November 13, 2016

SaturDate : Teater Mak Cun D'walei


SaturDate bersama #gengmakan kembali lagi. Nampaknya dua minggu berturut ye :D

Sudah bertahun aku tidak menonton teater. Semalam, 12 November 2016, aku, Hanis, dan Nadiah pergi menonton pementasan Teater Mak Cun D'walei di Istana Budaya. Sebenarnya kami lupa akan kewujudan pementasan teater ini. Hanis yang suka melihat explore tab di Instagram terjumpa banyak video semasa pementasan teater ini dan membuatkan kami teruja untuk melihatnya. Terus pergi beli tiket selepas habis kerja. Hehe. Tasha dan Syira tak berpeluang ikut serta kerana ada hal lain. Makanya, kami bertiga saja. 

Aku dihantar oleh encik suami ke Istana Budaya dan sementara menunggu Hanis dan Nadiah sampai, apa lagi, mestilah ambik OOTD. Haha. OOTD is a must tambah lagi bila ada event seperti ini. Hihi. 

I'm not ready yet

Okay dah ready. Hee :)

Outfit Details:
Ash Blue KL City Duckscarf
 Premium Lace Insert Shift Dress Zalora
White Palazzo
Blue Handbag
Padini Shoes

Suka pokok ni

15 minit kemudian, Hanis dan Nadiah sampai dan kami terus bergegas masuk ke dalam Istana Budaya. Setahu aku, kita tak boleh masuk lambat ke dalam teater. Kalau persembahan dah bermula, kena tunggu di luar sehingga masa rehat selama 15 minit. Tapi semalam, ada je yang masuk walaupun persembahan sudah dimulakan. 

Habis cerita pasal OOTD, mari dengar kisah Mak Cun D'walei pulak :D


Kepada sesiapa yang mengikuti drama Mak Cun di TV3 pasti sudah tahu akan keseluruhan jalan cerita dalam drama tersebut. Teater muzikal ini adalah kesinambungan daripada drama itu saja.

SINOPSIS

Mak Cun (Eirma Fatima) dan usahawan kampung yang lain bersusah payah  dengan perniagaan di bazar untuk bersaing dengan golongan artis iaitu Fathia yang menjual tudung dan Amy Search yang menjual asam pedas phewitt. 

Ternyata peminat lebih suka membeli barangan yang dijual oleh artis berbanding barangan yang dijual oleh usahawan kampung. Ini membuatkan Mak Cun dan usahawan sedih dan berusaha untuk meningkatkan mutu produk mereka.

Mak Cun berusaha untuk mendapatkan ramuan rempah ratus terbaik sehingga sanggup terbang ke India bersama Manisah (Umie Aida) untuk memastikan bisnesnya semakin laris di masa akan datang. 

Di India, Mak Cun dan Manisah bertemu dengan Rahul (Saim Ali) dan Abam. Syarikat rempah ratus Rahul dan Abam sudah lingkup dan kedatangan Mak Cun dan Manisah diibaratkan seperti bantuan penyelamat kepada mereka. 

Rahul dan Abam mengambil keputusan untuk memperdayakan Mak Cun dan Manisah atas dasar "Love Can Make People Blind".

Akhirnya, Mak Cun dan Manisah tahu mengenai rancangan Rahul dan Abam dan mereka kembali ke Malaysia dengan tangan kosong.

Duit pendahuluan mereka tidak tergadai. Abam dan Rahul memulangkan kembali duit mereka kerana tidak mahu orang luar menganggap India tidak baik dan demi hubungan sesama manusia. 

Berterusan dengan kisah cinta, pengakhiran teater adalah babak kisah cinta sama ada Mak Cun menerima atau tidak lamaran Pak Akop (Rahim Razali) yang telah lama memendam rasa terhadapnya. 


Bersedia untuk melihat pementasan teater. Tapi sebelum itu, sila nyanyi lagu Negaraku. Semangat aku menyanyikan lagu Negaraku. Sebenarnya, aku tak ingat, bilakah hari terakhir aku menyanyikan lagu Negaraku. Rasa cinta kepada negara apabila menyanyikan lagu Negaraku tetiba muncul dalam diri. Hee. 

Tiket kami

REVIEW

BEST GILAAAAA!! RASA NAK BANGUN DAN MENARI HINDUSTAN SEKALI DI ATAS PENTAS. 

Hehe. Untuk peminat Bollywood, pasti tertunggu-tunggu akan babak nyanyian. Dan setiap kali babak nyanyian, semestinya semua orang teruja. Best sangat! Ada lapan lagu Bollywood yang dimuatkan dalam teater ini dan semua lagu adalah daripada filem Bollywood yang super best. Antara lagu yang ada adalah Bole Chudiyan (Kabhi Khushi Kabhie Gham), Kuch Kuch Hota Hai, Ye Dil Kya Kare (Dil Kya Kare), Janam Janam (Dilwale), Phir Bhi Dil Hai Hindustani dan Main Shayar To Nahin (Bobby)


Babak semasa lagu Janam Janam

Pentas yang dihias dengan begitu cantik dan sangat bertepatan dengan setiap babak dan jalan cerita. Seperti gambar di atas, babak ketika lagu Janam Janam, kelihatan seperti filem Dilwale pula dengan kain mengerbang. Dan yang meletakkan kain itu di Umie Aida adalah Kcut, adik ipar aku. Aku baru tahu selepas dia cerita. Tak tengok penari, hanya fokus kepada pelakon utama je masa lagu ni. Hee.

Pentas juga diubah seperti dalam filem Bollywood apabila melihatkan gerabak kereta api dan sekumpulan pelakon tambahan yang sangat menggambarkan persekitaran sebenar di India. 

Penampilan Amy Search, Fhatia, dan Abam Bocey adalah sangat bersesuaian dan berjaya memantapkan lagi pementasan teater ini. Masing-masing bijak melakonkan watak yang diberi.

Amy Search turut menyanyikan dua lagu iaitu Kerja Gila dan Aku Dah Bosan. Fhatia yang membuat kemunculan pertama dengan menyanyikan lagu Terukir di Bintang, sangat menjadi. Fhatia berjaya membuatkan kami gelak ketawa dengan nyanyiannya yang 'merdu' dan gaya bimbo yang terserlah. Haha. 

Abam Bocey tidak perlu disangkal lagi kehebatan pelakon lawak ini. Serius lawak! Ada beberapa babak yang dia lupa dialog dan masa tu, sumpah kelakar. Comel di saat Abam lari mengejar Emma Fatima. Comel di saat Abam hanya menyepak begnya di lantai sebab tak boleh nak ambil. Haha. Serius, aku suka Abam! Tahniah kerana berjaya membuatkan seluruh panggung Istana Budaya ketawa dengan gelagat anda.

Aku juga suka lakonan Balkish Semundur Khan. Watak dia sangat menjadi sebagai anak kepada Mak Cun. Dia berlakon tanpa ada perasaan malu. Mai berlakon je dan itu yang membuatkan orang suka. Sangat menjadi watak dia. 

Saim Ali, pelakon kacak yang diterbangkan khas dari Pakistan turut berjaya membuatkan kami penonton menonton teater ini sehingga tamat. Saim Ali pandai menari dan berlakon. Sesekali best dengar dia cakap Hindustan.

Banyak mesej berguna yang dibawa sekali dalam kehebatan pementasan teater ini. Semuanya berjaya masuk ke dalam hati dan fikiran aku. 

Mesej / topik menarik dalam teater ini:

1. Isu semasa seperti kenaikan harga minyak, tol, dan corak pemikiran politik tempatan.

2. Percaya dan yakin dengan bahan buatan Malaysia. Ditunjukkan dengan kisah Mak Cun ke India dan pulang ke Malaysia dengan tangan kosong. Dalam masa yang sama, Pak Akop telah membuat ramuan rempah ratus dengan penduduk tempatan saja dan ianya disukai oleh Mak Cun. 

3. Kisah cinta. Cinta bukan untuk dipersendakan. Cinta perlu lahir ikhlas dari dalam hati. Cinta tidak buta tapi manusia yang buta kerana cinta. Perlu ada akal fikiran juga dalam menafsir cinta. Tapi kadang-kadang bila sudah jatuh cinta secara mendalam, semuanya itu ditolak tepi. Ini ditunjukkan dalam kisah cinta Manisah kepada Rahul. 

4. Kita tidak boleh membuatkan orang lain merana untuk kita hidup bahagia. Cara untuk bangkit selepas ditimpa kesusahan adalah dengan usaha diri kita sendiri, bukan mempergunakan dan merosakkan impian orang lain. 

5. Semua peniaga perlu mempunyai semangat daya saing yang sihat dalam perniagaan. Tidak dinafikan bahawa artis popular lebih berjaya dalam perniagaan mungkin kerana peminat mereka, tetapi usahawan lain terutama perniagaan kecil perlu bersaing dengan lebih sihat dengan meningkatkan kualiti produk mereka dan juga promosi.

Kepuasan menonton teater sangat berbeza daripada menonton filem. Serius. Dan aku sangat puas hati selepas habis menonton Teater Mak Cun D'walei. Kepuasan melampau! :D

Penutup untuk teater ini adalah babak lamaran Pak Akop kepada Mak Cun. Dan jawapannya... Sila tunggu Mak Cun 3 di TV3 yang akan mula bersiaran pada bulan April 2017. Nantikan.. =D

Tahniah kepada semua yang menjayakan teater ini!



Di sekitar Istana Budaya, ada juga booth Fhatia, Amy Search dan Mak Cun Corner. Aku hanya melihat saja barang yang dijual dan sejujurnya sangat berkenan dengan tudung Fhatia. Menarik jugak. Mujur tak bawa cash money yang cukup, kalau tidak, aku rembat jugak satu nanye. Ada yang sudah berkenan di hati. Hee. 

Booth Fhatia


Mak Cun Corner

Bedak sejuk Mak Cun


Sekian saja kisah SaturDate kami. 


Selepas habis teater, aku dan encik suami pergi ke rumah Mak Cik untuk meluangkan masa bersama PIL yang datang ke KL untuk menonton teater ini juga. 

Sebagai penutup entri, aku sertakan video persembahan lagu Teater Mak Cun D'walei yang aku ambil #frommyseat . View terbaik daripada tempat duduk aku lah nampaknya ye. Duduk agak belakang juga. Hee. 

Kebiasaannya, dalam teater tidak dibenarkan sama sekali untuk rakaman. Tapi untuk teater ini, rakaman boleh dibuat hanya semasa persembahan lagu saja. Mungkin untuk tujuan promosi dan juga kenangan kepada penonton. Dan aku tidak melepaskan peluang untuk rakam video persembahan :)

Selamat menonton dan menari =)
















p/s: Aku menaip entri ini sambil dengar lagu Hindustan. Hehe. 

Thanks for reading my long post. Fuhhh ^_^

30 comments:

  1. lagu dia semua best kot! ni yang terasa nak tengok hindustan ni haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaa. Dah tengok ke hindustan tu? Hihi. Siqah pun duk dengar lagu hindustan je pulak kat youtube :D

      Delete
  2. best nya ... penah nmpk cerita mak cun ni.. pementasan puntak membosakan.. bedak mak cun tu ada rupanya ngt kn dlm drama jak

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah siqah pun baru tahu bedak mak cun wujud. ingatkan dalam drama je kan.. hee

      Delete
  3. Ala.. Jelasnya tengok dia dapat tgk teater mak cun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa janganlah jeles kak. nanti akak pun boleh tengok jugak teater ye :)

      Delete
  4. Syoknyaaaa. teringin nak tgok teater. em em mybe lain kali :) Bw ahad xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syok!! Insyallah, nanti ain pun boleh tengok teater ye. best tengok teater lagi nanye. Hee. Tq ain BW di blog siqah :)

      Delete
  5. belum berpeluang tengok teater lagi :D tapi selalu rasa kagum sbb diorang berlakon macam takde cut cut la kan? kalau silap, takleh nak cover so I am sure they perform the best to the audience. :)

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah hanis. Berlakon takde cut cut. Kalau lupa dialog, cuba ingat baliklah. Tue yang lawak masa abam lupa dialog. Hehe.

      Betul hanis. Dorang perform the best. All out semuanya :D insyallah, next time hanis boleh tengok teater juga ye :)

      Delete
  6. Wah siqah.. sampai kan terklik jugak kat video tu nak tengok hiii.. bedak sejuk mok cun wujud sungguh rupanya... hiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Wani menari sekali tak? :p Haah wani, bedak mak cun wujud rupanya. Siqah pun ingatkan dalam drama je ada. Ingat fantasi rupanya realiti. Hihi

      Delete
  7. Pergh dh pegi tgk.ootd pun terbaik lah sweet!

    ReplyDelete
  8. chika dah buat review dah ...nadia tak sempat buat lagi......

    ReplyDelete
  9. Bestnya akak dapat pergi jalan2.. Tak sangka mokcun jual Bedak sejuk betul2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha kan.. ramai tak sangka bedak sejuk mak cun wujud. Akak pun baru tahu jugak. Hee

      Delete
  10. waaaah baca review kt sini pun dh tau mmg best betul lah teater nya

    saja mok cun ni berteka teki nk terima ke tak lamaran dr pak akob tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best teaternya kak :)

      Itulah pasal. Saja je mak cun nak suruh tengok drama mak cun 3 pulak dah. Tahun depan lak tu bersiarannya..

      Delete
  11. Teringin jugak nak pi tengok mokcun secara live nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Next time if ada lagi teater mak cun, awak boleh pergi ye. Best tengok teater :)

      Delete
  12. Seumur hidup ni kaknoor tk pernah tengok teater Siqah, bestkan dengar dari tajuk pun dah bestt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat Brunei ada ke drama mak cun kak noor? Hee. Teater memang best. Lagi best drpd tengok movie, sebab live kan. Nanti insyallah kak noor g tengok teater pulak ye :)

      Delete
  13. Dah lama kot tak tengok teater. Jeles ni. Macam best je kn cerita nya. Sume macam tak expect bedak sejuk mok cun tu memang wujud termasuk saya. Huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa sayang pls jangan jeles eh. Nanti ada masa awak pulak pergi tengok teater tau. Jangan lupa ajak siqah sekali. Hehe.

      Siqah pun baru tahu bedak sejuk mak cun wujud. Serius dulu ingatkan fantasi dalam drama je. Hee

      Delete
  14. bestnya!! rsa cam nk tgk live plak..haha

    ReplyDelete
  15. aida plak x pernah tonton teater di IB.
    teringin!!!
    setakat di U dulu ada la.
    mok cun. dari drama biasa now ke pentas IB.
    alhamdulillah. aida support kalau org islam kita maju gini.
    support!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullilah. berjaya erma fatima bawa mak cun sampai ke pentas IB kan.. salute dengan dia. maju dah haa.
      Insyallah one day aida pergi tengok teater di IB okay. memang serius, best sangat :D

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。