August 19, 2016

Fotografi di Pantai Sepat Pahang

Assalamualaikum dan hello semua =) 

Aku scroll gambar dalam phone hari ni. Dah ternampak pulak gambar lama yang boleh kongsi di sini. Aku pun sekarang tengah ada sindrom writer block. Tak tahu nak update apa kat blog. Huhu. 

Jadi, mehlah nak kongsi gambar dan kisah yang dah lama. Aku kasi throwback lah eh =D

Korang pernah pergi ke Pantai Sepat, Pahang? Pantai Sepat adalah salah satu pantai yang popular di Pahang selain daripada Pantai Teluk Cempedak, Pantai Cherating, dan Pantai Balok. 

Aku bersama sepupu pergi ke Pantai Sepat untuk buat sesi fotografi. Sebenarnya ia adalah sesi wedding outdoor photography untuk sepupu aku, Faiz dan isteri, Maryam. Kami yang lain menyibuk nak jugak ikut dengan harapan gambar kami masuk sekali dalam album kahwin. Haha. 

Sebenarnya, kami yang lain pun ada sesi fotografi sendiri. Photographer kami semestinya suami aku, Mr Aliff. Dia pun bawa kamera DSLR, so kami jadilah model sekejap. Hee. Suami pulak rajin melayan. Hihi.

Bukan setakat ada pantai indah di Pantai Sepat tau. Ada juga pokok-pokok di tepi pantai ala Nami Island, Korea. Serius! Tak percaya, tengok gambar kat bawah. Hehe. 

Nami Island versi Pantai Sepat
 
Lebih kurang lah kan? Haha! Asal ada pokok je kira Nami Island lah tu =p

Model sambilan =p
 

Tiba giliran untuk ambil gambar sorang-sorang pulak.

Sepupu - No
 

Sepupu - Ain
 

Sepupu - Zaimah
 

Sepupu - Intan
 

Tuan Blog - Siqah Hussin
 

Habis dah bergambar di pokok, kami beralih ke pantai pulak :)

Manisnya senyumanmu =)
 

Aksi lompat konon. Haruslah tak jadi. Hehe.
 

Gambar bawah ni aku yang snap. Suruh mereka feeling berjalan tepi pantai. Suruh je budak-budak ni, laju je melayan. Hehe.

 

Okay. Baru ada bergambar dengan pengantin. Pengantin sibuk masa ni. Maklumlah sesi fotografi kata. Kami tak nak mengacau. Buat hal sendiri =D

 

 

 

Suka gambar atas ni. Aku lah pembantu photoG. Tolong pegang dan lepaskan veil pengantin je. Haha. Nasib baik angin bagi kerjasama baik masa ni. Kalau tidak, fuh, mahu berpeluh nak buat. 

 

Tak lama pun kami di Pantai Sepat. Kami sampai dah dekat jam 7 PM. Cepat-cepat ambil gambar sementara matahari masih ada. Pencahayaan matahari sangat penting dalam membuatkan gambar cantik. Kena kejar cahaya matahari. Tak sama gambar yang dihasilkan kalau tambah cahaya melalui aplikasi edit. 

 

Bergambar pula dengan encik suami aka our photographer. Masalahnya, kenapa tempat aku berdiri gelap? Cahaya hanya pada encik suami? Tak aci okay..

Nak jugak gambar aksi =D
 

Aku suka ambil gambar pokok dan langit biru. Indah!
 

Sunset di sebelah sana. Random snap. Aku suka sangat dengan sunrise dan sunset. Indah sangat langit masa ni. 
 

Sekian saja entri kali ini. Kami sekeluarga memang suka ambil gambar. Tambah lagi bila kini encik suami officially masuk dalam keluarga, lagi seronok kami bergambar. Nak harapkan kami, tak tahu nak ambil gambar sangat. Random snap je tahulah. Hee. 

Entri ini bersama ucapan tahniah kepada pasangan pengantin  di atas, Faiz dan Maryam yang baru saja mendapat cahayamata pertama. Baby girl yang diberi nama Aarissa Nur Zahra. Cantik kan nama? Semoga membesar dengan baik dan menjadi kebanggaan ibu ayah. 

Lama haa baru nak up entri. Hampir setahun cerita. Basi dah. Haha.

Takpelah. 

Biar lambat asalkan share di Kenangan Abadi =) 

Thanks reading, 

21 comments:

  1. cantik Pantai Sepat..fuhh, pelbagai aksi..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya siqah pun first time pergi Pantai Sepat yang ada pokok camni. Cantik =)

      Delete
  2. cantik-cantik pokok area sini. Memang sesuai sgt utk fotografi. hee. memang ada ala2 nami island la. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeayy! Nadhie pun kata ala-ala nami island. Ala-ala pun jadilah eh =D

      Delete
  3. cantik gambar2 ni :) baju semua orang nampak pastel sangat, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq dear mazni =) hee. Pastel sangat kan. Majlis kahwin mesti kena ikut tema. Hehe =)

      Delete
  4. Replies
    1. Sesekali je aini =) Sekarang dah lama tak berjalan. Sob sob..

      Delete
  5. sronoknyyaaa photoshoot :) mek slalu verangan nk ade photographer cm nih. tapi mslhnya tak de --" redha lerr..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee. Siqah pun sebab suami suka melayan mek. Kalau tak, takde jugaklah. He

      Delete
  6. Cantiknya ! x prnh dgr Pantai nie..haha..noobnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Kat kuantan ni awak. Kalau ke sana, bolehlah pergi melawat =)

      Delete
  7. Cantik pokok...pokok je tau..hihi, gurau je..orgnya pun cantik2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Pokok memang cantik kak. Tak dinafikan tu 😁

      Delete
  8. kreatif sggh mereka yg membidik gambar2 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih pada photoG yang sudi melayan πŸ˜πŸ˜…

      Delete
  9. Pantai sepat pahang?? Siqah org pahang keh??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak lah. Datang sini sebab kenduri je. Siqah pernah duk Kuantan 6 tahun. Kira zaman remaja di Pahang lah 😁

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。