August 31, 2016
(10) Comments
 
Selamat pagi Malaysia! 

Alhamdullilah. Tahun ini, 2016, adalah tahun ke-59 Malaysia menyambut kemerdekaan. Terima kasih kepada tokoh-tokoh negara yang berusaha menjadikan Malaysia sebagai satu negara merdeka dan berjaya membangunkan Malaysia agar kita boleh hidup dalam keselesaan hingga kini. 

Tak dinafikan, Malaysia kini sedang mengalami krisis politik. Aku tak ambil tahu sangat cuma aku tahu hak sebagai rakyat Malaysia dan dah daftar sebagai pengundi. Hehe. Korang dah daftar? :D

Alhamdullilah, negara yang kita sayang, Malaysia masih aman dan didoakan agar terus aman sampai bila-bila. Amin. 


Negaraku..
Negaraku..
Ku beri sepenuhnya.. 
Ini negaraku..
Oh darahku..
Hiduplah sepenuhnya..
Dirgahayu semua..
( Negaraku yang dinyanyikan oleh Joe Flizzow, Altimet, SonaOne, dan Faizal Tahir ) 

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke- 59

MALAYSIA
59 Tahun Malaysia Merdeka
  Selamat pagi Malaysia!  Alhamdullilah. Tahun ini, 2016, adalah tahun ke- 59 Malaysia menyambut kemerdekaan. Terima kasih kepada tok...
August 30, 2016
(14) Comments
Hi semua dan selamat petang :)

Selepas pertama kali aku join larian di Standard Chartered KL Marathon 2016, boleh baca >>> ENTRI INI, aku berminat untuk join larian lagi. Walaupun diri tak suka bersukan ( sebab tu badan bagai di pam-pam ), haha, aku tetap nak join larian jugak =D

Tak sangka larian kedua aku dalam masa terdekat iaitu bulan depan, September! Kali ni, aku, Nadiah, dan Syira dapat join. Hanis dan Tasha masing-masing ada event lain. 

 

Larian diberi nama Orchid Run And Ride 2016 yang akan diadakan pada 25 September 2016 di Persiaran KLCC. Event organiser adalah Fat Boys Records Sdn Bhd in collaboration with Petronas. 

Aku daftar dalam 3 minggu lepas. Masa kami bertiga daftar masih ada lagi kekosongan.  Elok lepas beberapa jam, semua slot dah full! Gilalah! Rupanya ramai orang Malaysia yang suka lari. Aku je baru nak terjebak dengan aktiviti ini. Lambat sungguh. Hehe.  

Full Slot

 
Maaf ye lambat kongsi. Baru nak ajak korang semua lari sekali. 


Details
 
Ada 5KM Fun Run dan Fun Ride jugak! 


Entitlement
 
Race pack yang berbaloi. Pelbagai barang dapat termasuk payung dan topi Petronas. Paling best, ada sekali disertakan bunga orkid. Orchid artificial lah kot kan. Cantik! 


T-Shirt
 
Boleh tahan lawa t-shirt


Medal
 
Aku paling berminat dengan medal! Medal pun bentuk bunga orkid. Cantik! Harap aku dapat medalnya. Maklumlah lari ikut suka je. Tak kisah asalkan habis larian 12KM. Hee.


Route Map
 
Sekali lagi aku akan lari sambil melihat bangunan tinggi di sekitar KL sambil menyanyikan lagu Belantara Konkrit by Altimet (-‿◦)


Race Pack Collection
 
KLCC ada berapa tower? Haha! Sebenarnya aku tak pernah ambil tahu. Tengok KLCC lawa je sudah. Dah lama jugak tak ke KLCC.

Aku cuti selama dua minggu sebelum larian nanti. Maknanya tiada alasan untuk aku tidak training! Jangan malas okay! Kali pertama kau lepas, jangan ingat kali kedua kau akan lepas lagi wahai Puan Siqah :p

Training for 2 weeks in my block leave!
Chiayok! 

Ada sesiapa yang dah daftar untuk larian ini ke? Jumpa di sana ye. Aku dah tinggalkan pesanan buat Nadiah dan Syira. Tunggu sehingga aku sampai di garisan penamat. Maklumlah, aku guna gear rendah je nanti. Hihi. 

"Going The Distance Together"
Orchid Run And Ride 2016
Hi semua dan selamat petang :) Selepas pertama kali aku join larian di Standard Chartered KL Marathon 2016, boleh baca >>>  EN...
August 29, 2016
(9) Comments
Hi semua =)

Aku nak kembali join segmen! Yeahhh! Segmen Bloglist daripada blogger Lea Azleeya yang ohsem! Baru je terjah blog Lea petang tadi dan nampak ada segmen yang Lea buat. Mujur masih sempat nak join! =D

 
KLIK SINI UNTUK JOIN

Jom join ramai-ramai. Lagi dua hari je nak tamat segmen ni. Jangan ketinggalan korang! =) 
SEGMEN BLOGLIST SOTSKIRT.BLOGSPOT SEPTEMBER 2016
Hi semua =) Aku nak kembali join segmen! Yeahhh! Segmen Bloglist daripada blogger Lea Azleeya yang ohsem! Baru je terjah blog Lea petan...

(20) Comments
Hi semua =) 

 

Ingat sushi, ingat Jepun! Hehe. Aku menyimpan hasrat mahu ke Jepun. Rasanya semua orang ada hasrat begitu kan? Betul tak? Teringin nak pergi semua tempat menarik di Jepun terutama Gunung Fuji. Tengok gambar cantik gila! Kalau pergi tengok dengan mata sendiri, terkedu rasanya.  

Gunung Fuji

Wish nak pergi Jepun masa musim bunga. I love flowers! Suka sangat. Masa ke Korea tahun lepas pada musim bunga, dah rasa gila tengok bunga. Tak tahulah Jepun macam mana pulak. Lagi gila kot! Haha. 

 

Cuma Jepun, mata wang mereka sangat tinggi. Kalau Korea masih boleh gigih lagi nak pergi. Kalau Jepun, jumlah wang simpanan wajib tinggi baru boleh ke sana. 

Takpelah. Aku simpan angan-angan dulu nak ke Jepun. Insyallah, jika diizinkan, sampai juga ke sana. Biar lambat asalkan pergi =) 

Sebab apa tiba-tiba aku bercakap mengenai Jepun? Hee. Semua kerana persembahan Warming Up Tokyo 2020 Olimpic yang gempak gila masa Closing Ceremony RIO 2016. 

Persembahan mereka best sangat! Jepun terkenal dengan teknologi yang hebat. Persembahan pun nampak menggunakan teknologi yang ada. Amazing! Dan comel bila ada Mario dan Doraemon. PM Jepun bertukar jadi Mario untuk ke RIO, lepas tu Doraemon datang bagi pintu ajaib. Terus sampai RIO. Hehe. Comel! 

Korang dah tengok ke? Kalau belum, aku ada sertakan sekali video di bawah. Mana yang dah tengok tu, sama tak keterujaan macam aku? Haha. Terus rasa nak pack barang pergi Jepun. Tapi tiket flight tak beli lagi. Acane? Haha. Memang tak sampai lah :p 

Tokyo 2020 Olimpic


Dengan ini, tabung ke Jepun dilancarkan! Hehe. Niat nak pergi masa Olimpik tapi diadakan masa musim panas. Apa ke nak pergi musim panas. Cukuplah Malaysia panas! 

Tapi nak sokong atlet Malaysia! Teringin nak pergi tengok live sukan badminton, berbasikal, dan swimming. Tengoklah camne. Duit wajib ada dulu. Hee. Sekarang berangan je mampu. Semoga semua dipermudahkan. 4 tahun lagi. 

Korang tolong doakan ye. Hehe. 

See You In Tokyo 2020
Hi semua =)    Ingat sushi, ingat Jepun! Hehe. Aku menyimpan hasrat mahu ke Jepun. Rasanya semua orang ada hasrat begitu kan? Betul...
August 25, 2016
(20) Comments
Hi. I'm back! Hehe. Cepat kan? Aku tak boleh lambatkan perkongsian mengenai contest! YES! CONTEST! Itu yang terus up entri baru pagi ni =D 

Sebelum itu, terima kasih kerana memberi semangat untuk aku terus blogging. Sangat menghargai. Moga kita terus kekal menjadi rakan blogger dan mungkin rakan di alam nyata =)

Okay. Jom cakap pasal contest! Yeee--haaaa! 

Spend & Win Contest by MPH Bookstores

Aku baru tahu mengenai contest ni sebab semalam aku beli buku di MPH. Setiap bulan pasti aku ada beli buku. Peramkan dalam bilik, mana tahu boleh serap masuk dalam kepala. Haha. Tak lah. Aku beli dulu, nanti nak baca, ambik je. Hee. 

 
Hadiah! Hadiah! Menarik perhatian sangat bila nampak kereta di situ.

Proton Suprima S for Grand Prize dan 50 Monthly Prizes RM250 Cash Vouchers ( Aeon & Parkson )

How to Win: 
1. Spend RM50 and above in a single receipt at MPH Bookstores or mphonline.com
2. Fill up the contest form and answer the 3 questions provided.
3. Attach your receipt with the contest form and submit in the box located at any MPH Bookstores.

Terms and conditions:
1. Contest valid from 15 Aug until 31 Dec 2016
2. Open to all residents of Malaysia aged 18 and above except the employees of MPH Bookstores.
3. Each participant can submit multiple entries but only entitled to one prize. 
4. Purchase must be made in a single receipt and each purchase is entitled to one entry only.
5. All winners will be notified by email or phone call. 

Senang je kan? Banyak masa lagi untuk korang join jugak. Makanya, kepada semua terutama book lovers, jom sertai contest ini sesama. Mana tahu ada rezeki. Kita cuba je =) 

Spend & Win Contest by MPH Bookstores
Hi. I'm back! Hehe. Cepat kan?  Aku tak boleh lambatkan perkongsian mengenai contest!  YES! CONTEST!  Itu yang terus up entri baru pagi...
August 24, 2016
(28) Comments

Hi semua.. Rupanya dah lebih 5 hari aku tak buat entri baru. Bukannya tak nak buat, tapi entahlah, tetiba ada sindrom writer block.

Ada juga draft dan masih tak siap. Bila entah nak siap? Tiada mood sekarang. 

Walaupun begitu, aku tengok pageviews blog ada juga peningkatan dari sehari ke sehari. Alhamdullilah. Walaupun tak banyak, aku tetap berterima kasih juga. Baik ada daripada tiada. Bersyukur apa adanya =) 

Terima kasih ye kepada korang yang selalu datang singgah sini dan tinggalkan komen. Appreciate sangat. 

Sekarang aku banyak menghabiskan masa dengan baca novel, tengok drama Korea dan tidur. Serius. TIDUR. Entah kenapa aku ada sindrom mengantuk sangat. Jam 10 malam dah tidur. Huhu.

Hari ni aku cuti. Bukan ada hal nak buat. Saja habiskan cuti sebab nanti tiga bulan aku tak boleh cuti. Ada rakan sekerja going for maternity leave. Patutnya hari cuti ini, aku suka update blog dan blogwalking but maybe not today. 

Aku akan kembali semula nanti ye. Mungkin esok atau lusa, atau hari ni. Manalah tahu kan kot petang nanti datang semangat blogging tetiba. 

Apa pun, I will come back. For sure. Thank you sangat-sangat kepada followers, readers, dan viewers yang singgah dan ada yang masih sudi tinggalkan komen. 

Aku akan kembali blogwalking nanti. Akan melawat korang juga. Berikan aku sedikit masa ye. 

Thank you so much. 

Have a nice day, all =) 
Hi Semua. Apa Khabar?
Hi semua.. Rupanya dah lebih 5 hari aku tak buat entri baru. Bukannya tak nak buat, tapi entahlah, tetiba ada sindrom writer block. ...
August 19, 2016
(23) Comments
Assalamualaikum dan hello semua =) 

Aku scroll gambar dalam phone hari ni. Dah ternampak pulak gambar lama yang boleh kongsi di sini. Aku pun sekarang tengah ada sindrom writer block. Tak tahu nak update apa kat blog. Huhu. 

Jadi, mehlah nak kongsi gambar dan kisah yang dah lama. Aku kasi throwback lah eh =D

Korang pernah pergi ke Pantai Sepat, Pahang? Pantai Sepat adalah salah satu pantai yang popular di Pahang selain daripada Pantai Teluk Cempedak, Pantai Cherating, dan Pantai Balok. 

Aku bersama sepupu pergi ke Pantai Sepat untuk buat sesi fotografi. Sebenarnya ia adalah sesi wedding outdoor photography untuk sepupu aku, Faiz dan isteri, Maryam. Kami yang lain menyibuk nak jugak ikut dengan harapan gambar kami masuk sekali dalam album kahwin. Haha. 

Sebenarnya, kami yang lain pun ada sesi fotografi sendiri. Photographer kami semestinya suami aku, Mr Aliff. Dia pun bawa kamera DSLR, so kami jadilah model sekejap. Hee. Suami pulak rajin melayan. Hihi.

Bukan setakat ada pantai indah di Pantai Sepat tau. Ada juga pokok-pokok di tepi pantai ala Nami Island, Korea. Serius! Tak percaya, tengok gambar kat bawah. Hehe. 

Nami Island versi Pantai Sepat
 
Lebih kurang lah kan? Haha! Asal ada pokok je kira Nami Island lah tu =p

Fotografi di Pantai Sepat Pahang
Assalamualaikum dan hello semua =)  Aku scroll gambar dalam phone hari ni. Dah ternampak pulak gambar lama yang boleh kongsi di sini. A...

(20) Comments
Selamat pagi semua =)

Hari ini, aku nak join GA lagi. Saja nak memeriahkan GA yang dianjurkan oleh blogger. 

Seronok =D

KLIK SINI UNTUK JOIN

Jom korang join sama-sama =)

GIVEAWAY DAN PENCARIAN BLOGLIST BY JEPUN MARI
Selamat pagi semua =) Hari ini, aku nak join GA lagi. Saja nak memeriahkan GA yang dianjurkan oleh blogger.  Seronok =D KLIK ...
August 18, 2016
(8) Comments
Hello semua =)

Ada sesiapa yang sedang:
  • Mencari bilik sewa
  • Mencari teman serumah
  • Mahu mengiklankan rumah atau bilik anda untuk disewakan

Jika ada, mari sini, aku nak perkenalkan satu laman web yang memberi semua perkhidmatan di atas. Laman web yang baru aku tahu kewujudannya. 


Pencarian Bilik Sewa dan Housemates di Hidup.my
Hello semua =) Ada sesiapa yang sedang: Mencari bilik sewa Mencari teman serumah Mahu mengiklankan rumah atau bilik anda untuk dis...
August 17, 2016
(14) Comments
Hello semua =) 

 
Mari aku nak bercerita mengenai buku lagi. Hee. Buku ke-11 dalam tahun ini. Berminat untuk baca novel ni selepas dapat review yang baik daripada pengemar novel lain. 

Aku jarang beli novel Malay sekarang. Tak tahu nak beli yang mana sebab terlalu banyak novel di pasaran. Kalau pergi MPH, bersepah novel. Aku keliru tak tahu nak pilih yang mana satu! =D

Makanya, novel ni aku pinjam daripada rakan sekerja, Masyi =) 

Review Novel | Hero Seorang Cinderella
Hello semua =)    Mari aku nak bercerita mengenai buku lagi. Hee. Buku ke-11 dalam tahun ini. Berminat untuk baca novel ni selepas da...
August 16, 2016
(23) Comments
Assalamualaikum dan hello semua =) 

Tengok tajuk entri ini yang panjang pastinya korang dah tahu entri ini nak bercerita mengenai apa. Hehe. 

Pasar karat atau Flea Market dah banyak tumbuh di negara kita. Dinamakan pasar karat kerana kebiasaanya tempat ini menjual barang antik atau lama, dan juga barang terpakai. 

Antara tempat pasar karat yang popular di negara kita adalah Lorong Kulit Pulau Pinang, Pasar Loken Ipoh, Pasar Karat Jalan Hang Lekir Melaka, dan Amcorp Mall Flea Market Petaling Jaya. 

Aku berpeluang ke Amcorp Mall Flea Market pada hari Ahad lepas. Tujuan aku untuk beli satu benda je. Satu je! Apakah? Hehe. 

Mencari Barang Lama / Antik di Pasar Karat
Assalamualaikum dan hello semua =)  Tengok tajuk entri ini yang panjang pastinya korang dah tahu entri ini nak bercerita mengenai apa. ...
August 15, 2016
(21) Comments
Selamat petang semua =) 


Aku baru lepas tengok filem ini, Zack Kapcai. Beli di Astro First. Cadang dulu nak tengok filem ini di pawagam tapi tak sempat pulak.

Yang buat menarik nak tengok filem ini adalah pelakonnya. Pelakon utama yang terdiri daripada beberapa pelawak terkenal tempatan iaitu Fad Bocey, Rahim Sepahtu, dan Shuk SYJ. Ada juga mendapat sokongan daripada pelakon lain iaitu Serina anak kepada Chef Wan. 


SINOPSIS 

Mengisahkan mengenai Zack Kapcai lakonan Fad Bocey yang hidup berdua bersama maknya ( lakonan Serina ) setelah mak dan ayahnya ( lakonan Rahim Sepahtu ) berpisah. 

Dipendekkan cerita, Zack mencari ayahnya setelah terbaca keratan akhbar mengenai ayahnya yang merupakan Raja Kapcai. Di sini dia juga bertemu dengan adik kandungnya, Tasha. 


REVIEW 

Bagi aku, filem ini biasa je. Malah, aku bosan bila tengok. Begitu juga dengan encik suami. Encik suami merupakan peminat tegar filem tempatan tambah lagi filem lawak. Bila dia pun bosan, maksudnya memang filem ni tak menarik perhatian. 

Jalan cerita pula macam aku pernah tengok dalam filem mengenai motor sebelum ni. Tapi aku tak ingat filem apa. Lebih kurang je jalan cerita. Tiada idea segar yang ditonjolkan. 

Ada juga beberapa dialog yang merujuk kepada perkara ehem ehem suami isteri. Faham-faham jela apa kan. Patutnya tak perlu buat lawak macam tu. Atau aku yang salah faham? Rasanya tak. Lawak kotor. 

Patut diingatkan lagi bahawa filem lawak ini turut ditonton oleh kanak-kanak. Kan ke susah nak terangkan kalau mereka tak faham dialog tersebut? 

Lagipun, aku dah boring dengan filem tempatan yang tak habis-habis dengan lawak begitu. Boring sangat. Idea dah lama betul, idea lapuk boleh? 

Maaf kalau aku hentam filem ini habis-habisan. Tapi serius, jujur dari hati, aku tak suka filem ni. Pihak tertentu boleh fikirkan idea segar untuk dibawa menjadi filem. Tolong jangan ulang jalan cerita yang sama. 

Aku bagi 2.5 bintang untuk filem ini. 

Ini hanya pendapat peribadi aku je tau. Mungkin bagi orang lain, berlainan pendapat. Apa kata korang berkongsi di sini pada mereka yang dah tengok. 

Mungkin ada input bagus yang aku tak perasan ke?

Namun begitu, aku dan encik suami akan berterusan support filem tempatan. Tidak akan stop dari menonton filem tempatan selepas ini. 

Kalau tiada kita sebagai rakyat Malaysia nak support, siapa lagi yang nak support hasil seni orang kita kan? 
Review Filem : Zack Kapcai
Selamat petang semua =)  Aku baru lepas tengok filem ini, Zack Kapcai. Beli di Astro First. Cadang dulu nak tengok filem ini di paw...
August 14, 2016
(39) Comments
Assalamualaikum dan hello semua :)


Seperti yang semua sedia maklum, kita perlu tukar kad Maybank kepada kad terkini yang ada logo payWave atau Debit sebelum 31 Disember 2016.

Dan yang paling best apabila Maybank ada menyediakan khidmat untuk pertukaran kad Maybank dengan menggunakan gambar sendiri. Weeiii gambar sendiri tu! Siapa yang tak nak gambar sendiri diabadikan di kad kan?

Aku dan suami pun teruja nak tukar kad Maybank kami. Aku menggunakan gambar kami berdua manakala encik suami pula menggunakan gambar tentera dia. Gambar yang limited edition, katanya :p

Design Kad Maybank Dengan Gambar Sendiri
Assalamualaikum dan hello semua :) Seperti yang semua sedia maklum, kita perlu tukar kad Maybank kepada kad terkini yang ada logo p...

(27) Comments
Assalamualaikum semua =) 

Pagi hari Ahad yang indah ini, aku nak join satu segmen giveaway yang dianjurkan oleh blogger Elih Japahar. Teruja melihat hadiah menarik yang ditawarkan sebenarnya. Haha. 

Blogger ini baru aktif blogging selama 2 bulan dan terus buat giveaway. Bagus idea! Berkongsi rezeki sambil menambahkan kenalan. Insyallah, nanti ada rezeki aku buat giveaway juga ye =) Nak follow idea blogger Elih Japahar lah. Boleh kan? :D

 
KLIK SINI UNTUK JOIN

Hadiah yang ditawarkan adalah wang ringgit ( RM60, RM40, RM30 ) dan top up bernilai RM10 ( untuk 6 orang tau ). 

Dan paling best, hehe, adalah hadiah bonus untuk pemenang bertuah iaitu Mineral Coffee atau lebih dikenali sebagai Min Kaffe. 

Aku pengemar kopi dan aku rasa itulah hadiah paling menarik! Selama ni dengar je Mineral Coffee, tak pernah beli walaupun dikatakan bahawa kopi ini bagus untuk kesihatan. Mana tahu ada rezeki kan? Hehe. 

Menarik kan hadiah? 

Jadi jom rakan blogger semua join sekali giveaway ini. 

Lagi ramai lagi meriah!

Klik je link di atas ye. 

Selamat mencuba dan selamat ber-giveaway =) 

Good luck to us! 
Giveaway Tunai RM200 By ELIHJAPAHAR.COM
Assalamualaikum semua =)  Pagi hari Ahad yang indah ini, aku nak join satu segmen giveaway yang dianjurkan oleh blogger Elih Japahar. T...

(28) Comments
Hello semua =) 

Apa khabar semua? Selalu pula aku buat review buku sekarang kan. Hehe. Sekarang aku dah kembali aktif membaca buku pula :) 

Jadi, hari ni aku nak berkongsi mengenai satu buku travelog terbitan Travel Planet bertajuk Kompilasi Travelog 7 Benua

 


SINOPSIS

Buku ini mengandungi kisah 8 pengembara yang mempunyai latar belakang yang berbeza tetapi mempunyai minat yang sama iaitu mengembara. 

Pengembara 1 : Badrul Hisham ( Amerika Syarikat )
Pengembara 2 : Nordin Yahaya ( Peru )
Pengembara 3 : Ida Yunus ( Mongolia ) 
Pengembara 4 : Rafiee Ghani ( Maghribi ) 
Pengembara 5 : Nazri Arshad ( Vietnam )
Pengembara 6 : Siti Noridah ( Pakistan )
Pengembara 7 : Wazari Wazir ( Rusia )
Pengembara 8 : Meor Farid Asyradi ( China ) 

Masing-masing ada cerita tersendiri. Cerita disampaikan dalam bentuk cerpen pendek. Penulis banyak bercerita mengenai tempat menarik yang mereka pergi dan juga kisah dalam perjalanan ke tempat itu. 

Ada juga diceritakan mengenai sejarah tempat yang dilawati. Semua tempat menarik cuma yang paling aku teruja untuk mengetahui dengan lebih lanjut adalah dua tempat iaitu: 

MACHU PICCHU ( MP ) 
Pengembara : Nordin Yahaya

MP tersenarai dalam salah satu antara Tujuh Keajaiban Dunia. MP adalah bukti nyata kewujudan Empayar Inca di puncak kekuasaan. 

MP terletak di tengah-tengah hutan Amazon beribu batu pedalaman dan berada di puncak pergunungan Andes. Sampai sekarang, masih tertanya-tanya mengapa dan bagaimana kaum Inca membina empayar di tempat sedemikian. 

Tiada juga dalam catatan sejarah mengenai penjajah Sepanyol menemui kota ini. 

MP baru saja ditemui buat kali pertama oleh Profesor Hiram Bingham dari Yale University pada tahun 1911. 

Menarik kan tempat ni? Aku sangat teruja membaca kisah dan lebih teruja apabila melihat gambar Machu Picchu. Menarik sangat! 

 

 

Di tengah hutan, atas bukit, ada tempat sebegini. Amazed! 

 

CHITRAL, PAKISTAN 
Pengembara : Siti Noridah 

Tempat yang dituju oleh pengembara adalah Chitral di Pakistan. Chitral adalah daerah paling barat Pakistan dan berada tidak jauh dari negara jirannya iaitu Afghanistan.

Cuma kisah yang dipaparkan adalah mengenai perjalanan pengembara dari Gilgit ke Chitral, Pakistan

Untuk ke Chitral, pengembara perlu menaiki bas ke Mastuj dahulu yang memakan masa selama 14 jam dan keesokannya, pengembara menyambung perjalanan dari Mastuj ke Chitral dengan jip pacuan empat roda pula. 

Aku tertarik dengan keindahan alam di sepanjang perjalanan dari Gilgit ke Chitral. Ada dua  tempat menarik yang pengembara lalui iaitu Lembah Ghizer dan Shandur Pass. 

Apa yang menarik lagi adalah pemandangan biasa sepanjang perjalanan. Ohhhh cantik sangat!! Aku yang hanya tengok gambar pun rasa nak pergi sekarang! 

Lembah Ghizer

 

Shandur Pass 

Lokasi di mana pertandingan tahunan polo diadakan. Salah satu tarikan utama pemgembara untuk menyaksikan permainan polo tertinggi di dunia pada awal bulan Julai setiap tahun. 

 

Lawa sangat view! Serius Pakistan cantik. Banyak lagi tempat menarik di Pakistan. A breathtaking view! Teringin nak pergi. Tapi encik suami pula tak benarkan ke sana. Tengok gambar jadilah =)

 


REVIEW 

Aku seronok baca kisah pengembaraan mereka. Bukan senang nak mengembara apatah lagi apabila dilakukan seorang diri. 

Buku ini adalah koleksi cerpen kisah pengembaraan mereka. Jadi ceritanya juga pendek saja. Baru aku nak teruja membaca kisah, sudah habis rupanya. 

Mungkin setiap pengembara boleh menulis semua kisah pengembaraan mereka dalam buku masing-masing. Seronok baca kisah mengembara. Tulis panjang dan secara detail. Mesti lagi best baca.

Salah seorang daripada pengembara iaitu Meor Farid Asyradi adalah penulis buku "Travelog Mr.Traveller". Aku tak baca lagi buku tu.

Apa yang aku tak suka dalam buku ini adalah gambar yang diletakkan berasingan daripada cerita. Setiap penulis akan bercerita dulu kisah mereka dari A hingga Z tanpa satu gambar pun. Gambar hanya diselitkan di hujung setiap cerita pengembara.

Aku lebih suka baca kisah dan disertakan gambar sekali. Baru aku boleh bayangkan tempat kejadian dan baru aku boleh baca dan hadam dengan lebih semangat. Hee =D 

Apa pun, memandangkan ini adalah buku pertama terbitan Travel Planet, mungkin pihak penerbit boleh tingkatkan lagi cara penyampaian dalam buku agar lebih menarik untuk dibaca. 

Sekian saja review aku. Panjang pula rasanya. Hehe. 

Selamat membaca semua =) 
Review Buku : Kompilasi Travelog 7 Benua
Hello semua =)  Apa khabar semua? Selalu pula aku buat review buku sekarang kan. Hehe. Sekarang aku dah kembali aktif membaca buku pula...
August 13, 2016
(17) Comments
Selamat petang semua =) 

 
Siapa tengok drama Korea Uncontrollably Fond? Kalau korang tengok drama ni, pasti korang tahu ada satu English Song dalam drama ni.

I fall in love with the song as soon as I heard it at the first time in the drama. Serius suka sangat! Terus Google OST Uncontrollably Fond English Song dan yeayyy! Dah jumpa lagunya. 

Lagu bertajuk A Little Braver - New Empire

Setiap kali lagu ni keluar dalam drama Uncontrollably Fond, babak mesti yang sedih. Haih, tak tahu apa kesudahan drama ni. Tengok dah makin pening jalan cerita. Kasihan tengok mereka bertiga. Harap hero tak mati je last sekali. Please don't die.  

Okay. Okay. Sebelum aku melalut pasal drama, aku nak ajak korang layan lagu yang aku suka sangat ni. Suka lirik, melodi, dan suara penyanyi =) 

New Empire - A Little Braver 


I got a chance to say,
I miss you..

When it gets hard,
I get a little stronger now, 
I get a little braver now,
And when it gets dark,
I get a little brighter now,
I get a little wiser now,
Before I give my heart away. 

Happy listening, all =) 

OST Uncontrollably Fond : English Song
Selamat petang semua =)    Siapa tengok drama Korea  Uncontrollably Fond ? Kalau korang tengok drama ni, pasti korang tahu ada satu E...
August 12, 2016
(25) Comments
Assalamualaikum dan hello semua =) 

 
Aku nak berkongsi review mengenai satu buku bertajuk Coklat Tarbiah oleh Aiman Banna. Pinjam buku ni daripada #gengmakan, Nadiah. 

Kenapa penulis gabungkan konsep Coklat dan Tarbiah? Pada mulanya aku keliru juga. Tak berapa faham apakah maksud untuk kedua-dua perkataan itu. Mujur ada diterangkan di awal buku ini. 

Coklat:
Saya tahu, ramai yang mahukan kamu. Menjadi kegemaran kebanyakan manusia; ada di sini ada di situ.. 

Tarbiah: 
Ramai juga yang inginkan kamu, tapi malu-malu. Malu itu sehinggakan terus abai dan tolak tepi, lalu tidak mahu.. 


Kefahaman aku adalah Coklat merujuk kepada perkara yang sering kita lakukan sekarang manakala Tarbiah merujuk kepada perkara yang mesti dan patut kita buat sekarang. Buku ini penuh dengan warna warni di setiap helai muka surat dan juga mempunyai ilustrasi dalam bentuk komik. Menarik!

Di sini aku nak berkongsi sedikit ilmu / kata-kata indah daripada buku ini mengikut topik yang diutarakan:

EXPECTATION MANUSIA 

 
Kita perlu hidup dalam expectation Allah bukan expectation manusia kerana banyak expectation daripada manusia yang akan merosakkan dan menjatuhkan kita. 

 
Walaupun begitu, jangan sepenuhnya kita mengabaikan nasihat dan teguran manusia kepada kita. Sesungguhnya mereka menegur kita untuk membetulkan apa saja yang kita buat. Hidup dalam expectation yang mengikut Islam. 

Abaikan Haters. Hargai Lovers.

PEMUTUS SILATURAHIM

 
Membuka mata aku. Ada benar apa yang dikata. Cuma mungkin kita tidak perasan. Oleh itu, elakkan daripada bersama phone 24 jam. Bina ukhuwah bersama keluarga dan sahabat.

DEFINISI UKHUWAH 

 
Semoga kita semua menjaga ukhuwah sesama kita. 

PERANCANGAN ALLAH 

 
Perancangan Allah itu terlalu sempurna untuk diduga. Tidak perlu berkeluh-kesah kerana Allah sentiasa bersama. 

BERBAIK SANGKA 

 
Berbaik sangka dan dunia kita akan lebih bahagia. Tegur bukan tanda kebencian, tapi tanda sayang =) 

DEFINISI CINTA 

Tidak perlu berkata banyak mengenai cinta. Pasti semua sudah faham benar dengan erti cinta kepada Allah dan sesama manusia. 

Cinta itu wujudnya hanyalah membahagiakan. 
 

Suka itu fitrah. Jangan terlalu ghairah. 
 

Komik yang menarik perhatian. Haha. Jangan berangan kisah hidup macam dalam novel ye semua :D
 

EGO

Semoga kita dijauhkan daripada sifat ego.
 

CINTAILAH IBU 

Al Fatihah buat arwah Mak 
 
Cintailah ibu kita kerana Allah. 
Moga Allah dan Nabi redha.
Moga Allah kurnia kita Syurga.

MERDEKA 

 
Merdekakah kita semua? Huhu. Masih tidak mampu untuk mengatakan bahawa aku telah merdeka. 

TOPIK-TOPIK LAIN

 

 

 

Dan akhir sekali, 

KETUA BIDADARI

 
Bagaimana nak menjadi ketua bidadari? Isteri solehah dan "tidak layan" ajnabi berlebih-lebihan. Frasa tidak layan itu membawa maksud berinteraksi dengan professional sehinggakan tiada istilah seronok gelak gembira dalam berinteraksi. Sangat bertepatan dengan dunia laman sosial media kini. 

Aku paling suka kata-kata teguran ini. Aku juga pernah ditegur oleh suami mengenai perkara ini. Tidak perlu membalas komen lelaki dengan panjang lebar di laman sosial, Instagram. Itu menunjukkan kita peramah dan dalam erti kata yang lain, "kita melayan". Aku ikut sehingga kini. Terima kasih atas teguran wahai encik suami =) 

Kadang-kadang kita sebagai wanita dan isteri tidak nampak perkara itu, tapi suami biasanya nampak dan jika ditegur akan sesuatu perkara, cuba kita ubah agar menepati apa yang diingini. Apa yang suami kata dan nasihat, walaupun hati kita memberontak pada mulanya, kita akan dapat melihat kesan dan kebaikannya pada masa akan datang. Percaya dan ikut cakap suami selagi ianya tidak salah di sisi agama Islam =)

Banyak lagi mengenai coklat dan tarbiah dalam buku ini. Peringatan dan teguran secara halus oleh penulis kepada kita. Bagi aku, buku ini menarik untuk dibaca dan dihadam segala isinya. 

Happy reading, all.

Buku Coklat Tarbiah by Aiman Banna
Assalamualaikum dan hello semua =)    Aku nak berkongsi review mengenai satu buku bertajuk Coklat Tarbiah oleh Aiman Banna . Pinjam ...
August 11, 2016
(20) Comments
Assalamualaikum dan hello semua.. 

Sebelum tidur malam ni, aku nak join satu segmen yang dibuat oleh rakan blogger, Mek Yuni. Hehe. Dia dah lama tag tapi baru sekarang nak buat. Maaf ye Mek. Lambat buatnya haa. 

Jadi, mari kita tengok apa yang di-tag. 

Korang boleh tanya satu soalan daripada senarai soalan di bawah. Aku akan jawab dengan jujur. Serius jujur. Tak tipu punya. Aku kan berani orangnya. Hehe. 

 
Silalah tanya. Jangan malu, jangan segan =) 

Ada ke entah orang nak tanya soalan ni agaknya? 

I Accept Your Challenge
Assalamualaikum dan hello semua..  Sebelum tidur malam ni, aku nak join satu segmen yang dibuat oleh rakan blogger,  Mek Yuni . Hehe. D...