June 06, 2016

Puasa Tahun Ini ~ Alhamdullilah

Assalamualaikum dan hello semua :) 


Macam mana puasa korang pada hari pertama? Okay ke? Ada rasa lapar dan dahaga? Hihi. Alhamdullilah, selesai sudah hari pertama berpuasa. Tadi di pejabat, kelakar gila bila ada kawan sekerja yang bagi gambar makanan. Nampak menyelerakan pulak tu gambar makanan. Bikin panas hati betul. Mujur berpuasa. Hihi. Seronok sebab masing-masing kelihatan tidak sabar nak berbuka. 

Aku seperti tahun sebelumnya (sejak 5 tahun lepas), berbuka puasa sama ada dalam kereta atau di pejabat. Waktu kerja aku tidak pernah berubah walaupun di bulan Ramadhan. Untung sangat untuk korang yang boleh balik awal, menyediakan juadah dan berbuka bersama keluarga. Aku hanya begitu semasa hari cuti saja. Pandai-pandailah suami mencari makanan sendiri untuk berbuka. Mujur suami memahami tuntutan kerja aku. Alhamdullilah. Bersyukur juga kerana syarikat tempat aku bekerja ada menyediakan bekalan berbuka puasa. Hari ni menu adalah nasi goreng dan ayam goreng. Alhamdullilah :) 

Aku tidak menyediakan juadah berbuka puasa tapi juadah untuk sahur pasti disediakan. Aku akan masak pada malam hari dan esok masa sahur hanya panaskan lauk saja. Masak ala kadar, hanya untuk kami berdua. Baru siap masak! Menu sahur esok adalah sup ayam dan sayur kacang panjang goreng. Cepat dan ringkas! Hihi.

 
Tip berbuka puasa oleh Kevin Zahri. 
Bagus tip yang diberi. 
Setakat ni, hanya nombor 4 yang aku buat. Hihi.
Boleh dipertingkatkan usaha :) 

Selamat malam dan selamat bersahur semua! 

Love,

21 comments:

  1. Assalam,siqah selamat berpuasa.
    Takpelah dah tuntutan kerja ,boleh saja buka kat mana2.
    Kat rumah akak pun kalau sahur ringkas2 je ,sukar nak telan nasi kala dinihari ni kecuali suami dgn anak bujang akak yang sorang ni bertambah2 mkn nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam kak, selamat berpuasa :)
      dah biasa kak berbuka di dalam kereta. alah bisa, tegal biasa kan..
      betul kak, siqah dan suami pun kalau sahur ringkas je, tak lalu rasa nak menelan banyak makanan masa sahur, cuma nasi tu wajib lah. hihi. berselera sungguh suami dan anak akak ye :h

      Delete
  2. Sup pagi pagi rasa senangkan bole hirup ja hehe.. kalau keja di kl tu begitu la.. berbuka dalam perjalanan. Bagusla SH masak jugak untuk sahur. Maaf dipinta jika ada salah dan silap. Best Ramadan inshaAllah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pagi-pagi hirup jela sedap..hehe. salam ramadhan kak BP. mohon maaf juga jika ada salah dan silap. insyallah, moga ramadhan tahun ni lebih baik daripada tahun sebelumnya.. :)

      Delete
  3. Ooo gitu rupanya :) yang tips air semalam tu baru nk praktik gak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom sama-sama kita praktiskan tips air dan tips berbuka ni :)

      Delete
  4. selamat berpuasa Siqah & husband...
    sorry..lama tak singgah..akk bz sikit minggu lepas..
    hehe..banyak tul program dgn anak2 & family abg ipar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat berpuasa kak Hidayu dan keluarga :)
      takpe kak, biasalah tu, real life kan lagi penting daripada blogging. utamakan mana yang perlukan perhatian dulu :a
      seronok banyak aktiviti dengan family. mengeratkan silaturahim :)

      Delete
  5. Assalammualaikum Siqah..salam ramadhan adik...hehe...tak apa tak dapat berbuka bersama suami...mbil peluang bersahur itu sebaiknya ya.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam kak PC :) akan diambil peluang sahur sebaiknya. harap tahun nie takde terjejas tak terbangun sahur. hihihi

      Delete
  6. Tips tu mmg baguskan. Tapi bg akk sekeluarga mmg terus amik nasi masa berbuka, didahului dgn kurma, tapi tkdelah byk, sbb target lps maghrib terus tunggu isya dan terawikh, lps tu barulah nk mkn kuih ke, bubur ke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama macam family saya juga kak azimah :) mesti ambil makanan berat terus. dah terbiasa begitu kan. tapi tidaklah juga ambil banyak. biasa makan sikit je dah kenyang kalau bulan puasa ni :)

      Delete
  7. kurma n air kosong sgt penting time puasa niih....
    kadang kalau terlewat bangun sahur mkn kurma ngn air kosong pun dh boleh bertahan utk sehari

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagusnya akak boleh bertahan. siqah tak pernah lagi makan kurma dan air kosong je untuk sahur. rasa tak yakin je untuk perut siqah nie. hihi. tapi kurma banyak khasiatnya, memang tak disangkal lagi..

      Delete
  8. sian nye..berbuka dlm kereta or pejabat..adus!!! raa bersyukur lak sis JM dapat balik jam 4 d bulan Ramadhan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untungnya JM :) Bersyukur dapat balik jam 4 kan. Boleh sampai rumah awal dan siapkan juadah berbuka. Alhamdullilah. Siqah dah biasa setiap tahun begitu, layankan je. Hihi

      Delete
  9. alhamdulillah...setakat ni semua berjalan lancar :)
    awk umur brp? kenapa nampak mudaaa sgt?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdullilah. gembira dengar :)

      umur saya tahun ni 30 awak.. tak leh nampak muda sangat. effect gambar je tu. hihi

      Delete
  10. berbuka memang makan kurma dengan air dulu, lepas tu terus bedal nasik..

    dah tuntutan kerja siqah macam tu kan, sabar sajalah kan lagipun siqah dah biasakan, janji dapat masak juga walaupun untuk sahur. akak alhamdulillah dapta balik awal, lagipun dari shah alam ke klang memang tak je, jadi sampai rumah macam biasa, memang sempat untuk memasak

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah siqah. terus bedal nasi juga. cuma bila dah berbuka dalam kereta minum air, sampai rumah dah kenyang. hehe.

      dah biasa kak AA :) tak kisah dah nanye cuma kasihan juga pada suami. huhu.

      Alhamdulillah. sempat kak AA menyediakan juadah berbuka untuk keluaga :)

      Delete
  11. pagi sok in shaa Allah sahur terakhir thn ni...
    rinduuuu :)

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts 。^‿^。