June 05, 2016

Smartphone App | Update Blog using BlogTouch Pro

Assalamualaikum dan hello semua :)

Korang update blog guna apa? Laptop, komputer, atau phone. Kalau mana yang update guna phone, meh sini aku nak berkongsi mengenai satu aplikasi yang aku guna :) 

Aku tiada laptop. Ada komputer suami tapi malas nak guna sebab komputer tak boleh dibawa ke ruang tamu. Hihi. Aku update blog guna phone je. Lebih mudah bagi aku, orang yang sentiasa bersama phone. Semua entri aku update guna phone termasuk entri yang panjang seperti kisah ke Pulau Pangkor dan Pulau Perhentian. Gigih kan update :D

 

Aku pernah guna Blogger tapi tak suka sebab tak boleh scheduled publishing. Maknanya, entri akan dipost ikut tarikh dan masa pertama kali entri dibuat. Banyak entri yang post daripada draft. Kadang-kadang draft dah berbulan baru nak publish. 

Pernah cuba Blogpress juga. Tapi tak suka sebab gambar yang diletakkan dalam entri akan ikut saiz sebenar. Bayangkanlah gambar sebesar alam tu kat blog. Habis layout dan template! Dah setting to small pun masih juga begitu.

Dan akhirnya, aku bertemu dengan aplikasi untuk blog yang sangat best iaitu:

BlogTouch Pro 
*App Store*

Aku cuba guna yang free version iaitu BlogTouch dan selepas guna beberapa jam, aku sangat suka dan terus beli aplikasi ni dengan harga USD4.99 dengan nama BlogTouch Pro. 

Antara sebab aku pilih BlogTouch Pro adalah: 

1. Ada 3 kategori entri iaitu Published, Draft, dan Offline
  • Published - semua dah tahu, maknanya sudah selamat berada dalam url blog.
  • Draft - boleh access melalui phone dan juga laptop / PC. Masih guna mobile data internet kalau nak save in draft. 
  • Offline - aku prefer yang ni. Aku akan simpan semua entri dalam versi offline. Kalau dah siap entri, baru aku terus pilih to publish. Aku suka kategori ni sebab tak guna mobile data internet. Hanya guna mobile data internet untuk publish saja maknanya boleh jimat di situ. Cuma kalau offline, jika korang on blog melalui laptop, apa yang korang simpan di sini, tidak akan nampak. 
Published | Draft | Offline 
 


2. Mudah untuk tukar status entri.
  • Seperti yang aku terangkan dalam no 1 di atas. 
 


3. Scheduled Publishing - Boleh published draft / offline ikut pada tarikh korang nak publish, tidak pada tarikh draft / offline dibuat 
  • Kalau tak pilih ini, entri akan dipost dengan tarikh dan masa pertama kali entri itu dibuat. 

 



4. Rich Text Editor 
  • Format text (bold, italic, underline, strikethrough)
  • Text alignment (left, right, center, full) 
  • Change text font, text color, and font size
  • Add pictures from camera, gallery, or URL
  • Embed video from Youtube or Vimeo
  • Easy to add link 
  • Easy to control size picture by touch and drag
Semua di atas ada dalam simbol di bawah ni 
 


5. Never lose your work! 
  • Rasa geram kan kalau dah taip panjang, tapi entri hilang. Haa dengan aplikasi ni korang tak perlu risau benda begitu terjadi. Tak perlu risau akan kehilangan entri. Sure ada je semua. Kalau sedang publish tapi internet tak okay, entri akan automatik recover dalam offline. Sama juga kalau tertutup aplikasi tanpa save dulu. Akan automatik recover juga. 
Sejak ada BlogTouch Pro, aku semakin bersemangat untuk update blog. Walaupun tak selalu tapi masih ada entri di situ. Tidaklah blog aku berhabuk je. 

Harap entri ni dapat membantu dan memberi idea kepada mereka yang nak blogging tapi tiada laptop/PC atau pada mereka yang selalu dengan phone 24 jam. Kalau ada kekurangan, maaf ye. 

Thanks reading and happy trying! 

Till then,

Love,

28 comments:

  1. wah info baru..sy pun penah cuba blogger tp sgt xbest last2 lagi best update via laptop..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siqah pun nak update guna laptop. Lagi best dan senang kan? Cuma takde, so guna phone jela. Mujur ada blogtouch :) Betul, siqah pun tak suka blogger..

      Delete
  2. aa pernah guna jugak yg free tapi yg free xleh post kan? Skang ni guna blogger je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah ayunie. Kalau free , tak boleh post daripada draft. Itu sebab utama siqah beli terus apps nie. Ooo ayunie pun update guna phone juga ye? :)

      Delete
  3. wah baru tahu pasal apps ni. blh la cuba donlod. heehe tq siqah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi. happy to share aina :) selamat mencuba :)

      Delete
  4. Replies
    1. bolehhh. mana tahu kalau sesuai dgn awak juga :)

      Delete
  5. mcm best je..sekarang ni hp akk rosak..asyik on off je..so update guna pc je la...laptop sesekali sebab suami akk pakai bawa ofis..

    bila dah guna pc ni..ambik ko...sekali post banyak gila la gambar..hahahaaa..

    satu lagi, nak mengarang pun malas nak taip panjang2..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronoknya kak boleh pakai pc/laptop update blog. siqah lagi suka menaip di keyboard dari phone nanye. rasa cepat je menaip tu. tapi disebabkan takde laptop, guna phone jela. kalau update guna pc, memang banyak boleh choose gambar. senang je kan nak uplaod. hihi

      Delete
  6. Kan betul tak nadia cakap ... Apps nie best . Nice chika pun dah pakai apps nie . Tak kesah dah kan , kena bayor pun bayor la .... Asalkan ada facilities type pnjg2 tak hilang tiba2 . Part hilang tue yg jadi bengang tue . Hihihi . Thumbs up .

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi. kan nadiah.. part hilang tetiba yang paling buat bengang. seronok update sejak guna apps ni :h

      Delete
  7. Eh sama la App kita.. tapi mummy tak beli. Just buat draft je .. pastu bukak lappy setting layout baru publish..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi. untung mummy ada laptop. bolehlah publish ye. hihi. siqah kena beli sebab nak dapatkan full version. best kan apps ni? :)

      Delete
  8. Dulu mummy pakai blogger lagi senang dan free.. tapi app tu dah crash tuk pengguna apple kena tokak.. sob sob sob

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn ~ tak best pakai blogger. tapi itulah free. yang free yang lebih diutamakan nanye..

      Delete
  9. Wah!!Bestnyerr... terima kasih atas info. Memang duk cari pun aplikasi macam nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome kak suliana :) happy sharing and happy trying kak! :)

      Delete
  10. macam best je..nnti nak cuba lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh cuba ummul.. boleh update blog di mana-mana saja nanti :)

      Delete
  11. meanrik aps ni..sis JM istall blogger.com..kalau dah malas cam sis ni huhuh..pe tak jadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada sindrom yang satu tu, memang apa pun tak kan jadi kak.. Hihi :h

      Delete
  12. akak guna telefon, kadang guna pc

    ReplyDelete
    Replies
    1. asalkan boleh blogging kan kak. mana2 yang senang untuk diri :) Akak pun rajin update blog.

      Delete
  13. Tenkiu sharing...apps blogger suke hang up ..install sehari dua lepas tu uninstall back😓
    Report pun mcm xfunction je..


    ReplyDelete
    Replies
    1. My pleasure awak :) betul, blogger ada hang jugak. Kalau dah taip banyak, tetiba hang. Lagi bengang rasa. Huhu. Happy trying app ni :)

      Delete
  14. Replies
    1. Haah amiraa. Kena bayar. Yang free ada tapi tak full package. So tak best..

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。