June 08, 2016

Wordless Wednesday #7 | Geng Makan

Assalamualaikum dan hello semua!

 
Hahaha! 
Bila baca ayat ni, automatik aku teringat #gengmakan 
Itulah kami. Kalau berkumpul, di mana-mana saja akan dianggap seperti pantry di pejabat. 
Bersembang dan gelak bagaikan tempat itu kami yang punya! Hihi. 

#gengmakan terdiri daripada aku, Hanis, Tasha, Nadiah, Syira, Yun, dan Miera. Siapa yang pernah baca blog aku rasanya pasti sudah pernah dengar nama kami berlima kecuali Yun dan Miera. Kami berlima bekerja di syarikat yang sama. Pergi Korea tahun lepas bersama, pergi Pulau Perhentian pun bersama, pergi jalan-jalan cari makan pun bersama. Yun dan Miera pula kini sudah bekerja di tempat lain, makanya susah sikit nak berjumpa mereka. Yun dan Miera masing-masing dah ada anak :) Rindu nak berkumpul semua sekali!

Harap dalam bulan Ramadhan ni, kami sempat meluangkan masa untuk berbuka puasa bersama. Insyallah :) 

Korang ada tak geng yang sama seperti ayat dalam gambar di atas? Hii. Kalau ada, mehlah kongsi sini :D

Thanks reading,

Till then,

Love,

26 comments:

  1. bestkan dapat kawan macam tu..akk pun dulu masa kerja ada geng makan gak...tapi ye la..lama2 masing2 dah berpecah bila dah tukar tempat kerja lain dan akk plak berpindah randah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. best kan kak. sekarang kami semua masih tinggal area yang sama. itu pun payah nak berjumpa sesekali. tak kisah berpecah kak asalkan masing berhubung. jauh di mata dekat di hati :)

      Delete
  2. Ada !!!! Korang !!!! Hihihi .... Kita memang dimana-mana pun macam pantry . =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha! kannnn ~ Tak heran apa orang nak cakap. layankan je.. hihi

      Delete
  3. Ade jugak geng makan tp lepas kawen ni dah limited nk jumpa. Owh, mek punya hanya dapat sekali je pegi jalan2 - Penang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila dah kahwin semuanya berubah kan mek :) Siqah pun tak selalu sangat dah dapat join mereka berkumpul. kehendak suami tu lebih dipentingkan :) Bestnyaaa!! Seronok jalan2 Penang, siqah tak pernah lagi pergi..

      Delete
  4. setuju sgt.....
    kalu sorang2 akak sanggup mkn sorang2 dlm blik siap bwk bekal lg
    tp kalu geng ada... kadang minum air je pun blh lepak borak2 tak hingat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha ~ kan kak :) Kalau sorang memang diam seribu bahasa, kalau ramai2, air je pun jadi, yang penting nanye nak berborak je. hihi

      Delete
  5. akk pun kan..kalau xkenal org jd senyap je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi ~ pemalu dan penyegan kita ni ye kak azlinda :h

      Delete
  6. ADA TP SEMUA JAUH KAT KL NUN.. YUI JE TERCERUK KAT PERAK..EKEKEK. SEMUA ADA LIFE MASING-MASING TP STILL CONTACT..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biar jauh di mata asalkan dekat di hati dan fikiran kita :) Sekarang, dah makin senang cara perhubungan. Sesekali berjumpa, pasti banyak cerita punya. Hihi

      Delete
  7. hahaha.. betul tu... tidak boleh dinafikan lagi..

    ReplyDelete
  8. mmg best ada kwn2 yg sekepala ni...
    bila takde salah sorang pun dah sunyi sangattt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak wahida ~ Seronok bila ada kawan sekepala. Semua benda boleh nak cerita :h

      Delete
  9. best aa geng makan satu pejabat..ramai lak tu..mmg best jgk dpt jenjalan sama2..geng mkn sis JM jauh tp bila dh berjumpa mmg havoc lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali berjumpa pasti lagi best kan kak JM :) Bila berjauhan, mesti pasti berhubungan di whatsapp group :h

      Delete
  10. Bagus tu kalau ada geng makan, sebab sekarang, bawa geng pun tapi bercerita dekat whatsapp.. whoa ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Whatsapp tu dah macam sorang lagi tambah dalam geng. Duduk bersama pun kadang2 sembang dalam group ws :h

      Delete
  11. Replies
    1. terima kasih singgah selalu yui :)

      Delete
  12. seronok ada geng sekepala macam tu, dulu ada tapi dah kawin dan ada anak2 ni susah sikit nak jumpa kawan2

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa begitu kak AA. bila dah kahwin dan ada anak, susah sikit nak berkumpul dengan kawan2. komitmen lebih kepada keluarga kan :)

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。