November 07, 2016

Review Filem : ROCK BRO


Seperti yang aku katakan dalam ENTRI INI, aku nak review mengenai filem Rock Bro : Kembali ke Pangkal Jalan

Filem Rock Bro adalah filem terakhir dalam Trilogi Rock selepas filem Rock (2005) dan Rock Oo (2013). Ini juga merupakan perjalanan terakhir kumpulan Rimba Bara. Kalau korang follow dua filem Rock sebelum ini, pastinya korang tidak akan melepaskan peluang untuk menonton filem Rock Bro. 

Filem ini diarahkan oleh Mamat Khalid dan dibintangi oleh pelakon utama Khir Rahman, Pekin Ibrahim, Soffi Jikan, Azmi Bahron, dan Amy Jueliet ( pelakon baru yang membawa watak Ella ). Penampilan istimewa dalam filem ini adalah Shuib Sepahtu, Dato Hattan, Man Kidal, dan Black Wings. 


SINOPSIS 

Filem ini mengisahkan mengenai kumpulan Rimba Bara yang masih berjuang mempertahankan rock di tanah air semasa zaman kegawatan ekonomi.

Mereka tetap teguh berdiri walaupun hanya beberapa orang penonton saja untuk setiap persembahan. Malah, mereka hanya mendapat buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai bayaran untuk setiap persembahan mereka. 

Kisah mereka kemudiannya menjadi menarik apabila mereka mendapat durian runtuh kerana ditawarkan membuat rakaman album daripada satu syarikat muzik. 

Di sana, Jijo bertemu Ella dan jatuh cinta. Semasa melancarkan album Rimba Bara, Jijo menyatakan hasrat untuk keluar daripada Rimba Bara dan berhenti daripada bidang seni. 

Ini menyebabkan perpecahan kumpulan Rimba Bara.


REVIEW


Rasa macam nak menyanyi sekali semasa menonton filem ini. Banyak lagu rock yang disiarkan dan ia membuatkan kita sebagai penonton berasa teruja. Hehe. Dan kelakar juga sebab setiap kali lagu disiarkan, bagaikan kita melihat video klip dalam filem. Kononnya, lagu-lagu tersebut adalah hits kumpulan Rimba Bara. Video klip pulak kelakar =D

Kisah dalam filem ini lebih ditumpukan kepada watak Jijo dan Slash. Jijo yang menjadi tunjang utama kumpulan akhirnya mengambil keputusan untuk meninggalkan kumpulan Rimba Bara kerana kecewa dengan Ella. 

Aku rasa kelakar dengan setiap watak yang ada. Masing-masing mempunyai karakter tersendiri. Watak Che Man masih 'win' bagi aku. Dan babak komedi paling aku suka tetap kepunyaan Amy Mat Piah yang mental sebab tak dapat menjadi vokalis Rimba Bara. Nyanyi di setiap pokok! Walaupun hanya #throwback, tetap tidak dapat dilupakan.

Pujian wajar diberikan kepada watak Ella. Aku rasa dia berjaya membawa imej Ella dengan baik. Gaya manja dan mengada tetap ada. Haha. Pandai juga Mamat Khalid cari pelakon. Manakala watak Che Nod (adik Che Man) , bagi aku, hanya sekadar untuk menyedapkan lagi cerita. 

Filem ini tidak penuh dengan komedi seperti filem sebelumnya. Mungkin kerana Rock Bro adalah pengakhiran cerita dan lebih serius dalam sudut penceritaan. Aku tidak dapat terima babak komedi semasa Black memukul drum dengan ular dan tiba-tiba penuh ular tedung di kawasan mereka menyanyi. Bagi aku, babak itu tidak kelakar. Nampak palsu sangat. 

Aku suka ayat Jijo semasa bagi komen mengenai lagu yang dia dengar di radio. Lagu yang bercakap dari mula sampai habis. Haha. Lagu yang dimaksudkan adalah lagu daripada kumpulan Nico dan 4U2C. Lagu gaya begitulah. Cakap dari mula sampai habis. Haha. 

Keseluruhan filem ini, okay bagi aku. Kelakar dan nampak apa yang dimaksudkan dengan Kembali ke Pangkal Jalan. Cuma mungkin tidak memenuhi piawaian yang aku nak. Aku bagi 7/10 bintang untuk filem ini. 

Kepada peminat Trilogi Rock, jangan lepaskan peluang untuk menonton filem penutup trilogi ini. Layan filem sambil menyanyi dan pastinya selepas keluar dari wayang, korang akan rasa nak pergi karok atau dengar kembali lagu-lagu rock lama. Best oooo! 

Selamat menonton ^_^

#SupportIndustriFilemTempatan

23 comments:

  1. Hihi mcm lawak kan. Nk tgk jugak la nnt. Mst tk ngantok

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ngantok sangat lah.. hehe. Siqah tengok wayang malam. So ada jugaklah ngantok tuuu. HEE

      Delete
  2. Nak tgokkkkkkkkk T_T Ain follow dari Rock, Rock Oo, Rock bro ja belummmm..... Lagu dia best best kan! yg mana jiwang2 tu omg ain suka gila lagu mcm tuuu 90 an

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagu memang WINNNNN!! Terasa nak karok goyang badan hentak kaki sekalilah. Hehe. nanti ain tengok eh. Pasti rasa nak dengar lagu 90an. Hehe

      Delete
  3. suka semua cerita mamat khalid. lawak lawak ringan yang tak payah banyak fikir.

    tapi I tak layan cerita rock before this so taktahu lah kalau tengok yang ni boleh faham ke tak. ramai cakap best. hiks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes. betul mommy. Cerita mamat khalid ringan je. Senang dan enjoy je nak faham. hihi.

      kalau tak tengok yang dulu, rasa cam pening sikit kot mommy. Tapi serius, best lagi yang dulu. for me lah :D

      Delete
  4. Yang awal2 lagi memang kita tak tengok. tak tahu pape la jawabnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Kalau tak tengok yang dulu, agak payah nak faham yang skrg nie..

      Delete
  5. msti kene tgk rock bro nih...
    sbb dh tgk yg dua filem awal tuh... nk tau jgk kesudahannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yesss kak!! Wajib tonton if dah tengok dua filem sebelum ni. Penutup filem mesti tengok.. Selamat menonton kak :)

      Delete
  6. Tulah.... dari hari tu lagi hakak laki bini teringin nak tengok cite ni Siqah. Tapi memandangkan anak pekse kan....terpaksalah tahan nafsu hihi.... Alahai mesti kelako kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kelakar mak oiii. cuma lagi kelakar filem yang dululah. hehe. Mak kena tunggu anak habis exam dulu lah nampaknya.. Takpe mak, kalau tak sempat kat wayang, astro first mesti ada kuar jugak :D

      Delete
  7. Wah.. macam best je baca review Siqah.. nak cari jugalah..

    ReplyDelete
  8. Takdan nak tengok movie tapi diorang kata cerita ni memang best.
    Astro first je la jawabnya. Hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yesss. astro first sentiasa jadi penyelamat. hehehe

      Delete
  9. Rasanya watak Che Nod tak menyedapkan cerita pun....sepatutnya takde. tak nampak impak...Bagus lagi watak Ronnie James Dio, tak penting tapi ada impak lawak yg kuat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan awak. Watak Che Nod hanya untuk memanjangkan cerita je. Tiada apa kesan pun nampak di situ. Dio best!

      Delete
  10. Tak tgk agik cite ni.. Nanti nk tgk la.. Wahh blog siqah dh laju.. cantik oiii bloggg diaa.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti tengok eh lea filem ni. Nak baca lea review pulak. hehe.

      Yeayyyy!! Lea cakap blog siqah dah laju. Thanks tau bagi feedback. Hee. blog lea pun cantik jugakkk oiii :D

      Delete
  11. Rock bro plak! Ada gak tgk prebiu mcm best bola baca sinopsis tu rasa nk p tgk jgkla

    ReplyDelete
  12. nice. imbas kenangan zaman rock oooooo! :)
    mamat khalid ringan movie nyer.
    mudah nak hadam dek kepala otak kita.
    santai...

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。