June 18, 2016

Shop with Zalora

Assalamualaikum dan hello semua!


Sejak buat entri mengenai Zalora, aku asyik tengok Zalora je. Sampai aku download aplikasi Zalora. Hehe. Tertarik tapi bila nak beli berfikir juga hari raya nak dekat dah. Tak nak habiskan duit beli online. Lagipun risiko beli online nanye. Risau baju tak muat atau terlebih besar, kualiti kain tak memuaskan dan sebagainya. Maka, lebih baik aku pergi beli sendiri di luar. Berkenan dan rasa kain okay, baru beli. Dan baru puas hati. 

Tapi..

Aku tak tahan! Hahaha! Akhirnya, aku beli juga satu dress di Zalora. Kebetulan masa aku online, ada diskaun 25% dengan menggunakan CODE:RIANG. Jari jemari aku terus laju untuk membeli. Nafsu nafsu! Haha! 

 
Aku beli dress ni. Full lace organza sleeve dress by Lubna.
Berkenan lama dah. Letak dalam favourite list sekian lama dan akhirnya aku beli juga. 

 
Dalam masa tiga hari, parcel sampai! Yeayy! 
Excited nak tengok baju. Harap sangat ianya memenuhi citarasa aku. Baju harga lebih daripada RM100. Pasti aku kecewa kalau tak menepati citarasa. 

 
LUBNA

 
Close up the lace. 
Lace adalah salah satu jenis kain yang aku suka. Nampak cantik dan menarik je. Sebagai penambah gaya. Aku tak banyak pun baju lace. Lubna dress ni adalah baju ketiga agaknya yang aku ada daripada kain lace. 

 
Aku suka dress ni! Excited ada satu full lace dress.
Berpatutan dengan harganya!
Cuma..
Lengan baju ni besar sangat. Ala Saloma sangat bila pakai. Nak oter tapi nanti nampak pelik pula. Takutlah kain jadi tak cantik. Jadi aku biarkan jela begitu. Mungkin bila dah iron nanti, okay kot. Hope so! 

Selain dress yang aku beli di atas, ada lagi pakaian yang aku suka di Zalora. Hehe. 

Antaranya:

 

 

 



 

Arghhhhh ~ Semua cantik! Suka sangat! Zalia memang menawan hati. Jari jemari masih gatal nak add to cart, mujur masih ada kekuatan diri agar tidak membeli. Sabar! Sabar! Kena tahan diri daripada nafsu shopping! :) 

Add to favourites je sekarang :) 

 
Sale lagi di ZALORA!! 
Perghhh ~ Tak boleh buka selalu apps Zalora! 
Bahaya! Bahaya! Haha! 

Korang pernah shopping di Zalora? 

Kalau belum pernah, bolehlah cuba terjah! Pasti tertawan satu dua barang. Hehe. Kalau pernah, boleh berkongsi pengalaman korang beli di Zalora. Okay ke tidak? Hii

~ Jom SHOP WITH ZALORA ~ 

Thanks reading,

Love, 

22 comments:

  1. Memamg tak tahan tengok sume baju,beg. Kalau nak beli,nak memilih makan hari juga la..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan ~ Semua baju lawa! Nak memilih memang ambil masa sebab tak boleh beli semua. Hehe.

      Delete
  2. Hihi...aku takkan terpedaya oleh ajakanmu.

    ReplyDelete
  3. Mel pulak yang terkesan dengan post ni 😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Sempat lagi yuni nak beli sempena aidilfitri 😁

      Delete
  4. Assalammulaikum Siqah..cantik...hehehe...akak rajin usha Zalora la..nile la..Lazada la..tapi belum pernah beli lagi..macam Siqah jugalah takut bila dah sampai lain pula rasa hati..hehehehe..tapi kalau dah selalu tengok tak mustahil akak beli juga nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam kak PC 😊
      Betul tu kak. Dulu siqah pun tengok2 je. Sekarang dah terjebak beli satu. Moga tidak terjebak selalu. Sebab bila dah puas hati dengan barang, mulalah nak beli yang lain pulak. Hehe.

      Delete
  5. Cantik cantik dress... Btw Cikla ada tag Siqah tau..

    http://ciklapunyabelog.blogspot.my/2016/06/giveway-shawl-raya-by-aryana-couture.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Cantik.

      Cikla rajin tagged. Thank you cikla 😍

      Delete
  6. mmg cun2 yg gaya kaftan n flair dress tuh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak 😊 itulah yang add to favourite sekarang. Jangan gatal nak beli sekarang sudah πŸ˜…

      Delete
  7. cantik pulak kaftan dengan flare dress tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan awak!! Siqah pun suka 😍

      Delete
  8. dah terjebak dgn zalora plak ya..hehe...akk ada redeem voucher zalora dgn handbag..mmmm..tak sampai2 lagi ni..al maklum la...duduk jauh sangat kan..harap2 la sampai hari ni...

    baju2 zalora mmg cantik2 gak...rambang mata dibuatnya..

    sib baik sedar diri tak bekerja..hahaaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Online shopping lagi bahaya kan kak. Senang je nak klik sana sini. Maklumlah semua di hujung jari. Hehe. Kena sentiasa beringat jela πŸ˜…

      Btw, handbag akak dah sampai kan dari Zalora! Cantik! Boleh sakan bergaya di hari lebaran lah 😍

      Delete
  9. wah cantiknya! suka-suka!
    tapi orang tak berapa muda cam akak ni
    tak sesuai gamaknya pakai rupa gitu

    oklah dia punya lengan tu
    mesti cantik kalau siqah pakai =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kaftan sesuai dengan semua kak. Mesti akak pun cantik pakai 😊 hope cantiklah lengannya bila dipakai nanti. Siqah tak pernah pakai lagi πŸ˜…

      Delete
  10. Selamat bergaya dengan dress baru, Siqah :)

    ReplyDelete
  11. cantik2 baju nya tapi akak kena pejam mata sajalah..save bajet hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada lebih budget nanti boleh beli ye kak. Siqah pun dah tutup mata sekarang πŸ™ˆπŸ™ˆ

      Delete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。