July 18, 2016

How to Cancel Automatic Renewal Subscriptions on iPhone

Assalamualaikum dan hello semua.. 

 
Kali ni, aku nak berkongsi pula bagaimana cara untuk batalkan automatic renewal subscription untuk aplikasi di Apple Store. Kenapa aku belajar mengenai benda ni? Semestinya ada kes. Tidaklah aku belajar tanpa sebab. Hee. 

Dijadikan cerita, aku download aplikasi Smule. Aku yakin semua orang tahu kan aplikasi Smule untuk apa. Gila punya popular dah sekarang orang yang kira hot di Smule, siap ada dah jadi artis haa.

Aku pun bersungguh download selepas dikatakan bahawa Smule ni best. Walaupun suara tak sedap, masih tetap nak nyanyi. Haha. 

Yang tak best nya Smule, kita hanya boleh nyanyi satu lagu saja secara percuma. Dapat percuma sebab daftar Smule. Selepas dah nyanyi lagu pertama, untuk pemilihan lagu kedua, kau kena add orang lah, invite orang nyanyi lah dan sebagainya. 

Aku malas bab camtu. Nak main-main je kan. Takdelah sampai nak invite orang nyanyi dengan aku. Dahlah suara pun hampeh ( sedar diri weii, haha ). Jadinya, aku automatik klik to subscribe VIP access to Smule yang membolehkan aku nyanyi semua lagu dalam Smule. Gila gelojoh dan teruja tak? 

Nak dijadikan cerita lagi, Smule akan buat auto renewal subscription bila kau dah subscribe. Seminggu dikenakan bayaran sebanyak USD2.99. Seminggu tau, bukan sebulan ye. 

Nak dijadikan cerita, aku ni hangat-hangat tahi ayam, makanya hanya nyanyi di Smule selama dua minggu je. Jenuh cari macam mana nak cancel subscriptions di Setting tapi tak jumpa ( masa ni tak terfikir nak google, boleh tak camtu? Huhu ) 

Dan.. Setelah sebulan bayar percuma je USD2.99, akhirnya aku google juga cara nak cancel subscription dan alahai senang je sebenarnya. Rugi rasa tak belajar awal-awal :(

Aku rujuk >>> LINK INI.
 
Sesungguhnya aku pelupa orangnya. Jadi, nak paste di blog juga. Hee. Lepas ni, harap jangan gelojoh untuk subscribe apa saja. Eh, kalau subscribe pun okay je. Sebab dah tahu cara nak cancel kan? Hihi. 

Korang ada Smule? :D

Till then,

Love,

16 comments:

  1. takde smule. kalau tak boleh duet. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Boleh je. Kalau ada in future, inform ye. Hew hew 😁😁

      Delete
  2. tersinggah n follow dia...xde smule gak. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks AR singgah dan follow siqah :) Siqah follow back ye :)

      Delete
  3. Smule? Memang tak adalah. Kamera newbie aje.. Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpelah awak. kita jadi rakan blogger jela. tak payah rakan smule. hehehe

      Delete
  4. akak memang tak de smule..itupun baru tahu je sebab adik akak dengan abg ipar sangat rajin bersmule, siap duet dengan retis lagi adik akak tu..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh siap duet dengan artis lagi tu. Mesti suara adik kak AA sedap kan. Apa nama dia? Boleh siqah tengok jap.. Hehe

      Delete
  5. Gilo!!! Auto subscription seminggu? Haih~ Apple apple pandai benor buat duit ...even kena byr ke mahal ke , Apple tetap di hatiku ... #semuagengmakangilaappleproduct =p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang gila aplikasi tu. Haha! Apple walaupun mahal dan mengada lebih, tetap disukai oleh #gengmakan . Hehe. #teamiPhone 😁😁

      Delete
  6. suami ekin dia dah berjangkit dengan SMULA ni...masa dia cuti sakit sebulan hihihihi.. lepas pada tak aktif mana sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik ash,, aktif sekejap je kan smule ni. Lama-lama macam dah boring pulak. Mungkin sebab takdelah minat sangat nyanyi pun :h

      Delete
  7. Akak rajin nengok video smule yang kawan-kawan posted je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak Farrah. Biasa yang kawan post kat FB, semua yang best2. Ramai orang suara sedap kak kat smule tu 😊

      Delete
  8. ada la juga terjebak dgn smule ni..tp tak de la sampai ambil vip tu..biasa2 je..skrg ni dah terkubur..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe. Mula-mula je kan suka smule ni. Lama-lama boring pulak haa :h

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。