December 27, 2016

Latest Korean Drama I Have Watched - 2.0




Kembali kepada siri Latest Korean Drama I Have Watched =) 

Kali ni aku nak berkongsi empat drama Korea yang aku sudah tonton. Untuk membuatkan entri ini ringkas, aku hanya sertakan apa yang aku suka dan tidak suka dalam setiap drama Korea ini ☺

The K2 


Inilah drama yang paling lama aku ambil masa untuk habis tengok. Berhenti di episod 12 dan berterusan tengok sikit-sikit sampai habis. 

LIKE



Ji Chang Wook. Haha. Sebab utama aku menonton drama ni. Dari sini aku mengenali Ji Chang Wook dan terus tengok drama Healer yang dia lakonkan sebelum ini. Dan serius, aku lagi suka JCW dalam Healer. 

Cloud 9. Dalam drama ni ada satu tempat khas bernama Cloud 9. Aku suka akan konsep Cloud 9. Hebat sungguh dengan teknologi yang ada walaupun tak tahu teknologi itu sungguh ada ataupun rekaan dalam drama ni saja. 

Episod akhir yang superb! Akhirnya semua persoalan terjawab. Orang yang disangka jahat rupanya terpaksa jadi begitu kerana ayahnya.

Aku menangis dalam adegan Choi dan ayah Anna yang mati bersama disebabkan bom dalam Cloud 9. Tak sangka ayah Anna menyayangi Choi. Haih, asyik gaduh je. Bila nak mati, baru nak confess perasaan, show your love. 

Hargai orang yang sentiasa menyayangi dan tidak pernah tinggalkan kita walau apa yang terjadi. 

Ending yang comel. JCW handsome sangat dalam babak akhir. Hehe. 


DISLIKE
Majoriti drama ini adalah kisah politik dan perebutan kuasa. Kenakan satu sama lain. Mana yang bijak akan berjaya. Bosan dengan kisah politik sebenarnya. Tapi masih tengok kan? Hehe. 


Chemistry JCW dan Yoona. Aku tak dapat rasa chemistry antara mereka berdua. Pertama kali tengok Yoona berlakon dan aku rasa dia okay je berlakon, cuma entahlah, tak suka sangat apabila mereka digandingkan bersama. 

Tak banyak adegan romantik dan sweet. Haha! Apalah drama Korea tanpa aksi sebegitu ye tak? Hehe. Seperti aku cakap drama ni penuh dengan kisah politik, jadi mungkin itu punca utama kenapa tiada adegan sweet romantik sangat. Adalah beberapa tapi sikit sangat. Tak puas! Haha. 


Woman With A Suitcase 




LIKE
Kisah peguam dan penyiasatan. Aku suka genre drama / filem begitu. Aku berterusan tengok drama ni sebab nak tahu jalan penyelesaian untuk kes yang diberi. Watak utama akan memastikan pengadilan setimpal dikenakan tanpa mengira status.

Aku minat Choi Ji Woo sejak Winter Sonata. Rasanya dia nampak muda sentiasa. Lakonan masih sama dan bagi aku, dia sangat padan membawa watak sebagai seorang peguam. 

Choi Ji Woo akhirnya berjaya menjadi seorang peguam yang berjaya dan dikenali. Dia sangat mementingkan keadilan dan akan berusaha untuk bagi keadilan tersebut kepada client dia. Sangat bermotivasi. 


DISLIKE
Hero utama tak kacak! Haha. Pada mulanya, aku malas juga nak tengok drama ni. Tapi disebabkan Choi Ji Woo dan jalan cerita kegemaran, aku teruskan juga tonton walaupun hero tak kacak. Hihi. Tapi sebenarnya, memang hero tak kacak pun. Lama-lama rasanya okay je dia. Padan dia dan Choi Ji Woo. Both dalam umur 30an-40an gitu. 

Ending biasa je. Tiada tunjuk kisah antara Choi Ji Woo dan hero lelaki. Mungkin mereka bersama tapi kenapa tak tunjuk babak mereka berdua?


On The Way To The Airport 


Aku ada cerita mengenai drama ini >> DI SINI. Keterujaan menonton drama ni sebab ada sedikit babak di Malaysia. Dan serius, babak di Malaysia menunjukkan yang Malaysia (Putrajaya) cantik sangat ❤


LIKE
Buat pertama kali, aku setuju kalau Choi Soo Ah dan Seo Do Woo bercerai dengan pasangan masing-masing dan bersama. Aku tak suka tengok cerita kisah kecurangan pasangan tapi drama ini exceptional bagi aku. Aku suka walaupun tema cerita sebegitu. 

Aku sangat kasihan pada Choi Soo Ah. Ada suami yang sangat mementingkan diri sendiri. Mujur ada Seo Do Woo di sisi. Seo Do Woo juga ada isteri yang suka ikut kepala dia je. Agak kasar bahasa aku rasanya? Haha. 

Disebabkan pasangan mereka yang annoying itu, aku sangat mahukan Choi Soo Ah dan Seo Do Woo bersama. 


Suka dengan ending drama ni. Akhirnya mereka berpisah dengan pasangan masing-masing tapi mereka tidak terus bersama. Masing-masing membawa diri dan buat apa yang dorang nak buat. Muhasabah diri lah tu agaknya :p Seo Do Woo setia menanti sehingga Choi Soo Ah kembali dan ingin teruskan hidup bersamanya.


Bercucuran air mata aku tengok babak terakhir drama ni. Simple je babak di airport. Aku gembira sangat sebab Choi Soo Ah akhirnya bertemu kebahagiaan dengan seorang lelaki yang sangat mencintai dan menghargai dirinya. 

Pertama kali aku menangis menonton drama Korea bukan kerana sedih, tapi sebab aku gembira =D


DISLIKE
Aku tak suka dengan watak suami kepada Choi Soo Ah dan isteri kepada Seo Do Woo. Annoying sangat dorang tu! Sangat! Rasa nak hempuk kepala dorang kat dinding biar sedar cepat sikit. Melampau lagi nampaknya ayat aku. Haha. 

Drama ini sangat slow. Dah kata melodrama kan. Serius slowwwwww ~ Untuk mereka yang tak suka akan cerita yang slow, mungkin tidak akan berterusan menonton drama ini.


Moon Lovers : Scarlet Heart Ryeo


Aku jatuh cinta dengan OST Moon Lovers : Scarlet Heart Ryeo lebih daripada aku suka dramanya. Aku baru tengok drama ini di ONE HD minggu lepas. Disiarkan 20 episod pada hari Sabtu dan Ahad. Jenuhlah marathon tengok. 

Aku nak tengok drama ni hanya kerana aku dah suka OSTnya dan dalam masa yang sama, aku nak tengok drama yang hangat diperkatakan. Ramai aku dengar suka drama ni daripada yang tak suka. 

Aku? Bagi aku drama ni biasa je. Aku tidak terlalu suka. Tengok hingga episod akhir sebab nak tahu ending dan nak tahu bagaimana Hae Soo kembali ke zaman sekarang. 


LIKE


Semua pelakon comel dan cantik termasuk manusia jahat dalam drama ni. Termasuk juga maharani. Eh semualah =D

Pakaian cantik. Aku suka tengok drama zaman dahulukala sebab suka tengok pakaian mereka. Semua cantik!!! Nak juga cuba sarung pakaian sebegitu di badan sendiri. Nak kena pergi Korea ke? Hihi. 

Tempat pengambaran cantik. Aku suka istana lama mereka. Aku suka akan peninggalan sejarah dan rasa kagum dengan orang Korea yang masih menjaga asal usul mereka dengan baik. Semua tempat dalam istana cantik =)


Paling suka pasangan Hae Soo dan Wang So. Mereka sangat padan bersama. Bagai pinang dibelah dua. Hihi. Adegan romantik yang comel je =)


Kelakar dan comel. Aku paling suka watak Wang Eun. Selalu dikenakan dan pasti terkena. Hihi.


OST drama Korea yang best!! Semua lagu best termasuk lagu apabila orang mati dalam drama. Haha. Aku beli 11 lagu OST drama ni. Lagu paling aku suka adalah Say Yes, For You, dan I Love You, I Remember You ❤

Suka dengan semua babak antara Hae Soo dan Wang So. Aku sukakan lelaki seperti Wang So. Jatuh cinta dan go for it! Yeayyy! 






DISLIKE
Pada mulanya drama ini menarik dengan kisah persaudaraan semua putera dan Hae Soo. Lama kelamaan drama ni dipenuhi dengan kisah tragik dan perebutan takhta sehingga sanggup bunuh saudara sendiri, dan perebutan cinta antara Hae Soo, Wang So, dan Wang Wook. 

Ending. Punyalah tak best ending gitu. Haih. Rasa penat tengok 20 episod dengan ending sebegitu :( Sedih tapi kenapa aku tak nangis?

Dah habis review drama Korea. Empat sekaligus. Dan pendek je entri kali ni tanpa sinopsis dan cerita lebih mendalam. Malas nanye. Haha. 

Ada yang tengok drama Korea di atas? Apa pendapat korang, suka atau tidak?

52 comments:

  1. setuju sangat dengan kenyataan yang Ji Chang wook sangat handsome.. Healer tak tgk lagi..
    Scarlet tu pun sakit hati dengan ending dia..
    Stress tau tengok diorang bergaduh.. hopenya ada lah sambungan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnnnn kannnn kak.. JCW sangat handsome. Akak tengok tau nanti Healer. Serius lagi terpikat dengan JCW dalam Healer <3

      Siqah pun harapkan Scarlet Heart ada sambungan. Tolonglah sambung dalam zaman sekarang pulak. Dorang kan percaya pada kelahiran semula. Hihi :D

      Delete
    2. Kikikiki.. semoga hasrat kita tercapai nak tgk sambungan scarlet heart.. okay.. nanti akak tengok Healer..

      Delete
    3. Hehe. Hope sangat dorang buat 2nd season kan πŸ˜‰ akak buat siqah nak tengok Healer lagi pulak..

      Delete
  2. Yg tyra tgk scarlet heart je, tgk smpai nangis2, ending macam trgantung lps tu rasa tak suka kat hae soo part last tu sbb argh knp dia xjumpe je wangsoo, stressnye

    Baru ingat nak tgk cite choi ji woo tu, tp siqah ckp hero x hensem, xjadilah nk tgk. Haha.

    Anyway nice review, lengkap dan senang org nak decide tgk drama yg mne hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Stress kan.. memendam rasa. Sedih sangat masa dia mati sebab tak jumpa wang so. Masing2 fikir lain, jadi lain lah haa 😒

      Hahahah. Hero handsome sangat memainkan peranan kalau nak tengok drama korea. Kan kan. Hihi. Siqah gigih pejam mata jela tengok drama tu. Kiki

      Thanks dear =) Ini semua berdasarkan review personal siqah. Mungkin lain orang lain review nya. Hii <3

      Delete
  3. On The Way To The Airport ni akak ada tengok juga..hihihi..boleh tahan juga mainan emosinya..kesabaran isteri dan ibu dengan kerja sebagai pramugari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak.. emosi melampau. Siqah tengok drama tu penuh perasaan. Rasa nak masuk dalam drama tu sekolahkan sorang2. Hihi.

      Delete
  4. On The Way To The Airport tu dulu nak tngok sbb dgr shoot kat KLIA but then bila tau melodrama & tak kenal hero dia, terus macam, cancel la.. hehe..
    Scarlet Heart Ryeo pulak dah download tapi tak tengok lagi.. hee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melodrama yang sumpah slow gilaaaaaa ~ Rasa tak ramai bertahan tengok drama ni. Hihi. Hero nya ada juga berlakon drama sebelum ni tapi dia memang bawak watak slowwwwwwwwww je.. hehe..

      Tengoklah Scarlet Heart nanti ye dan share your review jugak =) OST serius best. Dan haih, suka tengok Hae Soo dan Wang So 😍

      Delete
  5. semua ni erin tak tengok lagi. based on siqah punya review, erin tak suka K2 sebab politic. bosan lahaiiii. erin tak suka woman with a suitcase sebab hero tak handsome haha! erin tak habis tengok on the way to the airport sebab tak minat sgt drama korea yang hero/heroine matured/ada anak semua ni. lepastu scarlet heart rasa nak tengok mcm best je semua orang cakap sekali ending dia tah apa apa terus rasa meh... taknak tengok. last last, tak tengok any dramas. hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha. Settle. Lagi senang semua tak tengok. Hihi. Serius K2 memang boring pun, kalau tak kerana JCW, memang tak tengoklah drama tu. Hihi.

      Ingatkan erin tengok jugak Scarlet Heart. Rupanya tak ek 😬 Ending drama tu memang hampeh πŸ˜…

      Delete
  6. ni semua cite yg akak tak ikut hehehehhe...
    mcm nk tgk tp sbb tak ikut dr awal jd mls nk nengok... blh gitu heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Boleh kak =D Kalau dah melekat, payah nak tinggal lak nanti. Hehehe.

      Delete
  7. K2 Tak best, serious separuh je tgk awal awal tu tak sabar tgk sbb ji chang wok haha.

    Samalaahh tak suka ending scarlet heart, yg lain serius mira suke maybe sebab sume hensem and lawa haha even ost dyorng pun bes sgt hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnnn kalau tak kerana JCW, memang tak tengok K2. Terlalu banyak politik sampai rasa kenapalah hidup korang asyik nak kejar nama je..

      Ending scarlet heart tak bestttttt ~ Sebab tergantung walaupun dah agak memang begitu endingnya. Apa lagi dorang boleh buat kalau datang dari dunia yang berbeza kan? Hope ada season 2. Hihi.

      OST Scarlet Heart sure memang best!!! Hari-hari dengar ❤️

      Delete
  8. I watched two of them :D K2, Airport tu

    Ya Allah, K2 ni psycho la rasa permainan diorang, especially part nak dapatkan power politik, semua benda aci boleh. Perang minda dalam Cloud 9 tu paling penat yg part bomb bla bla pastu Anna kena kidnap pulak, USB entah ke mana.

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Serius psycho K2 cuma kenapa kita masih bertahan tengok ek hanis? Hihi. Siqah paling tak boleh bla masa part JCW luka berdarah kat muka dari satu tempat sampai ke tempat lain, masa selamatkan Anna semua. Tak boleh ke agaknya kau lap darah penuh kat muka tu. Tragik sangat. Hihi.

      Delete
    2. Haah la Siqah, gigih kita tengok sampai ke sudahnya. Teringat drama Signal pulak, ni pun sama psycho, main mental je banyak kena fikir.

      Tak puas hati jugak bila JCW luka sana sini tapi takde pulak parut. HAHA
      hanisamanina.com

      Delete
    3. Signal drama baru ke hanis? Siqah tak pernah dengar pulak. Best tak? If best, boleh jugak masuk list to watch :D

      Haha. Betul jugak tu hanis. Bukan main luka tapi parut sikit pun takde. Tragik betul πŸ˜†

      Delete
    4. Signal macam nak setahun dah rasanya, drama ni pelakon dia tak famous sgt rasanya tp awesome cerita ni. Pasal detective investigations connecting two different years via the walkie talkie. Drama ni one of yg kita sangat la mengharapkan 2nd season sbb open ending. πŸ˜‚πŸ˜‚

      Delete
    5. Siqah minat cerita siasat ni. Tak pernah dengar drama ni maybe sebab pelakon tak femes. Hihi. Alaa endingnya tak best ke? Biasa kalau nak open ending, means ending tergantung? 😌

      Delete
    6. Haah, ending dia kind of tergantung. haha tapi acceptable jugak lah cumanya rasa macam I want moreeeeeeeee. :D

      Delete
  9. Mira ada tengok Scarlet Heart masa marathon minggu lepas jugak. Memang betul jatuh cinta dengan Wang So dan perwatakan dia >< Pelakon-pelakon dia memang semua daebak. Hong Jonghyun, Nam Joohyuk, seronok ja tengok handsome-handsome belaka. :P

    P/S : Wang Eun tu real life pun memang perangai dia macam tu. Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daebak!! Semua pelakon scarlet serius handsome. Hihi. Tu yang sejuk mata memandang. Eceh.. :D

      Wang Eun tu penyanyi jugak kan. Siqah ada search jugak hari tu tapi lupa boyband mana. Nampak muka dia memang seorang yang ceria dan comel <3

      Delete
  10. Teringin pulak nak tengok The K2 dgn Moon Lovers : Scarlet Heart Ryeo hihihi tapi takda masa nak tengok and dah stop tgl kdrama XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi. Tue lah Claudy dah stop tengok drama Korea pulak :D Tapi manalah tahu nanti kembali tertengok balik. Hihi.

      Delete
  11. tengok gak on the way to the airport tu, rasa emotional sikitlah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee. Kalau bab curang memang emotional rasanya :D

      Delete
  12. Teringin nak tengok Moon Lovers : Scarlet Heart Ryeo tu. part tang yg jahat tu pun cantik handsome2 tu memang saye suka. feel dia lain kowt. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha kannnnn ~ Kau cantik dan handome tapi kau jahat. Rasa macam tak boleh nak benci sangat. Hahahaha.

      Delete
  13. fatin tengok K2, memula rasa macam banyak sangat perebutan kuasa, rasa tak adil utk anak perempuan dia yg diketepikan habis tapi overall okaylah sebab Ji Chang Wook hehe :D

    Moon Lovers pun best jugak! Fatin suka tengok, lagu2 dia semua best2 hehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanya kerana JCW kan tengok K2. Rasa semua orang camtu kot. Hero handsome sangat memainkan peranan untuk tengok drama Korea 😁

      Siqah pun suka lagu2 Scarlet Heart! Best sangat :)

      Delete
  14. Satupun belum pernah tengok. Tapi, biasa tengok iklan je kat TV. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Iklan kat tv berlambak lah kan ana :D

      Delete
  15. Lengkap ceritanya hehehe..nt nk tgk juga. Lama tak tgk drama korea.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Happy watching kak linda. Biasa kalau start tengok, nanti tersangkut :D

      Delete
  16. Yang pasti kakak ni tak dapat komen yg terbaik sebab kakak tak pernah pun menonton drama Korea ni Siqah. Drama Melayu pun jarang apa lagi yg Korea hihi..

    Tapi selalu dikatakan kalau dan tengok mesti tak boleh tertinggal kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak dua dua tak tengok. Siqah pulak drama Melayu tak tengok sangat. Nak jugak tengok nanye macam 7 Hari Mencintaiku tapi tak sempat tengok kat tv.

      Hehe. Betul tu kak. Dah tengok sure tak boleh tinggal. Terbayang-bayang. Hii

      Delete
  17. xfollow lg..dok tgk legend of the blue sea.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee. Favourite tu lee min ho 😍

      Delete
  18. Thanks siqah sebab listdown kan kdrama ni. Lama dah tak tengok. Untung siqah update. So, nnt bleh tengok plak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Welcome dear :) SUka share pasal kdrama. hihi. nanti ada masa shea leh tengok ye :)

      Delete
  19. Tak pernah layan cerita Korea....takut ketagih pulak nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. sure ketagih mak kalau dah start layan :D

      Delete
  20. Siqah pernah layan Masters Sun? yang itu pun best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok tengok masters sun! best! Siqah suka heroin drama tu :D

      Delete
  21. Tak tgok on the way to the airport je..sbb xminat pelakon dia n xminat cite slowmo ni...hihi..tertengok 1 eps kt onehd then dah tau bkn my taste..heheh


    spitoutkata.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Cerita on the way to the airport tu serius slowwww.. Episod pertama lagi slow.. hihi..

      Delete
  22. Kita tengok Scarlet Heart Ryeo tu pun sebab hero-hero dia hahaha. Tapi memang tak puas hati betul dengan ending camtu je urgh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hero handsome2 kannnnn :D Itulah, tak puas hati juga ending gitu. Harap sangat buat sambungan dalam dunia sekarang pulak. HIhi

      Delete
  23. Akak ni pun suka happy ending, atau yg mcm happy ending (Gladioator, Brave Heart, Titanic - berpisah mati tapi mimpi hidup bersama). Kalau drama korea, akak pun lebih suka yg purba. :D

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。