempah ratus Rahul dan Abam sudah lingkup dan kedatangan Mak Cun dan Manisah diibaratkan seperti bantuan penyelamat kepada mereka. 

Rahul dan Abam mengambil keputusan untuk memperdayakan Mak Cun dan Manisah atas dasar "Love Can Make People Blind".

Akhirnya, Mak Cun dan Manisah tahu mengenai rancangan Rahul dan Abam dan mereka kembali ke Malaysia dengan tangan kosong.

Duit pendahuluan mereka tidak tergadai. Abam dan Rahul memulangkan kembali duit mereka kerana tidak mahu orang luar menganggap India tidak baik dan demi hubungan sesama manusia. 

Berterusan dengan kisah cinta, pengakhiran teater adalah babak kisah cinta sama ada Mak Cun menerima atau tidak lamaran Pak Akop (Rahim Razali) yang telah lama memendam rasa terhadapnya. 


Bersedia untuk melihat pementasan teater. Tapi sebelum itu, sila nyanyi lagu Negaraku. Semangat aku menyanyikan lagu Negaraku. Sebenarnya, aku tak ingat, bilakah hari terakhir aku menyanyikan lagu Negaraku. Rasa cinta kepada negara apabila menyanyikan lagu Negaraku tetiba muncul dalam diri. Hee. 

Tiket kami

REVIEW

BEST GILAAAAA!! RASA NAK BANGUN DAN MENARI HINDUSTAN SEKALI DI ATAS PENTAS. 

Hehe. Untuk peminat Bollywood, pasti tertunggu-tunggu akan babak nyanyian. Dan setiap kali babak nyanyian, semestinya semua orang teruja. Best sangat! Ada lapan lagu Bollywood yang dimuatkan dalam teater ini dan semua lagu adalah daripada filem Bollywood yang super best. Antara lagu yang ada adalah Bole Chudiyan (Kabhi Khushi Kabhie Gham), Kuch Kuch Hota Hai, Ye Dil Kya Kare (Dil Kya Kare), Janam Janam (Dilwale), Phir Bhi Dil Hai Hindustani dan Main Shayar To Nahin (Bobby)


Babak semasa lagu Janam Janam

Pentas yang dihias dengan begitu cantik dan sangat bertepatan dengan setiap babak dan jalan cerita. Seperti gambar di atas, babak ketika lagu Janam Janam, kelihatan seperti filem Dilwale pula dengan kain mengerbang. Dan yang meletakkan kain itu di Umie Aida adalah Kcut, adik ipar aku. Aku baru tahu selepas dia cerita. Tak tengok penari, hanya fokus kepada pelakon utama je masa lagu ni. Hee.

Pentas juga diubah seperti dalam filem Bollywood apabila melihatkan gerabak kereta api dan sekumpulan pelakon tambahan yang sangat menggambarkan persekitaran sebenar di India. 

Penampilan Amy Search, Fhatia, dan Abam Bocey adalah sangat bersesuaian dan berjaya memantapkan lagi pementasan teater ini. Masing-masing bijak melakonkan watak yang diberi.

Amy Search turut menyanyikan dua lagu iaitu Kerja Gila dan Aku Dah Bosan. Fhatia yang membuat kemunculan pertama dengan menyanyikan lagu Terukir di Bintang, sangat menjadi. Fhatia berjaya membuatkan kami gelak ketawa dengan nyanyiannya yang 'merdu' dan gaya bimbo yang terserlah. Haha. 

Abam Bocey tidak perlu disangkal lagi kehebatan pelakon lawak ini. Serius lawak! Ada beberapa babak yang dia lupa dialog dan masa tu, sumpah kelakar. Comel di saat Abam lari mengejar Emma Fatima. Comel di saat Abam hanya menyepak begnya di lantai sebab tak boleh nak ambil. Haha. Serius, aku suka Abam! Tahniah kerana berjaya membuatkan seluruh panggung Istana Budaya ketawa dengan gelagat anda.

Aku juga suka lakonan Balkish Semundur Khan. Watak dia sangat menjadi sebagai anak kepada Mak Cun. Dia berlakon tanpa ada perasaan malu. Mai berlakon je dan itu yang membuatkan orang suka. Sangat menjadi watak dia. 

Saim Ali, pelakon kacak yang diterbangkan khas dari Pakistan turut berjaya membuatkan kami penonton menonton teater ini sehingga tamat. Saim Ali pandai menari dan berlakon. Sesekali best dengar dia cakap Hindustan.

Banyak mesej berguna yang dibawa sekali dalam kehebatan pementasan teater ini. Semuanya berjaya masuk ke dalam hati dan fikiran aku. 

Mesej / topik menarik dalam teater ini:

1. Isu semasa seperti kenaikan harga minyak, tol, dan corak pemikiran politik tempatan.

2. Percaya dan yakin dengan bahan buatan Malaysia. Ditunjukkan dengan kisah Mak Cun ke India dan pulang ke Malaysia dengan tangan kosong. Dalam masa yang sama, Pak Akop telah membuat ramuan rempah ratus dengan penduduk tempatan saja dan ianya disukai oleh Mak Cun. 

3. Kisah cinta. Cinta bukan untuk dipersendakan. Cinta perlu lahir ikhlas dari dalam hati. Cinta tidak buta tapi manusia yang buta kerana cinta. Perlu ada akal fikiran juga dalam menafsir cinta. Tapi kadang-kadang bila sudah jatuh cinta secara mendalam, semuanya itu ditolak tepi. Ini ditunjukkan dalam kisah cinta Manisah kepada Rahul. 

4. Kita tidak boleh membuatkan orang lain merana untuk kita hidup bahagia. Cara untuk bangkit selepas ditimpa kesusahan adalah dengan usaha diri kita sendiri, bukan mempergunakan dan merosakkan impian orang lain. 

5. Semua peniaga perlu mempunyai semangat daya saing yang sihat dalam perniagaan. Tidak dinafikan bahawa artis popular lebih berjaya dalam perniagaan mungkin kerana peminat mereka, tetapi usahawan lain terutama perniagaan kecil perlu bersaing dengan lebih sihat dengan meningkatkan kualiti produk mereka dan juga promosi.

Kepuasan menonton teater sangat berbeza daripada menonton filem. Serius. Dan aku sangat puas hati selepas habis menonton Teater Mak Cun D'walei. Kepuasan melampau! :D

Penutup untuk teater ini adalah babak lamaran Pak Akop kepada Mak Cun. Dan jawapannya... Sila tunggu Mak Cun 3 di TV3 yang akan mula bersiaran pada bulan April 2017. Nantikan.. =D

Tahniah kepada semua yang menjayakan teater ini!



Di sekitar Istana Budaya, ada juga booth Fhatia, Amy Search dan Mak Cun Corner. Aku hanya melihat saja barang yang dijual dan sejujurnya sangat berkenan dengan tudung Fhatia. Menarik jugak. Mujur tak bawa cash money yang cukup, kalau tidak, aku rembat jugak satu nanye. Ada yang sudah berkenan di hati. Hee. 

Booth Fhatia


Mak Cun Corner

Bedak sejuk Mak Cun


Sekian saja kisah SaturDate kami. 


Selepas habis teater, aku dan encik suami pergi ke rumah Mak Cik untuk meluangkan masa bersama PIL yang datang ke KL untuk menonton teater ini juga. 

Sebagai penutup entri, aku sertakan video persembahan lagu Teater Mak Cun D'walei yang aku ambil #frommyseat . View terbaik daripada tempat duduk aku lah nampaknya ye. Duduk agak belakang juga. Hee. 

Kebiasaannya, dalam teater tidak dibenarkan sama sekali untuk rakaman. Tapi untuk teater ini, rakaman boleh dibuat hanya semasa persembahan lagu saja. Mungkin untuk tujuan promosi dan juga kenangan kepada penonton. Dan aku tidak melepaskan peluang untuk rakam video persembahan :)

Selamat menonton dan menari =)
















p/s: Aku menaip entri ini sambil dengar lagu Hindustan. Hehe. 

Thanks for reading my long post. Fuhhh ^_^

SaturDate : Teater Mak Cun D'walei
SaturDate bersama #gengmakan kembali lagi. Nampaknya dua minggu berturut ye :D Sudah bertahun aku tidak menonton teater. Sema...