September 20, 2016

Latest Korean Drama I Have Watched

Hello semua :) 

Bertapa dalam rumah menyebabkan aku marathon tengok drama Korea. Hehe. Aku baru saja habiskan tiga drama Korea yang baru juga habis ditayangkan di Korea dalam beberapa minggu lepas. 

Seperti yang aku selalu katakan, aku suka tengok drama Korea sebab jalan cerita yang menarik. 

Senarai pelakon juga memainkan peranan penting dalam pemilihan drama Korea yang aku tengok. Cuma kalau pelakon best, jalan cerita tak best, tak ke mana juga drama tu. Jadi, aku pilih jalan cerita yang best dan lain daripada lain untuk aku tonton sampai habis.

Dalam entri ini aku nak berkongsi mengenai tiga drama Korea yang aku baru habis tengok. Setiap drama yang membawa kisah yang berlainan. 

W - Two Worlds 

 

Love this drama so much! Aku ada bercerita mengenai drama ini dalam ENTRI INI

Drama yang sangat lain daripada lain. First drama yang menggabungkan dunia realiti dan webtoon. 

Drama yang berjaya buat aku pening kepala dan keliru. Haha. Semuanya berbaloi bila dah tengok sampai habis. Semua persoalan terjawab dengan cara yang menarik. 

Aku tabik spring pada semua yang terlibat dalam W - Two Worlds drama terutama their scripwriter. Daebak!

This drama was totally worth watching!

W - Unfinished Story 


Thank you for this special story from W - Two Worlds team! Really help me to understand more about each character. 

Special story bermula dengan sinopsis drama dengan persoalan Who and Why. Bersambung dengan temuramah dengan pelakon dan Behind The Scenes of W - Two Worlds. Aku sangat suka chemistry yang ada pada Han Hyo Joo and Lee Jong Suk. Mereka sangat comel. Bila tengok BTS, kelakar masa babak kiss. Haha. Mereka pun malu nak buat :D

Pelakon yang lain juga sangat wajar diberi pujian. Semua melakonkan watak dengan baik sekali. Paling salute dengan watak Oh Sung Moo, si pencipta W yang membawa dua watak dalam masa yang sama. 

 
Goodbye Han Hyo Joo & Lee Jong Suk. 
Jumpa lagi dalam drama lain pula =) 


Let's Fight Ghost 



Drama hantu! Hehe! Aku tengok drama ni setelah dikatakan bahawa drama ni best! Dan aku minat dengan heroin, Kim So Hyun jadi tengok jugaklah walaupun aku penakut.

Sesekali akan dikejutkan dengan kemunculan hantu secara tiba-tiba. Fokus pulak tu muka seram dorang. Haih. Buat lemah jantung betul. Aku pulak konon berani tengok drama ni tengah malam. Pastu mulalah pandang kiri kanan semacam je. Haha. Penakut tengok cerita hantu begitulah :p



Park Bong Pal, hero dalam drama ni yang ada kebolehan untuk melihat dan berlawan hantu. Macam gambar kat atas ni, mula-mula aku seram bila tengok muka hantu. Tapi lepas tu, ketawa berdekah-dekah. Haha! Park Bong Pal tampar hantu ni sampai terperosok ke dinding. Terus hantu berjanji tak kacau Bong Pal lagi. Serius lawak muka hantu lepas kena tampar. Hehe. 

Tapi jangan risau. Hantu keluar sekejap je. Bukanlah sepanjang masa ada. Cuma tiap kali hantu keluar membuatkan kita terkejut. 

 

Salah satu babak yang aku suka. Comel mereka berdua iaitu Park Bong Pal (Ok Taec Yeon) dan Kim Hyun Ji (Kim So Hyun) berada di bawah pokok dengan bunga berterbangan lalu jatuh dan hinggap di rambut Hyun Ji. Hee. 

 

Antara pelakon lain dalam drama ni. Kwon Yul (lelaki atas kanan) yang membawa watak seorang profesor yang telah dirasuk evil spirit sangat menjadi. Aku geram dengan dia! Tapi bila di akhir cerita, kasihan pulak tengok dia. Dia tak jahat sebenarnya. Evil spirit itu yang membuatkan dia jahat. Rugi muka handsome di situ. Hehe. 

Secara ringkasnya, cerita ni mengenai Park Bong Pal yang ada kuasa untuk melihat dan berlawan dengan hantu. Bertemu dengan spirit lain iaitu Kim Hyun Ji dan mereka bersama melawan hantu. Dalam masa mereka berlawan itulah, terjadi kisah yang disangka iaitu jatuh cinta dan tidak disangka iaitu kaitan antara mereka berdua. 

Ending best! Berbaloi tengok. Sambil bergelak ketawa dan sedih dengan pelbagai hantu, kita akan terbawa sekali dengan kisah sebenar yang mengaitkan semua watak dalam drama ni. Menarik! 


Uncontrollably Fond 

 

Aku tengok drama Uncontrollably Fond ini hanya kerana Kim Woo Bin dan Suzy. Serius. Tapi itu hanya berlaku pada mulanya saja. 

Bila dah tengok drama ni makin lama makin menarik! Membuatkan aku terus menonton hingga ke akhir. 

Kalau korang tengok drama ni jugak, sila sediakan tisu atau tuala kecil semasa menonton episod 18 dan 19. Sumpah sedih weii! Bercucuran air mata aku tengok. Tengah malam layan drama Korea, menangis pulak tu. Esok pagi, bangun dan mata bengkak. Buruk perangai betul. Haha. 

Kenapa sedih? Sebab episod 18 dan 19, satu demi satu persoalan terjawab. Korang akan tahu apakah persoalan itu berserta jawapannya dan kenapa tajuk drama ini Uncontrollably Fond. 

Sememangnya benar Uncontrollably Fond. 

Dalam episod 19, ada tempat menarik semasa pengambaran ini berlangsung. Sumpah lawa gila weiiii! Bunga banyak gila! Ahhh rindu Korea! 

Sambil aku tengok drama, sambil aku screenshot. Hehe. Tengok guna phone je, mulalah pause dan screenshot kerjanya :D

 

 

 

 

 

Lawa kannnnnnnnnnnn!
 Ahhh rasa nak terbang terus masuk dalam babak ini. 
Subhanallah! Lawa sangat bunga! 

Ending drama ni sama seperti apa yang aku sangka. Hero mati. Haa. Dia ada sakit brain tumor yang tak boleh diselamatkan lagi, tak akan pulak hidup. 

Kalau hidup, keajaiban berlaku. Tak nak lah setiap kali cerita je mesti happy ending. Mesti ada keajaiban. Bukan senang nak ada keajaiban dalam realiti. 

Bila hero mati, baru aku terasa bahawa yes, drama ini menampakkan realiti kehidupan di situ. Tidak semua percintaan berakhir dengan kegembiraan. Aku suka ending drama ni walaupun sedih. 

Itu saja latest Korean Drama yang aku tengok buat masa sekarang. Semua ada kisah cerita masing-masing. Tidak serupa sama sekali. Itu yang aku suka dan membuatkan aku terus menonton drama Korea. 

Kalau korang berminat nak menonton, di sini aku sertakan sekali link untuk watch online tiga drama di atas. 


Happy watching 。^‿^。

Ada nak rekomen drama Korea untuk aku tengok? Nak berkongsi pendapat mengenai drama Korea ke? Boleh tinggalkan komen ye. Jangan malu jangan segan =)

20 comments:

  1. akak kalau melayan cerita korea ni sure tak jadi keje lain.
    asyik2 korea je lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. High 5 kak! Siqah tak jadi jugak buat kerja hari ni. Marathon drama korea yang lain pulak. Hihi

      Delete
  2. Hi.
    Cerita W tu memang best sangat. Try tengok cerita Cinderella and Four Knight dengan Love in the Moonlight. Best :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi awak :)

      Yes! W best sangat kan!! Love in the moonlight tengok kat tv je, comel drama tu. Cinderella, siqah tengok sampai ep 4 je. Tak minat drama Cinderella, jalan cerita biasa sangat dan tak berkembang walaupun suka pelakonnya :)

      Btw, tq tau singgah, komen, dan follow siqah :) Nice to know you :)

      Delete
  3. Iqa!!! kalau sebut drama korea..its my feveret tapi itu dulu sblm berjinak2 dgn blog..skrg dh lama tggal sbb dh x de masa uhuhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyaaaa! Hehe. Akak JM sibuk travel je sekarang. Lagi best daripada tengok drama Korea. Hehe. Teruskan update pasal travel tau kak. Siqah datang baca nanti ๐Ÿ˜

      Delete
  4. lawa sangatttttt! Teringin tau nak pergi situ. Kalau tengok drama Korea je mesti ada scene dekat situ. Sekarang tengah layan Jealousy Incarnate. Yang muka macam Siwon tu handsome ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn! Lawa!! Teringin nak ke sana. Simpan angan2 dulu nampaknya. Hihi.

      Siqah marathon drama Jealousy Incarnate hari ni! Best drama tu. Kelakar. Yes, siqah pun suka 2nd hero jugak! Masculin gitu ๐Ÿ˜

      Delete
  5. mek suka tgk my lovely girl yang si rain brlakon tu. sweetttttttttttttttt :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mek dan lovely girl sentiasa ada :) Hehe. Cerita tu sweet2 gitu kan. Tambah lagi rain berlakon ❤️

      Delete
  6. cite yg ghost tu mcm best je...
    tp siqah tgk kt mana ek? akak selalu layan yg kt astro tu je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siqah tengok kat dramafire kak. Ada bagi link kat atas. Kat tv takde keluar Let's Fight Ghost rasanya. Lagipun drama ni dah habis tayang di Korea. Ada masa nanti akak tengok ek. Best best!

      Delete
  7. semua tgk.. kecuali xhabiskan uncontrollably fond... serius xleh nak continue watch.. :{

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa tak habiskan tengok fond? Tak minat pelakon eh? Hihi..

      Delete
  8. semua drama di atas.. saya tak pernah layan. kahhhhhh..
    tapi hajat memang nak layan cuma nak tunggu masa sesuai utk download. >,<

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. takpe Gee. take your time. kang dah start tengok, tak jadi kerja lain pulak :D

      Delete
  9. Cite Korea ni best tengok tang pelakonlah kan Siqah...comey comey semuanya. Tapi hakak tak pernah layan. Entah kenapa. Malas....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa pelakon comey comey itulah penyebab utama orang tengok Korean drama kotttt :D

      Delete
  10. Yay! BAru nak tanya link..
    Nampaknya Kaklong pula yang terkena wabak Drama Korea selepas tengo citer Train to BUsan.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Train To Busan best kannnn!! Sedih di akhirnya. tak sangka tengok cerita zombie boleh sedih. Huhu.

      Selamat menonton, kak Long :)

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。