September 01, 2016

My Favourite Phone Apps

As salam dan hello semua =)

 

Aku selalu dengan phone dan masih belum sampai tahap anti sosial. Yeke? Hee. Kali ni, aku nak share mengenai aplikasi phone kegemaran aku. Tinggalkan Instagram, Facebook, dan Twitter okay. 

Let's start! 

POCKET
Top favourite! Selalu guna Pocket untuk menyimpan apa saja laman web yang aku suka dan yang aku nak rujuk di masa akan datang. Segala petua, resepi, tips blogging, restoran dan tempat menarik, pendek kata semualah, aku akan save to pocket

Pocket buat kerja kita mudah sebab boleh add tags. Dan boleh view list yang aku save ikut tags tertentu. Jadi tak serabut nak tengok semua sekali. Jenuh pulak nak scroll.  

Dan bila aku rasa dah tak perlu lagi artikel yang dah di-save, boleh move the article to Archive atau simply delete. Senang. 

Aku sangat suka aplikasi ni. Sebab tu juga aku suka online guna phone. Senang nak save mana-mana website yang berkenan. 

SPENDING MONEY

Duit! Duit! Duit! Aplikasi ni aku guna untuk track duit masuk ( income ) dan duit keluar ( expense ) setiap bulan. Boleh add categories contohnya fuel, shopping, bil, home, food, travel, dan sebagainya. 

Budget Mode. Maksudnya kita set jumlah duit untuk setiap kategori yang ada atau mana-mana kategori. Contohnya shopping. Jadi aplikasi ni akan remind kita jika penggunaan duit makin hampir atau dah melebihi jumlah yang kita dah set. Senang kan? Boleh track agar kita tidak terlebih belanja. Tambah lagi bab shopping. Hehe. 

Passcode. Jangan risau takut orang lain boleh tengok budget bulanan kita sebab aplikasi ni ada passcode. Kalau kita tak berkongsi passcode, makanya takdelah orang lain boleh buka aplikasi ni kan. Never share your passcode! :D

BLOGTOUCH PRO

Untuk blogger yang update blog guna phone, aku sangat syorkan aplikasi ni. Sangat bagus. Boleh baca selanjutnya dalam ENTRI INI >> Smartphone App | Update Blog using BlogTouch Pro

PERIOD DIARY 

Aplikasi ini adalah wajib ada untuk setiap wanita. Walaupun aku rasa kurang berkesan sebab period aku tak tetap, aku masih download aplikasi ni untuk track my period. At least aku tahu purata kitaran haid dan sebagainya. Pelbagai jenis ada untuk track period kita. Install mana-mana pun sama je. 

DAY ONE

My personal diary. Orang yang suka tulis diari, ini adalah aplikasi terbaik untuk korang! Aku suka tulis diari. Dulu diari aku bertulis. Tapi sekarang aku malas menulis, tambah lagi bila dah lama tak menulis. Rasa tulisan dah jadi cakar ayam. Lagi lawa tulisan doktor daripada tulisan aku. Haha. 

Di sini, aku tulis segalanya. Boleh letak gambar ( paling penting ), letak lokasi, masa, jam, cuaca, dan sebagainya. Aku mungkin tidak ada di blog tiap hari tapi aku akan tetap menaip sesuatu dalam Day One setiap hari. 

I love to write about my personal life. Kalau personal sangat, can't share to public, Day One tempat dicurahkan segalanya.

Kalau marah orang tak puas hati dengan orang ke, Day One juga jadi tempat nak lepas marah dan geram. Lagi baik kan, daripada membebel di laman sosial :D

App ini pun ada passcode. Boleh guna Touch ID juga sebagai passcode. Diari kan, mana boleh orang lain baca. Rahsia tau! :)

PINTEREST

Nak cari gambar, idea, quote, segalanya boleh search di sini. Serius, macam-macam gambar ada. Semua cantik weii! Boleh buat akaun agar senang nak like dan save gambar ke dalam board sendiri. Board boleh pilih sama ada mahu private atau public. Board aku semuanya private. Hehe. Segan nak share dengan orang (∩_∩)

Ini saja aplikasi phone terbaik kegemaran aku yang aku nak share kali ni. Mungkin dalam entri lain, aku akan share aplikasi untuk edit gambar pula (^-^)

Cuma tak tahu bila. Haha. Entri ini berada dalam draft sejak 31 May 2016 dan baru hari ni aku siapkan entri. Lambat kan? Hee. Apa pun, nanti aku share lagi ye. 

Thanks reading, all ~ 

Have a nice day 。^‿^。

23 comments:

  1. Amboii..lama peram..haha..nice sharing!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! πŸ™ˆ itulah pasal mas. Akhirnya up jugak entri ni. Hihi

      Delete
  2. banyak apps yg best2 yek... nampak sgt akak jarang2 gune sume2 tuh hehehehh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Akak maybe tak selalu dengan phone kot. Kalau ada yang berkenan, bolehlah akak cuba jugak 😊

      Delete
  3. Mek berkenan dayone! Nak download jugak la. Yg periodtracker tu mek ade. Blogtouch sbb tk beli jadi dh uninstall balik. Nice info siqah πŸ‘πŸ»πŸ˜ŠπŸ˜ƒ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeayyy! Install dayone! Best, macam2 boleh story situ. Passcode tu penting. Personal diary kan. Hee.

      My pleasure mek πŸ˜ŠπŸ˜‰

      Delete
  4. Period diary tu is a must.! dulu tanda manual pakai calendar. hihihi skrg sng je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rajin jugak aina tanda guna kalendar. Hehe. Siqah dulu buat tak tahu je. Tak pernah nak tanda mana-mana. Dah ada period diary ni, barulah start tracking period. Hee 😁

      Delete
  5. thanks for sharing! apps pocket tu mcm menarik je

    ReplyDelete
    Replies
    1. My pleasure dear 😊 Apps pocket best. Semua boleh simpan dalam tu. Atheera boleh cuba guna πŸ€—

      Delete
  6. nice la apps yang spending money tu. selalu tulis kat buku mesti ada terlepas pandang. yg pasti period tu memang penting. hehe ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Manual nadhie tulis buku ek. Rajinnya awak. Boleh cuba apps spending money. Semua hanya di hujung jari 😁 kan period diary is a must! Hehe

      Delete
  7. akak pun update blog guna blogtouch pro jugak sbb senang kan
    jugak selalu intai pinterest utk cari idea ambik gambar dan resepi hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee. High 5 kak for blogtouch pro! Kalau kak noor, memang resepi banyaklah dapat ni 😊

      Delete
  8. tapi yg apps pocket tu belum try lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh try nanti kak noor. Menarik dan senang. Kak noor boleh simpan banyak resepi dalam tu πŸ˜‰

      Delete
  9. Nice sharing dear... Dulu cikla ada pinterest tp skng dh x aktif..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you dear Cikla ❤️ pinterest kalau mencari idea memang terbaik kan πŸ˜‰

      Delete
  10. blogtouch tu. nak donlod la nnti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah download ke? Hee. Cuba try test 😁

      Delete
  11. uik suka bab yang bab duit tu. teringat zaman sekolah ada buku duit poket. hahah tapi bersih je buku tu =p duitnya melayang jugak. btw salam kenal. kita follower baru awak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Tak nak tulis buku poket kot2 duit tak melayang ek. Hee..

      Tq mommy follow siqah. Siqah follow mommy balik tau. Salam perkenalan :)

      Delete
  12. Dlm byk2 ni akak ada pinterest ja..

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。