August 15, 2016

Review Filem : Zack Kapcai

Selamat petang semua =) 


Aku baru lepas tengok filem ini, Zack Kapcai. Beli di Astro First. Cadang dulu nak tengok filem ini di pawagam tapi tak sempat pulak.

Yang buat menarik nak tengok filem ini adalah pelakonnya. Pelakon utama yang terdiri daripada beberapa pelawak terkenal tempatan iaitu Fad Bocey, Rahim Sepahtu, dan Shuk SYJ. Ada juga mendapat sokongan daripada pelakon lain iaitu Serina anak kepada Chef Wan. 


SINOPSIS 

Mengisahkan mengenai Zack Kapcai lakonan Fad Bocey yang hidup berdua bersama maknya ( lakonan Serina ) setelah mak dan ayahnya ( lakonan Rahim Sepahtu ) berpisah. 

Dipendekkan cerita, Zack mencari ayahnya setelah terbaca keratan akhbar mengenai ayahnya yang merupakan Raja Kapcai. Di sini dia juga bertemu dengan adik kandungnya, Tasha. 


REVIEW 

Bagi aku, filem ini biasa je. Malah, aku bosan bila tengok. Begitu juga dengan encik suami. Encik suami merupakan peminat tegar filem tempatan tambah lagi filem lawak. Bila dia pun bosan, maksudnya memang filem ni tak menarik perhatian. 

Jalan cerita pula macam aku pernah tengok dalam filem mengenai motor sebelum ni. Tapi aku tak ingat filem apa. Lebih kurang je jalan cerita. Tiada idea segar yang ditonjolkan. 

Ada juga beberapa dialog yang merujuk kepada perkara ehem ehem suami isteri. Faham-faham jela apa kan. Patutnya tak perlu buat lawak macam tu. Atau aku yang salah faham? Rasanya tak. Lawak kotor. 

Patut diingatkan lagi bahawa filem lawak ini turut ditonton oleh kanak-kanak. Kan ke susah nak terangkan kalau mereka tak faham dialog tersebut? 

Lagipun, aku dah boring dengan filem tempatan yang tak habis-habis dengan lawak begitu. Boring sangat. Idea dah lama betul, idea lapuk boleh? 

Maaf kalau aku hentam filem ini habis-habisan. Tapi serius, jujur dari hati, aku tak suka filem ni. Pihak tertentu boleh fikirkan idea segar untuk dibawa menjadi filem. Tolong jangan ulang jalan cerita yang sama. 

Aku bagi 2.5 bintang untuk filem ini. 

Ini hanya pendapat peribadi aku je tau. Mungkin bagi orang lain, berlainan pendapat. Apa kata korang berkongsi di sini pada mereka yang dah tengok. 

Mungkin ada input bagus yang aku tak perasan ke?

Namun begitu, aku dan encik suami akan berterusan support filem tempatan. Tidak akan stop dari menonton filem tempatan selepas ini. 

Kalau tiada kita sebagai rakyat Malaysia nak support, siapa lagi yang nak support hasil seni orang kita kan? 

21 comments:

  1. dah agak dah citer ni mesti ermmmm...
    baguslah siqah bg review jujur mcm ni...
    harap2 dorang baca komen u ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu. Memang jujur kak dari hati. Serius rasa macam emmm tak tahulah..

      Delete
  2. tak tgk sgt.. hehhee apa pun sokong filem malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee. Yes. Apa pun kita kena sokong filem malaysia =)

      Delete
  3. akak selalu kalu mcm tak best sgt tunggu kuar kt astro mustika je nnti kih3...

    kadang mcm sama je jln cite, kadang lbh sesuai bt jd drama je kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Filem ni nampak iklan cam kelakar dan gempak je kak. Tu yang siqah beli jugak. Ingatkan best, tapi emmm..

      Betul kak. Setuju. Kadang2 sesuai jadi drama je pun..

      Delete
  4. hahahaha memang dah lama tak layan movie melayu. merapu je banyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaha. Tak dinafikan.. Memang merapu banyak.. Agaknya dah takde idea ek? πŸ’

      Delete
    2. Eh farhana, btw, thank you singgah dan follow. Siqah balas kunjungan ye 😊

      Delete
  5. Tahniah terpilih sebagai pemenang pencarian bloglist untuk blog gadisgenits
    Semak keputusan disini :-
    http://gadisgenits.blogspot.my/2016/08/6-orang-pemenang-pencarian-bloglist.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeayy! Alhamdullilah. Ada rezeki menang segmen.. First time menang. Thank you wanny =)

      Delete
  6. Entahlah Siqas. Kakak ni memang jarang sangat menonton
    Baca review Siqah lagilah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee. Tq kak baca review siqah yang jujur dari hati ini =D

      Delete
  7. lebih baik jjur drp menipu kan? kadang filem tempt ni best and ade jugak yg mcm ni --"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul mek. Lebih baik jujur kan πŸ€— haah ada jugak yang okay filem tempatan. Still support =)

      Delete
  8. Suka jugak layan cite lawak ni. Tp tengok jugaklah siapa yg berlakon...
    Nasiblah tak gi tengok wayang ye Siqah kalau tak rugi jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu. Betul tu mak. Mujurlah tak pergi tengok wayang.. Memang menyesal habislah.. Huhu..

      Delete
  9. aida pun tgk kat first.
    ok la. lawak keluarga :)

    ReplyDelete
  10. husband kite baru beli cd cite ni, belom tgk lagik. ok, nk gelak jap. hahahahahahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti bagi review tau. Hee. Pendapat siqah je nie tak best. Tak tahulah orang lain =D

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。