December 13, 2016

Best Place to Stay in Cyberjaya : Shaftsbury Serviced Suites


Pertama kali aku ke Cyberjaya. Mengambil keputusan untuk ke Cyberjaya selepas tak tahu nak ke mana. Semestinya semua tempat fully booked dan tak nak juga sesak di highway kalau balik pada hari Isnin. Kebetulan suami ada kerja di Cyberjaya dan kami memilih to have our short weekend getaway in Cyberjaya. 


Kami memilih untuk bermalam di SHAFTSBURY SERVICED SUITES di Cyberjaya. Selama ni hanya tidur di hotel dan kali ni kami pilih untuk tidur di serviced apartment pula. Okay fine! Sebenarnya, hotel fully booked. Haha. Padan muka, last booking sangat kan πŸ˜€ 

Alhamdullilah. Pilihan kami sangat tepat sebab Shaftsbury best sangat! Serviced apartment yang feel like home dan berdekatan pula dengan Shaftsbury Square yang penuh dengan kedai makan. 

Aku booked Junior Room tapi telah di-upgrade kepada One Room Suite sebab Junior Room dah penuh. Aku tak kisah sebab upgrade. Kalau downgrade, rasa geram jugak. Hihi. 

Jom aku bawa korang tour dalam One Room Suite ye ☺

RUANG TAMU





DAPUR





BILIK TIDUR



Aku tak ambil gambar bilik mandi. Biasa je bilik mandi. Cuma tiada bathtub. Kelengkapan dapur pula sangat lengkap. Peti sejuk, microwave, pinggan mangkuk, cawan, periuk, frying pan, periuk nasi, pemanas air elektrik, dan pembakar roti. Semua lengkap! Beli bahan basah je kalau ada sesiapa nak masak. Aku tidaklah masak di sini. Hihi. 

Love the tagline : Your Home Away From Home

Toiletries. Aku ambil semua bawa balik walaupun aku tak guna. Hahaha. Memang hobi aku ambil semua. Hihi.

Pemandangan dari bilik kami di tingkat 8. Short weekend getaway in a city makanya pemandangan pun nampak bangunan jela πŸ˜„



SWIMMING POOL


Kami hanya lepak sebentar di sini selepas sarapan. Tidaklah mandi walau tiada orang masa tu. Rasa rugi sebab aku tengok gambar di Instagram, ramai juga yang post gambar di sini ketika sunset. Bestnya!! Lama tak tengok sunset dalam suasana yang tenang. Biasa nampak sunset tapi sedang memandu. Mana mahu nak ambil gambar. 


Pemandangan kolam renang dari atas. Cantik! Gambar ini aku ambil dari Mr Google.

Lebih kurang jam 11 malam, kami keluar untuk menikmati pemandangan malam di Putrajaya. Memandangkan kami dah beberapa kali keluar berjalan di Putrajaya, jadi kami hanya pergi ke Jambatan Seri Wawasan dan Jambatan Seri Gemilang. 

Jambatan Seri Wawasan

Jambatan Seri Gemilang
Sampai sekarang aku masih google untuk memastikan nama jambatan di Putrajaya adalah betul. Serius, walau berkali aku ke Putrajaya, masih tak ingat nama jambatan. Ada sesiapa yang ingat nama jambatan ke? 


Curi ambil gambar encik suami semalam. Hihi. Mungkin sedang memikirkan kerja yang bakal dihadap hari ini. Isterinya esok, hari Rabu baru masuk kerja. Hari ini masih bermalasan di rumah 😎 

Itu saja kisah kami di Cyberjaya. Tiada apa sangat pun selain daripada pertama kali tidur di serviced apartment. Besar dan kalau bawa family ramai-ramai pun best. Bawa je toto sekali. Boleh tidur di ruang tamu. Sofa pun besar dan boleh muat seorang tidur. Eh dua orang pun bolehlah. Hihi. 

It was too bad because our stay here was too short. We felt really comfortable and it felt like home. It really suits their tagline, Your Home Away From Home. Aku rekomen untuk semua datang ke sini. Sesuai tak kisah for couple or family. 

Mungkin ini adalah short weekend getaway kami berdua yang terakhir untuk tahun ini, 2016. 

Masih tiada plan untuk tahun depan. Suami seorang tentera makanya semua plan harus last minute. Layankan je πŸ˜‡


20 comments:

  1. lawanya living room dia! erin sanggup je tinggal dekat apartment macam ni sorang sorang. rasa adult sangat :P

    hehehe ingatkan erin sorang je yang bawak balik semua toiletries

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lawa kan living room dia! Suka sangat sebab simple dan nampak kemas je :) Siqah pun sanggup duk sini sorang2. Best je rasa :D Nanti erin dah kerja, mana tahu dapat peluang duduk apartment camni kan :D

      Hehehe. Sep sikit! Siqah pulak ingatkan siqah je bawak balik toiletries. Hihi

      Delete
  2. Bestnyaa. Swimming pool pun menggoda suoh dtg mndi tu. Hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Tergoda cik renex melihatnya ye :D Mohlaj datang nanti :)

      Delete
  3. cantiknya bilik ni rasa tak nak keluar bilik dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yang siqah rasa. Nak duduk je dalam rumah diam-diam. Hii.

      Delete
  4. memang lawa tempat ni! lenne suka ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn lenne :) Lawa! Suka sama-sama :)

      Delete
  5. Cantiknyaaaa...tetiba berangan kan syok kalau ada rumah sndr mcm suite room tu... Small n cosy jee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berangan dulu dear. Mana tahu satu hari nanti jadi kenyataan :D

      Delete
  6. wahh baru tahu husben akak army.. ptt la semua last minute.. best hotel ni kak, kalau tgl sini terus lagi best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. haah unni, husband akak tentera. memang last minute jela. daripada kecewa tak jadi pergi kan. hihi.

      Best unni. Sure rasa nak tinggal sana terus. Rasa tenteram je :D

      Delete
  7. Kalau dia upgrade tu kita kena tambah duit ke Siqah? or sam price?
    Cantik lah tempatnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. same price kak. Sebab siqah booked junior room dan dorang yang upgrade bilik. So harga sama lah.
      Cantik tempatnya.. bolehlah for short getaway :)

      Delete
  8. bestnya dapat gateway cam ni :) mek kne tgu tahun depan la nk cam ni ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali kan mek :) Mek kena tunggu habis pantang lah ye.. anak dah besar sikit ke.. Insyallah tahun depan mek pula g getway ye :) Mehlah datang sini. hihi

      Delete
  9. lawa gila akak bilik diaaaa.. warna soft gitu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnnn ~ Akak suka.. soft color buat kita tenang je.. gitu :D

      Delete
  10. Sekali sekala manjakan diri dengan bercuti di suites.. Lama dah reen tak merasa bercuti cam ni.. :)

    Dah jadi surirumah.. Duit poket pun dah tak semewah dulu. Eceh ceh hihihi

    In sya Allah, ada rezeki lebih nanti boleh Reen bercuti disini juga 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah nanti reen pula merasa cuti begini ye :) Pergi kejap pun takpe asalkan bersama tersayang. Spend quality time together 😊

      Best tau jadi surirumah. Hihi 😍

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。