November 06, 2016

SaturDate : Wedding, Food Hunting, and Movie


Hello Sunday! Aku nak bercerita mengenai kisah hari Sabtu, semalam yang penuh dengan aktiviti. Dimulakan dengan wedding, aktiviti selepas wedding ( food hunting aka menternak lemak ) dan diakhiri dengan movie date =)


WEDDING


Semalam, adalah majlis perkahwinan rakan sekerja aku iaitu Akmal dan Suhaidah. Majlis diadakan di Dewan Sri Delima, Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya. Berpusing jugak aku mencari dewan. Aku sebagai penunjuk arah memang tak menjadi. Lastly, encik suami tengok peta dan berjaya juga cari. Failed baca peta. Hee

Kami semua, #gengmakan suka menghadirkan diri dalam majlis perkahwinan. Sebenarnya plan nak pergi ke majlis Akmal dan Suhaidah di Muar. Disebabkan ada aral melintang, kami bersama pergi ke majlis mereka di sini saja. Suka majlis perkahwinan sebab ianya adalah tempat berkumpul rakan-rakan selain daripada meraikan pasangan pengantin. Seronok dapat bersama dan bercerita kisah masing-masing walaupun hanya sebentar cuma. 

Muka kegembiraan pasangan pengantin jelas terpancar :)

Scope Reunion :)

Selepas bergambar bersama pengantin, tiba sesi untuk bergambar di luar dewan pula. Kami menggunakan photobooth yang disediakan dengan begitu baik sekali. Haha. Terima kasih encik suami kerana melayan kami bergambar :D

Geng Makan


Atas permintaan Syira, kami ambil gambar bertiga pula. Sebabnya adalah untuk review tudung Cloverush yang dijual oleh Syira. Lebih kurang je tone color dan kami pengemar tone color shawl begini.

Syira adalah salah seorang agen Cloverush. Korang boleh tengok Instagram di bawah untuk maklumat lanjut mengenai Cloverush, boleh COD di area Petaling Jaya. Aku rekomen shawl DIOR Cloverush. Saiz shawl yang besar serta panjang dan ini memudahkan untuk kita mengayakan apa saja style hijab. Material adalah high quality heavy chiffon. My most favourite material shawl =)



FOOD HUNTING


Selepas wedding, kami #gengmakan memulakan aktiviti food hunting for dessert. Aku pergi wedding bersama encik suami dan dia tak ikut bersama dalam food hunting. Jadi aku pergi bersama #gengmakan yang lain. Terima kasih encik suami bagi kebenaran untuk pergi food hunting bersama girlfriend =) 

Dalam #gengmakan, empat daripada kami sudah berkahwin iaitu aku, Nadiah, Yun, dan Miera. Hanya aku dan Nadiah boleh join aktiviti food hunting ini selepas mendapat kebenaran daripada suami masing-masing. Yun dan Miera tak dapat join sebab ada hal lain. Selepas kami berempat kahwin, aktiviti food hunting sudah jarang dilakukan. Kebetulan hari ni berkumpul, makanya jom pergi buat aktiviti yang dah lama tak buat. Dan bukan senang untuk aku join sekali. Hehe. 

Kami pilih dua kafe dalam aktiviti food hunting kami iaitu #Stalkers Cafe by Fattah Amin dan Street Churros. Credit to Nadiah untuk semua gambar. Kalau ada Nadiah, aku tak payah pegang phone pun takpe, suruh je dia ambilkan gambar. Nanti kongsi je. Hee.

Stalkers Cafe by Fattah Amin

Kami berminat untuk pergi ke kafe Fattah Amin aka Ejaz dalam Suri Hati Mr Pilot ( walaupun tak minat sangat drama tu ) selepas diberitahu mengenai kedai ini oleh Syira. 

Biasanya kalau dah nama cafe, kebiasaannya sama saja dari segi makanan dan minuman yang disediakan. Tapi kami suka mencuba kafe baru. Mana tahu ada kelainan yang cuba ditampilkan. Tambah lagi aku adalah pengemar tegar kopi. Hee. Jom kita cuba!



#Stalkers Cafe. Sexy food yang paling tak menahan. Tak tahu nak describe sexy food tu acane gayanya ;p

Kami order minuman Hazelnut Latte, Cappucino, Green Tea Latte, dan Caramel Brownies Chocolate Frappe. Untuk makanan, kami order mini waffle dan pizza. Kami kongsi semuanya. 



Minuman sedap kecuali Cappucino. Mungkin sebab aku tak minat sangat rasanya yang pekat. Pizza serius sedap dan mini waffle just nice.



Sexy food tak? :p

Semasa kami sampai, kafe penuh! Ramai orang rupanya plan nak jumpa Fattah. Eh? Haha. Makanya kami hanya duduk di luar saja sampai diberitahu ada meja kosong di dalam. 

Selfie dulu di luar kafe

Selepas lebih kurang 15 minit, ada meja kosong di dalam. Kami pun berpindah tempat duduk sambil membawa minuman masing-masing. Interior design di dalam kafe simple dan nice. Tandas pun bersih. Hehe. 











Kami melepak di sini sehingga lebih kurang jam 4 pm. Lepas tu, kami terus bergerak ke One Utama pula. Mujur hanya berdekatan saja dua lokasi ini. 

Kalau korang berminat nak ke kafe ini, boleh terjah Instagram rasmi #Stalkers Cafe dan alamat ada di sana ye. 




Street Churros MY

Aku suka Churros! Serius sedap! Churros paling sedap pastinya di Korea. Hehe. Aku tahu mengenai Street Churros dah ada cawangan di Malaysia daripada blog Sally. Masa tu terus simpan je hajat nak pergi ke sini. Sebab kafe ni pada mulanya hanya ada cawangan di IOI Mall, Putrajaya. Dan untuk aku pergi ke IOI Mall, sangatlah tipis peluang itu. 

Akhirnya, kafe ni ada buka satu lagi cawangan di One Utama dan semestinya kami memilih untuk pergi ke One Utama. YES!!


Selepas order, kami diberi nombor dan perlu menunggu sehingga nombor dipanggil. Tak lama sangat pun menunggu sebab masa kami datang tak ramai orang. 

Menu
Kafe ni kecil je nanye. Hanya memuatkan beberapa kerusi saja. Kami masih duduk dan makan di kafe yang kecil ini. Kebetulan, ada pula cukup tempat untuk kami berlima di hujung kafe. 





Our churros! Serius, semua sedap! Suka sangat! Rasanya lebih kurang sama di Korea. Mungkin yang berbeza hanya suhu ketika kami makan churros. Di Korea, makan churros dengan suhu yang dingin masa musim bunga, manakala di sini, suhu dingin juga cuma ianya daripada suhu aircond. Kan berbeza tu? :) Tapi serius sedap. Really recommended!


Ini Instagram mereka dan details alamat. Bolehlah terjah nanti =)



Selepas makan, kami singgah di beberapa kedai di One Utama. Pergi MPH jugak dan aku berjaya menahan diri daripada membeli novel. YES! Harap mampu bertahan sampai bulan depan. Hehe

Sempat juga ambil OOTD di One Utama :D

Aku sampai rumah jam 7.50 pm dan sambung SaturDate bersama encik suami. Kami pergi menonton wayang filem Rock Bro. Aku akan review filem ini dalam entri seterusnya.

Sekian saja kisah SaturDate. Aku akhiri entri ini dengan video kami #flipshawl masa kenduri. Kan aku kata, kami menggunakan photobooth dengan baik sekali. Siap ambil Boomerang #flipshawl. Hihi.


How about your SaturDate or Weekend? ^-^

38 comments:

  1. seronoknya dpt spend time dengan kawan. suka tengok kafe mcm tu. dannnn hmm, kat sini payah nak jumpa churros. kalau nak makan terpaksa buat sendiri :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan eeca :) suka juga kafe camni. Tu yang bersungguh nak cuba. Buat sendiri lagi sedap eeca. Apa kata eeca belajar buat churros sendiri, nanti share resepi. Hehe.

      Delete
  2. Yeay!!! Nadia pun baru je update pasal smlm .

    Welcome2...

    ReplyDelete
  3. Seriously drooling tengok makana tu semua ... hiii..

    ReplyDelete
  4. Wahhh.. Ni bru dia geng makan!!! Hazelnut latte tu memang sedap, sedap tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa! Geng makan pergi makan. Baru kena kan. Hehe. Sedap sedap hazelnut latte :D

      Delete
  5. wah seronoknya pergi jalan-jalan hehe teringin nak rasa churros, nampak sedap sangat! hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali fatin :) Seronok! Hehe, churros serius sedap! Fatin boleh cuba nanti kalau ke sana :D

      Delete
  6. kalau baca post siqah dgn nadia kan, mesti macam dejavu "eh mcm pernah tengok gambar ni tapi kat mana eh" gitu hahaaa. nak pergi stalkers cafe tu nak stalk fattah amin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Mujur hanya kami berdua je blogger, kalau semua blogger, banyak kali erin feeling dejavu nampaknya. Hehe. Pergi2 kafe tu. kalau nak stalk Fattah Amin datang malamlah kott :D

      Delete
  7. Churosss. Trliur. Waffer trliurr. Pizza trliurr. Hahhaha, kena bina group geng makan kat sini nihh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Buat2 mek! makanan kat kelantan pun sedap! Hope baby okay je. Kalau teringin, jenuh nak datang sini. tapi kalau datang, bagitahu. Hehe

      Delete
  8. Full saturdate ya Siqah...alhamdulillah..hihi..

    ReplyDelete
  9. wow bestnyaaa akak jalan2 dgn #gengmakan. hehe

    ReplyDelete
  10. Cantiknya design cafe Fattah Amin, kreatif.

    ReplyDelete
  11. sedap ek kat kedai fattah tu, boleh cubalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap jugak! tapi kami order menu yang di atas jela. Rai bolehlah pergi dan bagi review jugak nanti :D

      Delete
  12. Bestnyaaaaaa food hunting! Gambar bawah sekali tu aummmm ngat. Siapa suruh cantik kan dah kena tag http://theathra.blogspot.my/2016/11/shanghai-fridge-magnet-giveaway-by-jari.html Meh join. hahaha jgn marah *cabutttt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Okay Ain! Siqah buat nanti ye. Dah lama tak join segmen nie :D

      Delete
  13. Wow.. Padat betul aktiviti hari sabtu..

    ReplyDelete
  14. Penuh satu hari punya agenda ye Siqah......Untunglah suami bagi permission keluar date ngan bff hihi...
    Si Fatah Amin ni rupanya ada cafe eh...Tak tau pun kalau Siqah tak bagi tahu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. Tue lah mak, nasib baik suami bagi kebenaran, Boleh berjimba dengan bff. Hee :D

      Haah mak, fattah ada kafe, siqah pun tahu drpd kawan jugak, tue yang terus terjah. Hehe

      Delete
  15. mahal tak makanan dekat stalkers cafe tu? boleh tahu price rate dia? and is it reasonable with the portion?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seingatnya mini waffle rm9.90. Minuman standard je harga cam kat kafe lain cuma portionnya kecil. Saiz gelas kecik maknanya. Hee. Kalau bab makan, saya rasa okay je awak. Standard for me :)

      Delete
  16. Ahakss ingatkan dh baca entri ni rupanya baca blog Nia ��

    ReplyDelete
  17. bestnya mmburu mknn dgn gf! seronok tgk

    ReplyDelete
  18. seronok nyer bila dpt jalan2 happy2 dgn kawan, iqa. heaven sekejap.
    frankly speaking, da lama giler kot aida tak jalan2 dgn kawan2.
    aida dan semua frens mostly da busy dgn famili. anak2 semua tak kurang 3 org.
    hu huh u....
    best nyer!

    jumpa ejaz? ha ha ha :)
    anyway is good la fattah buka few bisnes sementara dia glamer ni kan.
    market diri and market bisnes.
    utk hari tua dia jugak. rezeki artis :)
    alhamdulillah...

    aida tgk suri hati mr.pilot tu, iqa.
    but tak ler teruja sgt dgn pelakon. just jalan cerita support by pelakon yg best, tu yg menarik ditonton.

    ReplyDelete
  19. alhamdullilah,, sesekali berjalan dgn GF kan, seronok rasanya.
    tak dinafikan, sejak kahwin, memang dah jarang kuar dgn dorang. Sekarang siqah takde anak lagi, bolehlah jugak nak lepak dengan dorang kan.. hihi.

    Hahaha. kan artis skrg cepat je buat bisnes. boleh dikatakan semua artis ada bisnes skrg. Nak harapkan kerjaya artis je tak boleh jugak untuk jangka masa lama kan. sbb artis skrg tumbuh bagai cendawan lepas hujan//

    jalan cerita yang best menjadi punca utama untuk tengok drama melayu. Hihi.

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。