July 18, 2016

Mangosix Coffee Dessert

Assalamualaikum dan hello semua :) 

Korang pernah dengar kafe Mangosix Coffee Dessert? Aku tahu mengenai kafe ni masa tengok satu drama Korea, The Heirs yang ada babak mereka dalam kafe ini. Nampak macam menarik je minuman dorang, Mango Smoothie.  

Lee Min Ho dan Kim Woo Bin in The Heirs
 
Tahun lepas, kami #gengmakankeKorea dan sempat singgah di Mangosix Cafe di sana. Teruja gila masa pergi dulu. Hehe. Semua kerana penangan drama The Heirs. Kalau tak tengok drama tu, mungkin tak tahu kewujudan kafe ni. 


Inilah mango smoothie. Menarik kan? 
 
Sabtu lepas, seawal jam 10 pagi, aku pergi ke First Outlet Mangosix Coffee Dessert di Malaysia yang terletak di Bandar Puteri, Puchong. Keterujaan untuk mencuba hanya ada pada aku seorang, memandangkan suami aku tak tengok pun drama Korea. Anti lagi ada. Hehe. 

Mangosix Coffee Dessert 
 
Besar kafenya. Ada 3 tingkat. Tapi aku hanya berlegar di tingkat bawah saja. Jadi gambar kafe pun hanya di bawah sajalah. 

Kami pilih untuk duduk di luar. Mujur tak panas sangat masa tue. 
 

Nice and simple interior
 

 

Di hujung tingkat bawah. Tersorok sedikit tempatnya. Sesuai untuk mereka yang bercakap sentiasa macam dalam pantry. Haha! #gengmakan lah tu :p 
 

Toilet Di sebelah meja di atas. 
 

 

 

Nampak tak di tengah itu ada terletak barang cenderahati daripada Mangosix.
 

Close up
 

Aku berkenan pulak dengan topi
 

Dalam kafe dah tengok. Tengok pilihan makanan dan minuman yang ada pulak. Banyak juga pilihan dessert yang ada cuma aku dah ada menu dessert yang aku nak makan. 

 

Minuman. Semua nampak menyelerakan! 
 

Menunggu order siap disertakan sekali dengan bil. Sesekali bolehlah. Huhu. Mahal nanye. Tapi kalau dah nama kafe memang begitulah harganya. 
 

Pilihan kami. 
Berries Smoothie, Hot Latte, dan Caramel Almond Toast. 
 
Berries Smoothie sedap! Latte so-so ( need to add on sugar ). 

Caramel Almond Toast 
 
Sedap! Rotinya nampak keras di luar tetapi lembut di dalam. Yang atas itu adalah whipped cream, bukan aiskrim. Hee. Sebab suami aku ingatkan aiskrim. 

Kesimpulannya, kafe ni menarik untuk makan, minum, sambil melepak. Haha. Layankan je sesekali. Nak pergi lagi tapi jauh jugak. Kalau dapat pergi lagi, dah tahu apa yang nak di-order. Cuba menu yang lain pula :D

Nak pergi sini senang je. Hanya Waze ke Mangosix Coffee Dessert. Confirm sampai. 

Cafe's Details: 
Alamat: The Cube, No 11, Jalan Puteri 7/13A, Bandar Puteri, 47100, Puchong, Selangor. 
Opening Hours: Sun-Thu ( 9 am - 12 am )
Fri-Sat ( 9 am - 1 am )
Facebook: Mangosix Malaysia 
Instagram: Mangosix Malaysia

Happy trying! 
 

Till then,

Love,

36 comments:

  1. wahhh bestnya !!! Kite paling suka mango, tak kisah dalam bentuk smoothie, yogurt, just atau apa2 pun asalkan ada mango huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak suka makanan masam eh? Hee. Bolehlah cuba nanti kafe ni. Mesti sedap mango smoothie tu 😁

      Delete
  2. menariknya tempat ni
    minuman dan makanan pun nampak menyelerakan
    tapi kalau tengok harga, mungkin tak akan sampai kot...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. πŸ˜…πŸ˜… Kan kak YY. Siqah pun sekali nie jela. Next time tak tahulah bila. Rasa setahun sekali ke apa? Hehe.

      Delete
  3. aa, ingtakan aiskrim. hhahah.

    ReplyDelete
  4. cantik deco cafe tuh....
    sampai 3 tingkat lg yek...

    akak nih cite korea kalu tkt runningman ngn rancangan msk2 tu tau la heheheh drama pun main pilih2 je mana yg minat mana yg tak...
    tp mmg menggoda pun air mangga tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak.. Mango nampak menarik tapi siqah tak pulak order mango. Hee.

      Siqah pun dah lama tak layan drama Korea kak. Takde masa banyak dah sekarang πŸ˜…

      Delete
  5. Assalammualaikum siqahπŸ’Ÿ
    Wah nampak sangat menarik...sesekali ubah selera dan cuba yang barukan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam kak PC ❤️
      Haah kak. Sesekali je ubah selera. Nak pergi sini lagi, jauh jugak. Lagipun mahal.. Huhu.

      Delete
  6. wahhh.. menarik.. lagi2 gambar 2 hero kat atas tu..hehe
    sis, sy tag ye
    http://sitiyangmenaip.blogspot.my/2016/07/daehan-minguk-giveaway-by-siti-yang.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Gambar hero tu tetap menjadi pilihan paling menarik ye tak? 😁
      Tq yana tag siqah. Ada masa siqah buat ye :)

      Delete
  7. suasana pn nmpk best. sesekali pergi tkpela. hrga leh tahan..hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. kan yui.. sesekali pergi bolehlah. nak merasa :)

      Delete
  8. Menarik nie...
    boleh pegi time gaji je nie..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sokong nieyl. tiap kali dapat gaji, mesti kena makan tempat sedap. hehe. bolelah nieyl cuma gaji ni. hehe

      Delete
  9. selesa tempat nyer.
    aida suka lepak tempat gini.
    makan2 minum2 dgn asben.
    kami tak byk time boleh dating berdua.
    and if dulu ada time, tempat gini kami cari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan aida :) Siqah pun suka tempat camni jugak. best lepak tempat camnie. selesa je dan tak serabut. barulah seronok nak bersembang kan :)

      Delete
  10. Nampaklah suasana kedai makan koreanya. Menarik! Ada RM, bolehlah pergi sini nanti. Haha.

    ReplyDelete
  11. So nice! =) Ingatkan ada dekat Malaysia fuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh eh.. memang dah ada kat malaysia pun nie :r

      Delete
  12. menarik sangat nampak cafe tu..penangan citer korea la ni ye hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Betul tu kak AA. Semestinya penangan cter korea nie haa :h

      Delete
  13. Bestnyaaa, chika dah g... Ari tue nampak di FB mango six nie... Wei rindu korea wei !!! Ok chika dah review sedap kena g nie yg branch Malaysia . Hiks ... Singgahlah blog saya . Hiks~ gedik tak nak tggl kan komen gitu gak dkt chika =p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. Chika pergi hari tu pun sebab dah ke Puchong ambil barang. Kalau tidak, memang takde pergi lah. Macam Aliff nak melayan pergi kafe. Hehe. Pergilah nadia. Bolehlah rindu korea makan di kafe dari Korea 😍😍😍

      Delete
  14. Wah wah wah...sdapnya mkn...deco pon cun...

    ReplyDelete
  15. Terliur,...semua nampak tempting :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak farrah.. Rasa nak order semua. Hehe

      Delete
  16. wahh menarik harganya pon mesti tertarik hu3

    ReplyDelete
  17. Hi Siqa! Thanks for sharing.. Tak sabar nak try yang kat korea. Hahaha. Btw, yg kat Korea tu kat Seoul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi A.Aqma. Kat seoul pun ada.. Siqah hari tu makan dekat Ewha. Dekat je dengan seoul.. Bestnya aqma nak pergi korea 😍😍

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。