July 31, 2016
(45) Comments
Hello, all 

 
Teruja tak bila baca tajuk? Hee. Macam dah lama je tak dengar mengenai Genting Highland sejak mereka tutup untuk ubahsuai kawasan.

Bila kali terakhir korang naik Awana Skyway di Genting Highland? Aku tak ingat bila. Nampak sangat dah lama kan. Hehe. Last time pergi Genting pun tak ingat bila. Seingat aku baru dua kali je aku naik Awana Skyway. 

Berita baik untuk semua! 

Sempena pembukaan Awana Skyway yang baru, mereka ada bagi satu giveaway iaitu Awana Skyway FREE Rides di sepanjang bulan Ogos 2016. 

Free Rides Promotion: dari Awana Station to First World Hotel 
Promotion Period: 1st - 31st August 2016 

Lagi berita baik apabila AngPau akan diberikan kepada 200 orang pertama. Berapa agaknya jumlah dalam AngPau tu kan? Kalau nak tahu, kenalah jadi antara 200 orang pertama. 

Lagi lagi berita baik apabila kali ni ada glass-floor gondola! Gilalah weii! Memang upgrade sangat! Aku nak naik gondola tu walaupun takut nanye. Haha. Nak jugak enjoy a breathtaking view hutan di bawah. 

Lagi lagi lagi berita baik. Haha. Banyak sungguh berita baik ni. Nak ambil gambar mesti mostly semua guna phone je kan? Berita baik adalah ada tempat cas phone dalam gondola! Serius! Tak tahulah dorang letak camne. Tak akan lah power bank pula kan? Hehe.

Masih teruja? 
Sila terjah ke Awana Skyway Genting Highland di sepanjang bulan Ogos ini. FREE! FREE! Siapa tak suka benda free kan? =D

Mark your calendar ya.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila KLIK SINI.

Have a nice day, all.


Genting Highlands Awana Skyway Free Rides
Hello, all    Teruja tak bila baca tajuk? Hee. Macam dah lama je tak dengar mengenai Genting Highland sejak mereka tutup untuk ubahsu...

(14) Comments
Assalamualaikum dan hello semua :)

KLIK SINI UNTUK JOIN

Sekarang aktif pula aku join segmen kan. Hehe. Seronok join segmen nie. Kita menyokong rakan blogger kita.

Kali ni, aku di-tag oleh Nadia Izzaty. Hee. Terima kasih Nadia. Segmen yang dianjurkan oleh Eeca Shyaa. Tengok hadiah berupa buku, maka dengan berbesar hati aku join. Hehe. 

Dua jenis notebook: Travel dan Plain notebook.

Menarik kan? 

Dengan ini, aku nak tag 3 rakan blogger:

Eeca Shyaa akan umumkan pemenang pada 7 Ogos 2016. Ada masa lagi ni. Jom korang kita meriahkan segmen ini.

Good luck, all =)
Notebook Giveaway By Eeca Shyaa
Assalamualaikum dan hello semua :) KLIK  SINI  UNTUK JOIN Sekarang aktif pula aku join segmen kan. Hehe. Seronok join segmen nie. K...
July 30, 2016
(17) Comments
Assalamualaikum dan hello semua :) 

Tibalah masa nak join satu lagi segmen daripada Aisyhah Nyais. Mana tahu ada rezeki boleh tersenarai dalam bloglist Ogos pulak. Hehe. 

KLIK SINI UNTUK JOIN 


Syarat-syaratnya senang je. Follow, buat entri dengan tajuk yang diberi dan backlink kepada entri asal, dan tag 3 orang rakan. 

Dengan ini, aku nak tag 3 orang rakan blogger iaitu:

Siapa yang tak di-tag pun boleh join jugak. Jom korang support rakan blogger kita :) 

Good luck to us! =)

PENCARIAN BLOGLIST OGOS BY AISYHAH NYAIS
Assalamualaikum dan hello semua :)  Tibalah masa nak join satu lagi segmen daripada Aisyhah Nyais . Mana tahu ada rezeki boleh tersenar...

(10) Comments
Hello, all

The Shallows: Not Just Another Day At The Beach

Akhirnya aku pergi juga menonton wayang, The Shallows. Rajinkan diri keluar dari rumah hari ini. Hee. Aku sebenarnya agak takut tengok filem sebegini. Seram je walaupun bukan cerita hantu. Tapi bila tahu yang Blake Lively berlakon, terus rasa nak tengok. Aku minat dia sejak Gossip Girl. 


SINOPSIS

Black Lively as Nancy is a woman on a journey to find herself after her mum died. She visit one beach in Mexico where her mum surf and found out she was pregnant with her. She go there alone as a friend she is travelling with cancel last minute.

Nancy bertemu dua orang surfers di sana, they only surf and leave. While Nancy is trying to catch one last wave and get attacked by a white shark.

Nancy kena gigit dengan shark dan berjaya selamatkan diri dengan naik di atas badan ikan paus yang ada di laut ketika air surut. Ikan paus tu pun agaknya kena serang dengan shark. Dan bermulalah cara Nancy untuk menyelamatkan diri daripada shark. 


REVIEW

Di awal filem ini, ada peringatan untuk semua orang yang suka tengok phone dalam kereta. Hehe. Nancy asyik tengok phone je (tengok gambar her mum), dan kena sound se-das oleh Charlie (orang baik hati yang tumpangkan Nancy ke pantai yang tidak tahu nama). Katanya, enjoy the view. It is beautiful. Memang cantik pun view. Perjalanan mereka masuk dalam hutan dan tiba di pantai yang sangat cantik.

Apa yang aku suka mengenai filem nie adalah semangat dan jiwa kental Nancy bertaruh nyawa untuk selamatkan diri daripada dimakan oleh Shark. Bayangkan, dia seorang berada di tengah laut dengan shark mengelilingi kawasan. Seram!




Pendek kata, shark itu mati akhirnya. Nancy berjaya bunuh shark yang besar dan haiwan pemangsa itu. Aku suka cara dia bunuh shark. Panjang akalnya. Kalau aku, mati kutu dah tengah laut tak tahu nak buat apa. Huhu.

Dalam filem ini juga, mata kita akan sentiasa disajikan dengan tubuh badan Nancy yang hot dan seksi. Haha. Dah nama pun pergi surf, memang faham jela baju apa dia pakai kan. Serius, Black Lively memang hot. Hahaha.

Satu lagi, filem ini memaparkan seni video yang menarik. Aku paling suka scene masa dalam air. Cantik je bila Nancy melawan arus ombak. Batu karang pun cantik. Dan paling best, ada scene dalam laut yang ada jelly fish. Warna warni pulak tu. Cantik sangat!

Aku bagi 4 bintang untuk filem  ni! Kita sudah banyak disajikan dengan cerita mengenai haiwan pemangsa seperti shark, anaconda, dinasour dan sebagainya namun filem ini masih ada cerita tersendiri. 

Kalau korang berminat, bolehlah pergi tengok ye dan share review jugak =)

Happy watching, all

*credit pics to google

THE SHALLOWS
Hello, all The Shallows: Not Just Another Day At The Beach Akhirnya aku pergi juga menonton wayang, The Shallows . Rajinkan diri ...

(14) Comments
Assalamualaikum dan hello semua :) 

Hari ni, aku plan nak tengok wayang filem The Shallows. Buka website MBO Cinema dan nampak satu iklan kempen derma darah. 
 
Ohhh rupanya MBO Cinema ada buat kempen derma darah di seluruh cawangan MBO Cinema di seluruh negara. Bagus aktiviti ini. Good job MBO Cinema!


 
Sebanyak 25 panggung MBO Cinema terlibat dalam kempen derma darah ini. Selain daripada dapat menyelamatkan nyawa, korang juga dapat penghargaan kerana ada hadiah cenderahati kepada penderma darah. Tapi janganlah menderma darah sebab nak hadiah pula ye. Tujuan utama kena betul. Niat tu niat =) 

Untuk hari ni, kempen derma darah MBO Cinema ada di Atria Shopping Gallery, Damansara Jaya. Sesiapa yang tinggal berdekatan, nak pergi tengok wayang di sana, bolehlah menderma darah sekali. 

Aku hanya nak tengok wayang di MBO Cinema Citta Mall, Ara Damansara. Tak tahulah jadi ke tak nak tengok sebab macam malas pulak. Sebab aku keseorangan nanye. Tiada siapa nak teman tengok wayang. Suami sibuk sekarang. Lepas tu, aku nak sangat tengok wayang sebab dah lama gila rasa tak tengok wayang. Haa. Itu yang gatal tangan buka MBO Cinema online. 

Tengoklah kalau rajin aku pergi. Hehe. 

Kalau dalam masa terdekat ni, korang plan nak tengok wayang. Bolehlah pergi ke MBO Cinema berdekatan ye. Tengok wayang sambil menderma darah. Tengok wayang sebab nak tengok hero, dalam masa yang sama kita pun jadi hero dengan menderma darah =) 


Have a nice day, all ~ 

Kempen Derma Darah 3.0 di MBO Cinema
Assalamualaikum dan hello semua :)  Hari ni, aku plan nak tengok wayang filem The Shallows. Buka website MBO Cinema dan nampak satu ikl...

(4) Comments
Hello, all =)

Hari ni, aku nak join satu segmen oleh Blogger Lea Azleeya. Aku jumpa blog dia masa mencari cerita mengenai Palazo. Hee.

KLIK SINI UNTUK JOIN 


Jom meriahkan segmen Lea. Tarikh tutup esok: 31 Julai 2016.


Segmen Bloglist Sotskirt.blogspot Ogos 2016
Hello, all =) Hari ni, aku nak join satu segmen oleh Blogger Lea Azleeya. Aku jumpa blog dia masa mencari cerita mengenai Palazo. Hee. ...
July 29, 2016
(18) Comments
Hello all :)



Aku baru belajar cara nak tambah "READ MORE' button untuk blogger posts. Seperti biasa, mesti ada sebab aku belajar. Hehe. 

Al kisahnya, aku dah tukar blog template baru! Blog template lama ada siap sekali dengan read more button tapi yang kali ini tidak. Makanya, kena belajar sendiri juga. Blog aku dalam proses pembikinan lagi. Sekarang, blog aku agak serabut ye. Maaf kalau buat korang pening :D

Aku suka button "READ MORE" sebab ia akan menampakkan blog lebih kemas. Kadang-kadang entri panjang sangat, jadi dengan adanya "READ MORE" button, entri itu akan dipendekkan dan tak nampak serabut blog. 

Kalau sesiapa berminat untuk baca lebih lanjut, sila rajinkan jari jemari anda yang comel itu untuk klik "READ MORE" button okay =)


Jom kita belajar..

"HOW TO ADD READ MORE TO BLOGGER POSTS"

Only 5 Steps:

1. Go to Posts section on your blog dashboard.
2. Choose one post that you want to put read more button.
3. Select the place where you want to use "Read More" button 
4. Click Insert Jump Break icon.



5. Save your post.

Bila dah siap jadi seperti ini:

Senang je kan? Cuma cara di atas adalah cara manual untuk add on read more button. Jadi, agak sukar nak buat apatah lagi untuk orang seperti aku yang update blog guna phone saja.

Aku ada belajar cara nak add on auto read more with thumbnail for blogger posts tapi tak jadi pula bila buat. Apa salah entah? Aku tak pandai bab coding nie. Dah tanya kepada owner blog template dan harap dia balas secepat mungkin. Buat masa sekarang, blog aku serabut lah. Jangan lari pulak ye korang. Hehe.

Sebagai penutup, aku nak tanya satu soalan ni. Harap jawablah ye :D

Korang suka tak dengan wajah baru blog aku? Walaupun masih dalam proses pembikinan, tapi masih mahu bertanya. Hehe.

Note: entri ini di-post dengan menggunakan laptop. Pinjam laptop kerja suami. Hehe. 

Till then,


HOW TO ADD READ MORE TO BLOGGER POSTS
Hello all :) Aku baru belajar cara nak tambah "READ MORE' button untuk blogger posts. Seperti biasa, mesti ada sebab aku b...
July 27, 2016
(32) Comments
Hello, all :) 

Siapa suka tengok drama Korea? Sila angkat tangan! Hehe. 

 Selepas DOTS, aku dah tak tengok drama Korea. Entahlah, mood tiada. Dan kini sudah kembali datang mood nak tengok drama Korea. Banyak sangat drama Korea yang ada sekarang. Dan setelah buat pemilihan dan baca review, pilihan aku adalah a new Korean Drama in July 2016 bertajuk W - Two Worlds

 
Drama ini berkisahkan mengenai dua dunia yang berbeza iaitu dunia realiti dan dunia webtoon. Webtoon adalah web untuk komik / kartun. 

A short sinopsis: 

Berkisahkan ayah heroin ( Oh Yun Joo ) yang merupakan pelukis komik dan telah mencipta satu komik bertajuk W yang sangat popular di Korea. Setelah 10 tahun, akhirnya ayah heroin nak tamatkan kisah pelakon utama dalam komik iaitu Kang Chul dan disinilah bermulanya al kisah di mana terjadi percampuran antara dunia realiti dan dunia webtoon. Sebab Kang Chul sebenarnya ada dalam dunia realiti dengan nama yang sama dan apa saja yang terjadi dalam komik sebenarnya terjadi dalam kehidupan mereka berdua ( Oh Yun Joo & Kang Chul ). Pening tak baca sinopsis aku? Haha! Boleh baca sinopsis drama ni >>> DI SINI


W - Two Worlds
Hello, all :)  Siapa suka tengok drama Korea? Sila angkat tangan! Hehe.   Selepas DOTS, aku dah tak tengok drama Korea. Entahlah, m...
July 26, 2016
(12) Comments
Assalamualaikum dan hello semua..

Hari ni aku nak join satu lagi segmen yang dianjurkan oleh SpendaLusuh pulak. Seronok pulak join segmen sejak dah join satu segmen sebelum ni. Cuma takde rezeki menang yang tu. Hehe. 

 
KLIK SINI UNTUK JOIN 

Jom join ramai-ramai :) 

Fantastic 7 Giveaway by SpendaLusuh
Assalamualaikum dan hello semua.. Hari ni aku nak join satu lagi segmen yang dianjurkan oleh SpendaLusuh pulak. Seronok pulak join segm...
July 25, 2016
(20) Comments
Assamulaikum dan hello semua..

Ingat tak aku ada cerita mengenai gambar hitam putih yang sentiasa menjadi pilihan aku dan suami? Kalau tak ingat atau tak baca lagi, boleh baca dalam >>>> ENTRI INI

Semua gambar hitam putih itu sebenarnya nak diletakkan dalam frame di rumah. Bersungguh suami aku edit dan pilih gambar yang sesuai. Tahun lepas, suami pilih untuk edit satu gambar dan dipecahkan gambar itu menjadi empat. Tahun ni, gambar hitam putih saja pulak. 

Gambar tahun lepas
 

Gambar tahun ini.
Our small photo gallery :) 
Selain gambar kahwin, ada gambar kami yang lain. Tak dilupakan juga gambar #gengmakan aku. Hehe. 


Kami beli frame di Kaison. Bila dah banyak frame, nak gantung frame mesti kena teliti dan ada idea nak letak dalam bentuk photo gallery. 

Kalau bab mencari idea, aplikasi Pinterest jawapannya. Aku suka cari idea di Pinterest. Banyak pilihan photo gallery yang ada. 

 
Sebenarnya inilah idea sebenar kami nak buat photo gallery di rumah. Sebijik nak macam ni. Cuma gambar masih hitam putih. Frame begini ada jual di IKEA tapi mahal. Satu frame harga RM29.90. Cuba darabkan dengan 9 frames, dah beratus perginya. Huhu. Tapi aku nak juga frame begini. Hold on dulu buat masa sekarang. 

Antara idea lain yang menjadi pilihan kami: 
( credit to Pinterest ) 

Frameless Picture
 

 

 

Kalau korang berkenan dengan frameless picture, boleh juga terjah Airis Wall Deco. Mereka ada menawarkan servis frameless picture. Aku ada cerita mengenai mereka dalam >>> ENTRI INI

Pilihan idea lagi:

 

 

 

 

 

 

 

Siap ada pokok dalam rumah. Siapa yang terlebih rajin, boleh buat macam ni. Hehe. 
 
Banyak sangat photo gallery wall ideas daripada Pinterest. Korang boleh search sendiri juga dalam Pinterest. Nak letak semua gambar idea photo gallery di sini tapi macam terlajak panjang pulak entri ni nanti. Hehe. 

Nota tambahan, pastikan tool di bawah ada masa nak gantung frame. Nak memastikan frame berada dalam keadaan yang tegak. Mata kita ni kadang-kadang menipu. Nampak macam tegak, rupanya senget. Hii. 

 
Korang suka tak letak gambar dalam rumah? Boleh letak gambar dengan cara gantung frame atau letak frame di meja dan almari. Aku suka letak gambar dalam rumah. Kadang-kadang nak tengok dalam phone (malas nak scroll beribu gambar dalam camera roll) dan PC (malas nak on PC), tengok kat dinding kan lagi mudah dan cepat. Kan.. Kan.. Hehe. 

Aku harap entri ini dapat membantu korang yang sedang mencari idea untuk photo gallery wall di rumah. Banyak idea aku bagi yang menjadi pilihan hati aku dan suami. Kalau nak lagi banyak idea, boleh search di Pinterest ye :) 

Photo Gallery Wall Ideas
Assamulaikum dan hello semua.. Ingat tak aku ada cerita mengenai gambar hitam putih yang sentiasa menjadi pilihan aku dan suami? Kalau ...

(6) Comments
Assalamualaikum dan hello semua :) 

Boleh tak kalau aku nak teruskan cerita hari raya? Hehe. Bila dah banyak entri tapi masih belum berkisahkan hari raya. Entri kali ni baru nak up cerita raya pula. Sambung kisah raya ye. Raya kan sebulan :D

Cerita hari raya sebelum ini boleh baca >>> DI SINI dan DI SINI

3 SYAWAL 

Aku bergerak pulang ke Subang sebab aku dah mula kerja pada hari itu. Lepas kerja, kami terus ke rumah Ayah Mama untuk beraya dan berjumpa dengan Angah sekeluarga. Tiada gambar diambil pada hari raya ketiga. Hee. Lupa langsung.

4 SYAWAL 

Seawal jam 5 pagi, aku dan suami bergerak ke Kuantan. Awal kan kami bergerak? Hee. Kami suka mulakan perjalanan di awal pagi daripada tengah malam. Mengambil giliran memandu sampai ke Kuantan.

Matahari terbit. Snap di Temerloh. 

Sambung Cerita Raya
Assalamualaikum dan hello semua :)  Boleh tak kalau aku nak teruskan cerita hari raya? Hehe. Bila dah banyak entri tapi masih belum ber...
July 22, 2016
(26) Comments
Assalamualaikum dan hello semua :) 

 

Aku suka kamu, WAZE! 

Hehe. Aku sangat lemah bab jalan. Sampai tahap, nak pergi ke Plaza Alam Sentral di Shah Alam dari rumah aku pun, aku tetap akan guna Waze. Sebab aku masih tak ingat jalan terutama masa bulatan. Shah Alam banyak sangat bulatan. Macam-macam nama dan saiz. Tak tahu nak masuk exit mana. Sampai sekarang blur. Hehe. 

Selain daripada nak pergi berjalan, Waze sangat berguna masa balik kerja kalau federal highway sesak sangat tak bergerak. Automatik aku terus on Waze dan search arah ke Lapangan Terbang Subang Abdul Aziz Shah ( Subang Airport ). Waze akan tunjuk arah mana yang tak sesak cuma jalan yang dilalui seperti biasalah. Jalan tikus! Haha! Jalan celah rumah orang, celah kilang, jalan kecil tetiba sampai di Ara Damansara. Hebat! 

Aku suka guna Waze. Ada orang kata Google Maps lagi senang dan tepat. Tapi aku tak tahu guna. Macam pening je. 

Tak kisahlah guna aplikasi apa pun, yang penting sampai dengan selamat ke tempat yang dituju kan. Aku sekarang dalam perjalanan ke Muar. Ambil cuti hari ni sebab esok ada kenduri kahwin adik ipar aku. Tidaklah guna Waze nak ke Muar. Lalu highway je pun :D

Korang suka guna apa? Waze atau Google Maps? Atau korang pakar bab jalan? Hee. 

Selamat bekerja pada yang bekerja hari ni. 

Have a nice day, all ~ 

Aku Suka Kamu, Waze
Assalamualaikum dan hello semua :)    Aku suka kamu, WAZE!  Hehe. Aku sangat lemah bab jalan . Sampai tahap, nak pergi ke Plaz...
July 20, 2016
(31) Comments
Assalamualaikum dan hello semua :)

Pertama kali tergerak hati untuk sertai segmen giveaway yang dianjurkan oleh rakan blogger. Macam seronok je tengok rakan blogger yang lain join. Kali ni, buat pertama kali aku nak join jugaklah Hehe.

Aku telah di-tag oleh Umie Yana dan CikLa Shahril. Thank you dear :)

Makanya, jom kita join. Mana tahu ada rezeki :)

http://sitiyangmenaip.blogspot.my/2016/07/daehan-minguk-giveaway-by-siti-yang.html
Klik HERE
DAEHAN MINGUK GIVEAWAY BY SITI YANG MENAIP
Assalamualaikum dan hello semua :) Pertama kali tergerak hati untuk sertai segmen giveaway yang dianjurkan oleh rakan blogger. Macam s...

(24) Comments
Assalamualaikum dan hello semua... 

 
Kita masih berada dalam bulan Syawal kan. Dan semua masih ada mood raya kan? Hehe. Pastinya masih kedengaran lagu raya berkumandang di corong radio. Walaupun kuantiti lagu raya yang disiarkan sudah berkurang, tapi masih ada. Makanya, mood raya masih ada tambah lagi bila tiba weekend. Hehe. 

Aku suka dengar lagu raya. Lagu raya zaman dulu memang tak dapat disangkal lagi ke-best-an-nya. Apa punya ayat entah? Haha. 

Aku nak berkongsi dua lagu raya zaman kini yang aku suka. Serius, susah nak suka lagu raya zaman kini. Sebab semua macam bila dengar takde feel raya sungguh. Tapi bila dengar dua lagu ni, mood raya aku turn on. Hehe. 

Pertama, lagu dendangan Akim dan Stacy bertajuk #LebihErat . Suka sangat sebab lirik dan melodinya best! Suara mereka berdua pula sesuai sangat dengarnya. Lagu ni adalah kolaborasi antara Akim dan Stacy bersama Digi. Mereka kan duta Digi sekarang :) 

Akim dan Stacy - #LebihErat

Berikan masa..
Berikan masa..
Sambutlah Syawal mulia..
Lebih erat dengan yang tercinta.

Kedua, lagu daripada Mark Adam, Eyza Bahra, dan Waris bertajuk Salam Lebaran. Lagu ni catchy. Suka gandingan mereka bertiga terutama Mark Adam. Hehe.  

Mark Adam, Eyza Bahra, & Waris - Salam Lebaran


Adakah korang suka pilihan yang sama? Atau korang ada lagu raya zaman kini yang menjadi pilihan? Bolehlah kongsi sesama :) 

Happy listening, all ~ 

Till then,

Love,
Salam Lebaran #LebihErat
Assalamualaikum dan hello semua...    Kita masih berada dalam bulan Syawal kan. Dan semua masih ada mood raya kan? Hehe. Pastinya mas...
July 18, 2016
(16) Comments
Assalamualaikum dan hello semua.. 

 
Kali ni, aku nak berkongsi pula bagaimana cara untuk batalkan automatic renewal subscription untuk aplikasi di Apple Store. Kenapa aku belajar mengenai benda ni? Semestinya ada kes. Tidaklah aku belajar tanpa sebab. Hee. 

Dijadikan cerita, aku download aplikasi Smule. Aku yakin semua orang tahu kan aplikasi Smule untuk apa. Gila punya popular dah sekarang orang yang kira hot di Smule, siap ada dah jadi artis haa.

Aku pun bersungguh download selepas dikatakan bahawa Smule ni best. Walaupun suara tak sedap, masih tetap nak nyanyi. Haha. 

Yang tak best nya Smule, kita hanya boleh nyanyi satu lagu saja secara percuma. Dapat percuma sebab daftar Smule. Selepas dah nyanyi lagu pertama, untuk pemilihan lagu kedua, kau kena add orang lah, invite orang nyanyi lah dan sebagainya. 

Aku malas bab camtu. Nak main-main je kan. Takdelah sampai nak invite orang nyanyi dengan aku. Dahlah suara pun hampeh ( sedar diri weii, haha ). Jadinya, aku automatik klik to subscribe VIP access to Smule yang membolehkan aku nyanyi semua lagu dalam Smule. Gila gelojoh dan teruja tak? 

Nak dijadikan cerita lagi, Smule akan buat auto renewal subscription bila kau dah subscribe. Seminggu dikenakan bayaran sebanyak USD2.99. Seminggu tau, bukan sebulan ye. 

Nak dijadikan cerita, aku ni hangat-hangat tahi ayam, makanya hanya nyanyi di Smule selama dua minggu je. Jenuh cari macam mana nak cancel subscriptions di Setting tapi tak jumpa ( masa ni tak terfikir nak google, boleh tak camtu? Huhu ) 

Dan.. Setelah sebulan bayar percuma je USD2.99, akhirnya aku google juga cara nak cancel subscription dan alahai senang je sebenarnya. Rugi rasa tak belajar awal-awal :(

Aku rujuk >>> LINK INI.
 
Sesungguhnya aku pelupa orangnya. Jadi, nak paste di blog juga. Hee. Lepas ni, harap jangan gelojoh untuk subscribe apa saja. Eh, kalau subscribe pun okay je. Sebab dah tahu cara nak cancel kan? Hihi. 

Korang ada Smule? :D

Till then,

Love,
How to Cancel Automatic Renewal Subscriptions on iPhone
Assalamualaikum dan hello semua..    Kali ni, aku nak berkongsi pula bagaimana cara untuk batalkan automatic renewal subscription un...

(36) Comments
Assalamualaikum dan hello semua :) 

Korang pernah dengar kafe Mangosix Coffee Dessert? Aku tahu mengenai kafe ni masa tengok satu drama Korea, The Heirs yang ada babak mereka dalam kafe ini. Nampak macam menarik je minuman dorang, Mango Smoothie.  

Lee Min Ho dan Kim Woo Bin in The Heirs
 
Tahun lepas, kami #gengmakankeKorea dan sempat singgah di Mangosix Cafe di sana. Teruja gila masa pergi dulu. Hehe. Semua kerana penangan drama The Heirs. Kalau tak tengok drama tu, mungkin tak tahu kewujudan kafe ni. 

Mangosix Coffee Dessert
Assalamualaikum dan hello semua :)  Korang pernah dengar kafe Mangosix Coffee Dessert? Aku tahu mengenai kafe ni masa tengok satu drama...
July 16, 2016
(20) Comments
Assalamualaikum dan hello semua :)

 
Walaupun rasa dah ramai orang tahu, masih aku nak share di sini. Hehe. Al kisahnya aku adalah penguna iPhone yang tegar. Dan setelah bertahun guna, baru beberapa minggu lepas aku belajar cara untuk.. 

How To Transfer Music From PC to iPhone

Sebab utama aku belajar adalah.. 

Nak guna lagu hardstyle remix song bertajuk Suasana Di Hari Raya di YouTube dalam video raya kami tahun ni. Semestinya lagu tu tiada jual di iTunes. Makanya, suami aku download lagu daripada Youtube dan tukar kepada mp3 format. Dan tugas aku adalah untuk transfer lagu tu daripada PC ke iPhone. 

Itu yang aku gigih belajar bagaimanakah caranya. Selama ni dengar orang cakap susah. Banyak kerjalah kena buat kan. Tapi bila aku belajar, senang je sebenarnya. Simple je caranya. 

Aku rujuk video bawah ni untuk belajar cara nak transfer music daripada PC ke iPhone. Terima kasih pada yang berkongsi video tutorial ni. Sangat membantu :) 



Bila dah tahu caranya, bukan setakat lagu hardstyle remix song, lagu-lagu lain yang aku ada dalam PC pun aku dah transfer masuk dalam iPhone. Seronok rasanya bila tak payah beli lagu. Hehe. 

Lagu hardstyle remix song itu hanya digunakan untuk video raya " Time Freeze " ITT team, boleh baca dan tengok dalam >>> ENTRI INI

Tak jadi guna lagu tu untuk video raya keluarga. Tiba-tiba suami aku nak guna lagu Korea pulak. Suka sangat dia dengan lagu Mamacita by Super Junior. Korang boleh tengok video raya " Time Freeze " Keluarga dalam >>>> ENTRI INI

Kalau tak keberatan, selepas tengok video, bolehlah tinggalkan komen untuk feedback kepada video " Time Freeze ". Suka untuk mendengar pendapat korang :) 

Have a nice day, all.. 

Till then,

Love,
How To Transfer Music From PC to iPhone
Assalamualaikum dan hello semua :)   Walaupun rasa dah ramai orang tahu, masih aku nak share di sini. Hehe. Al kisahnya aku adalah pe...
July 14, 2016
(25) Comments
Hello semua.. :)

 
Samyang : Hot Chicken Flavor Ramen
Korang mesti pernah dengar kan Samyang Challenge?Ramen dari Korea yang hangat diperkatakan tentang kepedasan yang melampau. 

Nak dijadikan cerita, aku pun tak nak terlepas peluang untuk cuba ramen Korea ni. Beli ramen sejak dalam bulan Ramadhan di car boot sale depan Maybank Subang Perdana. Harga RM6 / paket. Punyalah popular ramen Samyang sampai ada jual kat car boot sale. Orang yang jual tu nanye jual seluar jeans. Boleh pulak sesat ramen ek? Hehe. 

Aku baru cuba semalam walaupun beli dah lama. Tak nak cuba di bulan Ramadhan sebab takut perut tak tahan. Seram juga kalau perut meragam lepas makan. Bulan puasa lagi kena jaga kesihatan perut agar ibadah puasa dapat dilakukan dengan tenang. 
 
Kesimpulannya.. 

PEDAS GILER!! 

Tak tahan wei aku makan. Tanpa sedar mata dan hidung berair. Serius aku tak tahan. Suami aku pun sama tapi dia gigih juga makan. Aku hanya makan 3 suap saja bertemankan botol air di tangan. Hehe. 

Aku tak nak makan dah ramen ni.  

Korang dah cuba ke? 
Mana yang suka makan pedas mesti cuba ramen Samyang. Mana yang tak tahan pedas macam aku, boleh juga cuba. Ala saja-saja. Sekurang-kurangnya pernah juga merasa walau sekali :p 

Till then,

Love,
Samyang Challenge : Spicy Korean Ramen
Hello semua.. :)   Samyang : Hot Chicken Flavor Ramen Korang mesti pernah dengar kan Samyang Challenge?Ramen dari Korea yang hangat...
July 13, 2016
(12) Comments
Dear all, 

Just sharing..

 
HOW TO NOT BE HARD ON YOURSELF 

Nota nombor dua paling aku sentiasa kena ingat. 
"Don't compare yourself to others because you are not them"

Tak dinafikan, aku ada juga bandingkan diri aku dengan orang lain. Bila dah buat perbandingan, mulalah aku tak semangat dan rasa diri ini serba kekurangan. 

Tahu bahawa tak elok bandingkan diri dengan orang lain. Masing-masing punya kehidupan sendiri. Kadangkala kita tengok orang gembira tanpa tahu apa yang dia hadapi. Mungkin simpan duka di dalam hati. Siapa tahu kan? 

Jadi sekarang, aku positifkan diri agar tidak terlalu memikirkan hal yang tidak perlu difikir. Buang masa je sebenarnya. Dalam sehari ada 24 jam dan tidak perlu buang masa dengan memikirkan hal remeh. 
Always remember, 

Don't be hard to yourself.. 

Till then, 

Love,
How To Not Be Hard On Yourself
Dear all,  Just sharing..   HOW TO NOT BE HARD ON YOURSELF  Nota nombor dua paling aku sentiasa kena ingat.  "Don'...
July 12, 2016
(52) Comments
Assalamualaikum dan hello semua :) 

Apa khabar? Sibuk bekerja pastinya kan hari ni? Ada sesiapa yang cuti lagi ke? Biar betul ni. Hehe. 

Aku nak sambung cerita hari raya kedua pula. Cerita hari raya pertama boleh baca dalam ENTRI INI

Pada hari raya kedua, aku hanya duduk di rumah. Biasalah jadi orang dapur kan. Rajinlah konon kat rumah mentua. Haha! Eh, memang rajin okay :D 

Malam hari raya kedua, ada majlis sambutan hari jadi dan berkumpul sanak saudara keluarga suami di rumah Tok Mak. Aku ditugaskan untuk masak spageti. Terkejut weii! Nak masak untuk ramai orang. Tak pernah buat pun. 

Teruslah aku, Kak Long, dan Ekin pergi ke Econsave untuk membeli barang dapur. Bila sampai rumah, aku terus mulakan misi memasak sambil dibantu oleh Kak Long dan Ekin. 

Pendek kata, walaupun kuah spageti aku masin, haha, terlajak letak garam. Geram sebab asyik tawar je. Sekali aku tumpahkan garam terus. Muahahaha! Mujur kemasinan itu dapat dibetulkan oleh Kak Long. Jadilah tak masin, baru boleh dihidangkan dengan hati yang gembira. Sanak saudara makan dan cakap sedap. Kira luluslah tu. Hehe. 

Aku sibuk memasak di dapur dan suami sibuk rakam video di luar. Sampai disuruhnya aku untuk tukar baju raya sebentar semata nak ambil gambar. Alamak! Aku pun menurut perintah dan terus tukar baju raya kejap. 

Layan gambar kami pada hari raya kedua pula :) 

#siqahOOTD
 
Suka sangat baju ni. Aku suka warna pastel dan ada sedikit lace diletakkan. Baju raya dan tudung daripada Ariani. Baju nampak tak iron di situ sebab sesungguhnya memang aku tak iron. Hahaha! 

Lagi gambar kami berdua. Kali ni gambar disnap oleh Kak Long. Gigih Kak Long jadi photographer :D
 
 
 

Riang ria di hari raya 
 
Selesai bergambar. Tak sampai 30 minit pun. Masa ni hari pun dah gelap sebab nak Maghrib. Takdelah gambar banyak sangat boleh diambil jika kurang pencahayaan. Sebab kalau cahaya kurang, gambar tak cantik. Huhu. Bolehlah daripada tiada langsung kan.

Akhir sekali, seperti yang aku cakap dalam entri Time Freeze Video >> boleh baca DI SINI  Suami buat video time freeze sempena raya tahun ni. Dia sangat gigih rakam dan edit dalam hari yang sama. Siap ada dua versi video. 

Suami lagi semangat bila semua orang memberi kerjasama yang bagus. Semua excited nak berlakon untuk video. Hehe. Keluarga suami memang suka melayan. Kerjasama tip top! 

Lagu yang digunakan untuk video adalah lagu Korea, Mamacita by Super Junior. Tak jadi guna lagu remix raya. Tukar lagu Korea lagi menarik nampaknya. 

Jemputlah korang tengok video "Time Freeze " untuk hari raya 2016 di bawah ye. Sepenuhnya dibuat oleh suami aku. Korang boleh juga bagi feedback yang membina. Boleh suami aku pertingkatkan lagi daya usaha untuk buat video. Videographer suka kalau orang komen video yang dia buat. Untuk penambahbaikan di hari akan datang.

Berkongsi cerita dan pandangan, kan bagus tu :) 

Selamat menonton :) 

First Version

Second Version


Till then,

Love,
Cerita 2 Syawal dan Time Freeze Video
Assalamualaikum dan hello semua :)  Apa khabar? Sibuk bekerja pastinya kan hari ni? Ada sesiapa yang cuti lagi ke? Biar betul ni. Hehe....
July 11, 2016
(24) Comments
Assalamualaikum dan hello semua :) 

Lama kita tak berjumpa ye. 6 hari blog aku diam tanpa kata. Hee. Sibuk beraya dan menghabiskan masa bersama keluarga. Tak sempat langsung nak pegang phone lama-lama apatah lagi untuk update blog. Hari ni, dah start bekerja dalam mood raya. Okay, sebenarnya mood malas. Haha. 

Korang semua dah start kerja ke hari ni? Ada sesiapa yang masih berada di kampung? Seronoknya masih beraya dan bercuti! 

Aku dah start kerja hari ni. Sebenarnya, aku dah start kerja pada hari raya ketiga, Jumaat lepas. Kerja satu hari je dan habis kerja terus bergerak ke Kuantan ( akan diceritakan dalam entri lain ye ). 

Entri ini aku nak cerita mengenai kisah malam raya dan 1 Syawal. Semangat weii berhari raya, pertama kali beraya di rumah FIL. Kelainan pasti terasa :) 

Kalau di kampung aku, malam raya dah takde apa nak buat. Tidur awal jugaklah. Tapi di kampung suami, bila dah tengah malam, lagi semangat tak tido! Hehe. Kami sampai kampung pada malam raya, bergerak ke kampung jam 6 petang selepas kerja. 

Ketupat Mak! Mesti ada setiap tahun bak kata suami.
 

Aktiviti malam raya di kampung semestinya, main bunga api! Kami kaum wanita, main bunga api je, suami dan Kcut main mercun. Berdentum-dentum bunyi. Nak luruh jantung eh. Huhu. Sememangnya kemeriahan terasa walaupun aku asyik mengomel sakit telinga. Hehe. 

 
Bersusun semua main bunga api. Sebagai pembuka acara malam raya :D

Lepas tu, jam 12 am, kami semua anak-anak, keluar rumah pergi ke bazar Ramadhan + Uptown Muar. Saja jalan-jalan, yang ada misi mencari tudung hanya Ekin dan Kak Long. Kami yang lain menemani je. Mujur aku tak membeli apa-apa. Sebenarnya ada berkenan satu baju kurung, murah je RM79 tapi tiada saiz. Baguslah tiada saiz, tak berlaku pembaziran di situ kan? Nampak kelegaan di mata suami bila tiada saiz baju aku. Hahaha! 

 
Muar SOUP HOUSE
Semua sup sedap di sini! Cicah roti dengan sup. Sedap! Supper kami pada malam raya. 

Sampai rumah lebih kurang jam 3 pagi dan tidurlah masing-masing. Aku memang lena sungguhlah. Penat sangat rasa. 

Pagi Syawal. Bangun tidur dengan penuh semangat walaupun tak cukup tidur. Biasalah kalau raya tak cukup tidur kan. Siapkan diri dan pastikan sudah cantik apabila suami pulang dari solat raya. Hehe.

Selepas sesi bermaafan, mulalah sesi bergambar pula. Gambar kami sekeluarga dan gambar kami berdua diambil menggunakan tripod suami. Kebetulan di hari raya, tripod patah. Nasib baik masih boleh repair. 

Jom layan gambar-gambar raya kami :) 

Ayah. Mak. Ekin. Aku. Kak Long. Kcut. Aliff.
 
Not in frame: Uda dan suami, Kerol dan suami Kak Long, Aliff juga namanya. 

Ayah dan Mak ada pengumuman raya dibuat selepas sesi bermaafan. Apakah intipati pengumuman itu? Haha. Biarlah kami saja yang tahu. Hehe. 
 

Bersama PIL. Seronok beraya bersama mereka.
 

Aku dan Suami 
 

Kitty ambil gambar! Hehe. Kitty kucing peliharaan Kcut dan Ekin. Bawa bersama jika mereka pulang ke kampung. Comel Kitty :) 
 

Selesai bergambar dalam rumah, kita sambung bergambar di luar rumah pula. Gambar kami berdua diambil menggunakan tripod. Hee. Masing-masing ada aktiviti sendiri masa ni, tiada siapa nak layan kami bergambar. Mujur ada tripod :D

Pokok kelapa yang sentiasa menjadi pilihan untuk bergambar :) 
 

#siqahOOTD katanya
 
Baju raya pertama dibeli oleh Mak. Mak beli kain sepadan untuk semua dan suruh kami tempah baju. Dan buat sekian kalinya, aku tempah baju raya. Selama ni, aku beli baju siap je. Jadi tahun ni, ada kelainan sikit dari segi baju raya. Hee. 

Dari segi baju raya, kalau keluarga suami, suka baju sedondon semuanya. Kalau keluarga aku, suka baju ikut tema keluarga masing-masing. Nanti bila bergambar, warna warni jadinya. Hee. Mana-mana pun layankan je. Suka semuanya :)

Sambung bergambar..

Bergambar dengan kereta pulak
 

Dari dulu nak ambil gambar camni (^_^)
 

Ayah. Suami. Kcut.
 

Sebahagian daripada keluarga besar FIL
 

Siang hari, beraya sebahagian daripada rumah FIL. Beraya sambil marhaban. Ini adalah satu kelainan yang sangat ketara apabila beraya rumah FIL. Kalau keluarga aku, mana ada marhaban. Jumpa marhaban masa kenduri kendara je. Haa. Malam hari, sambung marhaban keluarga. Adalah 6 buah rumah semuanya. Ada satu rumah tu, diberi nombor untuk cabutan duit raya. Dan suami dapat nombor 10 dengan duit raya  30 sen. Hehe. Aku dapat RM1 :D

 

Sampai lewat malam dan masih marhaban. Makanya, mulalah jadi gila. Hahaha. Sempat Boomerang di salah sebuah rumah FIL. Hehe.

Bila dah sampai rumah, lebih kurang jam 1 pagi, kami anak-anak masih tak tidur. Sambung shooting video dan bergambar. Suami ada buat video "time freeze" hari raya. Sampai ke malam shooting video. 

Salah satu video yang dirakam adalah video "timelapse" kami wanita menari. Haha. Takde kerja namanya di awal pagi. Mulalah cari pasal. Hehe. 

Bersungguh buat timelapse :D


Habis shooting video, kami bergambar pula. Gambar kami semua diambil di awal pagi sebab Uda tiada dalam gambar pagi tadi. 
 

Ini saja cerita pada hari raya pertama. Cerita hari raya akan disambung dalam entri seterusnya termasuk video "time freeze". Rasa dah panjang entri ni. Hehe. 

Korang dah update cerita hari raya ke? Mesti dah rasanya tu kan? Nanti aku terjah blog semua ye. Teruja nak tahu cerita raya korang pula :) 

Sebagai penutup, gambar selfie satu. Hehe. 
 

Thanks reading,

Till then,

Love,
Cerita Malam Raya dan 1 Syawal
Assalamualaikum dan hello semua :)  Lama kita tak berjumpa ye. 6 hari blog aku diam tanpa kata. Hee. Sibuk beraya dan menghabiskan masa...