July 27, 2016

W - Two Worlds

Hello, all :) 

Siapa suka tengok drama Korea? Sila angkat tangan! Hehe. 

 Selepas DOTS, aku dah tak tengok drama Korea. Entahlah, mood tiada. Dan kini sudah kembali datang mood nak tengok drama Korea. Banyak sangat drama Korea yang ada sekarang. Dan setelah buat pemilihan dan baca review, pilihan aku adalah a new Korean Drama in July 2016 bertajuk W - Two Worlds

 
Drama ini berkisahkan mengenai dua dunia yang berbeza iaitu dunia realiti dan dunia webtoon. Webtoon adalah web untuk komik / kartun. 

A short sinopsis: 

Berkisahkan ayah heroin ( Oh Yun Joo ) yang merupakan pelukis komik dan telah mencipta satu komik bertajuk W yang sangat popular di Korea. Setelah 10 tahun, akhirnya ayah heroin nak tamatkan kisah pelakon utama dalam komik iaitu Kang Chul dan disinilah bermulanya al kisah di mana terjadi percampuran antara dunia realiti dan dunia webtoon. Sebab Kang Chul sebenarnya ada dalam dunia realiti dengan nama yang sama dan apa saja yang terjadi dalam komik sebenarnya terjadi dalam kehidupan mereka berdua ( Oh Yun Joo & Kang Chul ). Pening tak baca sinopsis aku? Haha! Boleh baca sinopsis drama ni >>> DI SINI



Aku teruja tengok drama ni, habis tengok episod 1, terus sambung tengok episod 2. Sehingga sekarang ada sampai episod 2 je. Drama ni baru saja mula bersiaran di Korea pada 20 July 2016 pada hari Rabu dan Khamis dan dijangka ada sebanyak 16 episod. 

Apa yang membuatkan aku nak tengok drama ni? Pelakon utama yang best dan jalan cerita yang menarik. Kalau pelakon je best tapi jalan cerita hampeh, payah jugak nak teruskan tengok hingga episod akhir. Makanya, jalan cerita juga penting. Harap berterusan best hingga ke episod akhir. 

Aku bagi trailer W - Two Worlds di bawah: 



Hero ( Lee Jong Suk ) dan Heroin ( Han Hyo Joo ) 
 
Comel dan padan bersama :) 

Dunia realiti vs dunia webtoon
 

 

Di akhir entri ni, aku sertakan link untuk korang tengok drama W - Two Worlds. Mana tahu ada yang berkenan nak tengok selepas tengok trailer di atas. Hehe. Sekarang, baru sampai episod 2. Sabar menanti sehingga episod akhir. Panjang lagi ceritanya. Nak tahu sangat siapa pembunuh keluarga Kang Chul. Dan bagaimana ending drama ni? Aku suka jika pelakon utama bersama di akhirnya sebab mereka berdua comel sangat. Siapa tak suka happy ending kan?

Harap ending tak mengecewakan. Bukan senang aku nak tengok drama Korea sekarang. Berkira nak tengok yang mana satu. Berkira sebab aku hanya boleh tengok satu drama je. Tak mampu rasa nak campur aduk tengok drama lain. Walaupun niat di hati ada juga nak tengok drama Uncontrollably Fond, Lucky Romance, Doctors, Beautiful Gong Shim, Wanted, dan Let's Fight Ghost. Eh banyaklah! Semua drama Korea tu dah masuk dalam to-watch-list.


Happy watching, all ~


32 comments:

  1. Mcm best laah pulak .. >.< beautiful mind pun best tp xdpt smbutan ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke awak? Siqah masukkan drama tu dalam list-to-watch jugak. Tak dapat sambutan sebab banyak drama kot sekarang..

      Delete
  2. tak sempat nak layan korea dah loni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe. Sambilan je kerja melayan korea 😅

      Delete
  3. Assalammualaikum Siqah..akak dan suami suka tengok cerita korea...tapi ni dah lama sangat tak ikuti...hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam kak PC :)

      Kalau dah start tengok, tak berhenti nanti akak. Bestnya suami pun melayan korea. Suami siqah memang dah say No to korea. Hehe

      Delete
  4. huuuhh.. cerita korea ni addicted. tak boleh diturutkan hati. tak jd kerja. sesekali boleh lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak. Sesekali je tengok. Utamakan kerja yang patut dulu :)

      Delete
  5. wow ! peminat drama korea nih !

    ReplyDelete
  6. u made me wanting to watch this drama. :)

    ReplyDelete
  7. Bila tengok memanglah tak boleh tertinggal
    Kakak tak rajinlah Siqah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee. Sambilan je pun siqah tengok kak. mengisi masa lapang kononnya..

      Delete
  8. Ok..! save link dluu bila free blh tgk. Huhuhu tak sempat nak layan korea cm dlu. last tgk cte pls come back mister & Descendants of the sun. sekali da layan mmg melekat..! =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. faham faham aina tak sempat nak layan drama korea cam dulu. hehe. sejak dah kahwin, siqah pun dah tak layan sangat aina, busy kan hidup :D

      save link eh.. nanti ada masa boleh tengok. kalau dah start tengok, sure melekat. hehe.

      Delete
  9. Assalamualaikum Siqah,

    Aduhai Siqah, sis kalau start tengok Korean movie ada harapan kerja semua terbengkalai.. Itu belum lagi tangkap syahdu bila citer tu sedih, huhuhu
    Lepas ni blog Siqah akan jadi sumber rujukan akak, hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam kak LZ :)

      hehe. siqah setuju kak lZ. tambah lagi kalau cerita korea tu dah banyak episod. tak berhenti tengok sampai habis.
      ada masa nanti, akak tengok eh.. hehe

      Delete
  10. Best ke yank drama nie ? Tgk trailer hari tue mcm best , tapi sebabkan jalan cerita nya mengenak dua dunia yang berbeza mcm tak logik tak tergerak nak tgk lagi... Jadi tunggu dulu lah... If chika kata best lepas episod 5 ... Bgtau nnt sah boleh start tgk ... Bnyk sgt drama dah tfk dalam satu masa nie .... Sbb lee jong suk kan ? Dia berlakon terer tapi character perempuan tak kenal . =p

    ReplyDelete
    Replies
    1. siqah saja tengok episod 1 dulu dan terus melekat. hehe. jalan cerita dari dua dunia yang berbeza, memang tak logiklah kan, cuma biasalah korean drama selalu tampilkan idea yang lain daripada lain. hehe.

      yes. Lee Jong Suk sebab utama nak tengok. handsome dan comel dia. hehe. heroin perempuan pun comel sangat! chika suka both =)

      Delete
  11. alaaaaaaaaaaa...akk dah tak mau tengok dah cerita korea2 ni..huhu...cukup2 la dgn doctors ni pun mcm tak larat nak tunggu habis episodnya...

    tp hero ni mcm kenal la..dia ada berlakon gak kan dlm secret garden dulu ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kak, dia ada berlakon dalam secret garden tapi siqah tak tengok cerita tu. hehe. siqah tengok dia dalam Pinocchio je. hee

      Kan kak ayu.... Kalau dah sekali tengok drama korea, sure melekat punya. kalau dah banyak drama korea tengok, mahu kerja tak siap nanti. kiki

      Delete
  12. kadang jalan cerita korea ni lain dr yg lain sbb tu buat org rasa nak tengok camna kesudahan dia. btw, drama ni mmg lain sungguh xpenah ada lagi kombinasi webtoon ng dunia realiti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju shaf =) Ada kelainan dalam setiap drama korea yang ada. membuatkan kita lebih suka menonton sebab nak tahu ending. Haah drama ni first time kombinasi webtoon dan realiti. lain daripada lain =D

      Delete
  13. Semua cerita kat atas tu best termasuk beautiful mind.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. penggemar tegar drama korea ye umie. semua drama tersenarai dah tengok nie. hehe.

      Delete
  14. Serius. Suka jugak tengok cerita ni. Best! Kang Chul dah masuk dunia realiti. Makin rasa nak tahu apa jadi selepas itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kan kan dear ~ Tak sabar nak tengok episod seterusnya. Kang Chul pula masuk dunia realiti. Ahhh ~ sukalah 😍

      Delete
  15. aida memang x pernah layan citer korea, siqah.
    tak nyempat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee. Banyak lagi hal nak buat kan =D

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。