July 12, 2016

Cerita 2 Syawal dan Time Freeze Video

Assalamualaikum dan hello semua :) 

Apa khabar? Sibuk bekerja pastinya kan hari ni? Ada sesiapa yang cuti lagi ke? Biar betul ni. Hehe. 

Aku nak sambung cerita hari raya kedua pula. Cerita hari raya pertama boleh baca dalam ENTRI INI

Pada hari raya kedua, aku hanya duduk di rumah. Biasalah jadi orang dapur kan. Rajinlah konon kat rumah mentua. Haha! Eh, memang rajin okay :D 

Malam hari raya kedua, ada majlis sambutan hari jadi dan berkumpul sanak saudara keluarga suami di rumah Tok Mak. Aku ditugaskan untuk masak spageti. Terkejut weii! Nak masak untuk ramai orang. Tak pernah buat pun. 

Teruslah aku, Kak Long, dan Ekin pergi ke Econsave untuk membeli barang dapur. Bila sampai rumah, aku terus mulakan misi memasak sambil dibantu oleh Kak Long dan Ekin. 

Pendek kata, walaupun kuah spageti aku masin, haha, terlajak letak garam. Geram sebab asyik tawar je. Sekali aku tumpahkan garam terus. Muahahaha! Mujur kemasinan itu dapat dibetulkan oleh Kak Long. Jadilah tak masin, baru boleh dihidangkan dengan hati yang gembira. Sanak saudara makan dan cakap sedap. Kira luluslah tu. Hehe. 

Aku sibuk memasak di dapur dan suami sibuk rakam video di luar. Sampai disuruhnya aku untuk tukar baju raya sebentar semata nak ambil gambar. Alamak! Aku pun menurut perintah dan terus tukar baju raya kejap. 

Layan gambar kami pada hari raya kedua pula :) 

#siqahOOTD
 
Suka sangat baju ni. Aku suka warna pastel dan ada sedikit lace diletakkan. Baju raya dan tudung daripada Ariani. Baju nampak tak iron di situ sebab sesungguhnya memang aku tak iron. Hahaha! 

Lagi gambar kami berdua. Kali ni gambar disnap oleh Kak Long. Gigih Kak Long jadi photographer :D
 
 
 

Riang ria di hari raya 
 
Selesai bergambar. Tak sampai 30 minit pun. Masa ni hari pun dah gelap sebab nak Maghrib. Takdelah gambar banyak sangat boleh diambil jika kurang pencahayaan. Sebab kalau cahaya kurang, gambar tak cantik. Huhu. Bolehlah daripada tiada langsung kan.

Akhir sekali, seperti yang aku cakap dalam entri Time Freeze Video >> boleh baca DI SINI  Suami buat video time freeze sempena raya tahun ni. Dia sangat gigih rakam dan edit dalam hari yang sama. Siap ada dua versi video. 

Suami lagi semangat bila semua orang memberi kerjasama yang bagus. Semua excited nak berlakon untuk video. Hehe. Keluarga suami memang suka melayan. Kerjasama tip top! 

Lagu yang digunakan untuk video adalah lagu Korea, Mamacita by Super Junior. Tak jadi guna lagu remix raya. Tukar lagu Korea lagi menarik nampaknya. 

Jemputlah korang tengok video "Time Freeze " untuk hari raya 2016 di bawah ye. Sepenuhnya dibuat oleh suami aku. Korang boleh juga bagi feedback yang membina. Boleh suami aku pertingkatkan lagi daya usaha untuk buat video. Videographer suka kalau orang komen video yang dia buat. Untuk penambahbaikan di hari akan datang.

Berkongsi cerita dan pandangan, kan bagus tu :) 

Selamat menonton :) 

First Version

Second Version


Till then,

Love,

52 comments:

  1. Reen suka yang 2nd version.. Tak laju sangat. Tak pening tengok.. Hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Tq reen for the feedback. Personally, siqah pun lebih sukakan yang 2nd version. Tenang je melihatnya kan. Cuma yang 1st version, lebih ceria sesuai dgn lagunya. Hehe

      Delete
    2. Hihihi Siqah.. Macam mana nak buat video time freeze ni ya..? Complicated tak nak buat..?

      Delete
    3. Tak complicated pun reen. Masa reen nak rakam video tu, pastikan semua orang freeze. Tak boleh gerak langsung. Kelip mata pun tak boleh. Pas dah rakam, edit guna iMovie atau apa saja aplikasi, cuma fast forward atau slow-mo kan mana2 part yang nak. Yang paling penting orang kena freeze je. So kerjasama amat diperlukan 😊

      Delete
    4. Hihihi gitu rupanya.. πŸ˜‚πŸ˜˜

      Delete
  2. Replies
    1. High 5! Lawa pastel color 😍

      Delete
  3. wahh seronok jugak raya siqah tahun ni yek.. Meriah jerk lea tgk.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullilah lea. Pertama kali beraya rumah mentua. Alhamdullilah semuanya okay dan meriah 😍😍

      Delete
  4. dya pun ada buat video freeze tapi sedih ada plak part yg sedara2 ni gerak..hehe..suka tgk pic yg last..cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dya boleh cut babak yang gerak tu kot. Cuma susah sikitlah nak cut betul2 part yang gerak je kan. Takpe2, boleh cuba lagi nanti buat. Menarik juga time freeze video camni :)

      Thanks dya :)

      Delete
  5. rajin sgguh suami tu ye..heheh.

    cntik bju gitu.yui suka gak pastel

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Suami siqah rajin buat video. Tambah lagi kalau ada orang sporting nak dijadikan model. Hehe.

      Cantik kan color pastel. Siqah pun suka 😍

      Delete
  6. Bestnya ada org tolong amekkn gambar. Lawo2 plak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee. Mujur ada orang nak melayan bergambar ek 😁

      Delete
  7. amboiii berphotoshoot kalah pengantin baru ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. πŸ™ˆπŸ™ˆ Pengantin baru lagi hebat anies. Kita suka-suka je bergambar 😁😁

      Delete
  8. bestnya suasana kampung tu siap ada pelita.

    dapat masak2 rumah mentua dan dapat pujian tentulah gumbirakan. sama macam akak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak AA :) Suka bila beraya di kampung. Pelita menambahkan semangat nak beraya. Hehe. Alhamdullilah. Mujur masakan boleh dihidangkan pada yang lain. Sesekali je masak. Hehe.

      Delete
  9. rajin nya menantu mithali nih...

    akak arini baru mule keje tau hehehhe.. raya sakan konon nya
    cantik gambar last yg ngn moto tuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Rajin sangat :p

      Wahhhh ~ bestnya akak baru start kerja hari ni. Cuti sakan na raya tahun nie. Best best best!

      Hii. Thanks kak. Tq pada photoG gambar tu juga :h

      Delete
  10. cantiknya pelita.

    selamat hari raya aidilfitri. maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayah mentua semangat pasang pelita kalau hari raya. Hee.

      Selamat hari raya juga awak. Maaf zahir batin :)

      Delete
  11. Masih ada punjut pelita tu....bestnya. Barulah nampak suasana Rayakan Siqah.

    Hihi....nasiblah ada Kak Long tolong menyelamatkan keadaan ek....

    Selamat Hari Raya maaf zahir batin ye Siqah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pelita sinonim dengan hari raya kan mak. Seronok main bunga api dengan pelita. Hehe. Memang mujur ada kak long selamatkan siqah. Dah buntu nak buat camne nak betulkan rasa masin tu. Hehe.

      Selamat hari raya mak sekeluarga :) Maaf zahir batin :)

      Delete
  12. selamat hari raya dear!!
    cantik2 gambar photoshoot tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya kak wahida :)

      Thanks kak.. Tq to photoG juga. Hehe

      Delete
  13. Ya Allah Siqahhhhhh...

    Terrornya somi siqah edit bagaiiii video ni..

    gambaq2 pun cantik2 belaka...baguslahhh..suka tgk..

    keep it up!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak hidayu :)

      Suami siqah suka bab video dan gambar. Dia lebih kepada video sebenarnya sebab suka kan tengok live orang :a siqah tumpang suka je. Hehehe.

      Delete
  14. wahhh cool nye video kiter sukaaaaaaa :)

    Selamat hari raya Siqah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you ana for the feedback :) selamat hari raya jua untuk ana dan keluarga :)

      Delete
  15. Pandai korang pilih tempat bergambar.. lawa hasilnya.. baju raya siqah pun lawa tu. Sweet sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat kampung, so suasana kena kampung lah. Entah mana je pergi bergambar tu. Hehe. Tq to Ariani yang hasilkan baju raya sweet gitu :a

      Delete
  16. Lawa gambar..video pun sempoi..yg 1st version better than 2nd sebab lagu dia rancak kot.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Thank you Kak PK for the feedback. 1st version video, dengar lagu je dah teruja kan? Hee

      Delete
  17. mmg cantik! lya suka akler pastel mcm ni..soft n tenang je..
    pic cantik sgt!!!

    mmg meriahlah

    ReplyDelete
    Replies
    1. High 5 lya! Yeayy! Suka kan color pastel. Cantik dan lembut je nampak :) alhamdullilah, raya meriah :a

      Delete
  18. cantik gambar tu..pandai amik..hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Tq to Kak Long dan Suami yang ambilkan gambar :)

      Delete
  19. Selamat Pagi...
    amboi..sempat lagi tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat petang nieyl :)

      Sempat je bergambar di hari raya. Hehe.

      Delete
  20. macam slow sgt le pulak video ke-2 tu. pandai diorg berlakon..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Kan.. Video ke2 lagi slow dan nampak jelas apa yang dilakonkan.. Dorang memang suka berlakon. Suruh apa je, kerjasama terbaik. Hehe.

      Delete
  21. Gambar korang berdua tika waktu gelap tu memang cantik sesangat. Kalau buat poster or kad, memang lawa and bersesuaian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nisa dah bagi idea ni untuk buat poster atau kad raya.. Tapi tahun depan lah. Agaknya valid lagi ke tak? Hehe.

      Tq nisa :a

      Delete
  22. seronokknyaaaa :) gambor last paling lawaaa!

    ReplyDelete
  23. dik, nice pics taken!
    kreatif. sporting!

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。