June 27, 2016

Sampul Duit Raya 2016

Assalamualaikum dan hello semua! 

Siapa suka duit raya? Aku! Aku! Aku! Hahaha! Dulu aku suka sebab dapat duit raya. Konsep keluarga aku, selagi tak kerja, selagi tu masih dapat duit raya. Maksudnya di sini, masih belajar. Bukan sebab malas nak kerja ye. 

Sekarang aku suka sebab bagi duit raya. Alhamdullilah. Masih ada rezeki untuk berkongsi dengan semua. Bagi duit raya biarlah ikut kemampuan diri. Jangan nak bagi banyak sebab nak dapat nama tapi di hujung bulan meringkuk tak cukup duit. 

Aku akan kumpul duit untuk diberi sebagai duit raya dari beberapa bulan sebelum raya. Kena pandai budget setiap kali gaji. Untuk duit raya, baju raya, kuih raya, dan segalanya.

Entri ini, aku nak bercerita mengenai sampul duit raya sebenarnya! Mukadimah je tadi cerita pasal duit raya. Hii.

Setiap tahun, aku pasti akan dapat sampul duit raya dari Standard Chartered Bank. Memandangkan aku kerja di subsidiary company of Standard Chartered.  

Buat pertama kalinya, hihi, aku sangat suka sampul duit raya dari Standard Chartered. Sebelum ni, sampul duit raya biasa saja, warna hijau dan biru sentiasa menjadi pilihan untuk sampul duit raya SCB ( macam logo SCB ). Cuma tahun ini 2016, ada sedikit kelainan dalam sampul duit raya SCB.

Sampul Duit Raya 2016 Standard Chartered Bank
 

Boleh dibuka dan ditarik keluar dari sampul dan jadi seperti di bawah. 
 
Sampul di dalam bertulis 'Salam Aidilfitri' 

Nice kan? 
Teruja masa dapat sampul. Nampak exclusive gitu.

Selain itu, aku suka beli sampul duit raya. Tiap tahun biasa aku akan beli sampul duit raya riang gembira untuk kanak-kanak. Aku teruja sebenarnya setiap kali nampak sampul duit raya comel. Itu yang beli je. Hihi. 

Koleksi sampul duit raya riang gembira 2016
Muka hadapan
 
Hihi. Menarik tak? Semua adalah kartun kegemaran bukan saja untuk kanak-kanak. Mak, ayah, kakak, abang, mak cik, pak cik kanak-kanak pun suka. Terutama Boboiboy! Itu untuk aku lah :D

Muka belakang 
 
Aku sudah plan nak bagi siapa sampul duit raya ni. Hii. 

Boboiboy The Movie: untuk Haikal 
Frozen: untuk Erysya ( suka sangat Elsa )
Upin & Ipin: untuk Surfina dan Thaqif
Angry Bird: untuk Fateh 

Cukup lah 5 orang anak saudara kesayangan aku :) 

Suka bagi duit raya dalam sampul duit raya comel untuk mereka. Sebab aku suka tengok muka teruja mereka melihat sampul. Hihi. 

Sampul duit raya riang gembira di atas, aku beli di Uptown Danau Kota. Kalau korang suka, bolehlah pergi sana. Rasa macam ada di semua Uptown tapi aku tak jumpa pula di Uptown Kota Damansara. 

Dan juga,

Tahun ini, pertama kali aku beli sampul duit raya di KAISON. Haha! Al kisahnya Sabtu lepas, aku ke KAISON. Nampak sampul duit raya dan terus ambil lima jenis sampul. Menarik lagipun harganya murah.  

Sampul duit raya 2016 KAISON
 
Simple and nice design :) 

Akhir sekali, 

Dalam perjalanan keluar dari Uptown Danau Kota, ternampak pulak ada orang jual sampul duit raya Descendants of the Sun. Betapa popularnya drama DOTS sampai ada orang ambil initiatif buat sampul duit raya DOTS. Tak pernah lagi jumpa sampul duit raya drama Korea. Hii. 

Dan apa lagi, aku pun terus beli :p

Muka hadapan
 
Muka belakang
Yoo Si Jin, Kang Mo Yeon, Yoon Myung Ju, Seo Dae Young
 
Inilah koleksi sampul duit raya 2016. Tiada penambahan lagi. Ada lagi sampul duit raya tahun lepas yang boleh digunakan. Sampul duit raya bersama duit di dalamnya. Sebab kalau masih berbaki duit raya tahun lepas, aku akan simpan dan digunakan semula untuk tahun ni. Bukan basi pun kan. Hehe. Ada juga penjimatan dalam segi duit raya pada tahun ini :) 

Korang dah siap sediakan duit raya? 
Tak kisahlah apa pun, yang penting ikut kemampuan diri kita ye. 

Till then,

Love,

39 comments:

  1. cantik semua sampul duit raya tu, terutama yang kartun tu, mestilah anak2 suka kalau dapat. akak untuk tahun ni pun takde tukar duit raya, akak dah simpan awal2 lagi duit raya, sampul pun dapat dari adik2 dan kakak yang kerja di bank, mereka dapat banyak, jadi akak rembat sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullilah. Bagus kak simpan duit awal2 untuk duit raya. Taklah terasa sangat keluarkan belanja yang besar masa nak raya kan.. Siqah seronok kalau mereka seronok dapat duit raya :)

      Delete
  2. Sies, memang lawa yg SC punya sampul. Lalah bank lain. Kahkahakah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha! Gembira yuni ada sampul scb!

      Delete
  3. wah mcm mcm koleksi tu.. plg menarik hat korea tuu..huhuuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Kan.. Beli je tapi tak tahu nak bagi sape :h

      Delete
  4. singgah 22 ramadhan
    https://belogs.blogspot.my/

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum Siqah...cantik la yang SCB tu..serius cantik..anak buah akak pun gitu..suka tengok kartun2 kat sampul..hihi..budak budak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam kak PC :)

      Kan kak. Sampul SCB tahun ni paling lawa lah sejak siqah kerja sini dah 5 tahun. Hehe.

      Budak-budak seronok dapat sampul raya kartun kegemaran :h

      Delete
  6. siqah canteknya sampul2 duit raya tu.Yang kartun2 tu pasti budak2 teruja .Akak kalau ingat baru beli sampul duit tu ,kalau akak lupa seperti tahun lepas hulur $ gitu je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok bila tengok budak-budak teruja dapat sampul raya. Hehe. Walaupun lepas tu dorang buang je, ambik duit :h

      Delete
  7. Cantiknya SQ yang dari Kaison.. sy baru process sampul duit raya dgn envelop biasa sebab ramai kan.. adoi geram tengok yang comel dan ceria tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullilah. Ada rezeki untuk diberi ye tahun ni. Sempat lagi kalau kak BP nak pergi beli :h

      Delete
  8. Cantik.. Mcm2 Design.. Akk bli yg simple jerk.. Ijau jer semuanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee. Siqah suka warna warni. Ceria nampaknya :)

      Delete
  9. Nice betul sampul duit raya standart chartered rhn nie!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan e'in :) Pertama kali sampul scb cantik! :a

      Delete
  10. Amboi macam2 sampul.comel2 belaka..byk ni duit raya kena melabur nmpk gaya klu dilihat pada sampulnya.hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Biasa2 je kak PK. Sampul je lebih :h

      Delete
  11. hahahahahaha

    sampul korea tu klaka. sanggop beli eh. hahaha

    sya sampul banyak dah. shopping kt fv, dapat sampul. beli kueh raye dpt sampul. beli bj kat butik dpt sampul. habib pon pos sampul. comel2 jek sampul sume.

    tp yg standard chartered tu mmg style la. dah mcm card kawen dah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. itulah pasal. sanggup beli yang korea sebab suka sangat. hehe.

      bestnya awak shopping kat fv tuuu,, sampul raya pasti cantik kalau fv. nak guna pun sayang nanti. hee.

      kan.. dah macam kad kawen dah haa sampul raya SCB siap boleh buka bagai :h

      Delete
  12. Betul.. Bagi duit raya ikut kemampuan..

    ReplyDelete
  13. Replies
    1. hehe. pertama kali cantik sampul raya scb nie aina :h

      Delete
  14. cantik sampul tue,,uwaa ade lbh x nak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. lebih tu memang ada.. tapi nak pos pun tak sempat. hehe. maybe boleh buat exchange sampul raya next year ke? :)

      Delete
  15. Ala.. Kenapa x jumpa ye sampul duit raya yang gambar kartun2 tu... Kalau ada kat sini mesti feveret bebudak tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde ye kat sana? kat sini ada banyak dijual kak.betul tu, sampul raya begitu seronok bagi budak-budak je :)

      Delete
  16. thn ni aida guna kan sampul raya opis asben :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Yang penting isinya.. Eh? :h

      Delete
  17. masih adakah sampul DOTS tu? sy collector sampul duit raya.. mcm best je kalau dpt sekeping dua.. whatsapp 0162973489 atau email encikwady786@gmail.com
    TIA .

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。