July 14, 2016

Samyang Challenge : Spicy Korean Ramen

Hello semua.. :)

 
Samyang : Hot Chicken Flavor Ramen
Korang mesti pernah dengar kan Samyang Challenge?Ramen dari Korea yang hangat diperkatakan tentang kepedasan yang melampau. 

Nak dijadikan cerita, aku pun tak nak terlepas peluang untuk cuba ramen Korea ni. Beli ramen sejak dalam bulan Ramadhan di car boot sale depan Maybank Subang Perdana. Harga RM6 / paket. Punyalah popular ramen Samyang sampai ada jual kat car boot sale. Orang yang jual tu nanye jual seluar jeans. Boleh pulak sesat ramen ek? Hehe. 

Aku baru cuba semalam walaupun beli dah lama. Tak nak cuba di bulan Ramadhan sebab takut perut tak tahan. Seram juga kalau perut meragam lepas makan. Bulan puasa lagi kena jaga kesihatan perut agar ibadah puasa dapat dilakukan dengan tenang. 
 
Kesimpulannya.. 

PEDAS GILER!! 

Tak tahan wei aku makan. Tanpa sedar mata dan hidung berair. Serius aku tak tahan. Suami aku pun sama tapi dia gigih juga makan. Aku hanya makan 3 suap saja bertemankan botol air di tangan. Hehe. 

Aku tak nak makan dah ramen ni.  

Korang dah cuba ke? 
Mana yang suka makan pedas mesti cuba ramen Samyang. Mana yang tak tahan pedas macam aku, boleh juga cuba. Ala saja-saja. Sekurang-kurangnya pernah juga merasa walau sekali :p 

Till then,

Love,

25 comments:

  1. Assalammualaikum Siqah... :)
    Sepupu akak dah cuba..tapi dia tewas...hihi...dia kata taubat dah...sekali je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam kak PC :)

      Samalah dengan siqah. Cukuplah sekali. Tak nak dah rasa. Tak tahannnn ~

      Delete
  2. Belum cuba dan tak akan cuba. huhuuh sy ada masalah gastrik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uish ~ masalah gastrik dinasihatkan tak payahlah cuba. Tak payah menambahkan ketidakselesaan perut tu kan.. Pedas sangat ~ huhu

      Delete
  3. Tak pernah cuba, dan taknak cuba, hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe. Mesti kak azimah tak suka makan pedas ek? :h

      Delete
  4. pergghh tak try lagi. tapi sedap kan? membe2 cakap sedap tapi podehhh gilaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap tu sedap tapi memang pedas gilaaaaaa ~ serius tak boleh nak tahan makan banyak.. Huhu

      Delete
  5. heheheheh mmg pds menyengat... tp lps dh mkn rasa nk mkn lg n rasa kepedasan tuh

    akak pun masa mule2 try air mata air idung sume kuar... bibir rasa tebal sbb pds... mkn baru 2 suap dh benti, pastu sambung lg abis jgk lah separuh tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bertahannya akak makan. Separuh kira okaylah tu. Siqah 3 suap je itupun walaupun dah telan lama, masih terasa pedas di lidah. Kalau dapat kurangkan sedikit kepedasan tu, pasti kita suka kan kak :)

      Delete
  6. Dah lama nak tryyyyyy takda chance lagi plus a little bit takut coz mmg tak makan pedas haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Samalah kita tak makan pedas. Tapi nak jugak cuba tu.. Hehe. Boleh awak cubalah rasa satu suap je, jadilah 😁😁

      Delete
  7. Sedap ke? Mcm dh top pulak mee ni...

    Siqah ditag tau...

    http://ciklapunyabelog.blogspot.my/2016/07/daehan-minguk-giveaway-by-siti-yang.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi siqah, biasa je ramen ni cikla. Sebab siqah tak suka pedas. Baik makan maggi lagi. Hehe.

      Delete
    2. Eh, tq cikla, tag siqah.. Ada masa nanti siqah buat ye :)

      Delete
  8. Dah lama pasang niat nak sahut cabaran ni.
    masih belum berjodohan lagi..

    ye ke pedas ? kikiki~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pedas sangat awak! Kalau awak makan pedas, rasanya biasa je kot. Hehe. Harap cepatlah awak bertemu jodoh dengan samyang.. Nak tahu review awak jugak nanti 😊😁

      Delete
  9. Lea tak cuba agik ni.. nak cuba jugak la nanti.. katanye sanat-sangat la pedas.. kene stenbai air susu baru ok.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat sangat pedas lea.. patut sediakan air susu kalau lea tak tahan pedas. nanti tak sempat nak ambil air dah..hehe. selamat mencuba :)

      Delete
  10. aida x pernah makan lagi, siqah.
    sebab memang x brape minat makan mee segera.
    ada member da beli and try.
    memang sedap and pedas kata nyer...
    and mahal ekk harga nyer. 5 pek RM25 hu hu hu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagusnya aida tak minat makan mee segera..
      haah, pedas sangat. untuk siqah, memang tak tahan. tak tahulah kalau orang lain kan, sebab setiap sorang, tahap kepedasan berbeza :h
      betullah tu harganya.. beli 1 jela nak merasa sekali :h

      Delete
  11. tak sanggup nak makan takut pedas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pedas kak AA. Serius pedas :c

      Delete
  12. mmg pedassss sqt Siqah..akk ada beli satu pek gak...baru makan 2 bungkus je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jenuhlah akak nak habiskan yang lain tu.. Siqah beli satu je. Mujur beli satu. Itupun tak habis. Pedas sangatttttt!

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。