July 01, 2016

Time Freeze Video

Hello semua :) 

 
Entri kali ni, aku nak berkongsi mengenai Time Freeze Video Hari Raya yang telah kami, ITT team buat sempena Aidilfitri tahun ini. 

Al kisah, kami sebenarnya ada majlis berbuka puasa dan alang-alang semua sudah sekali bersama, Nadiah bagi idea apa kata kalau kita buat video hari raya? Haa kami semua melayan je. Memang sukalah kalau bab-bab masuk dalam video ni. Hehe. 

Idea yang Nadiah berikan adalah Time Freeze video setelah dia baca artikel mengenai Time Freeze video di TheVocket >>> Boleh baca artikel itu DI SINI 

Menarik kan? Sebenarnya, time freeze video sudah lama popular di luar negara cuma baru popular di Malaysia selepas ada satu video majlis perkahwinan yang dibuat oleh KAIO STUDIO yang telah menjadi viral di laman sosial.
>>>> Boleh tengok video itu DI SINI 

Kami pun cuba nak buat video time freeze. Paling susah bab nak kena freeze. Jenuh weii!! 

Cara Buat Time Freeze Video

Shot Video 
Shot video guna iPhone. Masa ni, orang yang berada dalam video kena freeze ( statik ), tak boleh bergerak, kelip mata pun tak boleh. Kira jadi patung! Part ni paling susah! Serius susah! Tapi best lah bila tengok hasilnya. Hehe. Sabar ye dalam proses shot video ini berlangsung. 

Mereka dalam video sangat memainkan peranan. Kalau semua bekerjasama, semua statik jadi anak patung, video boleh diambil dengan sekali shot je. Senang. 

ITT team sangat best! Patung terbaik! Hihi. 

Edit video
Edit video menggunakan aplikasi iMovie dalam iPhone. Cuma perlu fast forward dan slow motion mana-mana part yang nak dan bila dah siap, boleh add filter ( kalau suka )

Videographer kami adalah Shafiq. Dan editor video adalah Hanis. Bila video dah siap, bukan main lagi semua. Hari-hari tengok video je. Suka! Suka! Suka! 

Tak sangka ITT team berbakat dalam lakonan. Haha! Video yang Hanis buat guna lagu raya daripada Rahimah Rahim bertajuk Selamat Berhari Raya. Sayangnya video itu kena remove bila letak dalam laman sosial sebab copyright lagu :(

Aku minta tolong suami untuk edit video time freeze. Dan kali ni nak guna lagu remix yang aku suka! Hehe. Lagu itu akan digunakan dalam video raya keluarga tahun ini cuma aku nak guna sikit untuk video ITT team. Nak tunggu video raya keluarga lambat lagi, jadi tak sabar nak guna lagu remix song, terus suruh suami edit dalam video time freeze ITT team. Dia layankan je. Hihi.

Best buat time freeze video. Lain daripada lain. Suami dan cakap untuk tahun ini, video raya keluarga akan buat tema time freeze. Suami cakap sebab aku baru tahu kewujudan benda ni. Sedangkan suami dah guna teknik time freeze masa buat video korporat raya untuk team kerja dia tahun lepas. Aku lah yang lambat tahu kewujudan video time freeze rupanya? Haha. 

Jom layan video time freeze kami, ITT team :) 

Selamat menonton :)



Till then, 

Love,

42 comments:

  1. Replies
    1. Hee. Orang melayan jadilah videonya :h

      Delete
  2. tiap -tiap tahun macam best je if kita punya team buat video raya . Tapi , hopefully Shafiq tak berhenti dari Scope , manager and AM kita semua still yang sporting . Dannnn~ paling penting support dari the whole team members . Kannnn~ suka kot tengok video kita semua . Well done everyone .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn ~ We are the best team ever! Semua sporting je. Seronok. Hope boleh buat lagi dan lagi akan datang 😊

      Delete
  3. Replies
    1. Hahaha! Gigih. Kelip mata pun tak. Bersungguh. Good job patung sekalian :j

      Delete
  4. So nice. Saya pun taktau gini rupanya nak ambik video ni. Susan jugak ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah sebab kena freeze. Tapi tak lama sangat pun. Boleh bertahan punya :)

      Delete
  5. waaa..meanrik ni...
    tq for sharing


    selamat hari raya aidilfitri
    maaf zahir & batin

    Love,
    Lya Afrina ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome Lya :) Happy trying, kot2 nak buat video raya kan ~

      Selamat Hari raya aidilfitri Lya. Maaf zahir batin :)

      Delete
  6. menarik... terbaikk
    hehee berapa lama kena tahan jadi patung tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekejap je. Tak sampai 5 minit rasa :h

      Delete
  7. Salam.. Salam kenal.. Rsnye ni 1st time masuk blog ni.. 😍😍😍 selamat hari raya.. Smg bahagia bsm keluarga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal Ladybird 😍 Tq singgah blog siqah. Akhirnya bertemu juga jodoh kita dalam dunia blogging ye. Hehe.

      Selamat hari raya LB dan keluarga. Semoga bahagia selalu di hari raya ini :)

      Delete
  8. aida bab bab ni memang kurang pandai, siqah.
    kalu mr.asben, dia ok skit :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee. Boleh suruh mr husband buatkan video lah camtu.. Pasti dia melayan je 😍

      Delete
  9. Nampak smart buat video time freeze.. 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Reen 😍 walaupun susah freeze, digagahkan :)

      Delete
  10. Macam pernah nengok video ni... Tapi kat mana eh? He he he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Mesti SS tengok kat blog kawan siqah juga, nadia. Kami satu pejabat :h

      Delete
  11. wahhhh macam tu caranya.. thanks for sharing awak :)

    ReplyDelete
  12. mcm best je.. t nk guna hp adik.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila sila Yui.. Nanti dah siap letak kat blog tau. Tak sabar nak tengok :)

      Delete
  13. SO COOLLLLLLLL. Nampak macam movie betul la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Kalau semua orang melayan, seronok :)

      Delete
  14. Syok juga layan video raya....good2....tahun depan boleh try buat....hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh boleh. Kita kasi video pulak masa raya. Gambar mesti ambil juga, cuma add on video :)

      Delete
  15. baru tahu, gigih semua support

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Gigih kan? Kami suka support semua benda :h

      Delete
  16. simple template siqah kak ekin datang singgah selamat hari raya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq kak ekin singgah blog siqah. Selamat hari raya juga :)

      Delete
  17. Replies
    1. Hee. Nak juga cuba buat time freeze video yang tengah 'in' sekarang :h

      Delete
  18. Replies
    1. Haha. Kita samalah awak! Malas! Kalau takde orang rajin, tak jadi juga video nie. Hee

      Delete
  19. Replies
    1. hehe.. thank you dear orked :a Thank you for the feedback tau ::D

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。