August 14, 2016

Review Buku : Kompilasi Travelog 7 Benua

Hello semua =) 

Apa khabar semua? Selalu pula aku buat review buku sekarang kan. Hehe. Sekarang aku dah kembali aktif membaca buku pula :) 

Jadi, hari ni aku nak berkongsi mengenai satu buku travelog terbitan Travel Planet bertajuk Kompilasi Travelog 7 Benua

 


SINOPSIS

Buku ini mengandungi kisah 8 pengembara yang mempunyai latar belakang yang berbeza tetapi mempunyai minat yang sama iaitu mengembara. 

Pengembara 1 : Badrul Hisham ( Amerika Syarikat )
Pengembara 2 : Nordin Yahaya ( Peru )
Pengembara 3 : Ida Yunus ( Mongolia ) 
Pengembara 4 : Rafiee Ghani ( Maghribi ) 
Pengembara 5 : Nazri Arshad ( Vietnam )
Pengembara 6 : Siti Noridah ( Pakistan )
Pengembara 7 : Wazari Wazir ( Rusia )
Pengembara 8 : Meor Farid Asyradi ( China ) 

Masing-masing ada cerita tersendiri. Cerita disampaikan dalam bentuk cerpen pendek. Penulis banyak bercerita mengenai tempat menarik yang mereka pergi dan juga kisah dalam perjalanan ke tempat itu. 

Ada juga diceritakan mengenai sejarah tempat yang dilawati. Semua tempat menarik cuma yang paling aku teruja untuk mengetahui dengan lebih lanjut adalah dua tempat iaitu: 

MACHU PICCHU ( MP ) 
Pengembara : Nordin Yahaya

MP tersenarai dalam salah satu antara Tujuh Keajaiban Dunia. MP adalah bukti nyata kewujudan Empayar Inca di puncak kekuasaan. 

MP terletak di tengah-tengah hutan Amazon beribu batu pedalaman dan berada di puncak pergunungan Andes. Sampai sekarang, masih tertanya-tanya mengapa dan bagaimana kaum Inca membina empayar di tempat sedemikian. 

Tiada juga dalam catatan sejarah mengenai penjajah Sepanyol menemui kota ini. 

MP baru saja ditemui buat kali pertama oleh Profesor Hiram Bingham dari Yale University pada tahun 1911. 

Menarik kan tempat ni? Aku sangat teruja membaca kisah dan lebih teruja apabila melihat gambar Machu Picchu. Menarik sangat! 

 

 

Di tengah hutan, atas bukit, ada tempat sebegini. Amazed! 

 

CHITRAL, PAKISTAN 
Pengembara : Siti Noridah 

Tempat yang dituju oleh pengembara adalah Chitral di Pakistan. Chitral adalah daerah paling barat Pakistan dan berada tidak jauh dari negara jirannya iaitu Afghanistan.

Cuma kisah yang dipaparkan adalah mengenai perjalanan pengembara dari Gilgit ke Chitral, Pakistan

Untuk ke Chitral, pengembara perlu menaiki bas ke Mastuj dahulu yang memakan masa selama 14 jam dan keesokannya, pengembara menyambung perjalanan dari Mastuj ke Chitral dengan jip pacuan empat roda pula. 

Aku tertarik dengan keindahan alam di sepanjang perjalanan dari Gilgit ke Chitral. Ada dua  tempat menarik yang pengembara lalui iaitu Lembah Ghizer dan Shandur Pass. 

Apa yang menarik lagi adalah pemandangan biasa sepanjang perjalanan. Ohhhh cantik sangat!! Aku yang hanya tengok gambar pun rasa nak pergi sekarang! 

Lembah Ghizer

 

Shandur Pass 

Lokasi di mana pertandingan tahunan polo diadakan. Salah satu tarikan utama pemgembara untuk menyaksikan permainan polo tertinggi di dunia pada awal bulan Julai setiap tahun. 

 

Lawa sangat view! Serius Pakistan cantik. Banyak lagi tempat menarik di Pakistan. A breathtaking view! Teringin nak pergi. Tapi encik suami pula tak benarkan ke sana. Tengok gambar jadilah =)

 


REVIEW 

Aku seronok baca kisah pengembaraan mereka. Bukan senang nak mengembara apatah lagi apabila dilakukan seorang diri. 

Buku ini adalah koleksi cerpen kisah pengembaraan mereka. Jadi ceritanya juga pendek saja. Baru aku nak teruja membaca kisah, sudah habis rupanya. 

Mungkin setiap pengembara boleh menulis semua kisah pengembaraan mereka dalam buku masing-masing. Seronok baca kisah mengembara. Tulis panjang dan secara detail. Mesti lagi best baca.

Salah seorang daripada pengembara iaitu Meor Farid Asyradi adalah penulis buku "Travelog Mr.Traveller". Aku tak baca lagi buku tu.

Apa yang aku tak suka dalam buku ini adalah gambar yang diletakkan berasingan daripada cerita. Setiap penulis akan bercerita dulu kisah mereka dari A hingga Z tanpa satu gambar pun. Gambar hanya diselitkan di hujung setiap cerita pengembara.

Aku lebih suka baca kisah dan disertakan gambar sekali. Baru aku boleh bayangkan tempat kejadian dan baru aku boleh baca dan hadam dengan lebih semangat. Hee =D 

Apa pun, memandangkan ini adalah buku pertama terbitan Travel Planet, mungkin pihak penerbit boleh tingkatkan lagi cara penyampaian dalam buku agar lebih menarik untuk dibaca. 

Sekian saja review aku. Panjang pula rasanya. Hehe. 

Selamat membaca semua =) 

28 comments:

  1. baru teringat ada join GA buku ni. kalau tak de rezeki menang, saya beli je la kot nanti. sobsss. :D

    Agree with your suggestion yang letak gambar seiring dengan jalan cerita. :D hehe. I love reading travelog that way.

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. siqah pun join juga GA tu. hehe. tapi dah kawan ada beli, pinjam jela dulu :D

      yes, love reading travelogue with pictures kan.. baru boleh bayang.. tq hanis :)

      Delete
  2. Ni yang ade GA tu kan? waaa, kalau tak menang, nk pinjam jugak la :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. siqah pinjam kawan punya nie mek :) Haah, nie yang ada GA tue..

      Delete
  3. nice dear...u ada minat yg sama dengan i..hehe buku yg hari tu i xsempat cari lagi...keep on sharing darling..i love read it...nice..tp irda selalu pegi nationallibrary je pinjam buku..jarang beli hehe...tp kalau ada pesta buku mesti melekat kat situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti irda cari dua buku sekaligus ye.. rajinnya irda pergi national library. siqah pernah sekali je kot pergi. itupun sebab teman orang. hehe. haah kalau ada pesta buku pasti melekat. paling suka big bad wolf :D

      Delete
  4. Bestnya buku ni! Seronok baca kisah kembara orang pergi tempat2 wonderful :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak farrah :) Suka baca kisah pengembaraan orang. kita baca macam kita pergi sekali :)

      Delete
  5. Best buku ni. Teringin jugak nak pergi kembara tgk dunia luar n tempat yg berbeza mcm MP tu. Memang teruja sgt tgk! Tapi, apakan daya sbg gadis yg belum kawen ni pergerakan terbatas cket . huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan nadhie =) teruja sangat nak explore dunia luar. Serius banyak tempat menaril untuk dilawati.. Tapi itulah apakan daya, duit mengatasi segalanya. Hehe.

      Tak dinafikan, memamg gadis belum berkahwin, pergerakan agak terbatas. Nadhie boleh ajak family pergi travel sekali. Lagi best! =D At least ada seorang keluarga teman, mesti mak ayah nadhie bagi pergi jejalan =D

      Delete
  6. Wahhh.. Memang best bila dapat mengembara. Lagi adventure bila pergi seorang diri. Teringin juga nak buat nanti. Insha-Allah.

    Kena cari juga buku tu. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuat semangat awak nak travel sorang diri eh.. Siqah yakin siqah tak boleh kalau sorang diri. Berteman sorang pun jadilah. Hehe.

      Insyallah. Siqah doakan agar faarihin dapat buat apa yang dihajati itu =)

      Delete
  7. salute dgn semua pengembara ni hati kecal sggh!!!

    ReplyDelete
  8. bestnyaa jom travel same2 kak siqah hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay jom. Aini pilih nak pergi negara mana? Hehehe.

      Delete
  9. follow here #113
    follow kita balik kak siqah <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak tak nampak aini dalam followers. Aini menyorok eh? Hehe..

      Akak datang dan follow balik ye =)

      Delete
    2. kak siqah kita dah follow laaa hummm...
      terjah blog akak butang unfollow appear means sy dah follow blog akak ye :D
      maybe akak ramai sangat follower sebab tu tak nampak kita..
      akak add link kita kat dashboard akak. button follow kita ada cuba akak bukak guna mozila T_T

      Delete
    3. Larr yeke aini.. Sorry2. Serius akak tak nampak.. Hee. Followers takdelah ramai sangat dik aini oiii 😁

      Akak bukak web guna safari. Akak bukak kat phone je. Tak nampak button followers. Takpe.. Akak follow aini guna dashboard ye 😁😊

      Delete
  10. xdp p kmbra bc buku gini pun dh rasa sronok kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul yui. Mampu juga kita melihat negara orang daripada mata orang lain =)

      Delete
  11. I've never tried this kind of book. Thanks for the review anyway =D

    ReplyDelete
  12. Kalau minat membaca mmg bestlah baca buku tu kan Siqah. Ni kalau yg tak berapa minat ni....tengok gambo jerlah hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Tengok gambar sure lagi menarik mak daripada membaca. Hehehe

      Delete
  13. mcm best je buku ni..rafhie ghanie tu xsilap pelukis. ni yg nk bli ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila sila beli.. Hehe. Seronok baca kisah pengembaraan orang =)

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。