October 31, 2016
(18) Comments

Satu lagi tag yang aku dapat daripada Fatina. Aku berminat nak buat sebab berkaitan dengan membaca. Kalau korang follow aku sejak dulu, pasti korang tahu salah satu hobi aku adalah membaca. Biasa buat review buku, apa kata kali ni entri mengenai tabiat membaca pula. I love to share it with my blog readers =)

Terus kepada soalan!

1. Do you have certain place at home for reading?
I do not have specific place for reading. Aku akan membaca di ruang tamu atau bilik tidur. Yang pasti, aku mesti membaca sambil duduk. Tak suka baca sambil baring. Sakit mata. Sesekali aku membaca di dapur, sambil masak. Multi-tasking tak? Haha. Setakat sekarang, tidak pernah ada kejadian lauk hangit ye :p

2. Bookmark or random piece of paper?
Definitely, a bookmark. I have 4 bookmarks (until now). I bought two bookmarks at MPH (love quote bookmarks) and others two bookmarks, I bought in Korea when I went there last year. 

3. Can you just stop reading or do you have to stop after a chapter / a certain amount of pages?
I can just stop reading. Disebabkan aku baca di mana-mana saja dan dalam apa juga situasi, makanya, I can stop reading anytime. 

4. Do you eat or drink while reading?
Only drink while reading. I definitely could not eat while reading. Tapi kalau makanan ringan seperti roti dan jajan, boleh nanye cuma jarang buat dan tak nak buku kotor. 

5. Multitasking: Music or TV while reading?
Depends on the book I read. Kalau novel, I can read while music or TV as background. Tapi, untuk buku motivasi, aku suka baca dalam keadaan yang tenang dan senyap. Kalau bising, rasa tak ter-motivasi membacanya. 

6. One book at a time or several at once?
Also depends. Kalau aku agak bosan dengan satu buku, aku akan baca buku lain dan akan alternate membacanya. 

7. Reading at home or everywhere?
Everywhere. Of course, I love reading at home. I always bring my book everywhere I go. Car wash, Perodua service, dobi, coffee house, anywhere. But it only happens when I'm out alone. 

8. Reading out loud or silently in your head?
Definitely, silently in my head.

9.Do you read ahead or even skip pages?
Depends on book. Kalau bosan sikit bukunya, aku akan skip pages but not too much. Hanya words in paragraph, baca yang perbualan saja. Hihi.

10. Breaking the spine or keeping it like new?
I can breaking the spine a little. But only me. I will get mad if others do the same. Hanya aku boleh musnahkan buku aku, bukan orang lain. Hii.

11. Do you write in your books?
NEVER! Words are written in the books are only my name and the date I bought the book. 

That's all. Now you know my reading habits :) 

Love this kind of tag. Makes me have something to update on my blog. Obviously, I do have writer's block now. I have story to tell but I'm too lazy to finish one entry. And my weakness (or maybe  strength) is I want to put all details in one entry. Sebab tu tak siap-siap entrinya. Aigoo ~

BTW, If you read this post, you're automatically tag by me..If you're book lovers =)

Reading Habits Book Tag
Satu lagi tag yang aku dapat daripada Fatina . Aku berminat nak buat sebab berkaitan dengan membaca. Kalau korang follow aku sejak dulu...
October 30, 2016
(36) Comments


Secara rasminya, hari ni aku berusia 30 tahun 2 hari =) Tarikh lahir aku adalah pada 28 Oktober, Jumaat lepas. Tahun ni, aku tak boleh ambil cuti pada hari lahir sebab tak cukup staf di pejabat seperti tahun lepas. Aku suka ambil cuti masa hari lahir sebab aku nak ketenangan dan boleh menyambut hari lahir dengan melakukan apa yang aku suka. Aku suka pada hari lahir aku tidak perlu memikirkan hal kerja. Rasa tak seronok je tambah lagi kalau ada isu di pejabat. 

Alhamdullilah. Umur berganjak ke 3 series. Perubahan besar bagi aku. Membuatkan aku berfikir dengan lebih mendalam akan kehidupan aku sekarang dan apa yang aku nak capai dalam masa 10 tahun sebelum berganjak ke 4 series. 

Kita merancang dan berusaha. Dengan izin Allah, akan tercapai apa yang dihajati. Cuma masa terlaksana yang aku tak pasti. Siapa boleh pasti dan yakin apa yang akan terjadi dalam masa akan datang kan? =)


Semalam, fe-feeling nak sambut belated birthday di Skybridge Level 41 Petronas Twin Tower tapi sayangnya tiket sudah habis dijual untuk hari Sabtu. Sedih betul. Disebabkan itu, keinginan ke sana akan ditunda sehingga bulan depan memandangkan kakak aku nak follow jugak. Pergi ramai-ramai lagi seronok.

My Husband and Me =)
Hubs tetap menjadi orang pertama yang wish birthday tahun ni. Hubs balik kerja lambat selepas jam 12 am semestinya. Dikejutnya aku dari tidur hanya kerana nak wish birthday. Nak jugak berlumba jadi orang pertama. You'll always be the first, Hubs =)



A friend gave this picture to me on Facebook =) Terima kasih kepada yang wish birthday aku dan segala doa kalian. Really appreciate it =)

Setiap kali tiba hari lahir, setiap kali itu juga aku rindu sangat arwah Mak. Dulu semasa arwah Mak masih ada, dia sentiasa menjadi orang pertama yang wish birthday. I miss that moment =( Al Fatihah untuk arwah Mak. 
I'm Officially 30 Years Old and 2 Days
Secara rasminya, hari ni aku berusia 30 tahun 2 hari =) Tarikh lahir aku adalah pada 28 Oktober, Jumaat lepas. Tahun ni, aku tak bol...
October 27, 2016
(24) Comments
 

Aku bukan jenis yang sentiasa dengar lagu. Biasa hanya dengar lagu semasa dalam kereta dan lagu tema mana-mana drama atau filem. 

Kali ni, aku nak berkongsi lagu yang sedang aku dengar sekarang. Sampai tahap beli di iTunes =D

Selamanya Cinta
By Alif Satar ft Shila Amzah. Suara mereka berdua sangat padan untuk lagu ni. Aku bertambah suka lagu ni apabila lagu ni dijadikan lagu tema drama Suri Hati Mr Pilot. Lagi seronok rasanya bila dengar lagu ni masa drama tu nak iklan. Hehe.

Mengenai drama tu, aku hanya tengok pada mulanya je. Bila dah asyik gaduh, aku malas nak tengok. Walaupun minat Neelofa dan Fattah, masih tak berjaya buat aku follow drama tu. Mungkin tengok episod akhir je kot. Atau mungkin nanti aku marathon tengok drama ni. Mana tahu kan? Hee. 

Boleh dengar lagu Selamanya Cinta DI SINI

Secret Love Song 
By Little Mix ft Jason Derulo. Ohhh jatuh cinta dengan lagu ni masa first time dengar di radio. Aku suka suara penyanyi masa chorus. Sedapnya suara dia. Lirik lagu berkisar kepada percintaan terlarang. Secret affair lah senang cerita. Membuatkan aku teringat drama Korea bertajuk On The Way To The Airport. Lorr. Berterusan aku tengok drama tu sebab nak tahu kesudahan kisah mereka. 

Boleh dengar lagu Secret Love Song DI SINI

Polaroid
By Sakura Band. Lagu ni catchy. First time dengar dah rasa nak menari walaupun tengah drive masa tu. Cuma tak lah pergi Damansara. Haha. Sakura Band adalah salah satu band yang aku suka. Dari Melepaskanmu ke Polaroid. Both lagu aku suka. Comel je rasa masa dengar lagu Sakura Band. Secomel mereka =) 

Boleh dengar lagu Polaroid DI SINI

Eternal Love
By Michael Learns To Rock. Ini adalah lagu tema drama Korea bertajuk Healer. Boyfriend baru aku berlakon, Ji Chang Wook. Haha. Lagu ni romantik teruk dengan lirik dan melodi yang indah. Terbuai-buai ketika mendengar lagu ni tambah lagi kalau tengok muka Ji Chang Wook. Eh? Melampau sangat rasanya. Haha. 

Aku cari lagu ni di iTunes tapi sayangnya tiada. Tak tahulah kenapa. Sedangkan MLTR nyanyi. International singer tu. Makanya, aku akan dengar lagu ni di You Tube atau Spotify. Cuma cepatlah habis data internet.

Boleh dengar lagu Eternal Love DI SINI

Setakat entri ini ditulis, hanya empat lagu ni saja aku suka putarkan di phone selain daripada dengar di radio. Tak tahu berapa lama aku bertahan dengar lagu-lagu ni. Dengar sampai bosan lah kot. Hee. 

Apa lagu korang suka dengar sekarang? Cuba kongsi sikit 。^‿^。

Currently Listening To
  Aku bukan jenis yang sentiasa dengar lagu. Biasa hanya dengar lagu semasa dalam kereta dan lagu tema mana-mana drama atau filem.  ...
October 25, 2016
(25) Comments
Hari nie, aku ambil cuti untuk menghadirkan diri ke Majlis Konvokesyen Kak Long (kakak ipar) di UPM. Kak Long ambil Master of Education, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pertama. 

Dah kata Bahasa Melayu, sememangnya Kak Long bijak Bahasa Melayu. Kalau dia tanya grammar BM pun aku salah. Haha. 

Layan gambar terus lah ye. Cerita berdasarkan gambar =)

 
#siqahootd bersama bunga dan belon yang dibeli untuk Kak Long yang dirai. Semangat beli bunga ros warna merah. Sebab aku suka dan Kak Long pun suka. 

 
Sebenarnya, ini gambar pertama yang diambil. Bila perhati betul-betul, background tak lawa. Jenuhlah pusing sekitar dewan nak cari tempat menarik untuk ambil gambar yang takde orang. Bawah pokok jela jadinya. 

 
Atas permintaan Kak Long yang mahukan bunga segar, kami bertiga beli tiga jenis bunga segar iaitu Carnation, Red Roses, dan Orchid. Orchid siap bagi pasu haa. Harap hidup dengan subur bunga orkid itu. 

 
Love red roses =) 

 
Bunga orkid yang diharap segar sentiasa. Hee. 

Sementara menantikan majlis konvokesyen tamat, kami berjalan di sekitar dewan. Masa nie lah orang tak ramai sangat di luar. Masa kita bergambar tanpa gangguan.  

 
U.P.M 

 
Uda bersama UPM

Encik suami tanya, "Kenapa tak nak ambil gambar sorang-sorang dengan lambang UPM? Sebab setia dengan USM ke?". Haha. Tidaklah begitu. Malas je. Hee. 

 
Sarang-hae 

Masa menghampiri pukul 11.30 pagi, dan akhirnya majlis di dalam dewan selesai. Dari jauh bila kami dah nampak Kak Long, sepakat melaungkan nama "Kak Long" sampai Kak Long sampai ke tempat kami berdiri. Haha. Semangat gila! 

Seronok sambut Kak Long yang dah habis belajar. Bersusah payah untuk menghabiskan pelajaran. Macam Kak Long, jadi cikgu sepenuh masa dan belajar cara PJJ. Haih, tengok pun tak sanggup. Besar pengorbanan untuk belajar dan bekerja dalam masa yang sama. Dan aku tak mampu untuk menghadapinya.  
 
Tahniah Kak Long! =) 

Kami menunggu masa untuk ambil gambar di studio pengambaran. Masa aku konvo dulu, aku takde ambik pun pakej gambar ni. Punyalah malas nak tunggu. Fikir nak balik je. Boleh? Sekarang, rasa rugi sebab tiada gambar proper masa konvo. Hanya ada gambar masa terima ijazah saja. 

 
Kak Long yang comel =) 

Family Photo 
 

 

Selepas habis pengambaran di dalam studio, kami meneruskan pengambaran di padang depan dewan pulak. Hee. 

 

 

Gambar empat beradik
 
Angah (encik suami). Kcut. Kak Long. Uda. 

 

 

 
Nice =) 

Sekian saja kisah konvokesyen Kak Long. Bila pergi majlis konvo, teringat pula akan kisah majlis konvokesyen aku. Kisah aku terlupa bawa baju untuk dipakai semasa konvo. Masa sampai R&R Tapah baru teringat baju yang aku dah iron dan gantung dalam bilik. 

Sudahnya sampai Penang, terus pergi mencari baju kurung untuk aku. Beli baju kurung je, pinjam shawl kat Along. Baju itu sampai sekarang masih aku simpan cuma dah tak muat pakai. Hahaha. 

Bila tengok orang konvo, rasa macam nak ulang majlis itu. Tapi tak nak belajar, terus konvo je, boleh? Hehe. 

p/s: ada gambar diambil menggunakan DSLR encik suami, tapi nak tunggu dapat gambar dari DSLR mungkin lambat lagi, aku hanya gunakan gambar dalam phone saja (^-^)

Again,
Congrats Kak Long 。^‿^。
Majlis Konvokesyen Kak Long di UPM
Hari nie, aku ambil cuti untuk menghadirkan diri ke Majlis Konvokesyen Kak Long (kakak ipar) di UPM. Kak Long ambil Master of Education, Ba...
October 22, 2016
(28) Comments
 

Have you heard about flash mob? I love flash mob and I want to be one of the dancers in the flash mob. Haha. Berangan! 

Flash mob adalah satu event di mana orang menari ramai-ramai di tempat awam dan secara tiba-tiba. 

Contohnya, kau pergi jalan-jalan dan apabila tiba satu tempat, tiba-tiba lagu dimainkan dan orang berkumpul dan menari. Tiba-tiba! Dan kau akan rasa pelik dan excited at the same time.

Aku biasa tengok orang buat flash mob untuk proposal. Ada juga untuk surprise birthday. Cuma dalam 10 video, adalah satu je untuk birthday. Nisbahnya begitulah. Hehe. 

Part paling menarik dan aku suka dalam flash mob proposal: 

1. Start of the flash mob. Meninggalkan tanda tanya apakah yang berlaku?

2. Apabila tiba-tiba si jejaka datang menari bersama flash mob dancers. Ada yang menari memang ke-laut lah. Keras. Haha. Dan ta-daaaa! Lamaran dibuat! Haha! 

3. Apabila pasangan si jejaka terkejut dengan menutup mulut dan menangis tak tahu nak buat reaksi apa cuma dalam hati dah tahu jawapannya. Semestinya YES! 

Ohhhh! I love "say YES" scene. Aku pun seronok tengok! Senyum sorang-sorang. Hehe. Walaupun tak kenal orang dalam video tu. Just happy for them.

Love. Love. Love. 

Love is in the air. 

Aku tabik spring dengan usaha si jejaka yang berlatih menari walau ada menari macam kayu, hehe, semata-mata untuk bagi kejutan kepada kekasih. Awww ~ Romantik sangat =D 

Aku suka tengok video flash mob di Youtube. Dan di sini, aku berkongsi tiga video flash mob proposal kegemaran aku. 

Happy watching =) 

Marry You Flash Mob Proposal



Flash Mob Surprise Proposal



Flash Mob Love Story


Korang suka tak kalau ada proposal begini? Dulu aku pernah jugak berangan tapi hampeh. Haha. Setakat berangan jela. Haha. Tapi aku lebih kepada nak jadi salah seorang penari dalam flash mob. Miss dancing and love to see people happy =) 

Korang lebih suka public proposal atau secret proposal?

Kalau aku, lebih prefer secret proposal. Mana tahu nak say NO ke. Tak memalukan diri sendiri dan pasangan. Hehe.
Flash Mob Proposal
  Have you heard about flash mob ? I love flash mob and I want to be one of the dancers in the flash mob. Haha. Berangan!  Flash mo...
October 17, 2016
(31) Comments
Topik ini aku ambil daripada blogger Fatin. Semua blogger yang baca entri itu automatik di-tag oleh Fatin. Pandai ye buat auto tagged gitu. Hehe. Interesting topic!

Setiap manusia pasti ada benda yang dia tak boleh kalau tak ada dalam hidup. Cuma apabila kita meneruskan hidup hari demi hari, kita kadang-kadang tak sedar akan perkara itu. Dan topik ini buat aku berfikir. 

So, Here We Go! 10 Things I Can't Live Without!

Family 
Semestinya, suami dan keluarga sangat penting buat aku. Mereka adalah orang yang pasti bersama dengan aku tak kira apa pun yang terjadi. People I love and can rely on.

Home 
A place to stay after your hectic day. Tak kisah ke mana saja aku pergi, sama ada berjalan atau bekerja, bila sampai je rumah, akan automatik terasa satu kelegaan dan ketenangan. I love my home.

Money 
Semua benda memerlukan duit sekarang. Nak masuk tandas pun kena bayar weii. Jadi semestinya duit sangat penting. Bersyukur rezeki yang ada. Tidak kaya cuma Alhamdulillah cukup segala.

Food and Water
Kita manusia tidak boleh hidup tanpa food and water. Kedua-duanya sangat penting untuk aku seperti pentingnya udara bersih di sekeliling kita. Food, water, and fresh air. 3 in 1.

Smartphone with Internet
This is serious. Haha. I can't live without my smartphone. Semua benda aku simpan dalam phone. Phone number, reminder, nota, aplikasi seperti BlogTouchPro, hehe, dan semuanya. Paling aku sayang adalah my 7000+ gambar dan video. Benda tu kalau hilang, boleh nangis weii. Dan tiada guna ada smartphone kalau tiada internet kan? :D 

Coffee
I love coffee so much. Minuman paling aku suka adalah apa saja bernama Latte. Hehe. I love Kopi Tarik Wonda as well.

Books
Sejak aku sekolah rendah, aku suka sangat membaca dan hingga sekarang, perangai itu masih kekal dalam diri. Aku akan sentiasa pastikan buku ada untuk aku baca, tak kisah apa genre sekalipun. Asalkan ada buku. Sebab tu aku suka beli buku. Hehe.

Car 
Kereta adalah satu keperluan bagi aku. Masa kereta aku berada di bengkel selama 4 hari sebab dilanggar dari belakang, aku rasa macam patah kaki sebab kereta takde. Susah rasa. Nak pergi kerja paling penting sekali.

Eyeglasses 
Aku pakai cermin mata sejak umur 11 tahun. Power spec aku tinggi. Kanan 650 dan kiri 575. Jadi semestinya cermin mata sangat penting untuk aku. Bangun tidur je terus cari cermin mata. Biasanya, aku akan letak di bedside table agar senang untuk aku capai.

Korean Drama
Haha. Nak jugak masuk dalam senarai. Penting nie Korean Drama :D Ada je drama yang aku follow. Sekurang-kurangnya satu drama. Sekarang, aku sedang follow drama The K2. Ji Chang Wook yang handsome. Hihi. Dan kalau nak tahu, aku ada simpan nota dalam phone bertajuk Korean Drama dan dalam tu, aku senaraikan semua list-to-watch Korean drama. Ada juga senarai drama Korea yang aku sedang tengok dan sampai episod berapa. Kadang-kadang aku tengok lebih daripada satu drama Korea. Jadi kena catat. Kalau tak, aku lupa. Hihi. 

That's all from me =)

Korang pula bagaimana? Apa 10 Things I Can't Live Without? Jom kongsi sama-sama ^_^

10 Things I Can't Live Without
Topik ini aku ambil daripada blogger  Fatin . Semua blogger yang baca entri itu automatik di-tag oleh Fatin. Pandai ye buat auto tagged g...
October 16, 2016
(20) Comments

Hanya duduk di rumah saja hari nie membuatkan aku menelaah video di You Tube. Seronok juga tengok video kat You Tube, macam-macam video dan macam-macam orang ada. Mana yang baik dijadikan pengajaran dan ikutan. Mana yang tak elok tu, hanya tengok dan lupakan saja. Senang. 

Aku terjumpa satu video menarik untuk dikongsi di sini. Kita biasa cakap terima kasih sebagai tanda kita menghargai jasa dan apa saja yang orang buat pada kita.

Pernah terfikir tak macam mana nak ucapkan terima kasih semasa memandu? Masa nak ubah haluan, masa nak keluar simpang. Selama ni, aku hanya angkat tangan saja. Tanda terima kasih daripada aku. Nak cakap tak boleh kan. Tak kan nak buka tingkap dan menjerit pulak. Mahu dikatanya tak betul nanti. Hehe. 

Cara seperti dalam video di bawah ini sebenarnya diambil daripada Japanese drivers. Japanese people is so polite and respectful and this continues on the road. As expected. 

How to thank each other without saying a word? Just blink your hazard lights. Mudah dan ringkas. Watch below video for more understanding. 



Title: Thank You | The Educated Race
Producer: Jason Lim Productions

Pendapat aku, cara ini mungkin boleh buat pemandu lain rasa terganggu dengan hazard lights. Jadi, lebih baik kalau just simply raise your hand for saying thank you. Setakat angkat tangan sekejap je kan. Tapi semuanya bergantung kepada pemandu dan keadaan. Kalau susah sangat nak angkat tangan, cara paling senang adalah tekan je button hazard lights. Mana-mana pun boleh. Ikutlah mana yang korang suka. 

This does not mean that a driver who does not say thank you is rude. Ada pemandu yang terlalu fokus semasa memandu yang membuatkan mereka lupa nak say thank you. Ada pemandu yang tak tahu macam mana nak buat. Dan ada juga yang jenis tak nak say thank you. Jenis pemandu yang akhir tu, biasa yang kurang ajar di jalan raya. 

Simple way to say thank you. Tak susah pun. Kadangkala dengan buat camni, akan menyejukkan hati pemandu yang kita cantas jalannya tadi. Aku ada jugak terkena begitu. Maklumlah kereta kecil kan. Dan memang sejuk hati dan tak jadi membebel kalau pemandu yang kurang diajar itu angkat tangan. 

"Only the willing can be educated. And the ignorant, forever, has an opinion"

"Small changes can make a Big Difference. Because when you Change, Everything Changes."

Korang pilih yang mana? Raise hand or blink hazard lights?

How To Say Thank You On The Road
Hanya duduk di rumah saja hari nie membuatkan aku menelaah video di You Tube. Seronok juga tengok video kat You Tube, macam-macam vide...

(20) Comments
I watched this movie just now and all because of Lee Min Ho oppa! I just miss him in action. Tiga tahun dia tidak keluar dengan drama Korea baru sejak The Heirs in 2013. Dan bila tahu mengenai kewujudan filem Bounty Hunters, terus aku teruja untuk melihatnya. Just because of him. Yes, just because of Lee Min Ho. 

Bounty Hunters

SINOPSIS

Lee San (Lee Min Ho) dan kawannya, A Jo, bekerja sebagai bounty hunters di China. Mereka pergi ke Korea untuk bertemu dengan klien mereka yang seterusnya. Di sana, mereka terlibat dalam satu kejadian yang menyebabkan mereka berdua dianggap penjenayah.

Dan ketika ini, mereka bertemu dengan tiga orang Bounty Hunters iaitu Cat (heroin), Swan, dan Bobo. Mereka bergabung untuk menghapuskan penjenayah sebenar. 

Penjenayah adalah Tommy, anak kepada pemilik A Hotel. Dia buat semua kejahatan sebab nak balas dendam kepada ayahnya. Nak hapuskan semua harta ayahnya sebab tak puas hati dengan ayahnya yang tak pernah ada masa bersama keluarga. Sampai sanggup nak bom satu Jeju Island. Tak patut sungguh. 

Bounty Hunters - Swan, A Jo, Lee San, Cat, dan Bobo

REVIEW

As I mentioned earlier, I only watched this movie because of Lee Min Ho. 

Tengok Lee Min Ho dalam filem nie membuatkan aku teringat pada Lee Min Ho dalam City Hunters. Ohh love that drama! 

Filem ini adalah filem yang ringan untuk semua. Aksi yang biasa saja. Tidak mampu untuk membuatkan aku menontonnya dengan semangat. Aku cuma nak tahu endingnya saja. Jadi terus menonton sehingga habis. 

Filem ini juga membawa kita merantau. Dari China ke Korea ke Thailand dan berakhir di Jeju Island, Korea.

Mungkin sebab ini filem Chinese, jadi aku tak minat sangat. Sudah terbiasa dengan Lee Min Ho dan Korea, tiba-tiba dia bercakap dalam bahasa cina pulak. Aduhai. Pelik rasanya. Tapi aku teruskan menonton untuk tengok Lee Min Ho saja. Mata aku hanya ke arah dia. Haha. 

Lee Min Ho Oppa

Ada juga babak kelakar dalam filem nie. Berjaya buat aku ketawa dengan watak A Jo dan Bobo. Dan aku suka Swan. Cantik dan comelnya dia. Dan juga Lee San yang takut kucing. Haha. Muka handsome, berani sangat kononnya, tapi takut dengan kucing. Tak padan sungguh. Haha. 

Teknologi dalam filem ni hebat bagi aku. Bounty Hunters yang ada banyak special weapon. Bayangkan lipstick pun sebenarnya bom. Ada betul ke wujud benda camtu?

Ada satu babak yang menyebabkan aku ingat pada filem Allahyarham P Ramlee bertajuk Ali Baba Bujang Lapok. Babak di mana Bobo membuka langsir untuk bilik mereka di Jeju Island dengan aksi kungfu. Kalau cerita P Ramlee, guna mantera kan. Bila dah habis Bobo buat aksi kungfu lebih kurang 5 saat gitu, langsir pun terbuka dan serius, pemandangan Jeju Island daripada bilik dorang sangat cantik. 

View bilik. Cantik sangat. 


Terpikat dengan couple t-shirts yang dipakai oleh Lee San dan Cat semasa mereka sedang berlakon jadi pasangan paling bahagia dalam filem nie. Dah lama tiada couple t-shirts. Dulu masa zaman bercinta, ada je pulak. Hihi. Nak kena beli couple t-shirts yang baru. Comel =D

Cat dan Lee San. Ending mereka bercinta. Okay, seperti disangka.

Cliche. Adegan kejar mengejar yang menyebabkan Cat dan Lee San terpisah. Tiba-tiba boleh pulak Lee San muncul depan mata masa Cat diambang maut. Dah dari mana dia datang dan tahu pun entahlah. Nama pun filem kan? Tapi aku masih tak puas hati. Haha. 

Overall, filem nie not really good but not really bad either. Biasa je. Asalkan boleh je untuk aku tengok Lee Min Ho. Layankan je. Dapat juga lepas rindu pada Lee Min Ho :D

I can't wait to see the new drama of Lee Min Ho with title The Legend of the Blue Sea in November 2016. Sebulan je lagi. Hehe. 

That's all for the review. Diingatkan bahawa ini adalah review peribadi aku saja. Mungkin korang jika menonton ada pandangan yang berbeza. Jangan percaya sangat review aku nie okay =) Boleh tengok sendiri kalau berminat. Aku sertakan link di bawah. 

Watch Online Bounty Hunters 2016

"Being alive means that there is still hope"

Have a nice day, all.

Lee Min Ho's New Movie - Bounty Hunters
I watched this movie just now and all because of Lee Min Ho oppa! I just miss him in action. Tiga tahun dia tidak keluar dengan drama Korea...
October 13, 2016
(22) Comments

Buku review lagi! Hehe. Jangan bosan pleaseeeee :D 

Ingat lagi mengenai novel Am I Normat Yet? Aku suka sangat novel tu. Dan ia adalah novel pertama dalam The Spinster Club Series. Jadi, kali nie, aku nak review mengenai novel kedua dalam The Spinster Club Series bertajuk How Hard Can Love Be?

Pada mulanya aku ingatkan novel kedua ini adalah kesinambungan kisah Evie. Tapi rupanya tidak! Watak utama dalam novel ini adalah Amber, The Long Tall Amber. 

Walaupun bukan kisah Evie, aku masih semangat untuk baca. Main reason kerana aku sudah tertarik dengan kisah The Spinster Club's member :D


SINOPSIS

The Long Tall Amber dari Britain ke Amerika untuk menghabiskan cuti musim panas bersama ibunya. Hubungan Amber dan ibunya tidak baik kerana ibunya meninggalkannya dan berkahwin dengan lelaki Amerika. Amber ke Amerika dan bekerja di bawah summer camp kepunyaan suami ibunya, Kevin. 

Di summer camp, Amber cuba merapatkan hubungan dengan ibunya tetapi tidak berhasil. Antara sebabnya adalah ibunya masih alcoholic (still in alcoholic treatment), kesuntukan masa kerana perlu menguruskan summer camp dan ibunya yang sudah lupa akan kenangan mereka berdua semasa Amber masih kecil. 

Amber bertemu dengan kawan baru iaitu Winnie, Kyle, dan Rush. Ditakdirkan Amber jatuh cinta dengan Kyle. Amber tidak mahu serius dalam perhubungan kerana dia tahu nanti mereka akan terpisah jauh kerana Amber perlu pulang ke Britain selepas musim panas berakhir dan bagi Amber, long distance relationship won't work  (which is totally wrong!). 


REVIEW

Another wonderful book by Holly Bourne. I feel in love with Evie in the first book and now I'm in love with Amber =)

Walaupun aku agak kecewa pada mulanya sebab Evie bukan watak utama dalam novel nie. I just want to know more about Evie. Tapi selepas baca novel nie, I believe that Holly Bourne has made the right decision to chose Amber as the lead for this novel and I know that Lottie is the lead for the third book of The Spinster Club series (dah boleh agak).

I love Kyle too. Dalam novel nie, ternyata ada seorang lelaki yang masam manis dan jatuh cinta dengan Amber! Finally, Amber has a guy crush on her! 

Aku suka bila ada update mengenai Evie dalam novel nie. Penyakit OCD Evie semakin berkurangan. Evie boleh makan seperti orang biasa tanpa terlalu memikirkan mengenai kebersihan. Evie yang masih sentiasa mempunyai idea dan kata-kata nasihat untuk dikongsi bersama Amber dan Lottie. 

Aku juga suka dengan persahabatan antara mereka bertiga. Walaupun jauh, mereka tetap bersama dan keep supporting each other. Always care. Evie dan Lottie menjadi penyebab utama Amber menerima Kyle dalam hidupnya. Just follow the flow and fall in love.

I also loved the relationship between Amber and her mum. Pada mulanya aku tak suka dengan ibu Amber yang sanggup meninggalkan anak dan berpindah ke Amerika. Tetapi selepas diterangkan sebab kenapa ibunya memilih jalan itu, aku jadi lebih memahami perasaan ibu Amber. Mana ada mak yang nak berjauhan dengan anak ye tak? 

Love the ending. Amber with Kyle and stay with Kyle. They are going to make the long distance relationship work! And I love it! I'm one of the person who totally believe that long distance relationship can stay longer and nicer.

Amber has a good relationship with her mum. Amber buat keputusan yang bijak untuk datang ke Amerika. Dia berjaya mengeratkan hubungan dengan ibunya, berjaya memahami ibunya yang meninggalkannya, dan dapat bertemu cinta si Prom King, Kyle.

Itulah namanya, menyelam sambil minum air. Hehe. 

Dalam novel ni, ada diceritakan mengenai keindahan satu tempat di US iaitu Mist Trail Yosemite National Park. Tempat ini digambarkan sebagai satu tempat yang sangat indah dalam novel nie. Aku pun google lah. Obviously dalam novel tiada gambar kan. Google sebab nak tengok gambar Mist Trail tu. Baru senang nak bayang masa baca novel. Hihi. 

*picsfromgoogle*

Vernal Fall from Mist Trail




Nevada Fall from Mist Trail



Emerald Pool at Yosemite 


Cantik kan? Tetiba lah pulak nak pergi US. Haha. Gila. Visa pun susah nak lepas derr. Tengok gambar jela boleh :p

As always, ayat-ayat menarik dalam novel ini adalah:

"Mindfulness is supposed to be the secret to happiness, isn't it?"

"Just be yourself. Just be happy being you. Be strong, be outspoken, be respected for the right stuff."

"Life doesn't always have to be about changing the world. Sometimes it's about living your life for you. Trying to find some happiness and you should adopt the same lack of fear you have in your feminism to your search for happiness."

"There's difference between pushing you somewhere gently because it's what's best for you, and throwing you off a cliff and saying, Well, come on then, fly'."

Overall, I really enjoyed this book. Will continue to read the third and final novel in The Spinster Club series with title, What's A Girl Gotta Do? All about Lottie, the brilliance girl in the club =)

That's all.

Thank you for reading. Review tiga buku berturut-turut. Move on from books for a while please :p

How Hard Can Love Be?
Buku review lagi! Hehe. Jangan bosan pleaseeeee :D  Ingat lagi mengenai novel Am I Normat Yet? Aku suka sangat novel tu. Dan ...
October 11, 2016
(28) Comments

Melihat buku ini mengingatkan aku pada buku 88 Love Life. Buku grafik yang penuh dengan kata-kata dan berunsurkan motivasi. Aku suka membaca buku yang mengandungi kata-kata motivasi kerana diri ini kadang-kadang terbuai tanpa disedari dan perlu diingatkan kembali. 

Buku ini berkisar tentang kehidupan yang diterjemahkan dalam catatan pendek yang ringkas. 

Warna warni buku ini daripada kulit buku sehingga ke helaian terakhir membuatkan aku susah berhenti daripada berterusan membacanya. Penulis berjaya menginsafi aku dengan kata-kata yang indah dan ringkas. Buku yang membawa aku turut berfikir secara mendalam walaupun nampak ringan saja sesuatu topik yang diutarakan. 

Sebahagian daripada topik itu, kita sudah sedia maklum cuma sebagai manusia, kita perlu diingatkan kembali. Tidak dinafikan.

Manusia. Ada seribu satu masalah dan setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Hanya satu kuncinya iaitu kembali kepada Allah. Buku ini mengingatkan kita agar sentiasa mengingati Allah dan baik sangka kepadaNya walau apa pun yang terjadi dalam kehidupan kita. 

Aku kongsi beberapa kata-kata dalam buku ini untuk tatapan semua.

Cinta dan Hati

Memberi Manfaat

Kuasa Istighfar


You Are Special

Sunyi dan Be Patient

Ikhlas dan Pemalas

Menangislah dan Hikmah 

Membangunkan Jiwa


Jodoh

Pelangi Bahagia


Allah Sentiasa Bersama Kita

Doa

Positif Minda

Bersangka Baik Dengan Allah




Semoga semua yang membaca dapat mendalami catatan positif daripada buku ini. Buku ini sesuai dijadikan "buku wajib ada" untuk setiap orang. Buku yang comel dan padat dengan manfaat di dalamnya.

Catatan dari hati penulis akan turun ke hati pembaca. Terima kasih Dr. Nur Aisyah Zainordin untuk buku ini. Very inspiring!
Kanvas by Muharikah
Melihat buku ini mengingatkan aku pada buku 88 Love Life . Buku grafik yang penuh dengan kata-kata dan berunsurkan motivasi. Aku suka ...