September 04, 2016

Home Sweet Home

As salam dan hello semua =) 

Aku baru saja selesai pindah rumah jam 5 pagi tadi. Settle kemas rumah baru dan siapkan rumah lama agar boleh diduduki oleh penyewa lain dengan segera. Semua lubang di dinding kena tampal balik dan mesti cat balik satu rumah. Jadikan rumah seperti kali pertama kami masuk dua tahun lepas.  

Alhamdullilah semuanya selesai. Bertungkus-lumus menyiapkannya berdua minggu ini. Minggu depan nak raya dah kan. Nak balik kampung! Hee. 

Aku pindah rumah dan rumah itu berada dalam blok yang sama. Haha. Mesti korang pelik kan dah kenapa nak pindah dalam blok yang sama je. Hee. 

Kenapa kami pindah rumah? 

Harga Sewa. Rumah baru murah RM100 daripada rumah lama. RM100 itu bermakna bagi kami. Dan kemungkinan owner rumah lama untuk naikkan harga lagi tahun depan amat tinggi. Itulah, bila duduk rumah di kawasan universiti.

Owner Melayu. Yes. Ini juga sebab kenapa kami pindah. Owner rumah baru aku ni Melayu dan aku deal direct dengan dia. Bukan guna agent seperti rumah lama. Bila owner Melayu, dia boleh bertolak ansur dan tidak mementingkan keuntungan. Lebih kepada asalkan ada orang nak jaga rumah dia. Terima kasih kak :)

Keadaan Rumah. Rumah baru lagi cantik daripada rumah lama. Dinding bilik utama dan bilik no 2 di rumah lama dah buruk! Sebab kebocoran di rumah atas! Dah cakap dan masih sama je. Huu. Air menitik lagi bila semalam kami kemas rumah di bilik utama. Habis satu almari buku aku rosak di bilik no 2. Almari kayu dan kena air. Faham-fahamlah apa jadi. 

Sekarang bila dah pindah rumah baru, mulalah niat nak pasang aircond. Haha! Tapi masalahnya agak seram dengan bil elektrik yang bakal melambung. Jadi, tak payahlah. Hehe.

 
Ruang tamu. Setting sama jugak di rumah baru =)

 

Kami tak pandai sangat nak deko rumah. Banyak belajar daripada Pinterest dan Google. Buat sikit-sikit. Nak buat sekali semua memang tak lah kan. Hee. 

Lepas habis kemas jam 5 pagi tadi, terus ke kedai mamak dan pekena teh ais! Perghhhh! Terasa nikmat dunia. Hahaha. 

Korang weekend buat apa? Mesti seronok kan? Apa-apa pun, esok Isnin tau. Jangan lupa kerja atau ada kelas bagi yang masih belajar. Haha. Saja ingatkan je :p

Have a nice day, all ~ 

29 comments:

  1. Memang okayla owner pun melayu n direct tanpa agent2 ni. okay sangat tu Siqa. btw nice deco :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan nadhie.. Tak suka sangat berurusan dengan agent. Banyak level.. Tq dear :)

      Delete
  2. cantikk dan nampak selesa umah baru kak siqah!
    rajin rajin study tau kak siqah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Tq dear 😊 sekarang nak studi hiasan di bilik tidur pula :)

      Delete
  3. Replies
    1. Hehe. Biasa je erin! Btw, tq πŸ€—

      Delete
  4. kalau buat sikit sikit takdelah terasa sangat duit mengalir ye tak. cantik rumah you dear <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu mommy. Serius kalau buat rumah kena sikit2. Tak terasa sangat bab duit tu. Hee. Tq mommy. Slow2 bikin ❤️

      Delete
  5. Cantik la Siqah deco.. Kalau tengok deco ruang tamu rumah Reen, simple macam rumah bujang! Hahahaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh macam rumah bujang. Simple sangat ke tu reen? Hee. siqah dan suami sama2 belajar reen. Slow2 bikin rumah 😊

      Delete
  6. Haha..tak naik sem lg..so bleh santai lg..hihi.Slmt bekerja bg yg bekerja n study.RM100 pun dh boleh guna utk mcm2 tu.Pilihn yg bijak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup! Boleh bayar duit parking kereta kat ofis tiap bulan. Hehe. Wahh seronoknya boleh santai lagi. Gunakan masa rehat ni sebaiknya ye mas 😊

      Delete
    2. Baik.! insaf jap dgr nasihat. haha

      Delete
  7. wahhhh, ingat rumah blog je berpindah, rumah betul pun pindah sekali :D hehe

    ReplyDelete
  8. pandai siqah susun tu..nampak simple dan comel..ye lah kalau dapat tuan rumah yang boleh bertolak ansur ok jugakan, akak ni sebab dah beli rumah malas nak pindah lagi, ikutkan hati taknak dah menyewa kat rumah ni, rumah bocor dan dapur suka banjir, tapi takde tindakan dari tuan rumah, bertabahlah tunggu pindah rumah sendiri..harap2 cepatlah dapat kunci

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bocor dan banjir kak? Alahai. Tak bestnya kak. Sabar ye kak. Baik terus pindah masuk rumah sendiri je. Penat pindah!. Moga akk cepat dapat kunci rumah. Amin

      Delete
  9. lawa siqah deco rumah :) kalau mek pun mek pindah. seratus tu bleh buat bayar bil :) kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa je dear. Siqah dan suami bekerjasama 😁 betul tu!! Lepas bayar bil astro dan elektrik. Hehe

      Delete
  10. cantiknyaaaa rumah siqa....rasa nyaman je mata nengok...baguih ni rajin suami isteri ni kemas..makaih kui 5 pagi gi mamak layan tehais..huhu sojukk oo...apappun irda doakan rumah baru..moga semangat baru dan moga happy selalu..my dear siqa..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq dear 😍 Terpaksa jadi rajin ni irda. Haha. Serabut tengok rumah sepah. Hee. Tulah pasal. Kul 5 pagi pekena teh ais. Memang tak boleh bla rasanya. Hee.

      Tq dear. Insyallah 😘

      Delete
  11. Assalamualaikum Siqah,

    Rindu dengan adik sorang ni, alih2 blog dah bertukar wajah and even dah duk rumah baharu.. Alhamdulillah dipermudahkan urusan..

    Cantiklah decor rumah Siqah, apa pulak kata tak pandai..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam kak LZ :)

      Lama tak nampak akak. Patut rindu ❤️

      Hee. Haah dah bertukar blog dan rumah siqah sekarang. Biasa je kak deco. Apa yang mampu nak follow. Hehe.. Rumah akak mesti lagi cantik deco nya 😍

      Delete
  12. Bila kita selesa dengan orang, lagi mudah nak buat urusan kan..huhuhu..cantik dah tuu..ruang kecik pun nampak luas sangat kalau kena pandai susunnya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sally. Senang nak berurusan dengan orang yang kita selesa :) hee. Kan kena pandai susun atur rumah bagi nampak luas..

      Delete
  13. Replies
    1. Hee. Biasa je dear. Btw, tq tau. Belajar lagi ☺️

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。