July 25, 2016

Photo Gallery Wall Ideas

Assamulaikum dan hello semua..

Ingat tak aku ada cerita mengenai gambar hitam putih yang sentiasa menjadi pilihan aku dan suami? Kalau tak ingat atau tak baca lagi, boleh baca dalam >>>> ENTRI INI

Semua gambar hitam putih itu sebenarnya nak diletakkan dalam frame di rumah. Bersungguh suami aku edit dan pilih gambar yang sesuai. Tahun lepas, suami pilih untuk edit satu gambar dan dipecahkan gambar itu menjadi empat. Tahun ni, gambar hitam putih saja pulak. 

Gambar tahun lepas
 

Gambar tahun ini.
Our small photo gallery :) 
Selain gambar kahwin, ada gambar kami yang lain. Tak dilupakan juga gambar #gengmakan aku. Hehe. 


Kami beli frame di Kaison. Bila dah banyak frame, nak gantung frame mesti kena teliti dan ada idea nak letak dalam bentuk photo gallery. 

Kalau bab mencari idea, aplikasi Pinterest jawapannya. Aku suka cari idea di Pinterest. Banyak pilihan photo gallery yang ada. 

 
Sebenarnya inilah idea sebenar kami nak buat photo gallery di rumah. Sebijik nak macam ni. Cuma gambar masih hitam putih. Frame begini ada jual di IKEA tapi mahal. Satu frame harga RM29.90. Cuba darabkan dengan 9 frames, dah beratus perginya. Huhu. Tapi aku nak juga frame begini. Hold on dulu buat masa sekarang. 

Antara idea lain yang menjadi pilihan kami: 
( credit to Pinterest ) 

Frameless Picture
 

 

 

Kalau korang berkenan dengan frameless picture, boleh juga terjah Airis Wall Deco. Mereka ada menawarkan servis frameless picture. Aku ada cerita mengenai mereka dalam >>> ENTRI INI

Pilihan idea lagi:

 

 

 

 

 

 

 

Siap ada pokok dalam rumah. Siapa yang terlebih rajin, boleh buat macam ni. Hehe. 
 
Banyak sangat photo gallery wall ideas daripada Pinterest. Korang boleh search sendiri juga dalam Pinterest. Nak letak semua gambar idea photo gallery di sini tapi macam terlajak panjang pulak entri ni nanti. Hehe. 

Nota tambahan, pastikan tool di bawah ada masa nak gantung frame. Nak memastikan frame berada dalam keadaan yang tegak. Mata kita ni kadang-kadang menipu. Nampak macam tegak, rupanya senget. Hii. 

 
Korang suka tak letak gambar dalam rumah? Boleh letak gambar dengan cara gantung frame atau letak frame di meja dan almari. Aku suka letak gambar dalam rumah. Kadang-kadang nak tengok dalam phone (malas nak scroll beribu gambar dalam camera roll) dan PC (malas nak on PC), tengok kat dinding kan lagi mudah dan cepat. Kan.. Kan.. Hehe. 

Aku harap entri ini dapat membantu korang yang sedang mencari idea untuk photo gallery wall di rumah. Banyak idea aku bagi yang menjadi pilihan hati aku dan suami. Kalau nak lagi banyak idea, boleh search di Pinterest ye :) 

20 comments:

  1. waaa, lawaaa. mek ni nak gntung masih tak tercapai lagi. banyak frame duk atas kabinet tv je --' bile lerrr spouse nak buat cm gini jugakkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh mek nanti gantung eh.. Nak buat semua ni kena ada mood jugak. Baru menjadi.. Hehe

      Delete
  2. Rumah kakak memang tak ada dah kami memang tak rajin Siqah.
    Tengok org buat suka memang nampak cantik..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Mujur akak cakap cantik 😁 Takpe, maybe akak suka buat hias cara lain nie..

      Delete
  3. cantek dan kreatif idea gallery wall.Dinding akak kosong lagi tak idea lagi nak mendeko.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti akak deco ye.. Harap siqah membantu juga akak dapat idea nak deco 😊

      Delete
  4. salam Siqah...

    menarikkk entri kali ni..akk pun suka...cumanya skrg ni masih lg mencari2 idea utk buat wall mcm tu..thanks for sharingggg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kak nurhidayu :)

      Harap siqah ada sedikit sebanyak membantu kak ayu dalam mencari idea nak deco wall :)

      Delete
  5. yg ada pokok tu cantik la siqah...
    semua pun cantik la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee.. Cantik kan.. Kena rajin lah nak tampal pokok pulak. Hehe

      Delete
  6. Assalammualaikum Siqah :)
    Berkenan pulak kak PC tengok..hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam kak PC :)

      Hehe. Kalau berkenan, bolehlah deco nanti 😁😁

      Delete
  7. salam siqah
    akak pun suka ke pinterest
    banyak idea menarik disana
    tapi akak lebih suka idea memasak kalau di pinterest heehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kak noor :)

      Memasak dan Kak Noor bagaikan sahabat karib yang tak boleh dipisahkan. Hehe. Best kan Pinterest. Macam-macam ada kat sana. Search je 😊😁

      Delete
  8. Replies
    1. Hii. Hope boleh tolong bagi idea kalau akak nak buat jugak nanti :)

      Delete
  9. Bestnyaaa bleh deco umah ... Idea deco umah dah berkepuk bnyk dlm gallery hp ... Tapi pindah umah je belum lagi, haih~ bila lah nak ada umah sendiri ... Hiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hii. Siqah pun rumah sewa je nadia.. Walaupun sewa, tetap kena hias lawa2. Balik rumah tenang je rasa kan. Chewahh πŸ˜πŸ€—

      Delete
  10. aida suka.
    tq siqah for sharing.
    umah baru aida nanti aida nak buat photo gallery kat few walls.

    ReplyDelete
    Replies
    1. My pleasure aida =)

      Wahh bestnya nanti aida duduk rumah baru ye.. Bolehlah buat photo gallery juga. Nak tengok nanti. Jangan lupa share kat blog okay 😊

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。