December 05, 2016

My Weekend in Numbered List

Sepatutnya aku up entri ini semalam tapi tak sempat. Tak daya nak on laptop dan siapkan entri ini. Hanya draft sedikit dalam app BlogTouch Pro saja.

Idea mengenai "My Weekend in Numbered List" ini sebenarnya daripada one of my favourite blogger, Erin. Aku suka akan idea ini dan minta permission to use the same ideas. And she said yes. Hihi. Thank you Erin ☺ 




SABTU 

1. Bangun tidur dan terus berfikir nak kemas rumah sebab ada tetamu nak datang petang nanti. Kakak dan adik aku je nanye. Hihi. 

2. Buka dashboard blog dan tengok Reading List. Sempat baca dan komen di beberapa blog rakan blogger. 

3. Bersiap untuk pergi ke rumah Ayah. Along dan Anjang dah ada di sana. 

4. Selepas sarapan pagi, bersiap nak pergi ke JKids Playground di Paradigm Mall. Bawa anak saudara aku, Erysya, Surfina, dan Thaqif bermain di sana. 

5. Masih di Jkids Playground. Biasalah kalau bawak budak bermain, tak nak balik weii! 



6. Umpan Surfina dengan nak pergi mandi kolam di rumah aku di petang hari dan dia terus setuju nak balik. Finally!!

7. Singgah kedai makan untuk lunch walaupun masa tu jam sudah pukul 4 petang. 

8. Balik rumah. Encik suami bersiap pula nak pergi kerja. Kasihan dia tak tidur langsung. Dahlah kena duty malam. Huhu. 

9. Aktiviti mandi-manda berlaku. Aku hanya jadi penonton saja.




10. Jam 9.30 malam, kami bergerak ke KLIA2 untuk ambil Kak Ngah Mai (ibu kepada Surfina dan Thaqif) yang kembali dari Kedah.

11. Flight delayed! Sepatutnya bergerak jam 10 malam tapi delayed sehingga jam 11.55 malam. Kami tiba di KLIA2 jam 10.20 malam. 

12. Memandangkan lama lagi mahu menunggu, kami masuk ke dalam KLIA2 untuk pergi supper. 

13. First time aku masuk KLIA2. Hehe. Excited lebih sikit. Besar dan best KLIA2 sebab banyak kedai untuk shopping. 



14. Aku beli satu palazo warna maroon. Hihi. I love palazo so much! Mana-mana nampak palazo rasa nak beli je. Hehe. 

15. Aku makan Spicy Chicken McDeluxe pada jam 11.30 malam. OMG! Menambahkan kegemukan pada diri ini. 

16. Jam 1.45 pagi, Kak Ngah Mai keluar dari KLIA2 dan kami bergerak pulang. Sampai rumah jam 2.25 pagi. 

17. Tak boleh tidur sebab tetiba mata macam segar. Aku tengok episod 5 Legend of the Blue Sea ( Korean Drama ). Tengok selama 42 minit saja. Ambik screenshot masa dan terus tidur. Masa tu jam menunjukkan pukul 4 pagi. 


AHAD 

18. Bangun tidur jam 8.30 pagi. Ikutkan hati nak tidur lagi :D Walaupun mengantuk, masih gigih bangun sebab keluarga aku sangat mementingkan sarapan bersama. 

19. Lepas sarapan, aku tidur balik. Terjaga jam 12 tengahari. Haha. Buruk sungguh perangai. 

20. Balik ke rumah aku. Encik suami dah balik kerja. Kami bersiap nak ke IKEA pula di petang hari bersama Along sekeluarga. 

21. Sebelum itu, singgah di kedai Dobi Papa.  Tak sempat nak tunggu mesin baju siap. Pesan kat kakak di kedai itu untuk tolong keringkan baju dan lipat. Bayaran sebanyak RM0.80 / kg. 

22. Aku sampai awal di IKEA. Sementara menunggu Along sampai, aku dan encik suami minum petang di JomBananas! Kedai di depan The Curve. Sedap jugak pisang goreng nangka dicicah dengan cili kicap dan chocolate. 


23. Along sampai. Berjalan di IKEA sambil melihat apa yang baru. Seronok tiap kali masuk IKEA. Suka tengok hiasan dalam IKEA. Bestnya ada rumah camtu. Cantik, kemas, dan ringkas =) 

24. Singgah makan di Tesco. Pergi ke Watson dan beli Organic Aid Vitamin E Moisturizing Cream. Aku rasa kulit muka aku semakin kering dan nak cuba krim pelembap ini setelah baca entri mengenainya di blog Erin. Erin lagi. Hihi. 

25. Berpisah dengan Along. Along sekeluarga bergerak pulang ke Kuantan. Aku dan encik suami terus ke Kuala Lumpur. Tujuan hanya satu saja. Encik suami nak gunting rambut di satu kedai yang dia dah biasa. Katanya, kedai itu saja yang memenuhi kriteria yang dia nak. Layankan. 

26. Pergi kedai Dobi Papa untuk ambil baju yang dihantar petang tadi. Dah siap semuanya. Total harga RM8.50. Upah keringkan baju dan lipat. Layankan jugak, Tak sempat punya pasal kan. 

27. Menonton Konsert Akhir Gegar Vaganza dan seperti dijangka, Azharina menjadi juara. Aku lebih sukakan Siti Sarah tapi tak dinafikan vokal dan persembahan Azharina lagi mantap semalam. 

28. Selamat malam dan tidur.


Weekend yang penuh aktiviti dua hari berturut. Apabila keluarga datang dari jauh, pasti mahu meluangkan masa bersama 。^‿^。

Tembamnya la hai! 

Have a nice day, all ❤

20 comments:

  1. wahh kak makin comel!! hihihihi.. rindunya kat KLIA.. penuh aktiviti mesti bestkan. xda la boring sgt.. tp family dtg ruginya kalau x luang masa bersama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makin comel tu nak cakap makin tembam kan? πŸ˜πŸ™ˆ Haah sesekali je full aktiviti weekend. Biasa duduk rumah je lebih. Bermalas-malasan. Hii.

      Delete
  2. "Erin lagi. Hihi." hahahahahahaha kelakar la siqah! :*

    sedapnya pisang goreng nangka tu! btw, lee min ho handsome sangat la in legend of the blue sea rasa mcm ya Allah kau kuatkanlah imanku huuuu cuba bayangkan lee min ho sekarang berlakon boys over flowers balik ish mesti lagi hot! <333

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi. "Erin lagi" :D

      Sedap pisang goreng nangka! Comel2 pulak tu pisangnya.

      Erin! lee min ho memang sangat handsome dalam LOTBS tuuuuuuuu!! Masa dia pakai baju pilot tu 😍 perghhh handsome gila gila gila. Bestnya kalau ada remake BOF. Sure lagi bertambah semangat nak tengok. Hot hot hot! 😍😘

      Delete
  3. rajinnye kuar weekend, saya penat je so duk rumah layan cite 1 hari.
    nak try jugak moisturizer tu hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuar sebab family datang. Kalau tidak, siqah lagi suka duduk rumah bermalas-malasan. Hihi.

      Trylah yank moisturizer tu :) Siqah baru pakai dua hari, dan best bila bangun tido. Lembap je muka :)

      Delete
  4. comelnya awak yg last sekali tu,,, zety igt warda tadi

    =))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jauh sangat siqah dengan warda,, warda cantik sangatttttt 😍

      Btw, thank you zety cakap kita comel. Kiki πŸ˜πŸ˜„

      Delete
  5. Akak pun suka pergi Ikea, suka dengan hiasan dalamannya. Kalau tak beli dapat cuci mata pun jadilah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Jadilah kan kak dapat cuci mata pun. Kadang2 pergi beriya, beli dua barang je :D

      Delete
  6. you organic aid tu berkesan, cuma krim likat sikit..you guna je kosisten memang berkesan..i suka krim tu cuma ingredient dia ada satu bnda i xsuka..mineral oils ke apa tu..yg i jd xberkenan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. baru 3 hari guna dan siqah memang suka! Bangun pagi terasa best je kat muka. Hihi. siqah akan berterusan guna selagi takde kesan buruk kat muka :D

      Bagusnya u siap tengok ingredient ek. Siqah tak pernah tengok nanye. Hihi.

      Delete
  7. Rajin bawa anak buah jalan2, mai pun suka, puas hati tgk dorang happy walaupun balik tu terkepek penat, hahaha tu belum anak sendiri lg tu. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Kan mai. Siqah pun suka tengok anak buah happy. Lagipun takde anak lagi, kepada mereka lah menumpang kasih sayang :)

      Kalau ada anak sendiri, tak dapat bayang camne gayanya. Hihi

      Delete
  8. mcm2 akak buat kan time weekend.. btw akak comel. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Tetiba full pulak aktiviti weekend :D

      Thank you busyra :) Busyra lagiii comel 😍

      Delete
  9. Bila dapat weekend yang padat dengan aktiviti, rasa nak drag je cuti. Seronok sangat kan.
    Kita ni seronok sampai blog sendiri pun tak update. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah. Betul tu shea :D Seronok sampai rasa nak drag je cuti lama2. Hihi.
      Patutlah lama tak update blog, sakan cuti rupanya. Bape lama lagi tue nak cuti? Hihi

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。