August 06, 2016

No Training For A Marathon

Hello semua.. 

 
Aku daftar marathon sejak bulan March. Ada aku ceritakan dalam >>> ENTRI INI. Al kisahnya masa daftar, semangat memang berkobar. Pertama kali daftar. Biasa kalau pertama kali je, semangat berkobar lain macam sikit. Haha.

Hampir 3 bulan aku tak jogging. Dan esok, 7 Ogos 2016, aku akan join Standard Chartered KL Marathon 2016. Kerja gila namanya! Pertama kali aku akan sertai marathon dan tanpa training. Serius. Berani betul kau Siqah oii. 10 KM pulak tu. Celah mana nak dapat kekuatan lari sepanjang 10KM pun tak tahu.

Kalau pensyarah aku tahu ni, pasti aku kena hentam. Haha. Sebab apa? Sebabnya aku mempunyai Ijazah Sarjana Muda Sains Senaman Dan Sukan dari Universiti Sains Malaysia. Maknanya aku belajar mengenai sukan dan aktiviti kesihatan. Belajar how training is very important before a marathon dan masih aku tak buat. Belajar bagaimana badan kita perlu bersiap sedia untuk melakukan sesuatu aktiviti fizikal dan masih aku tak buat. 

Pendek kata semua yang aku belajar dulu, aku tak buat.

Kenapa? Sebab aku malas! Tahap malas yang melampau! Selalu memikirkan bahawa ada masa lagi sebelum marathon dan akhirnya esok adalah hari kejadian. Itulah, kerja kalau selalu bertangguh, memang akhirnya tak jadi. Huhu. 

Aku agak risau sebab marathon tanpa training tapi apakan daya. Salah diri sendiri. Tak boleh nak salahkan orang lain sebab memang semuanya salah aku. Aku mengaku akan kesalahan itu. 

Aku hanya mampu berjanji pada diri sendiri yang aku akan buat a proper warm up esok dan akan habiskan juga larian 10KM. Masa yang diperuntukkan untuk kategori Leisure adalah 2 jam dan berharap aku boleh habiskan larian dalam masa itu. Kalau tak boleh, asalkan habis 10KM pun jadilah. 

Walaupun risau akan kemampuan diri, aku masih teruja sebenarnya untuk marathon esok. Hehe. Sebab aku akan berlari dengan memakai RED TUTU SKIRT! Hahaha! 

Red Tutu Skirt
 
Sebagai support kepada #PositiveLivingMY 

Pertama kali marathon dah nak pakai skirt pulak. Lepas ni kalau join marathon lagi, entah-entah pakai costume. Masalahnya, ada lagi ke join marathon lepas ni? Hahaha. Habiskan marathon ni dulu Siqah. Jangan gelojoh sangat please. Hee. 

Aku juga dah transfer banyak lagu daripada external hard disk ke dalam iPhone. 10KM marathon dan pasti banyak lagu boleh aku dengar. Persediaan juga namanya ni. Persediaan bab hiburan amat penting. Haha. 

Biasanya aku dengar Spotify masa lari. Tapi memandangkan kemungkinan coverage macam tak berapa memberangsangkan nanti, jadi aku ambil initiatif untuk transfer lagu. Nak beli semua lagu, mahallah pulak! 

 
Aku juga dah download aplikasi SCKLM 2016. Buat julung kalinya, ada aplikasi untuk marathon. Fungsi utama adalah untuk tahu course map dan juga live tracking. Cuma aku tak pasti live tracking itu boleh digunakan atau tidak selepas mendengar pengalaman orang yang pernah join marathon tahun lepas yang menyatakan bahawa line phone tiada masa marathon. Mungkin sebab terlalu ramai orang. Tapi aku download jela. Penat dorang buat aplikasi tapi kita tak download kan? Kita kena support dorang. Hehe. 

Course Map for 10KM
Jauhnya! Nervous!

 
BRING IT ON! 
Tetiba semangat pulak. Haha. 

Apa pun yang terjadi, aku harap aku boleh habiskan larian 10KM dengan jayanya dan dipermudahkan segalanya untuk aku dan kawan-kawan lain yang join. Cakap pasal kawan-kawan, my #gengmakan pun join jugak! Yeahhhhh!!

Dear followers and readers,

Wish Me Luck! =D 

Till then, 

13 comments:

  1. wahhhhh rajinnya siqah..hari tu irda pun macam nak join..sebab kawan nak ajak,tapi sebab 7rhbln tu besday anak irda tak jadi join,if not boleh rasa pakai skirt tu kan..hehehe..by the way good luck dear..dont forget take more photo yaaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Birthday anak lagi diutamakan kan dear 😊 Kalau tidak boleh irda join pakai skirt jugak 😁 tq dear.. Will take more photos πŸ’ͺ

      Delete
  2. Gud luck siqah. Ya ampun rajinnya dia ya....hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq kak ayu 😊 takde makna rajin kak... Nie baru first time join marathon. Hehe..

      Delete
  3. Good luck siqah....buat yang terbaik :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah kak saniah 😊 tq kak for support =)

      Delete
  4. selamat marathon siqah ! harap dapat dgr brita baik lerr nnt :) kalau tak pun, at least brita yg tk mngecewakan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee. Thank you mek support siqah =)

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。