October 09, 2016

Cerita Korea Kami

Sekarang, aku perhatikan banyak buku mengenai travelog. Kisah pengembaraan orang ke banyak negara terutama Korea. Mungkin Korea adalah negara paling popular untuk dilawati. Hanya kerana kita yang minat sangat dengan drama Korea dan K-Pop. Aku lebih kepada drama Korea. K-Pop bagi aku biasa-biasa je. Semua aku nampak sama terutama kumpulan lelaki dan wanita. Big Bang saja dikecualikan. Hihi.

Buku begini sesuai kepada yang suka travel tambah lagi kepada backpackers. Sekarang travel dah macam satu budaya hidup terutama untuk orang muda. Travel je. Aku? Haha. Masih kekal di Malaysia. Hanya sekali tahun lepas pernah ke Korea. Adakah cop di buku merah hanya ada satu saja? Aku harap tidak :p

Kali nie, aku nak berkongsi review mengenai satu buku traveler bertajuk Cerita Korea Kami. Terjumpa buku ni semasa aku pergi ke MPH. Suka lepak lama-lama memilih buku di MPH. 


Aku tertarik dengan buku ini sebab kulit muka buku yang cantik dengan musim bunga. Buka buku dan setiap helaian berwarna pink dan bunga (seperti gambar di bawah) membuatkan aku lagi tertarik nak baca.



Ada empat penulis dalam buku ini iaitu Ummu Hani Abu Hassan, Norhayati Abu Bakar, Hanafi Sarif, dan Ahmaf Fouad. Empat penulis bersama empat kisah yang berlainan.

Fakta mengenai Korea yang diperoleh daripada buku ini adalah:

1. Ramai orang Korea yang memeluk Islam. Melalui Persatuan Muslim Korea, mereka menganjurkan kelas agama dan lawatan ke negara Islam termasuk Malaysia.

2. Budaya universiti untuk memanggil pensyarah mereka dengan panggilan profesor walaupun pensyarah itu belum bergelar doktor dan professor penuh.

3. Lain budaya, lain pemikirannya. Lagu puisi Permata Untuk Isteri yang dinyanyikan oleh Kopratasa dianggap 'puisi kurang ajar'.

4.Korea amat mengkiblatkan Amerika Syarikat dan ianya merangkumi ideologi politik, ekonomi, sistem pendidikan malah cara kehidupan. Salah satu budaya yang kita nampak adalah bersedudukan sebelum kahwin.

5. Prinsip Keluarga Korea berasaskan Falsafah Confucious iaitu Berbakti Kepada Ibu Bapa, Kesetiaan Kepada Raja, Menghormati Orang Tua, Taat Kepada Suami, dan Kepercayaan Kepada Kawan.

6. Terdapat 270 jenis nama keluarga di Korea dan nama paling popular adalah Kim. Nama keluarga yang sama tidak bermakna mereka daripada keturunan yang sama. Namun, mereka tidak dibenarkan berkahwin sekiranya dua orang yang mempunyai nama keluarga Korea yang sama dan dari daerah yang sama kerana dianggap bersaudara walaupun tiada pertalian darah.

7. Secara tradisi, perkahwinan antara sepupu dilarang.

8. Ada dua peringkat umur yang penting dalam masyarakat Korea iaitu pada usia setahun dan 60 tahun. Semasa umur 60 tahun, mereka akan diraikan dalam majlis Hwanghap dan dipercayai telah melengkapkan kehidupannya dan perlu menerima hadiah serta ucapan yang baik daripada ahli keluarga.

9. Kempen dua anak untuk satu keluarga sejak 1970.

10. Undang-Undang Insuran Kesihatan Nasional. Rakyat Korea berhak mendapat perubatan terbaik dan percuma selepas membayar cukai kesihatan yang dipotong setiap bulan.

11. K-Pop bukan sekadar hiburan. Perkataan 'K' merujuk kepada Korea adalah salah satu cara promosi mereka ke serata dunia dan dijenamakan untuk pendapatan negara.

12. Subway Korea. Tren pertama mula beroperasi di Seoul pada 1974. 40 tahun selepasnya, tren yang dikenali sebagai Seoul Metropolitan Subway ini mempunyai 18 jalur merentasi lebih 350 stesen seluruh Seoul dan bandar sekitar kira-kira 983 km.

13. Stesen subway terbaik dengan mempunyai bilik khusus untuk ibu dan anak kecil serta WiFi percuma.

14. Larangan utama di Korea:

  • Duduk di kerusi khusus dalam kenderaan awam. 
  • Membiarkan nasi melekat pada penyepit.
  • Menulis nama dengan pen merah.
  • Menerima sesuatu dengan sebelah tangan.
  • Makan tanpa menghiraukan orang yang lebih tua.
  • Tidak membawa buah tangan jika dijemput ke rumah orang Korea.
15. Budaya menghormati senior sangat tinggi di Korea. Pekerja bawahan sanggup menunggu di pejabat sehingga lewat petang jika senior belum pulang ke rumah. 

16. Sungkyunkwan University diasaskan pada tahun 1398 ketika pemerintahan King Taejong. Motto universiti adalah "Unique Origin, Unique Future" yang bermaksud "jika kuat jati diri anak-anak kita hari ini, sudah pasti mereka juga hebat pada masa hadapan".

17. Pasar Noryang Jin adalah Pasar Ikan Terbesar di Korea. Boleh beli ikan dan makanan laut dan siap dimasak di sini. Kalau beli ikan untuk dibawa pulang, ikan itu perlu digaramkan untuk mengekalkan kesegaran ikan.

18.  Makanan utama orang Korea adalah nasi bersama banchan atau makanan sampingan. Banchan paling minima 3 jenis hidangan dan paling banyak sehingga 12 hidangan. 

19. Kimchi, kimbab, dan bulgogi sudah masuk ke negara Asia dan lain. Kimchi diakui mempunyai khasiat untuk membantu menghalang pertumbuhan sel kanser. 

20. Orang Korea tidak suka minum air manis. Akan dihidangkan bersama sebotol air kosong saja. Sebab tu di Korea, terdapat banyak kafe dan mesin air. Kalau di restoran, jangan harap nak order air manis. Bukan macam Malaysia, macam-macam air manis ada. Just name it. Hihi.

21. Korea terkenal dengan belut bakar. Aku tak makan belut makanya tidak teruja pun :D

22. Panduan melawat Korea Selatan:
  • Tiket. Rajin-rajinlah tengok tiket untuk mendapatkan tiket yang murah dan berbaloi. 
  • Wang. Perlu dibawa lebih sedikit untuk kecemasan. Kalau boleh tukar siap-siap dengan mata wang Korea dan selebihnya tukar kepada USD dollar. Nilai USD dollar agak tinggi di Korea. Jangan sesekali bawa mata wang Ringgit Malaysia ke Korea. Susah nak jumpa Money Exchange di Korea untuk RM dan kalau ada pun, nilainya rendah. 
  • Rumah penginapan. Boleh book awal agar dapat guesthouse yang memenuhi budget dan citarasa kita. 
Nung Maru Guest House - tempat penginapan kami #GengMakan semasa ke Korea tahun lepas. Recommended! 

  • Susun perjalanan dengan baik.
  • Pakaian yang dibawa perlu bergantung kepada musim. Boleh guna vacuum pack untuk menjimatkan ruang dalam beg. Beli je di Daiso. 
  • Ubat-ubatan perlu dibawa. 
  • Peta untuk memudahkan perjalanan. 
  • Jangan risau pasal WiFI. Boleh sewa Pocket Wifi Egg di airport atau rumah penginapan. Kami hanya sewa Pocket Wifi Egg dari rumah penginapan saja.

23. Istana Gyeongbok dibina pada tahun 1394, tiga tahun selepas Maharaja dari Dinasti Joseon menduduki takhta. DIbina mengikut seni bina Cina purba yang mengadun secara harmoni konsep yin dan yang. Jangan melepaskan peluang untuk menyaksikan acara penukaran pengawal diraja di pintu gerbang istana. Huwon atau Taman Larangan adalah tempat untuk Maharaja merehatkan minda. Dibuka dari jam 10 pagi dan 3 petang.

Geng Makan ke Korea 

Musim bunga yang menawan =)

24. Jangan memuji Jepun di hadapan orang Korea. Mereka masih menganggap Jepun sebagai penjajah. Jepun juga telah membakar dan memusnahkan Istana Gyeongbok dan tamannya dan masih mengingati kezaliman penjajahan Jepun terutama kepada para wanita. 

25. Dasar Pandang ke Timur yang diasaskan oleh Tun Mahathir telah meningkatkan kekaguman kita terhadap Jepun dan Korea. 

26. Gangneung Unification Park. Ada sebuah kapal perang yang besar. Ada juga kapal selam milik Korea Utara yang berjaya ditahan oleh tentera laut Korea Selatan pada 18 September 1996. 

27. Pokok gingko yang cantik namun buah gingko akan membebaskan bau yang tidak menyenangkan apabila pecah. Buah yang busuk itu jugalah yang mempunyai banyak khasiat. 


Fuh, panjang entri ini. Haha. Nak berkongsi punya pasal. Itu pun tidak semua fakta aku letak di sini.

Aku seronok baca kisah pengembaraan orang. Berjalan melihat tanda kebesaran Allah, melihat keindahan bumi Allah. Allah menjadikan manusia dengan pelbagai bangsa. Kalau ada rezeki lebih, semestinya rasa nak melawat dunia luar. Tidak mahu hanya terperangkap di Malaysia saja. Insyallah.

Jika berjalan, tidak salah jika kita mengutip budaya baik dari negara bukan Islam. Dijadikan manusia bersuku-suku dan berbangsa-bangsa agar kita boleh mengenali budaya masing-masing.

Matamu memerhatikan kami
Mata kami memerhatikan kamu
Kita saling memandang
Kita saling mengambil pengajaran

Impian aku untuk melihat keindahan dan kecantikan alam ciptaan Allah semasa musim luruh. Autumn in my heart =)

18 comments:

  1. Siqa...! Perkongsian yang membina. Walaupun Reen masih belum menjejakkan kaki ke Korea, bila baca entry siqa dan buku ini sedikit sebanyak Reen dapat belajar tentang Korea. Thanks dear

    ReplyDelete
    Replies
    1. My pleasure dear :) Seronok baca kisah mereka yang menetap di Korea. Kita pun boleh belajar sama culture orang luar kan.. Siqah baru pernah sekali je ke Korea. Nak pergi lagi for autumn. I wish :)

      Delete
    2. Bestnya.. Sama kite. Reen pun nak g waktu autumn. Dapat tengok dauh luruh. Weeeeee dengan suasan yang sejuk2 biasa.. Xseperti winter. In sya Allah. :)

      Delete
    3. Insyallah dear :) Mari berusaha bersama. Agar tercapai hajat kita berdua nak melihat keindahan musim luruh :)

      Delete
  2. thank you for this writing! blh dpt tahu byk benda tentang Korea :D sepatutnya plan nak ke korea hujung tahun ni. tapi terpaksa cancel. sobs

    ReplyDelete
    Replies
    1. My pleasure dear. Glad to share :) alaaa kenapa terpaksa cancel korea trip eeca? Sedihnyaaa... hati mesti dah gembira dan menghitung hari je dulu kan.. Takpe2, ada hikmah tu. Nanti ada masa pergi sana ye eeca :)

      Delete
  3. Replies
    1. Welcome mek :) Suka share input daripada buku :)

      Delete
  4. Menariknya cara mereka preserve budaya dan peninggalan sejarah..
    Tahun 1394 tu..
    Mereka juga komuniti yang sangat bersopan, tak macam generasi kita yang dah masin terkikis adab sopannya.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak long.. Korea sangat menjaga budaya dan sejarah mereka. Sejarah yang paling bagus sekali. Tak kira walau mereka berada di tempat tinggi, mereka masih ingat asal usul mereka dengan masih mengekalkan peninggalan sejarah..

      Huhu. kalau tengok laman sosial, boleh nampak apa yang kak long maksudkan itu :(

      Delete
  5. bestnya! Tak pernah lagi plan nak ke sana sebab nak settlekan dulu semua yang penting. dah settle, baru ingat nak jalan2. Tapi nak pergi masa musim bunga sebab jealous sangat tengok dalam kdrama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best awakkkk serius best!! :) Musim bunga memang cantik dear. Siqah pun nak pergi lagi. Berangan nak pergi masa musim bunga dan luruh sekali tapi mana mahunya.. Banyak jugak ongkosnya mahu ke sana. Hihi.

      Semoga Farhana cepat settlekan apa yang penting tu. Cepat settle cepat ke Korea :D

      Delete
  6. Siqah, Mek tag awk kat :

    http://ajussix.blogspot.my/2016/10/giveaway-by-rafyydah.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aww ~ siqah di-tagged. baikkk mek. nanti siqah tengok ye :) Thank you tau tag siqah :D

      Delete
  7. Bilalah saya dapat rasa nak ke sana ye awak? Pendam rasa ajer lah..

    Padanlah saya layan drama Korean dorang selamba je tunjuk scene bersedudukan sebelum kahwin. Ingatkan bila bergelar orang Asia nih dorang taklah open sangat tapi upanya sama je. Huuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah awak. satu hari nanti gee pun akan ke sana. Insyallah :)

      Kan.... sekarang cerita korea pun dah tak heran bersedudukan sebelum kahwin. Macam dah jadi budaya dorang pulak ek.. Itulah yang buku ni kata budak muda mudi korea dah lebih ke barat..

      Delete
  8. Subhanallah..thnks 4 sharing sis..bnyk dpt info..bestnya klo dapat travel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. My pleasure, mas :) Best kan kalau dapat travel. Seronok tengok negara orang. insyallah one day boleh kita travel sama-sama ye :)

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。