October 27, 2016

Currently Listening To

 

Aku bukan jenis yang sentiasa dengar lagu. Biasa hanya dengar lagu semasa dalam kereta dan lagu tema mana-mana drama atau filem. 

Kali ni, aku nak berkongsi lagu yang sedang aku dengar sekarang. Sampai tahap beli di iTunes =D

Selamanya Cinta
By Alif Satar ft Shila Amzah. Suara mereka berdua sangat padan untuk lagu ni. Aku bertambah suka lagu ni apabila lagu ni dijadikan lagu tema drama Suri Hati Mr Pilot. Lagi seronok rasanya bila dengar lagu ni masa drama tu nak iklan. Hehe.

Mengenai drama tu, aku hanya tengok pada mulanya je. Bila dah asyik gaduh, aku malas nak tengok. Walaupun minat Neelofa dan Fattah, masih tak berjaya buat aku follow drama tu. Mungkin tengok episod akhir je kot. Atau mungkin nanti aku marathon tengok drama ni. Mana tahu kan? Hee. 

Boleh dengar lagu Selamanya Cinta DI SINI

Secret Love Song 
By Little Mix ft Jason Derulo. Ohhh jatuh cinta dengan lagu ni masa first time dengar di radio. Aku suka suara penyanyi masa chorus. Sedapnya suara dia. Lirik lagu berkisar kepada percintaan terlarang. Secret affair lah senang cerita. Membuatkan aku teringat drama Korea bertajuk On The Way To The Airport. Lorr. Berterusan aku tengok drama tu sebab nak tahu kesudahan kisah mereka. 

Boleh dengar lagu Secret Love Song DI SINI

Polaroid
By Sakura Band. Lagu ni catchy. First time dengar dah rasa nak menari walaupun tengah drive masa tu. Cuma tak lah pergi Damansara. Haha. Sakura Band adalah salah satu band yang aku suka. Dari Melepaskanmu ke Polaroid. Both lagu aku suka. Comel je rasa masa dengar lagu Sakura Band. Secomel mereka =) 

Boleh dengar lagu Polaroid DI SINI

Eternal Love
By Michael Learns To Rock. Ini adalah lagu tema drama Korea bertajuk Healer. Boyfriend baru aku berlakon, Ji Chang Wook. Haha. Lagu ni romantik teruk dengan lirik dan melodi yang indah. Terbuai-buai ketika mendengar lagu ni tambah lagi kalau tengok muka Ji Chang Wook. Eh? Melampau sangat rasanya. Haha. 

Aku cari lagu ni di iTunes tapi sayangnya tiada. Tak tahulah kenapa. Sedangkan MLTR nyanyi. International singer tu. Makanya, aku akan dengar lagu ni di You Tube atau Spotify. Cuma cepatlah habis data internet.

Boleh dengar lagu Eternal Love DI SINI

Setakat entri ini ditulis, hanya empat lagu ni saja aku suka putarkan di phone selain daripada dengar di radio. Tak tahu berapa lama aku bertahan dengar lagu-lagu ni. Dengar sampai bosan lah kot. Hee. 

Apa lagu korang suka dengar sekarang? Cuba kongsi sikit 。^‿^。

24 comments:

  1. Only You - Morra (OST On The Way To The Airport), Thought of You - John Park and more. But mostly semuanya lagu Korea. Hehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang only you tu tahu. Sebab tengok drama tu jugak. Lagu John Park tu nanti siqah dengar. Tak pernah tahu pun. Hehe. Kannnn ~ banyak lagu Korea dah tengok drama Korea je. Hehe

      Delete
  2. erin minat gila oldies including MLTR! erin selalu dgr playlist oldies erin dkt spotify, tu je la kot. lagu baru best jugak tapi tak se best lagu lama. lagi feel kot :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju erin!! Lagu oldies lagi best dan tak jemu didengar. Sampai sekarang masih boleh dengar dan hafal. Hehe. Lagu sekarang tak lama lagi jemu lah tu =D

      Delete
  3. Iqa, you should watch episode 12. Memang before this, banyak scene gaduh, but this episode I can guarantee it will makes you cry tho.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beeha, episod 12 yang semalam kan? Siqah tengok semalam. Fattah kemalangan dan Neelofa pergi luar negara. Tak feel sangat tengok sebab sambil buat kerja lain. Hehe. Start next week, siqah follow drama tu balik. Dah final week kan =)

      Delete
    2. haah, episod 12 semalam.. I pun suka juga outfit neelofa. Gorgeous gila ahh. Serius nak jadi cantik macam dia, nak outfit mcm dia. But apakan daya beeha tak secantik dia. TT

      Delete
    3. Sama lah kita πŸ˜…πŸ˜… nak cantik dan outfit cam dia tapi apakan daya.. sedar diri lah kita. Alhamdullilah untuk apa yang ada 😊

      Delete
  4. peminat lagu sis ni... tp unie pun suka lagu alif satar tu selamanya cinta.. movie memang x pnh nak tgk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn sedap kan lagu selamanya cinta tu. Drama tu biasa2 je. Hee

      Delete
  5. Sep sikit, tengah suka lagu Selamanya Cinta and Secret Love Song jugak :)

    ReplyDelete
  6. aaaaa suka lagu polaroid tuuu. enjoy sangat bunyi dia :D

    i watched the first 3 episodes kot suri hati tu. like you said, asyik gaduh je dah reason yg sama --> salah faham, berahsia, cepat buat tanggapan taknak dengar penjelasan. HAHA

    on the way to airport better kot. walaupun errr cinta kinda 'curang' T_T huhuuu

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sep sikit, hanis!! Kannnnnn! Siqah pun rasa benda yang sama jugak. Kalau komunikasi bagus dan berterus terang, tak payah nak gaduh2 dan fikir lain. Geram je tengok pastu bebel sorang2. Haha.

      Yes!! Siqah tengok drama korea tu. Way better than suri hati. Walaupun kisah curang, tapi siqah nak dorang bersama. Huhu. Pasangan masing-masing tak boleh bla..

      Delete
  7. omg kita kongsi boyfriend eh? xD sy pun dah terjebak jugak dgn chang wook ni xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Takpelah, kita kongsi boyfriend eh.. sejak healer dah terjebak dengan JCW. Haih, handsome :)

      Delete
  8. Lagu retro 90 juga jadi pilihan. Telinga saya.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Itu tak dinafikan maria. Lagu 90an memang tetap menjadi pilihan. Tak jemu dengar kan? :)

      Delete
  9. Sep sekali kak... lagu polaroid tu memang best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan erni!! Suka betul lagu tu. Goyang2 badan kalau dengar. Hee. Btw, nama erni sama dengan nama kakak ipar akak :)

      Delete
  10. secret love song, lagu sia tu tajuk ape dah? yg tu pon best.
    pastuh entah mane lg. biasa layan radio je, jd lgu best suka la, lagu tk best snyp je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagu sia tu apa mek? Siqah tak faham pulak πŸ˜…
      kan biasa dengar radio je.. kalau kat rumah mana mahunya nak bukak radio :D

      Delete
  11. Ji Chang Wook boyfriend baru akak rupanya :P

    Banyak lagu Kpop saja yang saya dengar sebenarnya lol. Haha. Lagu drama kurang sebab jarang tengok. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Haah Amira. JCW akak punya boyfriend baru. Kita tak berkongsi kan? Hee.

      Terbalik pulak amira dengan akak. Akak kalau dengar lagu korea sebab ost je. Tak tahu lagu Kpop sangat. Mana ada keluar radio, tahu lah jugak :D Amira boleh post pasal lagu korea lah.. nanti akak boleh cuba dengar :D

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。