August 10, 2016

Review Buku : Pelukis Jalanan

Hello semua =) 

Pelukis Jalanan oleh Teme Abdullah
 
Aku baru beli buku ini semalam dan hanya mengambil masa selama 3 jam saja untuk habiskan buku ni. Serius, buku bertajuk Pelukis Jalanan ini sangat menarik hati aku. Sangat best! 

Aku teruskan pembacaan tanpa henti sehingga ke akhirnya. Seronok baca kisah benar kehidupan seorang insan bernama Teme. Seorang yang kini popular di Instagram. Tidak sangka bahawa beliau pernah mengalami saat-saat getir dalam kehidupan sehingga hampir putus asa. 

Seorang insan yang percaya bahawa perancangan Allah jauh lebih baik daripada perancangan seorang hamba. Seorang insan yang percaya bahawa Allah berikan ujian kepada dirinya bukan untuk musnahkannya. Allah tahu bahawa dia bukan orang "biasa-biasa" yang akan mudah putus asa. Semua ujian untuk mematangkan dia supaya menjadi insan yang berguna. 

Seorang insan yang percaya bahawa kadangkala kita perlu keluar dari "zon selesa" untuk belajar bersyukur dan bercita-cita.

Seorang insan yang percaya dan yakin bahawa kita takkan dapat benda yang sama dengan orang lain. Sentiasa percaya bahawa itu adalah rezeki masing-masing.

Seorang insan yang percaya bahawa jika dia jaga urusan dia dengan Allah, Allah akan jaga urusan dia di dunia. Sangat menitikberatkan mengenai apa yang dilukis agar membawa manfaat dan tidak mendatangkan 'free dosa' kepadanya. 

"Sekarang ni memanglah kita boleh kata 'lukisan je pun'. Tapi ada kemungkinan dengan 'lukisan je pun' kita boleh ke neraka." "Allah yang bagi aku tangan dan mata ni. Takkan aku nak gunakan untuk khianati kurniaan Dia balik." - Teme Abdullah.

Kisah Si Pelukis Jalanan
 
Aku suka ayat di bawah kulit belakang buku ini. Kalau aku, rasa tak mampu nak buat keputusan seperti Teme. 

Jika diberi peluang untuk hidup selesa, Teme akan memilih untuk tidak melakukannya. Kerana sesungguhnya pengalaman adalah anugerah bernilai Allah buat Teme. Bersyukurlah, tak semua orang rasa apa yang kita rasa. 

"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahaya sesungguhnya kesulitan itu disertai kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai ( daripada sesuatu amal soleh ), maka bersungguh-sungguhlah kamu berusaha ( mengerjakan amalan soleh yang lain ). Dan hanya kepada Tuhanmu sahaja hendaklah kamu berharap. " - Surab Al-Insyirah, ayat 5 -8. 

Lukisan Teme yang bagaikan tumbuh sayap dan terbang dengan sendirinya. 

His Instagram @itsteme
 

Sehingga sekarang, identiti Teme dirahsiakan. 

Bagi mereka yang tiada IG, aku screenshot sedikit hasil kerja beliau sebagai tatapan korang. 
 
 

 
Beautiful sketch!
Bagi beliau, lukisan dia hanya "biasa-biasa", tapi bagi aku, ianya sangat cantik. Kagum dengan mereka yang dikurniakan kelebihan untuk melukis dengan indah. 

Love words from him below:

Jika terlihat kecantikan,
 Ingatlah Penciptanya. 

Serius. A great book. Please help yourself to read this book. Kisah sebenar hidup Teme yang boleh dijadikan motivasi untuk kita semua terutama pada pelajar agar mereka tahu mengenal erti susah demi menuntut ilmu. 

Korang tak akan menyesal beli dan baca buku ni. Serius. 

Happy reading, all ~ 

26 comments:

  1. siqah, ape kate klau siqah rent dekat mek seminggu. nnt pos mek tanggung :) kalau siqah sudi nnt emel dekat mek ye :) thanks..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je mek nak pinjam daripada siqah.. Cuma sekarang, ada kawan pinjam.. So maybe lambat lah untuk mek nanti... Siqah email nanti ye =)

      Delete
  2. Mcm best jerk buku ni siqah.. Nak beli jugak la.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best lea! Lea bacalah... Lea kan suka baca buku =) nanti dah baca boleh bagi review jugak =)

      Delete
  3. tak tahu pulak abang teme ni ada keluarkan buku :O Nak kena cari niiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi cari eh.. Awak mesti followers teme kan? =D

      Delete
  4. whoaaa.. nak cari la! i love books. ni kalau masok expo buku nih, confirm mcm2 package ade. taksabo lak rase. hiks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada expo ke nanti awak? Hee. Siqah suka jugak pergi expo buku. Walaupun berpinar mata nak pilih buku apa. Rasa nak beli semua. Hehe.

      Delete
  5. budak architecture..sketches mesti cantik kan..

    menariknya buku tu..suka baca kisah hidup yg memberi motivasi mcm ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan nohas. Budak architecture mesti pandai melukis =)
      Siqah pun suka baca buku kisah kehidupan orang. Motivasi semuanya =)

      Delete
  6. Replies
    1. Haha. Hanis tak keseorangan. Siqah pun mampu lukis orang lidi je. Hehe 😁

      Delete
  7. Alhamdulillah bakat yang Allah kurniakan bila disalurkan pada landasan yang betul..nikmatnya berbalik pada diri sendiri..subhanAllah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak PC =) Berkongsi cerita agar perkongsian itu dapat memberi motivasi kepada yang lain. Bagus kan kak PC . Alhamdullilah =)

      Delete
  8. nmpk menarik buku ni..lma dh yui xmbca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah start membaca balik yui.. Pendek je bukunya. Mesti cepat je yui habiskan pembacaan =D

      Delete
  9. mcm mn pun best of luck utk penulisan ya

    ReplyDelete
  10. Omg, cantiknya lukisan lukisan tu. Btw, beeha dan followback awak. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik kan awak.. Suka melihatnya. Kagum tengok hasil tangan begini.

      Tq beeha followback. Salam perkenalan ye =)

      Delete
  11. Dia lukis sendiri ke tu? Woww, amazing

    ReplyDelete
  12. Aina punn dah baca juga akak, best sangatt! memang rasa semangat lepas baca buku dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn aina :) Sangat bersemangat lepas baca buku dia. sempoi je penyampaian. jalan cerita sangat motivasi..

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。