July 25, 2016

Sambung Cerita Raya

Assalamualaikum dan hello semua :) 

Boleh tak kalau aku nak teruskan cerita hari raya? Hehe. Bila dah banyak entri tapi masih belum berkisahkan hari raya. Entri kali ni baru nak up cerita raya pula. Sambung kisah raya ye. Raya kan sebulan :D

Cerita hari raya sebelum ini boleh baca >>> DI SINI dan DI SINI

3 SYAWAL 

Aku bergerak pulang ke Subang sebab aku dah mula kerja pada hari itu. Lepas kerja, kami terus ke rumah Ayah Mama untuk beraya dan berjumpa dengan Angah sekeluarga. Tiada gambar diambil pada hari raya ketiga. Hee. Lupa langsung.

4 SYAWAL 

Seawal jam 5 pagi, aku dan suami bergerak ke Kuantan. Awal kan kami bergerak? Hee. Kami suka mulakan perjalanan di awal pagi daripada tengah malam. Mengambil giliran memandu sampai ke Kuantan.

Matahari terbit. Snap di Temerloh. 


Jam 8.30 pagi, kami tiba di Kuantan dan terus menuju ke Tanah Perkuburan Batu 6 di Kuantan untuk menziarahi kubur arwah Mak. Al Fatihah. 


Selepas ke kubur, kami ronda di sekitar bandar Kuantan. Memandangkan kami berdua bertemu di Kuantan masa zaman kanak-kanak, bercerita lah perbezaan di Kuantan dari dulu dan sekarang. Hee. Tak sempat tengok sekolah. Best betul kalau dapat masuk kem tentera Batu 10 dan pergi ke Sekolah Kebangsaan Pangkalan Tentera. Pasti memori sebab kami bertemu di sana. Hee. 

Kenapa aku ke Kuantan tahun nie? Plan sebenar, tidaklah nak ke Kuantan. Tapi memandangkan aku tak bertemu dengan satu-satunya kakak tercinta, Along di Subang. Tahun ni Along tak balik ke Subang. Biasa Along sekeluarga balik ke Subang pada hari raya ketiga. Jadi, aku terus plan nak ke Kuantan jugak tahun nie. 

Setiap tahun, wajib jumpa kakak aku yang tersayang. Dialah yang menggantikan tempat arwah Mak setelah arwah Mak meninggal semasa umur aku 17 tahun. Sebab tu, wajib jumpa dia. Tak boleh tunda lama. 

Memang kami bertemu di masa yang lain. Cuma bertemu di hari raya, perasaan itu lain. Bagi aku, kita wajib bertemu keluarga terdekat di hari raya. Setuju tak korang?

Bersama Along. Muda remaja kakak aku. Hee.
 
Petang harinya, aku mengikut Along sekeluarga pergi open house rumah kawan mereka. Selama ni nampak gambar hanya di Facebook, hari tu dapat bertemu depan mata. Open house di dua buah rumah. Aku bedal makan dengan jayanya. Haha.

Bersama ratu selfie, Cik Zyla. Hii.
 
Siapa nak order sate, boleh rojer Cik Zyla ye. Facebook: Zyla Qieyla. Haa siap promote. Hehe.  

Selepas beraya, aku nak juga pergi berjalan di Tasik Cempedak. Hehe. Lama dah tak pergi TC. Macam dah kewajipan pulak datang Kuantan mesti pergi TC. 

Teluk Cempedak
 

Tak pernah pergi area sebelah jambatan sana. Macam menarik je. 
 

Suami. Erysya. Haikal. 
 
Erysya dan Haikal sentiasa ikut Pak Lang dan Mak Lang berjalan. Haikal boleh jadi Waze penunjuk arah. Mujur tak sesat masa balik ke rumah. Hee. 

Aku. Konon #siqahootd
 

Haikal. Suka benar ambil gambar begitu. Hehe. Feeling Instagrammers lak tengoknya :D Haikal dah kurus! Yeayyyy! 
 

5 SYAWAL 

Seperti biasa, hehe, untuk mengelakkan kami sesak bersama orang ramai yang nak pulang ke KL selepas cuti lama di hari raya, seawal jam 5 pagi, kami bergerak balik ke Subang. Alhamdullilah, kami selamat sampai di Subang pada jam 8.30 pagi dan tidak melalui jalan sesak. Yeayyy! Sampai rumah dan terus sambung tidur. Hehe. 

Pada petang hari, ada tetamu pertama datang beraya di rumah. Kawan suami, Asrul dan As. Mereka ada misi sebenarnya ke rumah kami. Misi menemukan anak mereka, Aish dengan suami aku, Aliff. Sebab anaknya asyik menyebut mana Uncle Aliff, mana Uncle Aliff. Selagi tak jumpa, tak berhenti mulut bertanya. Haa, kasi jumpa terus. Cari di Muar tak jumpa, carilah di Subang. Hehe. 

As. Asrul. Suami. Aish. Aku. 
 
Siapa ambil gambar? Tripod jawapannya. 

Lepas ni, Aish ingat kolam mandi, Aish ingatlah rumah Uncle Aliff. Hii. Terima kasih datang ke rumah kami ye. Berjumpa lagi di masa akan datang :) 

Suami aku ada buat video "time freeze" lagi pada hari itu. Nak tunjuk kepada Asrul bagaimana cara nak buat video "time freeze" sebab dia bertanya. Alang-alang nak ajar, teruslah suami aku buat video. 

Bolehlah tengok video di bawah. Jelas pulak nampak rumah aku. Hehe. 


Sekian saja cerita hari raya buat kali ini. Ada kesinambungan nanti. Sebelum habis Syawal, aku post entri raya lagi ye.
。^‿^。

Thanks reading,

6 comments:

  1. mek kalau kuantan dekat semambu. memang tak pernah miss pegi TC

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn ~ kalau ke Kuantan, wajib pergi TC..

      Delete
  2. matahari tue cantik~ lama tak tgk sunset or sunrise ... Ok tgk video time freeze, jd sedih lak ari tue tak dpt buat video dan amik gmbr di umah nadia ... Kena raya lagi skali nie =p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee. Nak habis raya dah ni. Hari tu dah gelap kan.. Kalau tak, boleh dah bergambar dan video 😁

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。