November 28, 2016

Review Filem : Upin Ipin Jeng Jeng Jeng




Aku menonton filem ini semalam bersama encik suami. Kami adalah pengemar animasi Upin Ipin dan Boboiboy. Excited nak tengok filem terbaru Upin Ipin selepas filem "Geng Pengembaraan Bermula" pada tahun 2009. 

Pergi menonton berdua saja dan dipenuhi dengan kanak-kanak dalam wayang. Hihi. Kelakar bila mereka asyik bertanya, "bila Upin Ipin nak keluar ni? ". Hehe. Pastinya mereka datang hanya untuk menonton Upin Ipin :D

Filem ini diarahkan oleh Erma Fatima dan barisan pelakon terdiri daripada Asyiela Putri (pelakon suara Upin Ipin), Puteri Balqish (Aqish), Awie (Awie), Sara Ali (Noreen), Remy Ishak (Bo), dan Gambit (Zaman). 


SINOPSIS 



Mengisahkan kehidupan seorang anak yatim, Aqish yang tinggal di Rumah Anak Yatim bersama rakan-rakan yang lain. Aqish sangat meminati watak animasi kembar Upin Ipin sehingga tanpa disangka, Upin Ipin muncul di depan mata Aqish. Hanya Aqish boleh melihat Upin Ipin. 

Setiap kali Upin Ipin muncul, mesti bersama perkataan, "Jeng, Jeng, Jeng".

Rumah Anak Yatim ini dikendalikan oleh Noreen yang mendapat amanat daripada arwah Ayahnya untuk meneruskan pengendalian rumah tersebut dan tidak sesekali memisahkan semua kanak-kanak dalam rumah itu. 

Tragedi berlaku apabila Zaman datang untuk mengambil alih hak tanah Rumah Anak Yatim kerana dia merupakan anak kepada pemilik tanah tersebut. Sebenarnya, Zaman dikejar oleh penuntut hutang along dan dengan cara menjual tanah itu saja mampu untuk membayar hutangnya kepada along. 

Aqish mula berbincang dengan rakan-rakannya untuk menyelamatkan Rumah Anak Yatim mereka. Dan ketika ini, muncul Awie dan Bo. Awie adalah penyanyi rock yang terkenal suatu masa dahulu dan kini turut mengalami masalah kewangan. Bo pula kawan merangkap PA Awie. 

Awie, Bo, dan Noreen bersama-sama berusaha untuk menyelamatkan Rumah Anak Yatim. Zaman menjadi abang yang baik kerana turut sama-sama untuk menyelamatkan rumah tersebut. Mereka berempat bekerjasama mencari sponsor untuk mengadakan satu konsert amal bagi mendapatkan dana untuk membayar hutang Zaman kepada along tersebut. 

Akhirnya, konsert rock Awie berjaya diadakan bersama penampilan istimewa Upin Ipin. 


REVIEW

Review peribadi ikhlas daripada aku. 

Filem ini agak mengecewakan. Aku tidak berpuas hati dengan filem ini. Serius. 

Bagi aku filem ini hanya menggunakan nama Upin Ipin untuk menarik perhatian kanak-kanak dan orang dewasa yang turut meminati Upin Ipin. 

Seperti yang kita tahu, Upin Ipin merupakan satu animasi 3D popular yang digemari oleh semua lapisan masyarakat. 

Aku membayangkan aku akan melihat Upin Ipin dalam kebanyakkan babak yang ada tapi rupanya tidak. Kemunculan Upin Ipin diibaratkan seperti "pelakon pembantu" saja. Hanya muncul ketika Aqish panggil. 

Pendek kata, filem ini lebih kepada lakonan hidup daripada animasi 3D Upin Ipin. 

Jalan cerita berkisar kepada cara untuk menyelamatkan Rumah Anak Yatim dan Upin Ipin hanya muncul sedikit saja. 

Kemunculan Upin Ipin yang mungkin hanya sebanyak 30% daripada keseluruhan filem ternyata berjaya membuatkan kanak-kanak bersuka ria dan teruja. Bukan setakat kanak-kanak, aku dan encik suami juga turut gembira melihat telatah Upin Ipin yang mencuit hati.

Telatah Aqish ada juga yang menarik perhatian dan kelakar tapi aku tidak berapa gemar akan Aqish dalam filem ini walaupun aku suka akan lakonan Puteri Balqish. 

Watak Awie, Sara Ali, Remy Ishak, dan Gambit berjaya dibawa dengan baik. Cuma entahlah, mungkin terlalu banyak kisah mereka sehingga aku bosan menonton filem ini. 

Aku sudah tahu pengakhiran cerita walaupun filem hanya separuh ditayangkan. Kemunculan Upin Ipin di konsert amal dan menyanyikan lagu tema Upin Ipin Jeng Jeng Jeng berjaya membuatkan aku kembali seronok dan teruja melihat gerak geri comel mereka berdua. 

Keseluruhan, aku hanya mampu memberi 2.5/5 bintang untuk filem ini. Bintang yang aku beri hanya kerana Upin Ipin saja. 

Lepas ni, bagi aku, tidak perlu buat filem gabungan antara lakonan hidup dan watak animasi 3D kerana ianya sesuatu yang tidak sesuai. 

Di hujung filem ini, ada ditayangkan preview Upin Ipin The Movie yang akan disiarkan pada tahun 2017. Filem itu menarik perhatian aku dan aku akan menyaksikannya kerana itulah filem Upin Ipin yang sebenar. 

Kisah Upin Ipin bersama kawan-kawan yang lain dan bukan hanya boleh dilihat dalam fantasi Aqish saja. 

Akhir sekali, filem ini tidak perlu meletakkan Upin Ipin sebagai tajuk filem. Bagi aku, Upin Ipin lebih kepada "Penampilan Istimewa" saja ✌

34 comments:

  1. ala bestnya :'( tgu online jak la jawab nya... x pernah lagi pi panggung ni!! huhuhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu.. tunggu online je unni. tak berbaloi pun ke panggung.

      Delete
  2. oo patut la ada yang mengamuk dekat fb katanya filem ni mengecewakan sebab upin ipin tak muncul2

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu cik itah. sebab 20 mins pertama filem ditayangkan, upin ipin tak kuar pun lagi. mengecewakan sebab dorang guna tajuk filem upin ipin. mengelirukan budak2..

      Delete
  3. Nani tak sempat lagi nak pergi tengok filem ni. Heheh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Tunggu astro first jela inani :D

      Delete
  4. ingtkan mcm cite geng pengembaraan bermula tuh... mmg psl upin ipin n kwn2 je... biarpun mmg animasi tp puas hati tgk n layan lah...

    kire tajuk jelah ada upin ipin tp wataknya skit je ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Animasi 3D Upin Ipin yang geng pengembaraan tu memang best kan kak. Yang ni, haah watak upin ipin sikit je. sbg pelakon pembantu je. tak patut tajuk upin ipin. huhu

      Delete
  5. Bila akak baca review siqah mcm cancel jer nak bawa anak2 gi cinema ni..
    Ingat kan mcm filem Pengembaraan upin ipin tu ..
    Mmg best sangat movie tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. movie geng pengembaraan tu memang best sangat kan kak! bukan setakat budak, mak budak pun suka eh :D
      Yang ni, tak best sebab upin ipin sikit je kuar walaupun tajuk filem upin ipin. Kalau bawak anak2, jenuhlah nak jawab dorang tanya mana upin ipin> huhu

      Delete
  6. bnyak dengr bad komen dr sesetengah pihak, kank2 bawh 2 tahun quit boring sebb dia nak tgok upin ipin je, part yg best time nyanyi naik ats pentas, time tu anak akk lompat2 nyanyi sama2..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kan.. dan part best masa nyanyi tu ditakdirkan masa last sekali.. jenuhlah nak tunggu sampai aksi tu. Tapi serius, best bab nyanyi kat konsert tu. comel sangat upin ipin :D

      Delete
  7. anak pun faham, kli ni xyah g tgk kat wayang..rupanya diorang dah sembang kat umah pngsuuh bagitahu crta upin ipin tak best haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh budak2 pun pandai bergosip ek. Hehe. Bagus2. Beli kat astro first je kak nanti. Jimat lagi haa. Boleh tengok 2 hari lagi. Hihi

      Delete
  8. Tu dia.. pengulas tegar filem Upin Ipin dah bersuara. Huhu. =D

    Daripada apa yang siqah ceritakan, saya pun dapat gambarkan cerita ni kurang menarik untuk peminat setia Upin Ipin.

    Lama dah tak layan kartun. Tunggu balik kampung aje lah baru dapat layan. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya. Kurang menarik untuk peminat Upin Ipin. Sedih sebab dorang kejap je. Huhu.

      Hee. Bila balik kampung tu agaknya ye? Jangan lupa layan kartun nanti. Best gak nanye. Hihi

      Delete
  9. mail xde ke? ala...astro 1st je lah.

    ReplyDelete
  10. Akak biasanya kalau nak tengok movie..akak tnya dulu kawan-kawan yang suka tengok movie...kalau mereka kata ok...akak dan suami pergi..dan alhamdulillah memang ok...tapi kalau mereka tak recommend..ermm kami tak tengok..macam ni akak tengok dan baca review blogger-blogger pun kurang memberangsangkan...nanti dululah..tq Siqah bagi review..alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome kak PC :)

      Maybe akak boleh beli di astro first je kot nanti. Serius mengecewakan siqah. Mungkin sebab tajuknya Upin Ipin so memang ingatkan Upin Ipin lah main character. Huhu. Itu sebab utama sebenarnya untuk tak suka filem ni..

      Delete
  11. Saya dah komen kat blog lain. Tapi untuk iqah saya pun komen jugak. Komen saya kat bawah:

    Saya tak tengok so no comment.

    ReplyDelete
  12. Rasanya sbb nak jadikan kartun dan realiti tu selari mgkn susah...jadinya agak terhad la adanya Upin Ipin...xpe...kita tgu yg The Movie nnt macam mana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. betul cakap sally. kena satu satu je rasanya pasni. Yeayy! tak sabar for the movie :D

      Delete
  13. Ramai yg frust bila tgok cerita ni.

    ReplyDelete
  14. Jalan cerita pun hampeh sangat. Pergunakan anak2 yatim utk bayar hutang along, padahal dia boleh jual Ferrari tu utk langsaikan. Transformasi dari jahat ke baik watak 'Abang Jahat' tu tak berkesan langsung, sbb mana pengorbanan dia? Sekadar tolong anjurkan konsert tu, itupun dgn tujuan nak duit utk bayar hutang dia. Pastu bole ngaku pulak dia 'ikhlas', siap dapt heroine at the end pulak tu! Alahai, camtu senang la jadi org kaya tindas org je.
    Patut fokus pada hero Awie dan heroine Nor tu je, dan of course banyakkan lagi penglibatan Upin Ipin sg watak utama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju dengan semua yang awak cakap! Betullab. Kenapa tak pernah terfikir yang dia boleh jual Ferrari dia ek. Dan yes.. pengorbanan dia tapi untuk tolong dia jugak nanye. Betul. Betul. Betul.

      Pendek kata, filem ini memang tak best. Huhu..

      Thanks anonymous for comment :)

      Delete
  15. membosankan dan menipu kanak2 dan ibubapa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn terasa ditipu bila tengok filem ni :(

      Delete
  16. mmm..mengecewakan..setelah 6 tahun upin ipin kembali ..itu yg bole aku katakan.
    Membosankan & hambar.Satu bintang sj aku bg..

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。