September 22, 2016

A Must Watch Korean Drama

Hello semua =)

Drama Korea yang aku nak review hari ni adalah drama yang sudah lama sebenarnya. Hehe.

 Drama bertajuk Secret pada tahun 2013.

Kenapa aku baru nak review hari ni? Nanti aku bagitahu di akhir entri ini ye.

 

SINOPSIS

Min Hyuk (Ji Sung) adalah seorang lelaki kaya yang punya segalanya. Dia telah kehilangan kekasih kesayangan kerana a hit-and-run accident.

Yoo Jung (Hwang Jung Eum) adalah seorang wanita yang terlalu sayang dan percayakan kekasihnya, Do Hoon (Bae Soo Bin) sehingga sanggup untuk mengaku bersalah kerana a hit-and-run accident yang sebenarnya dilakukan oleh Do Hoon. 


Yoo Jung masih berfikiran bahawa Do Hoon akan selamatkan dirinya tapi rupanya tidak. Dia dikhianati kerana Do Hoon menjadi semakin gila kuasa sebagai seorang peguam.


Selepas Yoo Jung keluar dari penjara, Min Hyuk menganggu hidupnya, kerana dia ingin membalas dendam kepada pembunuh kekasihnya. 

Lama kelamaan, Min Hyuk sedar akan hakikat bahawa Do Hoon adalah pembunuh yang dicari lalu menolong Yoo Jung untuk sama-sama membalas dendam kepada Do Hoon.

Dalam proses ini, Yoo Jung dan Min Hyuk jatuh cinta. 


REVIEW

Absolutely amazing! A must watch Korean drama! A very sad with meaningful stories. My top favorite Korean Drama.

I love this drama so much! Sehingga aku hanya mengambil masa 3 hari untuk marathon tengok drama ni daripada mula hingga akhir. 

I love the chemistry between Ji Sung and Jung Eum. Aku memang dah terpikat dengan Ji Sung sekian lama. Jung Eum pula adalah ratu air mata. Dalam drama ni, banyak kali dia menangis. Macam mana agaknya dia boleh menghayati watak dengan sangat mendalam dan boleh menangis setiap kali dengan senang dan sedih. 

Jung Eum menangis. Sekali aku pun menangis. Ada yang Jung Eum tak nangis tapi aku pulak menangis sebab sedih tengok dia. Kasihan sangat hidup dia. Huhu.

Pada mulanya, aku bengang dengan watak Yoo Jung. Kenapa dia begitu mudah untuk cover kesalahan kekasih dia? Kenapa dia begitu bodoh memikirkan yang kekasihnya baik? 

Tapi, selepas dia bangkit semula bersama Min Hyuk untuk membalas dendam kepada Do Hoon, aku jadi teruja. Teruja melihat seorang wanita yang dikhianati dan akhirnya bangkit untuk membela diri. 

Pendek kata, the story, the acting, and OST, semuanya best! A powerful Korean Drama.

Tak akan menyesal kalau tengok drama ni. Percayalah.

A really recommended Korean drama :)

A beautiful ending :)


OST Secret - Incurable Illness


**************************************************

Kenapa tiba-tiba hari ni aku review drama Korea yang sudah lama aku tengok? 

Here is the reason yang menyebabkan aku kembali mengingati Secret!

Korang tengok tak drama Melayu bertajuk Patahnya Sebelah Sayap di TV3? Baru je mula disiarkan dua hari lepas. Lakonan Ummi Nazeera, Izzue Islam, dan Aeril Zafrel. 

Aku tak tengok drama Melayu. Bosan sebenarnya dengan jalan cerita yang lebih kurang sama dan ikut trend. Sekali keluar cerita pasal Kapten, sekarang cerita pasal Abang Bomba pulak. Boring betul rasa. Huhu. Dan semua adaptasi novel. 

Aku tahu pasal drama Patahnya Sebelah Sayap daripada Hanis. Aku pun terus tengok episod 2 semalam dan yes, memang serupa dengan drama Korea, Secret.

Jalan cerita sama dan telah disesuaikan mengikut gaya orang kita.

Aku tak tahu sama ada pihak produksi ada hak untuk remake drama Secret dalam versi Melayu. Tak ambil peduli sangat hak remake or copy paste ni, pandai-pandailah mereka kan. 

Drama Secret tidak ditayangkan di Malaysia dan mungkin sebab tu pihak produksi ambil jalan ceritanya sebab bagi mereka, tak ramai tahu drama Secret. Aku rasalah. Hehe.

Aku bukan nak hentam drama Melayu. Tak dinafikan drama Patahnya Sebelah Sayap lain daripada lain. Dapat membuatkan kita untuk menonton drama yang konsepnya berat sedikit. Bukan hanya cinta dan perebutan kuasa semata. 

Cuma aku harap agar drama ini adalah original daripada orang kita. Bukan ciplak idea sesiapa. 

Walaupun begitu (dah macam buat karangan pulak, hehe,)  , aku akan terus menonton Patahnya Sebelah Sayap.

Aku suka lakonan tiga orang watak utama dalam drama ni, Ummi Nazeera, Izzue Islam dan Aeril Zafrel dan rasanya aku patut bagi peluang kepada pihak produksi tempatan untuk olah drama Secret bersesuaian dengan konsep masyarakat kita.

Fuh! Panjang nampaknya entri kali ini :D

Ada sesiapa yang berminat nak tengok Secret, boleh klik LINK INI.

Jom tengok juga Patahnya Sebelah Sayap. Baru 2 episod je. Sempat kalau korang nak follow sesama :)

Happy watching, all =)

22 comments:

  1. Patah sebelah sayapnya tu macam best. ape jadi eyh smlm? langgar pastu meninggalkan?

    yg ni ade blogger review td. mcm kne tgk jgk la :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup langgar pastu meninggalkan.. polis tengah siasat sekarang.. huhu..tengoklah.. best best :)

      Delete
  2. drama ni memang best! erin marathon tengok masa kat uni seminggu before final exam hahaha. T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. masa study week biasanya hari melihat korean drama. bukan study. Haha. Best kannnnnnnnnn! Samalah kita marathon. rasa tak boleh kalau tak habiskan cepat. hehe

      Delete
  3. wuuu..dua2 pun x tgk haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaaa mas.. tengoklahhh. ada geng nak cerita nanti :D

      Delete
  4. Dah tengokk cita ni memangg terkeluar2 sekali air mata. Especially part dia masuk penjara tu sekali dengan anak kena jaga. Fuhhhh! Thanks akak review. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menangis tak sudah tengok drama ni. Pandai betul dia berlakon menangis je. dahlah ada anak, bf lak khianati dia. kasihan sangat..huhu

      Hee. Saja review drama lama :D

      Delete
  5. Hi awak :)
    Btw, panggil saya Ari ja, sviors tu nama buatan sendiri hhaha.

    Oh ya, dah tengok dah cerita Secret ni, memang best. Macam2 perasaan dapat rasa and kesian dekat heroin selalu kena ja. Serius sama ka cerita melayu tu? Haha. Takpernah tengok lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Ari :) Tahu jugak nama awak last sekali. Nak panggil Sviors cam tak tahu nak pronounce je. hehe.

      Kannnn drama ni sedih dan best!! Haah sama dengan cerita melayu tu. cuba tengok nanti :)

      Delete
  6. mmg best citer Secret ni..drama Patahnya Sebelah Sayap tu cuma sempat tengok yg hujung2..terdetik jg dlm hati time depa berdua dok bergurau senda ttg cincin dlm keta dlm hujan tu and then accident, cam sama dgn Secret..oo baru 2 ep..nk follow jg lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom nohas follow sama2 drama melayu pulak.. walaupun jalan cerita copy drama korea, tapi bolehlah nak tengok cara kita pulak olah cerita tu kan. Lagipun nak tengok Ummi Nazeera boleh tak watak itu dengan baik :D

      Delete
  7. Patutlah masa saya baca mula-mula sinopsis yang cik Siqa tulis, rasa macam ada persamaan dengan drama Patah Sebelah Sayap.. Arghhh kenapa saya rasa frust ni?! Baru nak puji yang produksi Malaysia pun boleh buat cerita yg tak berkait dgn CEO kaya or perebutan kuasa apa semua.. Rupanya.. ciplak jugak.

    Okay, mungkin perkataan ciplak tu agak harsh. But, apa lagi word yang sesuai, kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Word lain yang sesuai maybe boleh guna 'copy paste'. huhu. Itulah mula2 frust jugak. Tapi at least berlainan jugak genre yang ada. Boring dah tengok drama Melayu genre yang sama je.

      teruskan tengok Gee :) Awak boleh tengok drama Secret tu jugak. Best sangat :D

      Delete
  8. Wah siqah sesuai tk dengan kaknoor ni ceta koya ni??
    Sesekali nk jdi org muda jugak lah tengok ceta koya haha, mcm bessstt je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesuai sangat kak noor :) Sesiapa pun boleh tengok drama korea. Best cerita ni kak noor. Siqah suka sangat :)

      Delete
  9. wow.. mula terjebak sbb mama geram n bising dpn tv (ala abis la budak pompuan ni yg kena) so dok dpn tv try sejukkan hati mama~ BUT kecewa sbb mmm sbb tetiba ada flashback drama secret masa melayan. well 5min nonton trus menyoal mama bab laki tu peguam eh, xcident eh, yg mati pasangan org kaya eh, mak laki tu lupa diri eh... mm k. trus jawab "mama ni dram tiru citer penjara yg asyik nangissssss tu nangis ni nangis aje tu laa" tp offcos la cuma da di-melayu-kan gaya citer.. but true 'Secret' is still my top fav of KoreaDramaActorsOst(KDAO).. well yg belum tgk secret WhY not watch patahnya sebelah sayap. masih berbaloi (me? tgk la kalu ada masa sbb mama akn citer blk pn if xtgk) ekekek

    ReplyDelete
  10. Kannn.. Secret is the best! Semua best lah. Bak kata awak, KDAO. Hehe. First time tahu ada istilah cmani :D

    Siqah tengok jugak Patahnya Sebelah Sayap. Saja tengok sebab nak compare. Haha. Dan nak tengok sejauh mana pelakon Malaysia boleh bawak watak camtu 😁

    ReplyDelete
  11. Lepas baca your review, rasa macam nak tengok drama Secret dan Patahnya Sebelah Sayap ni. Hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengoklah syaza!! Secret memang best. Mesti awak tak berganjak nanti. Hehe. Patahnya Sebelah Sayap pun best jugak. Bersungguh jugak tengok :D

      Delete
  12. Ada satu lagi drama ji sung yg bes!, protect the boss, cute sgt��, klau stress bole la tgk cite ni��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Siqah tengok drama protect the boss tu nanye, tapi tengok sikit je. tak full pun sebab tak suka sangat heroin. walaupun minat Ji Sung :D

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。