July 22, 2016

Aku Suka Kamu, Waze

Assalamualaikum dan hello semua :) 

 

Aku suka kamu, WAZE! 

Hehe. Aku sangat lemah bab jalan. Sampai tahap, nak pergi ke Plaza Alam Sentral di Shah Alam dari rumah aku pun, aku tetap akan guna Waze. Sebab aku masih tak ingat jalan terutama masa bulatan. Shah Alam banyak sangat bulatan. Macam-macam nama dan saiz. Tak tahu nak masuk exit mana. Sampai sekarang blur. Hehe. 

Selain daripada nak pergi berjalan, Waze sangat berguna masa balik kerja kalau federal highway sesak sangat tak bergerak. Automatik aku terus on Waze dan search arah ke Lapangan Terbang Subang Abdul Aziz Shah ( Subang Airport ). Waze akan tunjuk arah mana yang tak sesak cuma jalan yang dilalui seperti biasalah. Jalan tikus! Haha! Jalan celah rumah orang, celah kilang, jalan kecil tetiba sampai di Ara Damansara. Hebat! 

Aku suka guna Waze. Ada orang kata Google Maps lagi senang dan tepat. Tapi aku tak tahu guna. Macam pening je. 

Tak kisahlah guna aplikasi apa pun, yang penting sampai dengan selamat ke tempat yang dituju kan. Aku sekarang dalam perjalanan ke Muar. Ambil cuti hari ni sebab esok ada kenduri kahwin adik ipar aku. Tidaklah guna Waze nak ke Muar. Lalu highway je pun :D

Korang suka guna apa? Waze atau Google Maps? Atau korang pakar bab jalan? Hee. 

Selamat bekerja pada yang bekerja hari ni. 

Have a nice day, all ~ 

26 comments:

  1. Ramai org mmg tak suka guna Maps sbb rasa macam complicated, tp pada Sally mmg accuracy Maps lebih baik daripada Waze...tapi kalau nak cari jalan tikus kena jugak la mohon bantuan Waze..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan sally. Siqah pun rasa maps lagi accurate daripada waze tapi tue lah macam yang sally cakap. Susah guna maps. Waze kalau bab jalan tikus memang terbaik..

      Delete
  2. Yup..mmga akak pun akan guna waze gak kalau gi mana2.. tapi ada gak..waze bawak gi tempat tah apa2.. pernah gak terkena ngan waze nie.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Siqah pun pernah sekali terkena dengan waze. Agaknya dia gila masa tu. Lepas dah uninstall dan install balik, baru back to normal. Hee

      Delete
  3. sekarang dah boleh download yang ada suara yuna
    siap tunjuk jalan cam nyanyi
    mau lagi sesat dibuatnya kang...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Serius kak Yana? Siqah tak tahu pun.. Tak tahu mana nak download. Tahu guna yang mana sedia ada je.. Hee mujur tak tersesat lah kalau guna suara yuna. Anggap nyanyi lak kan πŸ˜†

      Delete
  4. Akak ni lagi lah tak faham nak guna2 waze.Nasib baik anak dah besar ke mana saja boleh tuju berpandukan benda2 canggih ni.Kalau nak harapkan akak sosat lah memanjang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Alhamdullilah ada anak2 membantu kak saniah 😊 budak sekarang lgi advance daripda kita kalau bab teknologi ni. Hee

      Delete
  5. hehehehe mcm gitu sekali yek...
    adik akak sorang pun mcm awak jgk dik... kalu jem skit trs wave tp mmg bgs pun blh tau jln mana yg jem ke tak jem kot2 ada jln alternatif ke apa kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. High 5 lah dengan adik akak :D Waze sangat membantu kalau jalan sesak. Sampai rumah tepat pada waktunya walau jalan sesak :D

      Delete
  6. Salam kenal shiqah..

    Waze ni yg best dia kasi jalan yg tak sibuk..
    tahu2 dah sampai jer kat tempat tu kan..
    memang best :)

    akak follow #91, jemputlah ke blog kecil akak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kak Norhayati 😊

      Betul kak. Waze sangat membantu kan..

      Tq kak datang singgah, follow dan komen blog siqah.. Siqah jenguk akak kembali ye :)

      Delete
  7. Betul...lagi2 kat bandar besar yang nak ke satu tempat ada banyak laluan...alahai...yang jalannya sampai 3..4 lapis...subhanAllah...rambut lurus boleh hadi kerinting Siqah.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Lawaklah kak PC :) Rambut lurus boleh jadi kerinting ek. Hebat betul penangan tu πŸ˜†πŸ˜

      Delete
  8. my dad always using Waza of course. maybe bcs it much easier kut idk. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waze senang sangat.. Kalau google maps, siqah pening lah awak.. Maybe ayah awak pun feel the same :h

      Delete
  9. mek guna google maps. cam adik mek, dia pakai yg iphone punya maps. lagi hebatt. sies hebat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iphone punya maps? Ada eh mek? Siqah tak tahu pulak. Apa ek namanya.. Boleh juga nak cuba nanti :)

      Delete
  10. Abe Nik suka guna google map
    siap bagi nak ikut jln panjang atau ringkas lagi hu3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagusnya pandai guna google maps. Saya tak reti πŸ˜…

      Delete
  11. Dulu Reen suka pakai waze.. Skrg google maps. Lepas update waze, hp lambat update location.. Guna maps laju sikit. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke reen? Alaa nape siqah tak reti nie. Huhu. Pernah cuba tapi pening..

      Delete
  12. hehe..akk vote google maps lg la...pernah guna waze sampai hang hp..hahahaa..

    en suami akk plak mula2 dulu dia mmg sikit2 wazeeee sesaje..lps akk kenalkan dgn google maps, skrg ni dia la plak...apa2 google maps ja..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Google maps orang kata lagi tepat kan kak.. Siqah je tak reti guna.. Takpelah, asalkan sampai ye tak.. Hehe

      Delete
  13. aida google maps jer, siqah.
    waze bukan nyer x guna, memang x install.
    sebab most of the time kalu jalan-jalan, mr.asben masih guna garmin dia :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Garmin lagi senang.. Tak payah sibuk nak on phone kan.. Google maps sangat tepat. Siqah pernah guna sekali je dan memang terbukti ketepatannya.. Waze kadang2 ke laut jugak dibawanya.. Hee

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。