January 25, 2016
(0) Comments
Satu Malaysia dah tahu yang lagu Potret by Akim & The Majistret dah menjuarai Anugerah Juara Lagu 30 semalam. Seperti sudah dijangka jugak nanye. Walaupun aku bersungguh ingatkan Dayang Nurfaizah yang menang.

Bagi aku, lagu Potret nie berhantu. Haha! Berhantu sebab sejak lagu nie keluar sampailah sekarang, masih meniti di bibir kita. Masih tak jemu mendengar walaupun dah lama. Biasanya, lagu zaman sekarang, aku akan cepat bosan. Tapi bukan pada lagu Potret. 

Pada mulanya, aku tak tahu pasal kewujudan lagu nie. Sampailah, di Instagram, ramai orang yang post gambar dengan lirik lagu Potret sebagai caption. Part chorus yang nie: 

Jauh terbawa lukisan hatimu
Hilang mencari di mana kau pergi, 
Tinggal aku menahan luka ini,
Sampai harusku pergi. 


Sampai letak kat instagram. Hihi. 

Aku jadi tertanya-tanya best sangat ke lagu nie. Dengar di YouTube dan terus beli di iTunes. Bersungguh kau! Haha! Pastu mulalah hari-hari on the way ke pejabat dan pulang ke rumah, putar lagu Potret sampai ke sudah. Samalah yang aku buat untuk lagu Janam Janam. Bersungguh dengar sebab suka sangat dan rasa rugi kalau beli tapi dengar sekali je. Haha! Kalau dah beli mestilah suka berganda kan. 

Bersungguh aku nak faham lirik lagu nie. Aku jenis orang yang suka memahami lirik lagu. Kadang-kadang melodi lagu tak best sangat, tapi kalau lirik best, aku akan jatuh cinta jugak dengan lagu tue. Contohnya lagu Erti Cinta by Maya Karin. Hii.

Untuk Potret, last sekali aku buat kesimpulan lagu nie berkisahkan tentang kehidupan seseorang selepas dia ditinggalkan. Potret bermaksud lukisan. Lebih kepada lukisan wajah. Mungkin yang cuba disampaikan adalah lukisan kehidupan diri orang yang ditinggalkan itu. Tak tahulah kefahaman aku sama ke tak dengan penulis lirik lagu nie. Hehe. 

Tak kisah apa pun, yang penting Akim & The Majistret - teruskan usaha untuk menghasilkan karya yang menarik tertarik! Yang berbulan-bulan keluar dan masih berada dalam top carta di Malaysia. 

Looking forward to your new song! 

Sehingga bertemu lagi, 

Love,
SiQaH
Lagu Berhantu Potret
Satu Malaysia dah tahu yang lagu Potret by Akim & The Majistret dah menjuarai Anugerah Juara Lagu 30 semalam. Seperti sudah dijangka jug...
January 23, 2016
(2) Comments

Baru je lepas tengok filem nie, Bajrangi Bhaijaan. Tak tahu pun mengenai filem nie nanye. Selepas dengar cerita Dilwale tidak berada di tangga teratas dalam top movie di India, tergerak hati nak tahu apakah filem yang mengatasi Dilwale. Dan salah satu filem itu adalah bertajuk Bajrangi Bhaijaan. 


Serius! 5 stars untuk filem nie! Jalan cerita yang sangat menyentuh hati. Cerita yang ada maksud tersendiri, ada wujud kehebatan cinta daripada konteks yang berbeza. Bukan cinta sesama loving couple je. Love the movie so much! Menangis teresak-esak, tersedu-sedu tengok filem nie. Starting je dah nangis. Di penghujung filem, memang lagi menangis bersungguhlah aku. Mujur aku tengok filem nie berseorangan di rumah. Mr A kerja. So tak payah nak cover lah walau menangis beriya. Basah baju! 😭😭


Dari segi lagu, for sure, Dilwale menang! Yang best, dalam filem nie, tiada lagu berangan! Yeayyy! Haha! Lagu pun comel dan kelakar. Mula-mula, lagu selfie, pastu ada lagu chicken pulak. Haha! Ada sebab kenapa dia nyanyi lagu chicken. Ada satu lagu tajuk Tu Jo Mila. Lagu nie best dan lirik pun sama best! 

 
Lagi yang menarik perhatian aku adalah gadik cilik yang berlakon bersama Salman Khan. Watak sebagai Shahida. Sumpah comel gila budak nie. Berkali-kali aku kata dia comel. Dia berjaya bawa watak sebagai seorang budak yang bisu dan kehilangan mak di India. Dia dari Pakistan. So jalan cerita berkisar mengenai Salman Khan yang nak hantar dia pulang ke negara asal, Pakistan. Dan tahu kan ketidakfahaman Pakistan dan India. Tambah lagi dengan masalah komunikasi antara mereka, lagi membuatkan perjalanan mereka sukar. Tapi akhirnya berjaya dilalui semuanya. 


Comel kan? Kan? 


Lagi satu yang menarik perhatian aku adalah destinasi dalam filem nie. Kalau Dilwale, terpikat dengan Iceland. Kali nie, aku terpikat dengan Kashmir. Lawanya ciptaan Allah. Alangkah bertuah kalau dapat melihat di depan mata. 

Kesimpulannya, filem nie wajib ditonton! Really recommended to all! Lepas tengok filem nie, aku dah boleh move on from Dilwale. Cuma dari segi lagu, belum lagilah. Rugi weii beli lagu Dilwale kalau move on cepat sangat. Haha! Cakap pasal lagu, aku masih tak berjaya download lagu Tu Jo Mila di iTunes. Got problem with payment method. Tak tahulah kenapa. Entah ada masalah ke Apple oiiiii!

p/s: korang boleh tengok filem nie di page Facebook: Malaysia Tube . Selamat menonton! 

Sehingga bertemu lagi, 

Love, 
SiQaH 




Awesome Bajrangi Bhaijaan
Baru je lepas tengok filem nie, Bajrangi Bhaijaan. Tak tahu pun mengenai filem nie nanye. Selepas dengar cerita Dilwale tidak berada di tang...