September 09, 2016

Review Filem | Aliff Dalam 7 Dimensi

As salam semua ~ 

Aku baru menonton filem ini semalam bersama suami. Keterujaan kami untuk menonton filem ini berlaku selepas kami menonton tayangan perdana di Astro. Macam menarik! Terus encik suami suruh beli tiket wayang! Tak sabar nak tengok. 

 

SINOPSIS 

Aliff ( lakonan Izzue Islam ) adalah pelajar universiti yang telah menerima saka daripada arwah ayahnya. Itu peyebab Aliff mempunyai kelebihan luar biasa iaitu dapat melihat dan berlawan dengan entiti paranormal. 

Anna ( lakonan Juliana Evans ) dan Naim ( lakonan Aliff Satar ) adalah rakan-rakan Aliff yang suka melakukan aktiviti menjejaki entiti paranormal pada waktu malam. Semuanya kerana thesis yang ditulis oleh Anna. Aliff menyertai mereka selepas tertarik dengan The String Theory yang diterangkan Anna. 

 

Mereka berjaya membuktikan bahawa entiti paranormal itu wujud. Aliff berlawan dengan segala hantu yang menyeramkan. Sehingga pada satu malam, Anna diganggu dan dirasuk. 

Kenapa Anna dirasuk? Berjayakah Aliff membuang saka itu daripadanya? Apakah kesudahan filem ini? 

Boleh tonton filem ini untuk mengetahui cerita lebih lanjut ye :) Kalau aku cerita details, tak gempak lah. Hehe. 

REVIEW

Filem yang boleh diiktiraf sebagai satu filem yang luar biasa. Luar biasa daripada kebiasaan genre filem yang dikeluarkan di Malaysia. 

Iya. Cerita hantu paranormal. Dah banyak kan filem hantu di Malaysia, cuma filem ini membawa kisah dan kesan yang berlainan kepada penonton. Serius. 

 

Aku suka pada lakonan Izzue Islam! Sangat menjadi lakonannya. Pandai dia berlakon. Bawa dua watak sekaligus. Watak Aliff baik dan Aliff jahat. Hee. Juliana Evans seperti biasa. Cantik dan pandai berlakon juga. Aku suka masa dia dirasuk. Menjadi betul! 

Aliff Satar! Hehe! Yes. Aku suka dia! Aku rasa tahun ini adalah tahun Aliff Satar. Banyak dia berlakon dan jadi pengacara. Suka lakonan dan pengacaraan dia. Pendek kata aku peminat Aliff Satar! Hehe. Kelakar dia dalam filem ni. Penakut yang akhirnya menjadi berani dan bertemu cinta dengan Izreen ( lakonan Kaka )

Lakonan Kaka juga patut diberi pujian tambah lagi masa satu babak dia jadi hantu. Seram melihatnya! 

Pengajaran dalam filem ini ada satu yang aku akan ingat sampai bila-bila. Haha. Memang buat tapi kadang-kadang terlupa jugak nanye. Tambah lagi kalau tengah lapar sangat. Apakah? Hehe. Baca doa makan sebelum makan. Kalau tak baca, nanti ada toyol kecil yang comel akan makan sekali dengan kita. Nak tengok toyol comel? Tengoklah filem ni. Pasti korang akan tersenyum dan ketawa melihatnya. 

Aku bagi 4 bintang untuk filem ni. Keseluruhan filem adalah menarik dan paling penting, aku tak boring tengok sehingga babak terakhir. 

Kepada sesiapa yang berminat, boleh terjah ke pawagam berdekatan. Jom sokong industri filem tempatan =) 

Ohh ya. Filem ini juga ada diadaptasi dalam bentuk komik. Boleh baca komik juga pada yang berminat. 

The String Theory mengatakan bahawa dunia kita ada 11 dimensi. Manusia boleh nampak 3 dimensi, dimensi keempat adalah masa, dan 7 dimensi yang lain adalah perkara yang kita tidak tahu. Teori Anna adalah 7 dimensi itu merupakan dunia paranormal. Haa itulah yang aku faham daripada filem ni. Tak tahulah betul ke tak. Hehe. Di penghujung entri baru aku nak terangkan mengenai teori ni. Pertama kali dengar nanye :D

Selamat menonton 。^‿^。

31 comments:

  1. best juga cerita ni kan...hehe yg pasti izzue islam tu hemsem..hehe:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Handsome izzue islam. Tak dapat dinafikan tu 😁

      Delete
  2. juliana evans cantik kan siqah..suka dia berlakon cite apa tah dulu jadi patung..memang sebijik..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada eh? Siqah tak perasan pulak cerita tu. Tapi yes, juliana evans memang cantik. Suka tengok dia. Muka macam anak patung kan :)

      Delete
    2. cite ape?? nak taw nye tajuk die tu. huhu

      Delete
    3. Yang tu, kena tanya dear Irda kita lah.. siqah pun tak tahu cerita apa.. hehe..

      Delete
    4. Juliana evans jd patung cite " Sayang Cendana" dulu tyg kt tv3..

      Delete
  3. Macam menarik je review dari Siqa.. Buat Reen terasa nak tengok malam ni jgk. Tapi rasanya tiket kaunter dah tutup. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Esok masih ada reen =D Try lah tengok nanti ye. Nak jugak tahu reen rasa camne filem ni.. Hee

      Delete
  4. waah rsa mcm tertarik menarik ditarik utk tgk cite nie..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Amboi banyaknyaaaaa! Dah tengok ke tu mas? 😁

      Delete
  5. Masuk list. Mek pn trtarik jugk dgn cite ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masuk list mek jangan tak masuk 😁

      Delete
  6. Macam menarik pula.. boleh cuba tonton gak ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh boleh! Nanti bagi review jugak tau :D

      Delete
  7. tula... duk tengok diorang promote tu

    Apa pun terjah Nil ye ada something Join la jommmmm

    SEGMEN BLOGWALKING EXCHANGE LINK NH

    JOM JOINNNNN.... ada hadiah ada followers.. ada komen.



    http://nilamhimawari.blogspot.my/2016/09/segmen-blogwalking-blog-exchange-link-nh.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks nilam singgah blog siqah. Nanti siqah terjah ye segmen nie :)

      Delete
  8. sya x layan movie melayu taw siqah. skali ade ayat jom support filem tempatan, teros macam.. erk.. ok, nk ajak laki g tengok ah! hahahahahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha! Yes!! sila support filem tempatan ye. kalau tak kita support siapa lagi kan? hehe :D

      Delete
  9. Best ekk cite ni ye siqah?? uiss kene tengok ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pendapat siqah best cerita ni.. Hee. Kalau siqah tak rasa boring tu, bestlah. Hihi. Cuba lea tengok pulak =D

      Delete
  10. Macam menarik je yg ni. okay tak sabar nak download. hehe

    ReplyDelete
  11. Hehe. Tahu je tempat nak download filem ek=D

    ReplyDelete
  12. Memang nak tengok,..baca review Siqah, lagilah tergaru-garu hati nak gi tengok :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Jangan biarkan hati akak lama tergaru-garu. Pergi tengok cepat eh kak. Hehe :)

      Delete
  13. baru tadi shuben cakap pasal filem ni. best katanya. kami tak boleh nak layan kat panggung sebab kat sini takde. kena tunggu juga masuk astro.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat terengganu takde wayang jugak ye gee? Tak tahu pulak. ingatkan kelantan je takde wayang. Huhu. takpelah, pasti filem ni masuk astro nanti. Tengok kat astro lagi berbaloi. dua hari terus. Hehe :D

      Delete
  14. kalau sdh pria tampan yang memerankan ni film ... banyak lah wanita yang akan menonton ....:)

    ReplyDelete
  15. izzue islam..wahh aku suka dia ni

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。